Waktu ni Mawar tengah belajar di salah satu kolej di sini. Tahunni Mawar dah masuk semestar ke tiga. Semestar akhir. Dah jadi senior sebab antara yang paling lama masih stay di asrama.
Di waktu semestar ni jugaklah Mawar semakin sensitif dengan makhkuk makhluk tak kasat mata ni. Mawar tak tahulah kalau di tempat lain., tapi kalau di kolej Mawar ni .,menurut cerita cerita akak akak senior terdahulu..,setiap tahun di semestar akhir tu mesti akan ada kejadian histeria yang teruk.. And yes., kejadian tu memang berlaku waktu semestar akhir tahun tu.
Semuanya berpunca bila bilik yang dah bertahun tahun lamanya tidak digunakan terpaksa dibuka untuk student student baru tahun tu. At first., Mawar dan pelajar senior lain yang stay di bilik ni. Tapi macam biasalah, bila stay asrama memang sinonim lah dengan aktiviti rombak merombak dorm ni. Lepas je kena rombak dorm tu Mawar kena pindah dekat bilik di tingkat tiga. Bilik yang baru dibuka ni tingkat 4.
Histeria teruk terjadi bila budak junior yang stay dekat bilik baru ni. Katanya makhluk yang stay situ marah dengan budak budak junior yang tak tahu menjaga adab bila diorang stay situ. Marah kerana tak tutup aurat bila keluar bilik., marah bila malam malam diorang suka buat bising tak kira waktu.
Sampai akhirnya bilik tu terpaksa ditutup dan budak budak junior diharamkan sama sekali untuk jejakkan kaki di tingkat empat ni. Yang haramkan ni bukan pihak asrama ya. Tapi makhluk tu sendiri yang haramkan. Setiap nama budak budak junior yang pernah stay situ semuanya disebut satu persatu. By the way, tingkat empat ni ada tiga bilik dan satu tandas. Dan hanya dua bilik sahaja yang dibuka sebelum histeria teruk tu berlaku. Bila bilik tu dah ditutup tingkap empat memang tiada penghuni sama sekali.
Sunyi sepi tanpa aktiviti manusia.
Dan kisah Mawar dan deria keenam bermula disini.
Kesan dari histeri yang teruk ni., Mawar yang terpaksa tanggung kesannya. Senang cakap., orang lain yang kena rasuk, tapi setiap kali ustaz ubatkan diorang..benda tu memang keluar. Tetapi..benda tu tak pergi. Tapi semuanya ikut Mawar. Senang cakap. Makhluk tu menumpang di tubuh Mawar. Mawar tak tahu kenapa jadi macam tu, tapi itulah yang diberitahu bila Mawar pergi berubat dengan ustaz. Katanya, badan Mawar ni lemah. Sebab itu senang ditempeli makhluk makhluk halus ni . Tapi alhamdulillah. Mawar tak pernah kena rasuk.
……………………….
Mawar ni sejenis manusia yang sangat susah untuk tidur waktu malam. Dan bila dah tidur pulak., sangat senang untuk terjaga tapi susah untuk tidur semula. Benda ni memang leceh., sebab setiap hari tak cukup tidur. Even bunyi cicak sekalipun., Mawar boleh terjaga dari tidur.
Satu hari tu macam biasa. Mawar terjaga dari tidur antara jam dua hingga tiga pagi. Memang begitulah kebiasaan hari hari. Untuk dengar bunyi orang kepit kuku waktu waktu macam tu memang dah jadi kebiasaan bagi Mawar. Untuk dengar hembusan nafas di tepi telinga pun dah jadi perkara biasa bagi Mawar. Kaki setiap hari dipegang waktu tidur, bunyi orang berjalan., memang sinonim dengan asrama perempuan ketika itu.
Tapi ada satu hal yang paling Mawar tak boleh lupa sampailah sekarang. Hari tu Mawar terjaga dari tidur. Jam waktu tu pukul 2.30 pagi. Mawar tersedar dari tidur sebab terdengar bunyi pintu bilik dibuka. Mawar bangun dan lihat. Mawar nampak roomate Mawar tengah berjalan keluar. Dalam fikiran Mawar, mungkin dia nak ke tandas. Mawar namakan dia ni sebagai Zeti. Jadi Mawar pun tumpanglah sekali untuk pergi tandas sambil sambil niat untuk teman si Zeti ni.
