Ilmu Pelaris

Assalamualaikum semua. Salam sejahtera. Kisah Ilmu Pelaris dan Ilmu Penutup Iri dan dengki dalam perniagaan sangat sinonim dengan masyarakat kita. Bukan si pelaku tak tahu itu satu dosa tetapi… nafsu menguasai akal sihat.

Kali ni akak bawakan kisah yang berlaku di dalam tahun 90-an dulu.
Mak akak mengusahakan gerai makan di sebuah penempatan baru. Kawasan setinggan yang telah di bahagi-bahagikan lot nya. Masa tu, gerai Mak maju dengan jualan laksa dan mee rebus serta nasi lemak di awal pagi. Ada juga ais kepal dan ais kacang. Bawa duit seringgit je dah boleh makan semangkuk laksa dan semangkuk ais kacang. Akak ni kalau waktu cuti dan balik ke kampung tu, selalu la bantu Mak.

Sekian lama gerai dibuka, beberapa orang lain juga turut sama pacak gerai. Mak rasa seronok, ada juga kawan kan. Mak ni tak tahu kedekut, kalau ada yang tanya resepi apa juga jualannya, Mak bagi dengan senang hati. Tapi itulah punca awal kejadian…

Tak lama kemudian, akak dapati gerai Mak macam lengang je. Yang masuk beli dan makan hanyalah anak-anak berbangsa Cina dan India dari kampung sebelah. Beberapa hari hal tu berlaku, ada yang datang ke rumah. Bertanya kenapa Mak lama tak buka gerai… akak mula rasa sesuatu yang pelik. Hari-hari gerai buka tapi orang kata gerai tutup. Esoknya masa Mak dan akak dok di gerai, kami saja la berborak-borak dengan anak-anak Cina yang datang. Mereka fasih berbahasa Melayu sebab berkawan dengan kaum Melayu. Ada sorang ni kata, Mak Cik jangan risau, malam ni saya buat. Buat apa…akak tanya dia tak nak jawab.

Dua hari selepas bersembang-sembang tu, Mak buka gerai macam biasa. Belum sempat nak susun kerusi meja, dah ramai pelanggan yang datang untuk beli nasi lemak. Dalam masa tak sampai dua jam, nasi lemak habis. Akak terperasan, jiran gerai sebelah dok kerling satu macam je. Akak buat macam biasa. Akak tanya pada Ah Meng, apa dia dah buat malam tu. Dia kata, dia tanam tulang ‘ba alif ba ya’ depan kedai. Dia kata dia tau petua tu dari kawannya orang asli. Petang tu jualan Mak kembali macam sebelum gerai tu “sakit”. Kuah laksa dan mee rebus habis. Jam enam petang gerai dah kami tutup. Akak pun bersiap untuk pulang ke sarang akak. Ye la, cuti seminggu je kan.

Dalam masa akak dah tak ada di rumah untuk bantu Mak, adik akak yang bantu. Lebih kurang sebulan lepas tu, Mak dan apak akak datang ke rumah akak. Tapi akak tengok kaki Mak bengkak semacam je kat tumit. Akak cuba bawa ke rumah bapa saudara suami akak. Di situ, Pak Long mengubat kaki Mak dengan mengeluarkan kaca-kaca yang ditarik dari tumit Mak. Caranya.. Pak Long toreh sikit kulit bahagian tumit dan sedut guna getah paip panjang sejengkal, macam sedut air guna straw tu. Kata Pak Long ada orang tanam tujuh botol ilmu hitam di keliling gerai Mak. Dah pecah tiga. Kalau pecah semua, mungkin itulah akan jadi asbab kematian. Pak Long ambil lebihan botol yang di tanam tu melalui cara merambas kain hitamnya di udara. Dapat lah semua. Kecik je botol tu, botol minyak atar. Dalam botol tu akak nampak ada jarum karat, duri ikan, dan entah apa lagi. Yang pasti orang yang tanam tu memang nak buat hingga putus nyawa.
Lepas kejadian berubat tu, Mak ambil keputusan stop niaga. Bukan takut tapi ambil langkah keselamatan. Bukan ilmu tu yang ambil nyawa, hanya elakkan je.

Beberapa tahun kemudian, Mak ikut adik buka kedai makan pula tapi di kawasan yang lain. Jauh dari tempat tu. Akak selalu la balik jengok Mak dan apak. Cerita iri berulang lagi. Kedai makan di situ ada tiga buah berderet. Mak buat makan pagi dan makan tengahari. Dan kejadian kedai makan yang terlihat tutup kembali berulang. Sedih tengok lauk-pauk tak berjual. Hinggalah pada satu hari akak balik dan terus ke kedai. Akak tanya pada adik, tangki najis belakang kedai ada bocor ke..? Adik kata, tak ada, elok je. Akak tanya sebab masuk je ke kedai, bau busuk macam najis.
Akak dan Mak berbual ringan sambil lihat kedai hujung.

