Ilmu hitam

Assalamualaikum dan Salam sejahtera pada semua pembaca Fiksyen Shasha dan FS crew terutamanya.. Terima kasih tuk FS Crew sebab sudi approve cerita yang pertama dulu yang bertajuk “Camping Puaka” dan terima kasih gak sebab dapat komen positif dari reader sekalian.
Kali ni aku nak kongsikan pada anda semua tentang satu kisah yang mengajar aku erti pentingnya ilmu agama didada.
(Setiap nama dan masa sebenar dirahsiakan)

Tahun 2017

Sibu Bike Week dah makin dekat. Setiap peminat tegar 2 roda yang berada di Sarawak pasti tidak asing lagi dengan SBW. Begitu juga dengan Farid, baginya itulah satu-satunya karnival yang mengumpulkan setiap kaki permotoran yang ada di Sarawak dan rugi jika peluang untuknya bertemu dengan sahabat yang berada di setiap penjuru Sarawak dilepaskan begitu sahaja.

Hari yang dinanti telahpun tiba. Farid dan bersama beberapa rakan yang lain berkumpul disatu tempat bagi memudahkan perjalanan mereka untuk ke Sibu tanpa ada yang ketinggalan. Keterujaan tergambar disetiap wajah setiap rakannya yang menyertai konvoi untuk ke Sibu Bike Week.. Ada yang bawak tunang,ada yang bawak isteri..Tidak ketinggalan, Farid pun membawa isterinya untuk menyertai konvoi tersebut..(belum ada anak senang la kot, korang jangan konvoi anak bini tinggal kat rumah pulak!! Family first k reader sekalian? Hehe..)

Setibanya di Sibu di tapak Karnival. Mereka menyertai beberapa program yang dianjurkan oleh penganjur dan cuci mata melihat “Moto Show”. Ada bermacam jenis motor yang terdapat disana dari 100cc sampailah ke 1000cc, ada yang 2lejang dan sebagainya. Pengubahsuaian juga tak kurang hebatnya, ada yang buat pengubahan dari badan motor tersebut dan ada juga yang dari bunyi dan tak kurang hebatnya Aweksss yang berdiri di sebelah motor
(sesiapa yang pernah pergi kat karnival macam ni mesti taukan? Hehe.. Aku pernah gi tapi tengok awek je lah. Hihihi)

Setelah selesai karnival tersebut, Farid dan rakannya bercadang untuk ke Belawai sebelum balik ke kampung. Mereka tiba di Belawai dalam jam 5 petang dan setelah selesai urusan di rumah tumpangan, Farid dan rakannya bergerak ke pantai untuk menghirup udara segar. Siti merupakan isteri Farid dan beberapa isteri rakan yang lain hanya tinggal di salah satu taman permainan yang berada di pantai, Siti duduk dibuaian dan salah seorang isteri rakan Farid bernama Ayu menangkap gambar candid Siti, alangkah terkejutnya Ayu kerana dibelakang Siti ternampak sesusuk tubuh yang besar berwarna hitam. Kerana takut, Ayu mengajak Siti berjalan di kawasan persisiran untuk mencari cengkerang. Dalam berjalan tu, Siti ternampak satu botol kecil dan kerana perasaan ingin tahu, Siti membuka penutup botol tersebut. Seakan angin halus meniup lembut kemuka Siti. Masa tu Siti tak fikir negatif dan terus membuang semula botol tersebut ke arah laut.

Keesokkan harinya, ( masa ni dah di kampung)
Siti mengadu rasa sakit perut dan rasa nak pitam pada Farid. Tanpa berlenggah, Farid membawa Siti ke Hospital tapi malangnya setelah berjumpa Doktor,tiada masalah yang ditemukan menjadi penyebab rasa sakit yang ada pada Siti.. Setelah berbincang pada ahli keluarga Siti,kesemua mereka membawa Siti ke Hospital Sarikei.. Setibanya di Hospital Sarikei, Doktor memberitahu berkemungkinan Siti terkena kencing tikus.

Malam pertama Siti di Hospital Sarikei, Siti menjadi aggressive dan setiap ahli keluarga yang ingin menenangkannya pasti akan di cakar dan kekuatannya tidak seperti kudrat seorang wanita.
Dalam masa yang sama Ayah Siti mendapat panggilan telefon dari Kakaknya yang berada di Kampung.

