Assalamu’alaikum wbt. Aku Indera maafkan aku dah lama tak menulis sibuk sangat akhir akhir ini dengan tugasan hakiki dan juga rawatan. Kadangkala aku fikir bila masa nak ada awek ni. Okay dah. Kali ini seperti yang aku janjikan dalam episod sebelum nya aku akan ceritakan kisah hantu penanggal. Kisah ini tidak lah seram tragis sepertimana kisah pertama aku dahulu.
Ketika aku masih kecil lagi aku selalu ikut abang aku ke mana mana sahaja.Kami budak-budak kampung memang nakal dan berani. Dalam berani ada takutnya. Malam Jumaat abang aku dan sepupu dah nekad nak memburu hantu penanggal. Arwah atok dah bagi petua. Hantu ini ketakutan nya duri mengkuang. Petang sebelum kejadian abang aku arahkan aku untuk mencari mengkuang di kawasan kampung.
” Acu, nanti lepas zohor kau dengan Alang pergi cari mengkuang malam ni aku nak guna.”. Along arahkan aku sambil kaki dia bertinggung macam boss. Menyampah aku.
Aku dan alang mencari mengkuang di seluruh kampung. Akhirnya kami berjumpa di satu kawasan di hujung kampung berhampiran hutan kecil. Di situ ada anak sungai kecil air nya sangat jernih. Selesai aku dan alang mengambil daun mengkuang kami pun melepaskan penat di perdu pokok hutan. Kami berehat melihat keindahan air dan kicauan merdu burung bersiulan.
Tanpa kami sedari kami terlelap di bawah pokok tersebut. Tiba-tiba kami terkejut mendengar suara wanita yang sedang ketawa. Aku dan alang segera bangun.
Kami mencari cari pemilik suara tersebut. Alangkah terkejutnya kami tidak jauh daripada situ kami melihat tiga orang gadis yang sangat cantik sedang mandi. Paling cantik yang pernah kami lihat di kampung itu.
Kami tak tak sedar kami berjalan ke arah tebing sungai yang agak curam. Hampir sahaja kami terjatuh. Tiba-tiba kami lihat tiga orang gadis tadi telah hilang.
“Astaghfirullah al-Azim, acu apa tadi tu?”
“Entah lah alang, acu tak pasti. Mujur kita tak jatuh ni”.
Kami berpusing ke belakang untuk mengambil semula daun mengkuang di bawah pokok tadi.
” hihihi, nak kemana tu abang?” Satu suara menyapa kami.
Aku tersentap daripada mana pula. Kami tahu ada puaka sedang menguji kami berdua. Kami terlalai tadi.
Alangkah terkejutnya kami di depan kami ada tiga makhluk yang amat lah hodoh dan menyeramkan. Cuma bezanya kami jumpa waktu hampir nak senja. Masih nampak matahari lagi.
Alang dah persiapkan kekuda nya. Andai terpaksa melawan kami terpaksa juga lalui.
Aku mula bacakan ayat Qursi dan surah Al jin. Ayat 16-17. Selesai baca aku tiup ke depan ke arah mereka bertiga.
Menjerit lah mereka. Mereka tidak lagi diam di situ. Mereka terbang ke arah kami. Dengan mata yang hitam pekat. Gigi taring tajam. Kuku panjang hitam. Baju yang tadi nya cantik dah jadi lusuh. Ketiga tiga mereka dalam posisi menyerang kami berdua.
“Allahuakbar! Allahuakbar!
Allahuakbar!
Alang melaungkan kalimah Allah berulang kali. Aku meneruskan bacaan ayat-ayat pelindung yang atok selalu ajarkan pada kami.
Kami pada ketika ini tawakal sahaja. Jika ini geruh kami. Maka di sinilah tamatnya hayat kami.
Satu angin kuat menderu deru datang dari arah hadapan kami. Kami tahu siapa yang datang. Raden anjasmoro datang tanpa dipinta.
Gagah perkasa tangkas. Berpakaian segak laksana seorang panglima bangsawan jawa.
Raden menusuk kan keris nya ke dada salah satu makhluk puaka tersebut. Jeritan halus kuat di iringi satu bau cukup busuk dan hanyir.
Puaka yang lagi dua tidak berani lagi untuk meneruskan serangan. Melangkah bererti kemusnahan bagi diri mereka. Mereka takut akan kematian. Mereka berdua hilang ghaib begitu sahaja.