Kami lihat kedai tu orang masuk tak putus-putus. Waktu malam, bekalan letrik terputus sementara, kedai Mak yang guna enjin generator tetap tiada pengunjung sedangkan kedai hujung yang guna lampu lilin, tetap penuh. Esoknya, akak bagitahu adik, cubalah buat sesuatu. Pendekkan cerita kami pergi bertemu seorang lelaki berketurunan Siam, dan dia buatkan air. Yang perlu kami buat, cuci kedai, dan semburkan air itu dari luar membawa ke dalam. Sembur seboleh-bolehnya semua tempat yang mampu. Kami buat seperti yang disuruh. Kata lelaki tu, kita bukan nak tutup rezeki orang tapi nak buka semula apa yang telah ditutup.

Kata lelaki tu, apa yang telah diletakkan oleh penuju ilmu tu ialah seekor kongkang yang besar, terkangkang atas kedai makan Mak. Kongkang tu akan berak dan kencing, sebab tu kedai bau busuk. Masa kami buat tu, tuan kedai hujung tu hanya melihat dari jauh. Akak masih ingat baju yang dia pakai, dan raut wajahnya.

Setelah selesai, kami tutup kedai dan balik ke rumah Mak Leh yang tak jauh dari situ. Mak Leh dah pindah rumah tak duduk lagi di kampung gerai pertama dulu tu. Waktu kami balik lebih kurang masuk waktu maghrib. Usai solat, kami ambil keputusan tidur di rumah adik di kawasan lain lebih kurang 20 minit perjalanan. Waktu nak gerak, akak nampak tuan kedai hujung tu baru tiba ke rumahnya sebab kami melalui rumahnya. Tuan kedai hujung hanya letakkan barang-barang dan keluar semula. Kami ingat dia nak ke pekan la kot.

Malam tu akak dan Mak tak panjang pun sembang. Dah penat cuci kedaikan. Masing-masing tidur. Dalam jam 3 pagi, adik dapat panggilan telefon, tuan kedai hujung kemalangan. Akak tak nak cerita detail. Hanya nak bagitau, tuan kedai hujung meninggal. Setelah suaminya sedar beberapa hari kemudian, dia kata, dalam perjalanan balik, dia ternampak ada beruk yang besar melintas jalan. Dia mengelak dan terbabas hingga melanggar pokok. Suami arwah juga cerita, malam tu lepas je mereka letak barang jualan, mereka terus ke satu tempat yang agak jauh, kerana tuan kedai hujung nak tambah lagi ilmu pelarisnya. Waktu mereka balik dari rumah bomoh tu, tuan kedai hujung ada berkata tidak ada siapa yang dapat lawan ilmu dia.

Setelah dua tiga tahun kejadian, kedai hujung bertukar tuan tapi tak ada yang dapat bertahan. Semua mengatakan akan ternampak kelibat yang merupai tuan kedai yang lama terutama di bahagian dapur. Akhirnya kedai tu dirobohkan. Adik juga tidak lagi berniaga kerana komitmen lain. Dan mak… Mak juga telah mengadap Ilahi kerana sakit tua. Al-Fatihah untuk Mak, Apak, juga untuk tuan kedai hujung.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

9 thoughts on “Ilmu Pelaris”

  1. Ni lah masalah masyarakat melayu.. Bukan nak kutuk bangsa sendiri.. Tapi memang ad pengalamn y sama.. Bila meniaga makanan je, mesty dapat segala santau dan sihir ni.. Padahal melayu memang 99% dikatakan beragama Islam.. Susah nak maju, dan susah nak dapat berkat Allah…

    Reply
  2. Tulah..melayu ni kalau org bniaga laksa ke mee celup ka..nmpk ja laku dia pun nk wat jgk..bila mskn dia xsdp mulalah cri pelaris…

    Reply
  3. Sifat dengki,kianat dan syirik bukan hanya untuk masyarakat melayu saja tp semua bangsa ada sifat ni..dan selalunya dari kalangan masyarakat melayu jugalah yg membantu merawat kita ketika disihir..jadi..sifat terkutuk ni lebih kepada sifat individu

    Reply
  4. Jadinya Guru2,ustaz2,mufti2 serta rumpunan bangsa aku di nusantara ni adalah pedengki?jgn fitnah bangsa aku..sifat dengki ada pada semua manusia bukan saja pada melayu,bangsa hang sendiri pn ada…patutnya org mcm hang ni d jadikan santapan terakhir raja bsiong..biadap btol

    Reply
  5. pernah baca dlm FS kisah kedai kasut terkenal pun ada letak natang jaga kedainya dari dirompak di salah satu mall di KL….pengurus tu bukan Melayu ya….staf kedai dia mmg kena balik selepas 11 malam…jika balik lambat akan ternampak la natang tu duk dlm kedai…jika melayu jenis dengki dgn saingan…tp yg bukan melayu lebih kepada jaga kedai dari dirompak…

    Reply

Leave a Comment