Mak Cik Siti : Salam Mat, aku nak tanya kau ni?
Ayah Siti : ye kak. Apa dia?
Mak Cik Siti : macam mana Siti sekarang?
Ayah Siti: Macam kena rasuk kak.Aku pun risau dengan budak ni dah
Mak Cik Siti: Mat, siapa yang tinggal kat rumah kau sekarang ni?
Ayah Siti: Mana ada sesiapa kak. Semua kami anak beranak kat Hospital ni.
Mak Cik Siti: Mat, baik kau cari orang tau pasal benda ni Mat. Aku nampak ada dua ke tiga orang berbadan besar dalam rumah kau sekarang ni.Sebab tu aku telefon kau.
Ayah Siti: Ya Allah kak.Baiklah kak

Setelah itu, Ayah Siti memberitahu Farid akan apa yang baru terjadi. Dengan kata sepakat, Siti di bawa balik oleh mereka untuk berubat cara kampung.
( tak seram lagi ke? Gelojoh lah korang. Penat ni tau.hehe… Aku malas nak skip sebab nak korang tau setiap details cerita..Buatlah kopi dulu ke, hisap rokok ke bagi elak mengantuk tu.. Jangan hisap gam sudah..Hehe.. Ok sambung!! )

Malam pertama Siti berubat

Malam tu sunyi sangat dan keadaan di rumah siti terasa bahang yang amat!!! Ayah Siti telah menjemput seorang lelaki tua yang aku beri nama Pak Usop. Pak Usop ni kira seorang yang berilmu,almaklumlah orang tua dulu banyak ilmu yang dipelajari dari nenek moyang mereka. Setelah selesai proses perubatan, Pak Usop memberi sebotol minyak yang didalamnya ada sebatang jarum dan juga azimat. Minyak tersebut bertujuan bagi mengurut Siti dan Azimat pula diletakkan di atas kepala Siti. Pak Usop juga berpesan sekiranya terjadi apa-apa kat Siti segera maklumkan kepadanya. Dari raut wajah tua Pak Usop seakan risau akan sesuatu tapi dia lebih memilih untuk mendiamkan sahaja mungkin bagi mengelak kerisauan Pak Mat dan Isterinya,termasuk juga suami Siti.. Alhamdulillah, beberapa hari setelah Siti berubat dengan Pak Usop, Siti mampu bergerak sendiri ke toilet tanpa ada yang memapahnya dan keadaan Siti beransur pulih.

Tiba suatu malam tu, Siti jatuh pengsan selepas muntah di tandas. Ibu kepada Siti berbincang dengan Ayah Siti untuk menjemput seorang Ustaz.. Dalam jam 9 malam Ustaz Norman pun tiba.. Semasa proses rawatan, Ustaz Norman bertanya tentang minyak dak azimat,dan menyuruh kedua Ibu dan Ayah Siti membuang minyak dan Azimat tersebut kerana menurut Ustaz Norman itu merupakan benda Syirik.. Setelah selesai proses rawatan, Ustaz Norman meminta diri kerana baginya dia seorang tidak mampu untuk menghalau benda tersebut dan akan datang lagi pada keesokkan malamnya bersama beberapa orang sahabat yang lain yang lebih mahir dengan alam mistik ni.

Pada malam itu juga, Mak Cik kepada Siti, iaitu Mak Cik Tipah secara senyap ke rumah Dukun Bedah kerana Mak Cik Siti ingin tahu kebenaran tentang apa yang berlaku keatas Siti..Ini disebabkan telah ada khabar angin bahawa Siti telah disantau,dan ada pula khabar Siti telah mengambil barang yang salah.. Menurut Dukun Tipah, Siti telah menjumpai sesuatu barang dan melepaskan seekor jin ganas yang telah lama terkurung. Terkejut Mak Cik Tipah mendengar penjelasan Dukun Bedah, jelas air muka dukun Bedah kelihatan risau dan cemas sekali dan setelah ditanya oleh Mak Cik Tipah, Dukun Bedah mengkhabarkan bahawa hanya orang yang betul tinggi ilmunya boleh menghalau jin tersebut dan jika gagal,nyawa Siti jadi taruhan!! Kerana menurut Dukun Bedah,Jin tersebut bukan berniat merasuk seperti jin yang sering merasuk mangsa akan tetapi lebih kepada memudaratkan serta mengambil nyawa.

