Ilmu Pengasih Panah Arjuna

Asap kemenyan berkepul2 memenuhi ruangan di rumah agam itu. Kelihatan seorang tua berumur lingkungan 70-an , terkumat kamit mulutnya membaca wirid dan bacaan jampi serapah yang bercampur2 antara bahasa Melayu, Siam dan Arab. Seperti beliau saja yang faham akan maksud bacaan itu.

Almari dibelakangnya dipenuhi dengan keris2 lama, dan gambar2 perempuan dan lelaki yang bertanda “X”. Apakah maksud “X” ? Adakah itu semua mangsanya ?

[ Pejabat XXXXX]

“Betul ke kau ni, Jerry? Bunyi mcm tak berapa logik je, kau tu arkitek tau , masih lagi percaya benda2 mcm ni ke?”- Din menarik kerusi ofis ketepi dan melabuhkan punggungnya berdekatan dengan meja kerja Jerry.

“Ni bukan soal arkitek ke apa ke? Kita orang Islam pun kena percaya alam ghaib kan? Benda2 ni wujud lah, kau kalau tak percaya boleh terbatal iman tau, kena ngucap balik, kau solat pun tak penuh lagi teruk,haha”- Jerry ketawa sambil menghirup sisa2 Vanilla Latte yang dibelinya pagi tadi.

“Aku baca kat facebook, orang cakap memang tok bomoh ni power, ramai dah pasangan yang dia berjaya satukan, setakat awek kau tu Din, aku rasa senang sangat la, jom la plan jumpa dia, aku ada save nama tempat dia, nombor whatsapp pun ada ni,” ujar Jerry, sambil tangannya masih laju menaip laporan kerja mingguan.

“Haha, bab sembahyang tu aku akuilah Jerry, aku pun tengah belajar nak improve diri aku, tapi ni bab jumpa bomoh ni tak kira syirik ke Jerry? Orang kata kalau kita bergantung kepada selain Allah dikira syirik ? “- tanya Din, jujur.

“Aduh, kau ni banyak tanya la Din, ni kira mcm usaha la jugak, kira ikhtiar la, dah kau jangan fikir banyak , esok malam kita pegi rumah tok bomoh tu, bawa gambar mata air kau sekali, jangan tertukar pulak, haha..” seloroh Jerry , Din hanya mengangguk sepi. Seperti ada yang tidak kena pada perasaannya.

[Rumah Ki Bodas]

“Dah fikir masak2? Sekali aku lancarkan ilmu aku ni, tidak boleh patah balik, kau kena tahu itu, apa saja akibatnya haruslah ditanggung oleh kau,” tegas Ki Bodas, orang tua itu mengingatkan Din dan Jerry. Din hanya tersenyum kelat.

“Ya, saya sanggup terima tok,”

“Baiklah, aku mulakan..”

Ki Bodas mencampakkan beberapa kemenyan dengan ramuan rahsianya ke dalam tempat bara, asap mula memenuhi ruangan rumah agam itu. Jerry terbatuk beberapa kali sambil menutup hidung. Baunya tidak busuk tapi wangi, cuma terlalu pekat sehigga menyesakkan dada.

Mulutnya terkumat kamit membaca wirid2 agung. Dua jiwa hendak disatukan, dalam alam syahadah terlihat terlalu mustahil, tetapi di alam ghaib, masing2 mempunyai jiwa (sukma) yang boleh dijinakkan oleh orang2 yang memiliki kesaktian bahkan ianya terlalu mudah bagi Ki Bodas, dengan bantuan beberapa ekor jin tingkat tinggi, tali jiwa bakal diikat dengan menembakkan jurus ilmu panah arjuna yang terkenal itu.

“Berikan kepada aku gambar perempuan itu, panah ghaib telah tersedia.. “

“Ini dia Ki, gambarnya ..”

Gambar berukuran passport itu diambil oleh Ki Bodas. Lama beliau merenung sambil menarik nafas panjang. Ki Bodas melihat ke arah Din dan Jerry.

“Betul ke ni?”

“Betul Ki, saya dah lama suka kat dia, tapi malu nak beritahu”

Gambar itu diangkat dan disuakan kepada Jerry.

“Eh, apasal gambar aku yang kau bawak ni Din?”- tanya Jerry terkejut.

“Aku dah lama suka kat kau Jerry, malu nk bagitau ” , ucap Din selamba.

Ki Bodas yang hampir muntah melihat suasana itu, kemudian menghalau keduanya keluar kerana ilmu beliau belum sampai tahap menyatukan LGBT lagi.

“Say NO to Sihir dan LGBT”

#PejuangAgung

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

1 thought on “Ilmu Pengasih Panah Arjuna”

Leave a Comment