#Iko: Sekolah Menengah Teknik LT

Assalamualaikum readers Fiksyen Shasha. Hai, aku penulis cerita Diraba ‘sesuatu’, Kem Ibadat dan Lampu tak padam tu. Amboih kak, saya punya huhu haha tu adalah 5 dari 1000 patah perkataan tu. Janganlah tegas sangat. Kah kah. Tukar cara gelak dah. Okeh, Hari tu aku janji nak ceritakan pasal ayah dan adik adik aku yang ada ‘sixth sense’ tu. Tapi kali ni aku ceritakan dulu pengalaman adik aku yang aku namakan Alang. Benda ni terjadi sewaktu beliau bersekolah menengah di Terengganu. (Memang orang ganu pong). Kalau sebut nama sekolah ni orang akan tahu la area mana. So aku singkat kan as Sekolah Menengah Teknik LT. Yang tahu tu diam diam udah.

1. SI POCO POCO
Peristiwa ni terjadi masa alang tingkatan 4. Beliau ditawarkan ke sekolah teknik LT. Lepas pendaftaran, check in dorm semua, bermulalah perjalanan baru beliau sebagai budak asrama. Pandai pandailah mu berdikari. Jadi cerita si alang ni bermula pada minggu pertama beliau di asrama…

> Kisah seram yang paling aku tak boleh nak lupa. Masa tu hari khamis malam tu aku tidur awal, biasa la newbie baru masuk asrama tak ade apa nak buat. Kawan pun tak ramai lagi. Aku tido tak pasti pukul berapa masa tu. Tido punya tido lepas tu aku terjaga. Aku pun capai jam loceng aku tapi tak nampak pulak jam menunjukkan angka berapa. Aku pun ambil keputusan untuk bangun dari katil dan pergi kat suis lampu nak bukak lampula tujuan nak tgk jam pukul brape time tu.

Okay, aku gambarkan dulu keadaan dorm aku untuk korang boleh bayangkan cerita aku ni. Dorm aku ni memanjang dan ada 16 katil single. Tapi 16 katil tu dibahagi sama rata maksudnya 8 di side aku ni SIDE A dan 8 lagi di side sana SIDE B, dan dipisahkan oleh barisan loker. Tapi tak tutup habis maknanya bila duduk side A ni pun nampak lagi katil katil side B sana.

Okeh sambung cerita. Lampu pun menyala, aku tgk jam baru pkul 3 pagi. Cheh rasa lama pulak dah aku tidur, rupanya baru 3 pagi. Lepas tu, aku pun tutup balik lampu nak sambung tido. Masa aku pusing kan badan aku ke arah katil, entah kenapa gatal sangatla mata aku ni nak tengok side B nu. Dalam kesamaran tu aku nampak sehelai kain putih. Aku ni agak blur jugak ditambah mamai ada lagi, aku amati lah kain tu. Eh kenapa lah kain putih tu duduk di sudut sebelah katil kawan aku. Bila aku amati betul betul baru aku sedar kain tu terawang di udara dan macam ada ikatan atas dan bawah.

Ok poco poco rupenye. Memang nampak la dia up and down tu tapi dia membelakangkan aku. Bulu roma tak payah cakap la dah tercabut dah kot semua. Rasa ringan je kepala ni. Tapi entah kenapa masa tu aku dapat kekuatan berjalan pergi ke katil tanpa toleh ke sana. Sempat aku cuit kawan aku suruh bangun tapi hampehla tido mati budak nih. Aku pun terus baring kat katil aku kelubung habis. Aku buat buat tido tapi serious aku langsung tak boleh tido macam macam bunyi aku dengar masa tu.

Mata lagilah aku tak bukak sebab rasa macam dia kat sebelah je. Aku baring tak bergerak sampai badan aku pun rasa kejang dah. Aku tunggu je sampaila loceng penggera dibunyikan oleh warden untuk semua student asrama bangun solat subuh. Dah dengar ramai student bangun ke tandas barulah aku berani bukak mata. Esoknya barulah aku buka mulut cerita pada kawan kawan. Rupanya ada salah seorang rakan aku pernah diusik. Ceritanya dia ternampak rakannya Sarip Dol tengah berlari dalam dorm tengah malam.