Keesokkan harinya,sekitar jam 10 malam bertempat di rumah Siti, datanglah Ustaz Norman bersama beberapa rakan yang lain untuk meneruskan proses perubatan. Farid,suami kepada Siti menyambut mereka dengan baik sekali dan baginya sekarang hanya mahu melihat isterinya pulih seperti biasa. Proses rawatan pun bermula,dalam 8 orang Ustaz berkumpul dan ada diantara mereka memang mahir dalam ilmu batin dan alam ghaib. Setelah bertungkus lumus, mereka hanya mampu bercakap dengan benda berkenaan akan tetapi masih gagal untuk menghalau benda tersebut..Semasa proses rawatan itu juga, rumah Pak Mat seperti di goncang oleh angin yang cukup kuat dan suara kasar dalam bahasa asing cukup kuat seakan terlalu marah dan menurut salah seorang Ustaz, benda tersebut berasal dari Thailand dan memang merupakan Ilmu Hitam yang sangat kuat,inilah kali pertama dirinya bertemu ilmu seperti ini. (kalau korang pernah tengok cerita hantu thailand, seriously memang lebih kurang macam tu lah keadaan yang mereka hadapi) Sekitar jam 5 pagi proses rawatan itu berakhir akan tetapi Siti masih tidak menunjukkan sebarang perubahan. Ustaz Norman bersama rakannya meminta diri dan memberitahu pada Pak Mat bahawa mereka akan datang lagi pada malam esoknya bagi membantu apa yang termampu. Pak Mat hanya mampu tersenyum biarpun hatinya cukup resah kerana keadaan anak perempuan kesayangannya.

Pada pagi itu, Jiran dibelakang rumah Pak Mat datang berjumpa Pak Mat dengan riak wajah yang agak takut akan sesuatu.

Pak Mail : Assalamualaikum Mat.. Ooo Mat..
Pak Mat : Waalaikumussalam Mail. Kenapa Mail? Kelam kabut je kau ni?
Pak Mail: Mat, aku nak cakap sikit lah Mat. Aku rasa macam tak sedap hati sangat ni Mat.
Pak Mat : kenapa Mail? Cuba kau terus terang je. Baru aku faham.
Pak Mail : Mat, pagi tadi masa aku nak bagi baja burung aku, terkejut aku Mat. Burung aku mati Mat.
Pak Mat : laaa…. Aku tengah risaukan anak aku, kau cerita pasal burung buat apa Mail. Tak pe Mail, asal burung yang tak terbang tu tak mati je Mail.Hahahaha
Pak Mail : ke situ pulak kau ni Mat. Burung aku mati pelik sikit ni Mat. Macam ada kaitan dengan anak kau Si Siti je. Sebab tu aku datang jumpa kau ni.
Pak Mat : maksud kau Mail?
Pak Mail : begini Mat, burung aku dalam sangkar. Sangkar tu pulak memang aku manggakan dan kunci habis. Tapi burung aku aku mati dalam sangkar dalam keadaan takda KEPALA!! Kepala burung aku kat luar sangkar jatuh ke tanah Mat! Kau rasa binatang apa yang boleh buat burung aku jadi macam tu Mat?
Pak Mat : Astrafirullahuladzhim Mail.. Macam ni lah Mail, malam ni datang kat rumah aku. Jumpa sekali dengan Ustaz Norman..
Pak Mail : Baiklah Mat..

Pada malam tersebut, seperti yang telah dijanjikan. Ustaz Norman dan beberapa orang sahabatnya datang lagi bagi merawat Siti tapi kali ni mereka membawa lebih banyak peralatan seperti kain,limau,garam dan lada. Belum sempat rawatan bermula,
Arghhhhh!! Ibu kepada Siti menjerit ketakutan!! Pak Mat yang ada disitu pergi mendapatkan Ibu Siti yang ada di bilik Siti..Ibu Siti seakan terlalu takut dan terkejut. Bila ditanya oleh Ustaz, menurutnya,dia melihat sesusuk tubuh Hitam merangkak didalam bilik Siti. Salah seorang Ustaz yang ada di situ terus menguatkan lagi bacaan ayat Al-Quran bagi melemahkan benda tersebut. Tanpa berlenggah, rawatan dimulai.