Untuk pengetahuan semua, Mawar ni seorang yang penakut. Tapi entah kenapa dalam situasi tertentu Mawar tiba tiba akan jadi berani. Contohnya dalam situasi budak Zeti pergi tandas ni. Mawar niat untuk bangun pergi tandas sebenarnya lebih kepada untuk teman si Zeti ni, sebab Zeti ni antara yang pernah hampir kena rasuk waktu kejadian histeria teruk yang berlaku sebelum ni.
Mawar keluar dan jalan je terus ke tandas. Bila Mawar masuk ke dalam tandas, Mawar nampak pintu tandas yang pertama tertutup. Thats mean Zeti ada dalam tandas tu. Mawar pun masuklah tandas yang kedua. Dah selesai Mawar keluar dan pintu tandas pertama masih lagi tertutup. Jadi maknanya Zeti masih belum keluar. Mawar pun tunggulah di depan tandas si Zeti ni. Tunggu punya tunggu, suasana senyap. Dalam tandas Zeti ni sepi. Tak dengar langsung bunyi air ke apa.
Sebab rasa lama, Mawar pun panggilah Si Zeti ni.
“” Zeti…zeti..siap dak gi..”” senyappp.
Takda langsung bunyi dari tandas pertama ni. Bila senyap, Mawar ketuk pintu. Dan bila ketuk.,pintu tu terbuka sedikit. Mawar tolak pintu tu ., ternyata tiada orang ye. Dalam hati merungut jugaklah, kita tunggu dia punya lama kat luar ni ,. rupa rupanya dia dah balik bilik ye geng.
So Mawar pun keluar lah jalan ke bilik semula. Sampai je depan pintu bilik , lagi sekali hati ni merungut. Ada ke patut si Zeti ni biar je pintu pilik ni terbukak luas macam tu je. Dahla pukul dua tiga pagi time tu. Mawar toleh ke katil Zeti, dia dah sedap tidur. Senang betul keja budak ni.
Tapi dalam hati. Mawar sebenarnya terfikir juga. Kalaw tak salah, sepanjang Mawar di dalam tandas. Mawar takda pula dengar bunyi orang gunakan tandas. Dan takda pula dengar si Zeti ni keluar dari tandas atau berjalan keluar. Kalaw ada., mesti Mawar akan dengar. Dan kalau lah betul Zeti memang dah keluar dari tandas sebelum Mawar, kalau ikut logik., takkan lah Zeti ni tak reti tutup balik pintu sebelum naik tidur. At least rapatkan sikit ke pintu tu. Dan takkan lah dalam masa sekejap tu je dia dah lena. Sebab jarak antara tandas dengan bilik Mawar tu dalam 5 bilik macam tu. Mestilah ambik masa jugakk kan. And Mawar terfikir balik, waktu Mawar keluar untuk teman Si Zeti ni ke tandas, kelibat Zeti dah takda .Bila difikirkan balik, takkanlah secepat tu dia sampai ke tandas kan. Time tu Mawar dah pelik.
Esoknya tu., waktu masing masing tengah siap siap untuk ke kelas., Mawar tanya si Zeti ni. Dia ada pergi tandas atau tak semalam. And jawapannya adalah TIDAKK..! TIDAK ya gais . Jadi siapakah gerangannya yang Mawar teman ke tandas semalam. Ini bermaksud.. ITU BUKAN ZETI..!
Sebab kenapa antara banyak banyak, ini yang paling berbekas kepada Mawar adalah kerana, inilah kali pertama, makhluk itu menunjukkan dirinya kepada Mawar tetapi dalam keadaan menyerupai rakan Mawar. Dan selepas kejadian inilah semakin hari dan semakin hari, Mawar sering terdengar dan merasai hal yang tak sepatutnya Mawar rasa. Mawar tahu jika akan terjadinya histeria hari itu. Mawar sangat sensitif jika berada di tempat yang memang ada
” sesuatu “. Mawar tahu jika tempat itu “”bersih”” atau ada “penghuninya.”
Mawar akan jadi sangat berdebar jika Mawar berada dekat dengan orang yang ada “sesuatu” dalam dirinya.
Penulis : MAWAR HITAM
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit