Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera buat semua pembaca FS. Terima kasih admin kerana menyiarkan cerita yang agak panjang ni. Saya Czar dan ini merupakan karya ketiga sy itupun kalau terpilih untuk disiarkan.
Ting! Sebuah mesej masuk melalui aplikasi telegram membuatkan ku tersentak dari lamunan yang panjang. Lantas aplikasi telegram ku buka dan melihat mesej yang ditinggalkan oleh nombor yang tiada dalam senarai kenalanku. Aku berusaha untuk menghadam segala isi kandungan pesanan tersebut, ringkas namun terlalu banyak persoalan yg bermain dibenakku. “Umi…” panggilan dari anakku membejat fikiran ku seketika. Handphone ku letakkan diatas meja lantas menggapai tangan kecil anakku ke dapur.
Selesai sahaja menyuap anakku makan aku kembali ralit dengan tugasan yang terbengkalai sebentar tadi. Ting! Sekali lagi aplikasi telegramku berbunyi. Aku melirik kearah skrin telefon dan tertera pesanan yang sama. “Belajar Ilmu Kebatinan melalui Alam Maya”. Kali ini aku terpanggil untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang ilmu yang ditawarkan. Aku mula membalas pesanan tersebut dan mengetik butang send. Tidak sampai seminit pesanan balas kuterima. ‘Jika berminat untuk turut serta hendaklah membuat pembayaran RM50 ke nombor akaun yang tertera di bawah’. Ohhh… RM50 saja pun, taklah mahal mana bisik hatiku lantas memindahkan wang yg diminta sebagai syarat penyertaan.
Ting! Dengan pantas aku membuka pesanan tersebut “syarat berikutnya: Kirimkan gambar yang jelas & lengkapkan borang keahlian”. Aku jadi bingung seketika, wajib ke hantar gambar ni? Nak kena bagi tahu suami dulu ke? Hemmm… tak payah bagi tahu kot, lagi pun ilmu kebatinan yang akan dipelajari ni pun bertunjangkan keimanan kepada Allah pencipta alam. Lantas semua syarat ku penuhi. Maka dengan itu rasmilah aku menjadi salah seorang ahli dalam kumpulan kebatinan tersebut.
Langkah pertama yang perlu ku lasanakan ialah menyediakan sebuah buku nota berkulit keras yang akan digunakan untuk menyalin segala ilmu serta akad dan pengijazahan yang akan diberikan. Antara syarat yang di berikan ialah pelajar hendaklah menjaga solat 5 waktu tanpa tertinggal dan wajib dilakukan diawal waktu. Selain itu amalan zikrullah dan ayat2 Al-Quran yang wajib dilakukan setiap hari membuatkan aku merasakan hidup semakin tenang dan aman. Rakan sekerjaku juga sudah mula menegur aura yang terpancar dari raut wajahku, kata mereka aku semakin kelihatan berseri-seri. Bagiku Ini adalah kesan daripada amalan yang ku laksanakan seharian. Sedar tak sedar, aku telah melaksanakan amalan tersebut selama 3 minggu.
Semuanya berjalan lancar sehingga silibus untuk ahli baru diberi, membuatkan aku mula was-was dengan kumpulan Ini. ‘Ilmu pasak jin’ ‘ilmu penunduk’ dan beberapa ilmu lagi yang pada pendapatku amat bertentangan dengan ajaran Islam kerana ayat-ayat yang diguna bersulam ayat Al-Quran, mantera dan seruan. Selain itu peserta juga ditawarkan untuk memiliki bengkung serta kain kuning yang berkhasiat sebagai pelindung daripada gangguan jin, syaitan dan manusia yang berniat jahat terhadap si pemilik. Namun bukanlah di berikan secara percuma sebaliknya kena membayar mahar sejumlah rm50 setiap item.