Keadaan Siti semakin lemah. Ayar demi ayat dilantun. Tapi keadaan Siti semakin teruk seakan hanya tinggal jasad yang tidak bernyawa. Rumah semakin kuat gangguan masa rawatan seperti angin yang menghempas pintu,bingkai gambar jatuh berkecai dan sebagainya. Siti yang lemah secara tiba – tiba bangkit lalu tersenyum sinis dan salah seorang Ustaz yang ada disitu seakan hampir pengsan. Ustaz tersebut,rasakan seperti ada yang menyekat saluran penafasan beliau. Bunyi cakaran semakin kuat kedengaran.. Pinggan mangkuk habis terbang tanpa tahu punca daya yang menyebabkan terjadi sedemikian.. Siti kembali baring..
Siti seakan tidak berdaya. Farid yang ada disampingnya memberikan semangat pada isterinya dan mengajar Isterinya untuk mengucap 2 kalimah Syahadah..

Beberapa jam selepas pertarungan antara Ustaz dan benda yang mengawal Siti. Siti menghembuskan nafas yang terakhir. Rumah yang tadinya panas kembali sejuk. Setiap bunyian cakaran hilang. Ya.. Nyawa Siti menjadi taruhan.. Pak Mat kehilangan anak yang tersayang dan Farid kehilangan Isteri yang tercinta. Setelah Pak Usop tahu akan keadaan Siti. Pak Usop segera berjumpa dengan Pak Mat dan Ustaz Norman,.

Pak Usop : kenapa buang minyak dan azimat? Minyak dan Azimat aku dah baca, dari ayat Al Quran. Aku dah tahu apa yang menimpa arwah sebab tu aku pesan bagitahu aku sekiranya terjadi apa kat Siti. Benda tu tak boleh dekat kat Siti tiap kali ada Azimat tu dan minyak tu di badab Siti, bila kau dah buang maknanya benda tu bebas kawal Siti.

Pak Mat hanya terdiam. Menurut Pak Usop lagi, sihir Thailad tidak seperti kita mengubati macam kes pesakit yang kena rasuk. Kita mesti perang habis. Bukan setakat buat ala qada je.

Siti selamat dikebumikan dan kini telah masuk tahun kedua Siti meninggal dunia. Kisah ini merupakan Kisah sebenar. Watak dan tempat aku rahsiakan bagi menghormati keluarga mangsa. Dalam kisah ini, aku belajar bahawa Ilmu Allah itu luas dan janganlah kita mempertikaikan seseorang hanya kerana ia berbeza dari kita. Mungkin sahaja, Ilmu dan didikan agamanya lebih kuat dari kita.
Ambilah iktibar dari kisah ini. Cukuplah sampai disini untuk coretan kedua aku. Nantikan kisah selanjutnya.

FarishAimar

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

9 thoughts on “Ilmu hitam”

  1. Teknik penulisan yang bagus, tetapi kurangkan pengunaan “huhu”, “hihi” dan monolog dalaman penulis. Perasaan cemas dan berdebar hilang apabila ada input penulis seperti “( tak seram lagi ke? Gelojoh lah korang” dan sebagainya.

    Reply
    • Ye boss. Hanya seminggu shj arwah sakit dan terus meninggal.. Mungkin juga dah tertulis ajalnya mcm tu.. Harap benda ni tak terjadi kat sapa2 lepas ni

      Reply
  2. cerita best dan menarik. cuma boleh elakkan monolog dalaman dan merapu seperti yang ni:
    ( tak seram lagi ke? Gelojoh lah korang. Penat ni tau.hehe… Aku malas nak skip sebab nak korang tau setiap details cerita..Buatlah kopi dulu ke, hisap rokok ke bagi elak mengantuk tu.. Jangan hisap gam sudah..Hehe.. Ok sambung!! )

    boleh sebabkan pembaca hilang fokus. yang lain semua ok

    Reply
  3. Yess cerita best tapi tu la terlampau ada ayat monolog tu yg tak best baca terganggu. Memang org kata tak payah serious sangat tapi kadang kadang banda mcm ni la mmbuat kan pembaca bosan jua

    Reply

Leave a Comment