Asalamualaikum w.b.t. kepada Pembaca FS. Terima kasih kepada FS jika sudi publish cerita aku kali ini dan cerita² sebelum ni. Insya Allah Aku cuba untuk baiki penulisan menjadi lebih baik #hiyarh. Cerita ni aku mengisahkan waktu kecik-kecik. Bila cakap pasal Childhood ni, rindu pula nak main kawin olok olok sampai sanggup petik bunga mak tanam pastu lempar kat ‘pengantin cilik’. Pastu main masak masak, panjat pokok, main kejar kejar, main nyorok nyorok terjun parit dengan sepupu sepapat .huargh rindu semuanya. Tapi sekarang ni nak main memang tak lah, dah besarkan. Masing masing dah ada gajet kat tangan. Kalau main kang, orang kata buang tabiat pula haha. Okay, aku ni bukan la ada sixth sense. Lain la abang aku kedua tu. Setakat meremang bulu roma, nampak kelibat tu adalah. Allhamdulillah, belum pernah muncul real lagi dalam hidup aku.
Kisah 1
Time ni aku kecik lagi. Kecik tak kecik la, dah boleh co cek cok cek dah. Waktu tu aku sekeluarga tidur rumah makcik aku. Nak jadikan cerita, aku baru lepas tengok cerita horror. Yang peliknya aku tak takut. Aku tengok family aku dengan Makcik siap tutup muka dengan bantal haha. Aku tengok cerita tu sampai lah tamat pukul 12 macam tu. Ending yang aku rasa entah apa², Lelaki tu pergi menyorok bawah meja, pastu tu hantu tu bunuh dia dengan pisau. Okay back to story la, lepas tamat je cerita tu. Family aku hampar toto, tidur dekat ruang tamu.
Diorang bukak lampu dekat dapur so boleh nampak lagi la. Mak ayah aku tengah tidur, manakala Aku dengan abang aku yang kedua tengah gaduh nak tidur tepi mak. Gaduh punya gaduh, sebagai adik yang bertauliah, aku mengalah juga sebab aku dah mengantuk sangat dah ni. Terpaksa la aku tidur hujung sekali. Tiba tiba aku nampak abang Syaz (sepupu aku dan bukan nama sebenar ) ada kat hujung kaki aku. Aku pelik la, setahu aku tadi bukan dia dah masuk bilik dah ke. Dan yang peliknya, mata abang Syaz tu merah sambil dia tenung muka aku. Pastu aku cakap dekat abang kedua pasal ni.
Aku : abang , abang (goncang bahu dia)
Abang: hmmm (baru ja dia nak tidur, aku kacau dia)
Aku : kenapa abang Syaz mata dia merah?
Abang: (dia buka mata sikit sebelum reaksi muka dia berubah) dia saja kut buat mata merah tu. Dah tidur.
Aku: ooooohhh.
Lepas je aku cakap macamtu, aku pandang semula abang Syaz, dia dah tak dak ( dah fedup dah kut sebab tak dapat takutkan aku , haha). Lagi bertambah pelik aku. Lajunya abang Syaz masuk bilik. Kalau nak masuk bilik pun mesti dia kena lalu depan aku. Memandangkan otak aku masih suci dari benda semua ni, aku sambung tidur dengan nyenyaknya.
Bila dah besar, aku teringat pasal ni. Baru aku berfikir, Benda tu rupanya, huhu. Patutlah Abang Syaz lain macam sebab first, mata dia merah penuh. Tak dak langsung putihnya tu. Kalau dia buat buat pun, mesti ada juga putih. Dan Second, badan dia samar samar ja macam kabus tu.
Kisah 2
Time ni aku tidur dekat rumah tok aku. Masa tu aku tengah nyenyak tidur, tiba tiba je terjaga sebab sejuk. Aku tengok sepupu kat sebelah aku. Amboi sedap je dia tibai aku punya kain batik memandangkan masatu banyak family balik, so tak cukup selimut. Aku ambil kain batik aku balik senyap senyap. Kang terjaga, berebut pula dengan dia nanti.
Masa aku nak selimut ni, aku terpandang depan aku. Melalui cahaya lampu yang berada diluar , Aku ternampak sebijik macam Frankenstein tengah tenung muka aku. Tapi yang ni versi mata terkeluar. Berdarah. Tinggi. Dan berwana hijau. Aku gosok mata nak tengok betul ke apa yang aku nampak. Dia still ada. Tiba tiba bulu roma aku meremang tapi aku tak takut sebab dalam kepala otak aku ni fikir nak tidur ja.
Aku cuba nak sambung tidur balik tapi tak boleh sebab sejuk gila walaupun dah selimut satu badan dengan kain batik, tapi kain batik tu nipis. Pastu aku terdengar azan subuh berkumandang. Aku tengok celah celah selimut, nak tengok ‘dia’ ada tak lagi dan masa tu juga lah perlahan lahan yang Frankenstein tu hilang begitu saja. (Cubaan untuk takutkan budak : Gagal)
Kisah 3
Masa ni dah ada di alam sekolah rendah (darjah 2) dan dah tahu pasal benda benda ni. Nak dijadikan ceritala. Sekolah aku ni dulu famous dengan bloody marry. Kononnya ada buaian benda tu lah pastu bergerak dengan sendiri. Yang aku pun percaya bulat bulat. Heh, senang ja budak kecik kena tipu.
Suatu hari, Aku dengan kawan kawan aku nak pergi ke tandas. Kononnya nak pastikan kebenaran cerita tu. #penyiasat.cilik. Bila sampai depan tandas. Masing masing suruh kawan ni, pastu suruh kawan tu la. Aku ni tak suka buang masa sebab lepas ni kelas cikgu garang. So aku volunteer la pergi cakap memandangkan aku berani sikit (porahhh)
Lepas je panggil dia, terus ada angin kuat+ sejuk lalu depan aku. Aku bulu roma aku dah meremang. Aku berdiri depan pintu tandas, macam mana ada angin dekat situ? Sedangkan tingkap atas untuk pengudaraan jauh dari aku.kemudian, kawan aku tanya.
Kawan: Izzitot, ada ke ?
Aku: ada.
Lepas tu semua lari bertempiar pergi kelas tinggal aku sorang sorang. Hampeh. Tadi punya janji kalau ada apa apa tunggu. Tak boleh pakai punya janji. Keesokannya, aku tengok peha aku, ada kesan lebam.
Kisah 4
i) Ni cerita Mak aku pasal abang kedua aku waktu kecik, masa ni aku pun tak dak kat dunia lagi. Masa tu kami sekeluarga ada di rumah Jang aku di kawasan yang berbukit.Rumah Jang aku ni betul betul tepi tu penuh dengan pokok getah ja.nak jadikan cerita. Waktu tu dah senja tapi matahari masih ada. So boleh la nampak lagi kan.Pakteh aku ni bawa la keluar abang aku duduk dekat buaian yang menghadap ke pokok pokok getah tu.tengah tengah abang aku dok elok senyap, tiba tiba je menangis sambil tunjuk tangan kat pokok getah tu.Pakteh aku tengok la. Ada lembaga hitam.
“Macamana aku boleh lupa yang aku bawak budak.” Lebih kurang macam tu la dia cakap.
Pakteh aku bawa dia masuk rumah. Pakjang aku ada sikit ilmu perubatan, dia ubat kan abang aku.Abang aku pun tak lama tu dia okay sikit dan senyap macam biasa.
ii) Kejadian ni di rumah yang aku duduki sekarang ni (legend sebenarnya rumah ni,haha).Ni pun mak aku ceritakan. Nak harapkan abang aku cerita? Memang tak la dia ingat.okay,masa ni mak aku tengah mandikan abang aku. Kalau nak tahu, Bilik mandi ni ada satu bumbung yang lut sinar. So boleh nampak la segala benda yang ada kat luar.
tiba tiba, Abang aku menangis sambil tangan dia tunjuk dekat atas bumbung tu. Mak aku pandang lah, tak ada apa apa pun cuma masa pandang atas tu, rasa bulu roma.tapi naluri mak aku kata, kena blah cepat cepat dari situ.Masuk ja kat dalam bilik nak pakaikan baju, automatik abang aku berhenti menangis.Dari situ mak dah syak ada something wrong.masa mak aku nak pakaikan baju, mak aku nampak ada kesan lebam. Terkejut mak aku, sebab masa dia mandikan abang aku tadi tak dak pun kesan lebam.
Bila besar aku tanya la dia, apa yang hang nampak. Tahu dia jawap apa.
“Aku nampak lembaga hodoh sebijik macam hang.”
Kureng. Aku pun tak lahir lagi masa tu.
Kisah 5
Kisah ni terjadi di rumah tok aku. Waktu ni, last day ramadhan
(bagi budak, mesti best sebab esok raya kan pastu kutip duit raya satu kampong.bila dah besar, baru sedar betapa rindunya bulan ramadhan ni)
Nak jadikan cerita. Masa ni aku sorang je perempuan dan duduk dekat atas bersama cousin cousin lelaki aku. Cousin perempuan aku ada dekat bawah tengah hidang untuk berbuka puasa nanti. Depa semua dah besar besar, aku lah sepupu yang paling kecik. So tak dak geng la nak main patung.nak ajak sepupu laki main patung? Diorang kacau aku main ada la.
Nak dijadikan cerita masa tu tengah bosan gila. Tiba tiba aku terlintas idea gila aku iaitu ‘rasuk’. Mula mula tak kekuatan berani, tapi lepastu buat juga kerja gila ni. Mula mula aku pergi dekat satu bilik. Pastu aku acah acah pandang bilik tu lama lama. Padahal tak dak apa pun. Kemudian abang aku yang pertama ni tegur.