Aku dan alang mengurut dada tanda kelegaan terlepas daripada kejahatan puaka. Salah kami sendiri lalai. Balik nanti siaplah aku dan alang akan menerima hukuman daripada atok. Kalau Raden ada di sini maka berita kami diserang oleh puaka sungai ni pun atok akan tahu..kami bersalaman dengan Raden dan mengucapkan terima kasih atas pertolongan nya. Selesai kami bersalaman dia pun hilang dari pandangan. Kami berdua pun mengambil daun mengkuang dan balik segera untuk menerima hukuman.
” Ekau berduo poei mano? Den tahu apo kau buek! Duduk situ den nak buek perhitungan”. Masa tu memang birat lah juga betis dan tangan kami berdua. Operasi mencari hantu ditangguhkan ke esok malam sebab kami berdua baru je buat kes.
Kenakalan kami ketika remaja membuatkan ia menjadi memori indah yang dikenang sehingga kini. Operasi mencari hantu penanggal diteruskan. Kami berkumpul di rumah sepupu dan terus bergerak dengan lampu suluh di kepala. Kalau tak biasa tengok susah nak bayangkan.
Kami terus pergi ke rumah bidan Ngah. Bidan kampung yang tinggal seorang diri kerana semua anak anak nya tinggal di bandar. Mereka semua tak berani nak tinggal di rumah itu kerana menurut kata orang kampung bidan Ngah ini adalah penanggal. Mereka takut jika mereka akan menjadi pewaris ilmu syaitan ibunya.
Kami semua terhendap hendap di sekitar kawasan rumah bidan Ngah. Tiba-tiba kami terdengar bunyi dentuman kuat di tingkap rumah bidan Ngah.
Kami melangkah laju pergi ke arah tingkap yang berbunyi itu. Apabila kami sampai lebih kurang dua ratus meter dari tempat tu. Kami nampak satu kepala terbang keluar. Kami tak mengejar kepala bidan Ngah tetapi kami dengan segera mengikat daun mengkuang di semua tingkap rumah tersebut. Kemudian kami menunggu sehingga kepala terbang tadi kembali semula. Mengerikan betul keadaan kepala tersebut dengan isi perut dan organ dalaman kelihatan. Walaupun dalam kesamaran namun masih dapat melihat keadaan ngeri makhluk itu.
Darah atau cecair dari kepala terbang itu menitik ke bawah. Kami tidak mahu terkena kerana cecair itu berbisa jika terkena. Gatal gatal yang teruk.
Lama kami menunggu tak juga kembali semula kepala tersebut maka kami putus kan esok sahaja kami melihatnya. Kami semua pulang dengan rasa hampa. Mujur lah perjalanan balik tak bertemu dengan penanggal tersebut.
Keesokan harinya kami datang lagi ke rumah bidan Ngah. Kami semua terhendap hendap seperti orang ketakutan. Tiba tiba ada suara menegur kami daripada belakang.
” Hoi! Ekau buek apo kek ghumah den ni haaa?” Kami terkejut dan menoleh belakang alangkah terkejutnya bidan Ngah tiba tiba sahaja ada dibelakang dan keadaan kepala nya elok sahaja.
” Kami saja je Ngah… Kami jalan jalan di kawasan ini”.
” Ekau tak usah nak mintak, den tahu kojo ekau semuo malam tadi.”
” Takpelah Ngah kami balik dulu ye,”
Berlari lah kami semua balik. Saat tu kami melihat mata bidan Ngah sangat tajam dan melirik senyum yang amat menakutkan.
Itulah kali terakhir aku melihat bidan Ngah di kampung itu. Sekarang ada yang bagitahu rumah bidan Ngah dah jadi rumah anak perempuan nya. Nama anak nya itu Cempaka sari. Aku tak pernah tahu tapi menurut sumber orang kampung Cempaka telah mewarisi kepakaran ibunya sebagai bidan dan telah membuka spa rawatan untuk kecantikan wanita sebelum dan selepas berkahwin di rumahnya sendiri.
Aku pernah bertemu dengan Cempaka sari di pekan berhampiran. Wajahnya memang cantik dan menawan. Tetapi aku dapat melihat sesuatu yang tidak elok, satu wajah disebalik raut kecantikan Cempaka ada wajah yang sangat hodoh dan menjijikkan. Aku menunduk kan pandangan ku. Tak sanggup aku menatap wajah jijik dan seram itu menyeringai kepadaku.
Rumah aku dan Cempaka tidak lah jauh cuma dipisahkan oleh serelung sawah padi. Tanah sawah milik arwah tok memang berhampiran sahaja dengan tanah sawah milik bidan Ngah.