Aku mula merasa ragu dengan keputusanku menyertai kumpulan ini. Tambahan pula aku kerap diganggu mimpi-mimpi ngeri yang sering menghiasi tidurku. Pada satu tahap tu aku bermimpi terpaksa mewarisi saka dari arwah datuk sebelah Ibuku dan saka dari nenek sebelah ayahku. Pertembungan saka tu membuatkan kepalaku terasa panas, sakit dan dada serta perutku terasa pedih mencucuk-cucuk. Aku terjaga dari tidur dengan peluh merembes membasahi rambut & baju. Aku bergerak mengiring untuk memeluk anakku kerana rasa takut yang menjalar di perdu hatiku namun tidak sempat berbuat demikian kerana aku diserang sakit migraine secara tiba-tiba. Aku hanya mampu menangis dalam diam sambil membaca ayatul Kursi, 3 Qul dan Al-Fatihah yang di ulang-ulang hingga aku terlelap semula.
Subuh itu, aku memanjatkan doa pada Allah agar di berikan petunjuk tentang ilmu kebatinan yang sedang ku pelajari. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala kebatilan di tunjuk kan satu persatu melalui peristiwa yang berlaku di sekelilingku. Petang itu ketika aku sedang menyiapkan kerja di dalam bilik, tiba-tiba anakku berlari ketakutan menghampiriku. Menurut anakku, mereka takut nak ke dapur kerana Ada abang botak, mata merah, perut buncit & berseluar hitam berdiri dihadapan pintu dapur. Apabila aku menjenguk ke dapur, kosong! Malamnya pula ketika hendak tidur aku menjenguk ke bilik tidur anakku untuk mematikan lampu. Namun anakku melarang dan meminta aku menjenguk ke tingkap. Kosong! Hanya perkarangan rumah yg dihiasi lampu jalan sahaja yang kelihatan. Dengan wajah yang ketakutan, anakku menceritakan bahawa mereka terdengar bunyi motor di luar lalu menjengah keluar melalui tingkap utuk melihat motor tersebut yang di sangka ayahnya. Motor tersebut berpusing di hadapan rumah sebelum berhenti betul-betul depan pagar tapi tiada siapa yang menunggangnya. Malam itu aku menemankan anak-anakku tidur sambil membaca ayatul Kursi, 3 Qul dan Al-Fatihah sambil menghembuskan kearah mereka dengan penuh pengharapan Allah akan menjaga anak-anakku dari gangguan syaitan.
Kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Malam itu adalah kemuncaknya yang Allah ingin tunjukkan bahawa kumpulan yang kusertai itu adalah penunggang Agama semata-mata. Suamiku yang pulang ke rumah sekitar jam 10 malam kelihatan marah besar sewaktu memanggilku. “Apa yang sudah kau jemput datang ke rumah, tidak cukup dengan gangguan saka sekarang kau jemput pula benda lain datang mengganggu rumah ni” kata suamiku. Otakku ligat mentafsir kata-kata suamiku sehinggalah aku terpandang buku nota berkulit keras di celah-celah rak buku. Aku tidak mampu berkata walau sepatah pun. Lidahku kelu dan sejujurnya aku Amat takut dengan suamiku. Kemarahannya menunjukkan betapa serius kesalahan yang telah ku lakukan. Aku hanya mampu terdiam kaku tanpa mampu berkata walau sepatah pun. Pertanyaan demi pertanyaan membuatkanku akhirnya membuka mulut dan menjelaskan semuanya. Menurut suamiku dia sudah mula memantau kegiatanku sedari awal namun dia bertindak mendiamkan diri kerana tiada salahnya ilmu tersebut sehingga masuk bab mahar, kain kuning dan beberapa ilmu yang pelik.
Suamiku pernah belajar ilmu perubatan Islam dan dia juga yang berusaha membantuku untuk pulih daripada gangguan pada awal perkahwinan kami. ‘Makhluk’ yang di lihat Oleh suamiku di luar rumah mula mengganggu dengan mengikutnya masuk ke dalam tetapi dapat di musnahkan. Namun yang membuatkan suamiku marah bila Ada makhluk lain pula yang setia menunggu di dalam rumah seolah-olah dijemput masuk sedangkan rumah kami sudah dipagar oleh suamiku. Penjelasan tersebut menggamit ingatan pada persetujuanku dengan mahaguru untuk menerima pengawal yang akan mengawasi rumah kami daripada gangguan makhluk halus dan niat jahat manusia.