“Hang pandang apa tu dik?”
“Tu, aku nak kawan dengan dia.”
“Hah?!” Abang pertama aku dah cuak (Aduyaa. Haha)
“Dah jom pergi kat depan.”
“Aku taknak! Nak kawan dengan dia!”
Pastu abang aku yang pertama kunci aku bawak pergi depan. Pastu aku pun acah acah meronta minta lepas. Pastu semua cousin laki duk terkumat kamit baca sesuatu.
Kemudian, ada satu cousin ni. Dia acah ustaz la. Tak baca apa apa. Tiba tiba say Allahuakhbar kat aku. Pastu aku pun pura pura pengsan.dan tak sampai 10 saat aku bangun dan cakap ” aku dekat mana?”
Cousin : ceh tipu ni!
Pastu Cousin aku semua beransur pergi dengan muka tak puas hati. Ada yang gelak, sebab apa? Sebab kena tipu bulat bulat dengan budak kecik.
Aku: *gelak tak ingat dunia
Pastu sepupu aku yang perempuan panggil makan sebab nak waktu berbuka. Tinggal la aku sorang yang gelak tak ingat dunia sambil tengok tv. Akhirnya dapat juga aku tengok tv channel kegemaran aku. Haha.
Masa aku nak turun aku terpandang satu sudut. Ada ‘budak perempuan’ senyum sinis kat aku ( nasib dia tak cakap, ‘ taknak kawan dengan aku ke? Huhu. Minta simpang lah) Aku apa lagi, laju aku turun tak tutup tv (aku manada cousin perempuan yang kecil selain aku weyh). Kat bawah aku dengar depa duk cerita pasal tadi, mak dengan pak saudara aku gelak je kata ‘biasa la budak’. Aku pun sengih sengih je la. Padahal dalam hati, masih takut dengan kejadian tadi. Sampai sekarang aku tak tahu siapa la budak perempuan tu?
Pengajaran: jangan lah ikuti tauladan ini ya. Tak baik woo. Aku dah insaf dah. Niat nak mengena orang, alih alih diri sendiri yang dapat. Dan jangan ingat bulan ramadhan tak dak syaitan ya.
Dan sampai sekarang, bila terkenang peristiwa ni aku gelak ja sambil kata.
“Mendelah aku buat ni?”
Kisah 6
Waktu ni, kami sekeluarga baru balik daripada PB, tengah malam. Nak jadikan cerita, masa tengah lalu dekat kawasan ni. Tiba tiba ja abang kedua aku cakap.
Abang: eh ayah. Ada budak la kat bus stop tu. Ayah berhenti lah.
Mula mula ayah aku ingat nak berhenti, so dia perlahan kan lah kereta dia. Nampak lah juga budak yang diperkatakan oleh abang aku tu. Tapi budak tu menunduk tengok lantai. Dok keraih kat situ ja Muka dia tak berapa nampak. Tapi bila ayah tengok jam kat meter, dia tak jadi berhenti.
Abang: kenapa tak berhenti ayah? Sian budak tu.
Mak: tu bukan budak. Budak mana yang nak keluar malam malam buta ni.
Kemudiannya abang aku diam. Aku dan abang aku toleh balik kat belakang. Budak tadi hilang. Nasib baik ‘dia’ tak ikut balik. Mungkin sebab kami pasang ayat al-quran dalam kereta. Lagipun kawasan situ banyak kemalangan berlaku dan agak gelap. Tapi sekarang dah berlampu.
×××××××××××××××××××
Inilah kisah kisah chilhood yang aku ingat. Aku tak banyak sangat cerita seram pasal time kecik kecik ni. Abang kedua aku ni banyak la tapi dia tak berapa ingat, maklum la banyak sangat haha. Kadang kadang aku nak duduk dekat dia pun takut. Tahu tak dia selamba ja cakap.
“Weyh kat belakang hang ada perempuan rambut panjang, mata dia warna putih.”pastu siap gelak lagi.
Aku anggap dia gurau ja. Tapi serius la bila dia cakap macam tu, tegak habis semua bulu roma aku dan terasa nak terajang mulut dia. Kalau ya pun jangan la cakap lepas ja.nak menangis aku tahu. Nasib la aku ni jenis kuat semangat.
Apa apa pun semoga Allah s.w.t. melindungi kita dari segala kejahatan Syaitan. Aminn..
-Izzitot-
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Camnelah ko leh terpikir nk buat2 histeria tu izzitot weeiii…
Bebudak lg kot…
Nampak noo betapa bosannye ko time tu kan…
Hahhahahahaaa…
Ntah la kak.budak kecik senang terpengaruh movie.haha.biasa la budak budak kan nk perhatian sewajarnya. Mmg bosannnn yang amat . maklum la keluarga tok belah ayah banyak cucu lelaki dan semua dah besar. Kalau join cucu perempuan pun, mmg x la nak main ptung.huhu.
simple but nice…well done!!
Hebat ko blh ingat detail