Ketika aku masih kecil aku masih ingat lagi awal pagi atok aku akan ke sawah bersama sama beberapa orang yang diupah untuk mengerjakan tanah sawahnya seluas lima relung. Aku pula kalau awal pagi akan bersarapan pagi di pangkin bawah pokok mangga tepi sawah. Sarapan pagi yang cukup ringkas lempeng kelapa parut cicah kuah gulai malam tadi bersama air kopi. Ya Allah nikmat nya….
Dalam ramai-ramai adik beradik aku sahaja paling rapat dan tinggal dengan nenek dan atok. Adik beradik ku yang lain tinggal di rumah lain yang tak jauh jaraknya daripada rumah atok.
” Wan, den nak poei mancing ikan kojap laie boleh tak?”
” Ekau ni kan pagi buta nak borandam air lumpur ngan lintah laie, eeeeiiii! Kau tak goli ko?” Nenek aku membebel sambil membuat wajah kegelian saat dia menyebut lintah. Ya lintah yang sangat pantas berenang di dalam air saat pendengaran nya menangkap deburan air dan bau darah segar yang mengalir.
Aku tak peduli kan bebelan nenek ku. Terus aku naik ke atas rumah salin pakaian dan terus mencapai joran batang kayu ku. Umpan cacing tanah. Aku ambil canggul terus gali di kawasan yang permukaan nya ada najis cacing. Sekali tujahan sahaja dah meliuk liuk cacing. Aku kutip dalam bekas. Canggul aku biarkan disitu. Masa ni aku tak geli langsung dengan cacing bau nya bau tanah.
Kenangan masa silam bersama arwah nenek dan atok tak dapat aku lupakan. Kini rumah pusaka ini aku yang warisi. Tanah bendang aku upahkan orang untuk jaga. Bermula daripada membajak, meracun, menabur benih, membaja dan menuai semuanya di uruskan oleh mereka.
Rutin aku tiap hujung minggu adalah membuka gelanggang silat warisan arwah atok. Aku dan Hairul akan membuka gelanggang silat dengan bacaan doa dan ayat pelindung. Memohon agar tiada unsur tidak baik sewaktu berlangsung nya sesi pembelajaran silat.
Api akan dinyalakan di setiap sudut. Adik perempuan ku dan sepupu lain akan turut serta mengetuai murid wanita. Aku dan Hairul uruskan lelaki.
Selalu nya Khamis sehingga Sabtu gelanggang akan dibuka dan pusat rawatan ditutup kecuali kes yang tak dapat elakkan.
Satu malam sedang aku memerhatikan anak-anak silat dengan gerak langkah dan seni buah silat. Aku terdengar bunyi motor dan cahaya lampu datang ke arah rumah ku. Makin lama makin dekat. Sehingga aku boleh mengenal siapa gerangan nya. Abang Samad dan kak Melati. Mereka berdua ni orang luar berhijrah ke kampung ini sebab urusan kerja sebagai guru di sekolah rendah kampung aku.
“Assalamua’laikum Indera, abang ada hajat ni.Minta maaf sebab ganggu masa bukan rawatan tapi abang terpaksa.” Suara nya tersekat sekat dan kedengaran cemas.
“Takpelah abang, cerita kan lah. Saya sedia membantu.”
” Begini dua tiga hari lepas kak Melati kau ada pergi berjumpa dengan Cempaka sebab nak berurut dan membuat rawatan muka. Selepas pergi dan balik daripada rumah Cempaka perangai nya berubah. Jadi pendiam. Waktu malam akan termenung dan buka tingkap. Malam semalam abang menonton televisyen bila abang masuk bilik alangkah terkejutnya abang ada kepala berterbangan dalam bilik tidur. Paling terperanjat kepala tu berwajah Cempaka. ”
“Ermmmm, lepas tu apa terjadi?”
” Abang pun ambillah kayu yang dihujung nya diikat daun mengkuang yang berduri. Mak mertua abang pesan simpan dalam bilik tidur. Abang pun libas ke arah kepala tu. Terkena pada bahagian dalaman yang berjuntai terus dia menjerit dan lari ikut tingkap bilik. Kak Melati masih tak sedarkan diri dan abang jaga dia sehingga sedar. Ni abang bawa dia datang jumpa Indera sebab dia macam tak sedar diri.”
Aku melihat kak Melati jauh merenung ke dalam firasat ku. Aku berzikir kalimah tauhid tanda berserah diri kepada Allah. Aku seolah-olah melihat kak Melati sedang dikawal oleh kepala terbang milik Cempaka dirumah nya di dalam bilik rahsia. Melati diikat dan dipuja supaya menyerahkan diri pada dia. Tujuannya satu untuk dijadikan tumbal ilmu syaitan nya. Kecantikan dan kekayaan milik Cempaka dicari menggunakan jalan sesat. Siapa kah dia sebenarnya.