Rupa-rupanya persetujuan tersebut telah mengundang khadam daripada bangsa jin masuk ke dalam rumah. Lebih dahsyat lagi, seekor demi seekor kucing dirumahku m4ti tanpa sebab, keras kejung tanpa Ada sebarang najis atau kotoran pada badan kucing-kucing itu. Sehingga boleh ku klasifikasikan sebagai m4ti mengejut. Yang membuatkanku berasa ralat ialah setiap kali sebelum kematian kucing-kucingku, akan terdengar bunyi seperti pergaduhan sesama mereka, tetapi bila pintu di buka langsung tidak ada tanda-tanda kehadiran kucing lain cuma bulu kucing yang menggembang sambil menderam memerhatikan kawasan luar rumah sahaja. Sebaik sahaja melihatku, kucing-kucing Ini akan mengesel manja kakiku dan berusaha untuk masuk ke dalam rumah seolah-olah takutkan sesuatu, namun kubiarkan sahaja mereka di luar.
Rentetan daripada peristiwa yang berlaku membuatkan ku berasa sangat berdosa pada Allah kerana secara tidak sengaja telah melakukan dosa syirik khafi. Lantas solat taubat kusegerakan dan solat hajat kulakukan memohon Moga Allah ampun kan segala dosaku dan mempermudahkan jalanku untuk keluar dari kumpulan tersebut. Syukur Alhamdulillah, kini aku bebas dan tidak terikat dengan sebarang perjanjian yang dimetrai, segala ilmu yang di ijazahkan juga telah ditarik semula dan aku kini kosong serta tidak mempunyai sebarang urusan mahupun hubungan dengan mereka. Betapa leganya perasaanku.
Penjelasan daripada suamiku juga amat mengejutkan. Rupa-rupanya kumpulan seperti Ini tumbuh bagaikan cendawan di serata tempat. Mereka mensasarkan golongan wanita terutamanya kerana mudah terpengaruh dengan ilmu yang disangka berteraskan zikir dan Al-Quran namun luarnya saja yang kelihatan baik tetapi intipatinya bercampur-baur dengan kebatilan. Mereka bermotifkan duit semata2 iaitu meletakkan mahar dengan jumlah tertentu untuk setiap khidmat serta barang yang didakwa memiliki pelbagai khasiat. Sungguh halus permainan mereka, aku bersyukur kerana tersedar awal dan tidak terjebak lebih dalam dengan mereka. Bak kata suamiku, yang hak tidak akan bercampur dengan yang batil.
Ingatlah saudara-saudara seagamaku, hidup Ini tidak pernah sunyi dengan ujian. Berpada-padalah ketika mencari ilmu agama, ramai sahaja mereka diluar sana menawarkan ilmu yang kelihatan selari dengan ajaran Islam tetapi akhirnya menyimpang dari kebenaran. Kepada Allah jua kita bertawakkal dan sentiasalah mohon moga kita tidak terjebak dengan fitnah akhir zaman. Sampai ketemu lagi. InsyaAllah…
HANTAR KISAH ANDA: fiksyenshasha.com/submit
belajar la dengan suami, dia macam lebih tinggi ilmunya. ataupun terus belajar dari ustaz2 atau ustazah yang bertauliah
Tqvm atas nasihat. Skrg ni pn sy mmg bny bertanya dan belajar dgn suami, rasa insaf dah nak cari ilmu dalam alam maya ni. Bak kata suami, nak menuntut ilmu kena berguru dengan ustaz@ustazah bukan hanya melalui buku atau alam maya, bila takde yang membimbing senang syaitan nak pesongkan aqidah kita.
Assalamualaikum warahmatullah wabaraqatuh..Saya mencari perawat disekitar, untuk rawatan secara dekat, saya termakan makanan dari ilmu guna-guna, beratus benda halus di hantar kepada saya..
email saya : [email protected]