Dia pun tegurlah Sarip Dol ni, “ko ni buang tebiat ke berlari malam malam buta ni?” Tapi si Sarip Dol ni diam je tak berjawap sambil terus berlari lari. Dah macam tu dia ni sambunglah tidur. Lantak ko la nak lari lari pun Sarip. Lepas tu esoknya bertanyalah beliau kepada Sarip Dol ni “ko kenapa berlari lari di dalam dorm di tengah malam buta?” Dan jawap si Sarip Dol.. “aku mana tidur dorm ni semalam, aku tidur kat dorm sebelah la. Ko jangan main main.” hmm terkulat kulatla kedua dua mereka.

2. Lembaga Hitam
Surau sekolah aku jugak tak asing dari kisah kisah mistik. Korang jangan ingat kat surau dengan masjid diorang tak ada. Ada je berkampung. Masa tu aku dengan 3 org kawan tidur di surau. Senang nak bangun awal sebabnya esok tu hari jumaat ade sujud sajadah dan aku kena jadi imam. Masa tidur tu tiba tiba kawan aku kejut aku. Aku dengan terpisat pisat mata masih mamai tanyalah beliau, “Doh bakpe mung kejut aku?” Jawap beliau “kalau aku kabo mu jangan lari eh alang” hmm pelik laa malaun ni main teka teki plak. Pastu dia pun tunjuk kat langsir penghadang antara tempat lelaki dengan perempuan. Ada lembaga hitam tgh merangkak atas tiang besi yang buat sangkut langsir tu. Alah ko ni siap tunjuk tunjuk diri pulak eh. Masing masing pejam mata tawakal jela. Malam tu pulak suasananya sunyi sangat. Tiba tiba terdengar suara perempuan tengah bercakap sayup sayup je. Lepas tu ada pulak tapak kaki berlari di sekeliling surau. Nasibla ada kawan kawan kalau tak kena cari imam lainla.

3. Sejadah Berdiri
Malam tu kitorang stay kat surau jugak. Memang kitorang selalu bermalam di surau, AJK katakan. Kitorang tidur di tengah tengah surau beralaskan sejadah je. Aku terjaga sebab macam terdengar sesuatu. Macam ada orang berbisik. Aku pun bukak mata dan angkat kepala. Terbeliak mata aku bila aku nampak di saf hadapan sekali ada dua helai sejadah dengan kedudukannya berdiri. Dia bukan macam yang orang cakap duduk tahiyat akhir tu tapi empat segi tepat tu, straight aje berdiri.
Aku kuit kuit kawan aku sambil mulut buat isyarat ke sana. Dia pulak dengan selamber jawap, “dakpela, die pong nok semayang jugok. Biar je la. Wak dok tahu je. ”

Bila aku toleh lagi sekali, tiba tiba sejadah tu jatuh sendiri. Aku tak yah cakapla, cepat cepat pejam mata sambil mulut duk baca surah surah yang aku ingat. Mujurlah tak ada gangguan apa apa. Aku pun tak sedar bila aku tertidur sampailah kawan aku kejutkan untuk solat subuh.
Itu antara kisah yang dikongsikan adik aku si alang ni. Sekarang beliau dah sambung Diploma. Kata beliau dah tak nampak sangat benda benda merupa sekarang. Baiklah, sampai di sini saja. InsyaAllah nanti aku kongsikan tentang ayah aku pulak.
Assalamualaikum.

5 thoughts on “#Iko: Sekolah Menengah Teknik LT”

  1. Uiisshhh…
    Klu nmpk sejadah berdiri elok tegak 4segi tu mmg miracle…
    Sllu yg org tunjuk yg jenis duduk…
    Pd akk tu leh ade unsur buatan org…

    Reply

Leave a Comment