Aku kuatkan zikir dalam hati. Hairul daripada tadi dah pun menamatkan latihan silat dan meminta hanya beberapa orang sahaja tinggal untuk membantu rawatan.
Melati dijaga oleh abang Samad dan yang lain. Aku dan Hairul telah pun meraga sukma untuk ke rumah Cempaka. Menyelamatkan Melati.
Kehadiran kami telah pun dijangkakan musuh.. tiba-tiba sahaja satu lembaga hitam besar meluru ke arah kami. Mujur kami sempat mengelak. Hairul tinggal di tanah untuk membuat perhitungan dengan anjing hitam belaan Cempaka.
Aku terus naik ke atas rumah mencari bilik rahsia. Pandangan gelap suram. Aku hanya berpandukan gerak hati. Aku ke arah satu sudut rumah. Ia tidak kelihatan seperti bilik tetapi ia tersembunyi antara dinding. Aku mencari jalan masuk. Akhir nya aku menjumpai punca tempat masuk ke dalamnya.
Di dalam bilik itu aku melihat Melati sedang di ikat kaki tangannya di tiang seri rumah. Kepala terbang milik Cempaka pula tidak kelihatan. Aku dengan segera melepaskan ikatan tangan dan kaki Melati. Aku membawa dia keluar dan aku meminta agar Hairul segera bawa Melati balik ke jasad nya.
Selesai semua hal itu. Ada darah merah menitik di atas tangan ku. Perit dan gatal. Aku memandang ke atas melihat wajah Cempaka yang menyeringai. Rambut kusut masai. Aku segera berundur kebelakang dan membaca kan ayat ruqyah terus menghembuskan ke arah kepala terbang itu. Bukan kepalang jeritan kuat yang membingitkan telinga aku. Aku segera kembali ke rumah dan akan kembali semula untuk selesaikan perhitungan ini.
Aku kembali tersedar di serambi rumah kayu ku. Ku lihat kak Melati telah tersedar dan terbatuk-batuk kecil. Aku arahkan adik ku segera memberikan air penawar kepadanya.
Aku dan Hairul serta beberapa orang anak murid silat ku harus selesai kan urusan ini. Perancangan yang betul harus dibuat segera. Kami nyalakan api gelanggang. Kak Melati kami letak di tengah gelanggang di ikat di situ. Gelanggang telah kami buat pasak penanggal boleh masuk tapi tidak akan dapat keluar.
Kami semua berada di dalam gelanggang di setiap penjuru tetapi tidak dapat dilihat oleh musuh.
Kami menunggu dan setelah beberapa lama kami melihat cahaya daripada rumah Cempaka keluar menuju ke arah rumah ku.
Dalam sekelip mata sahaja ia telah berada di dalam gelanggang. Melati pula sudah merintih sendiri kesakitan. Entah apa yang terjadi dia seperti kerasukan dan menekan nekan kuat perutnya dengan kuat di atas tanah. Darah keluar membasahi tanah gelanggang.
Mata Cempaka pula liar dan lidah nya yang panjang melihat penuh selera santapan di depan matanya.
Aku mengambil tindakan pantas menyerkup kepala tersebut dengan kain putih. Di bawah nya telah aku sediakan kacip pinang dan duri mengkuang.
Melati telah hilang darah yang banyak. Abang Samad segera menghubungi ambulans. Aku meneruskan proses menghapuskan penanggal ini. Segera aku potong organ dalaman nya dengan kacip pinang. Dan aku lumurkan kepala dan bahagian dalaman nya dengan duri mengkuang. Menjerit jerit suara Cempaka menangis kesakitan. Aku tidak pedulikan kerana jika dibiarkan hal ini akan menjadi barah di kampung ini.
Sejak dia membuka rumah urutan dan spa kecantikan ramai bayi yang mati keguguran. Ramai ibu ibu yang tumpah darah sebelum sempat ke hospital.
Aku tamatkan riwayat hidup kepala ini dengan siraman cuka. Segera aku dan beberapa yang lain ke rumah Cempaka untuk dapatkan tubuhnya. Jasad dan kepala ini harus ditanam segera sebelum ia menjadi fitnah dan ia menjelma semula.
Aku ambil tubuh nya dan tanam dalam keadaan terpisah. Apabila aku membuka balutan kepala baru aku sedar bahawa kepala itu sebenarnya milik bidan Ngah. Sebenarnya bidan Ngah yang menyamar menjadi Cempaka dan menghisap darah untuk kekal cantik dan kuat.
Segalanya telah selesai. Melati telah mati kerana kehilangan darah yang banyak. Anak lelaki sulung nya dapat diselamatkan. Aku sedih namun ajal maut di tangan Allah. Aku hanya mampu merancang Allah jua menentukan.
Kampung aku telah aman daripada puaka bidan Ngah. Penanggal yang dah berzaman hidup di dalam kampung tanpa arah tujuan. Akhirnya mati dan terkubur di dalam bumi. Suara tangisan sering kedengaran di hujung sawah ku. Merintih menangis minta dilepaskan. Aku tak peduli kan selagi mana kepala dan jasad nya tidak ditemukan selagi itu lah ia tidak akan kembali.
Semoga kita semua Allah jaga daripada tipu daya syaitan akan keindahan nikmat dunia. Segala yang baik datang daripada Allah dan yang buruk daripada aku. Insyaallah ada masa aku akan sambung kisah pertempuran aku dengan hantu raya. Andai aku masih bernyawa masih bernafas lagi. Assalamua’laikum.
Sekian.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Mcm dlm cerita hantu..huhu..tp realiti kah???atau skdr fiksyen…..emmmm…wjud lg kah kisah cmni…umo brp ni…kalo ia realiti..rsa bangga pon ada sbb msh ada lg masyarakat melayu yg hebat sebegini…separa pcya..hihi..logik n x logik sama byk..jgn mrh ye..tq atas pengalaman..
ini fiksyen je.. hmm tapi penanggal tu aku rasa mmg wujud sebab dua orang dah yang cite kat aku jumpa penanggal.. satu makcik aku.. satu kawan aku.. tapi yg dorang cite baca ayat pon penanggal tu tak goyang.. die menyengih je.. last2 makcik aku baling batu baru kelam kabut keluar dr uma makcik aku.. yg kawan aku masa belajar lak cite kat aku mak dia sendiri penanggal.. memula dia anggap tu normal nampak kepala mak dia betenggek kat kayu palang umah.. sbb dari kecik dah biasa tengok.. bila start dia membesar baru dia faham tu tak normal..
Owhh fiksyen..igtkan real..
best cerita dari Indera ni. Memang seronok baca pengalaman dia. Walaupun ramai akan tertanya sama ada cerita dia betul ke tak, bagi saya ini adalah pengalaman dia. Bukan ramai Allah bagi kelebihan untuk hadapi benda2 gini.
tak sabar nak tunggu cerita Indera yang lain
setuju denga sis..
apapun suka baca cerita dari indera
keep writing en.indera…
Macam best jek baca cerita orang yang ada ‘volunteer’ body guard bukan manusia.. Macam ijamkachak ada muiz dan putih, butirstar ada en Li, kucing kelabu rul ada lelaki misteri… But they all Ni consider Apa ye? Walau x dipuja they all ever ready Tolong… Macam mana pulak dari segi agama? Kita kan By right tak boleh berkawan dengan jenis2 ghaib ni kan… Eventho ‘diorang’ islam? Ada sesiapa rajin bg pencerahan? Tq
wallahualam… menurut dari apa yg aku belajar.. kebergantungan kita hanya kepada yg Satu.. tiada yg lain selain Dia.. bersahabat dgn sesuatu yg ghaib pula sy xtau nk cakap camne.. takut orng kata kita menjatuhkan hukum pula… tapi selagi kita bergantung sepenuhny pada Allah dan menganggap sesuatu yg mendampingi kita hanya sekadar makhluk yg juga hamba kepada Allah sebagai sahabat… tiada salahny… kerana segala sesuatu yg terjadi adalah di bawah relung kuasa dan keizinan mutlak dari Allah SWT… Dia Maha Mengetahui segala sesuatu yg nyata mahu pn ghaib.. Wallahualam..
Aslmlkm wbt.Best cito ni.tak sabar tunggu next story.Indra masih merawat lagi ko sekarang.
tuddia aihhh, best sangat cerita Indera nihh. dah macam novel RAM dahh. tapi ni versi realiti. tak sangka ada lagi benda mcm ni kat zaman kita ni. dulu masa baca novel sunan tu terpikir jugak, ada ke betul-betul macam tu. bila banyak orang share pengalaman macam ni kat FS, memang taksangka nauuuu. teringat scene dalam novel sunan yang part Sunan bukak gelanggang nak lawan Beragas adik Nyi Burga Kelara tuh. sebijik, cuma ni makhluknya penanggal, yang tu Jin Berantai. huhuhu rasa macam nak kne baca balik je novel tu nantiiiiiiiiii. cepat laaa share cite lain Indera oittttt. TETIAP HARI kat opis ni dok bukak website FS ni nak baca cite baru. (bila takde keje k, bukan mengular) kehkehkehh