Jaga Dia Untukku 2!

Bismillahi rahmannir rahim. Assalamualaikum warga FS. Thanks admin sebab sudi publishkan kisah pertama aku, “Jaga Dia Untukku!“. Habis satu baldi aku teriok, punyalah terharu. Sekali lagi aku bagitau yang kisah ni 100% berdasarkan pengalaman hidup aku sendiri. Kome nak percaya atau idok, teman idok lerr mau memaksa. Yang mana persoalkan kenapa ada sambungan, bukan aku nak jadi penulis bersiri cuma penyakit “M” aku memang tak boleh dibuang. Tambah-tambah kalau ada peneman kat sebelah.

Macam biasa, sebalang simpul kasih aku buka dan masukkan dalam mulut. Kriuk~kriuk~ rangup weii. Haha. Disaat aku menulis ni, si ‘dia’ sedang memerhati so hati kena cekal bro. Mungkin ‘dia’ nak tolong checkkan tatabahasa dan ejaan aku. Mana taw dulu-dulu dia kerja jadi cikgu, kome apa tahu. Kahkahkah (dalam gelak, tangan aku menggeletar). Hembusan kasar nafas dia betul-betul bertiup ditelinga kanan aku. Aku tahu ‘dia’ ada disebelahku.

*Semester 4
Aku masih lagi satu kelas dengan Qistina dan Su. Selepas kejadian aku kena rasuk sem lepas, aku jauhkan diri dari Qis. Aku tahu Qis tak bersalah tapi sampailah aku pasti yang bukan Qis dalangnya, aku akan jauhkan diri. Jap! Kome nak kata aku ni penakut la tu, aku suruh ‘dia’ sebelah aku ni pi kat mekome semua baru tahu. Teman ni cepat tacing, komen murni-murni je. Haha. Apa yang peliknya, bila aku menjauhkan diri dari Qis, gangguan tu pun turut berhenti. Aku terasa bebas untuk aku merangkak, berjalan, berlari.. berlari berkejaran~ seindah bunga ditaman~ (era fm tolong putar lagu-lagu zaman ni, jangan duk putar lagu sama ja) Maroh ni maroh!

Masa yang bahagia tu aku gunakan untuk study dan main futsal dengan team aku. Kome tak tahu betapa bahagianya aku boleh hidup sebagai manusia normal waktu tu sampailah suatu hari Qis ditetapkan satu group assignment dengan aku. Satu group, 2 orang. So, aku dengan Qis je. Aku tak ambik port langsung pasal assignment tu, aku tanya Qis waktu mula-mula kami diberi peluang berbincang, sama ada Qis atau aku yang nak siapkan assignment tu. Kalau aku yang siapkan, apa-apa result, jangan komen. Kalau Qis yang nak siapkan, aku terima je semua. Aku cakap aku tak nak ada apa-apa kaitan dengan Qis. Qis hanya diam. Dia ambil kertas assignment tu, cakap dia yang akan settlekan sambil blah macam tu je. Aku tahu Qis marah.

Tiga hari selepas tu, aku terserempak dengan Qis dalam library. Dia tertido atas buku-buku dan kertas bertimbun. Waktu tu aku datang dengan Din. Aku suruh Din pi cari buku yang dia nak sementara aku pi tengok Qis. Aku hampiri Qis. Perasaan serba salah menghantui aku, Qis tertido atas buku-buku rujukan mengenai assignment yang patutnya aku dan Qis yang siapkan. Hari jumaat ni due date. Belum sempat aku kejutkan Qis, dia dah terjaga. Cepat-cepat dia usap muka dia sambil betulkan tudung. Mulut dia duk tiup-tiup hujung tudung. Orang perempuan tahulah..

Qis: Eh! Riz buat apa kat sini?
Aku: Basuh kereta~ buat apa lagi cik Qistina oii.. cari buku la.
Qis: Ooo.

Kami berdua senyap hampir 5 minit.

Aku: Sorry. (Sore jantan aku hampir tak keluar) haha.
Qis: Kenapa? Ooo..pasal assignment ni? Its okay la, sebelum ni pun Qis selalu kena siapkan assignment group. Tak ada hal la.

Aku senyap sebab aku terfikir yang sebelum ni group dia memang goyang kaki jela.

Qis: Dah lambat, Qis balik dulu lagipun nanti ada yang marah kalau nampak kita sembang berdua. Assalamualaikum.
Aku: Sape yang marah?… Waalaikummussalam.
Saka dia ke yang marah nanti?

*Jumaat
Aku: Qis, dah hantar assignment ke?
Qis: Dah, ni salinan untuk Riz.
Aku: Okay! Thank you. Jom Riz belanja makan sebagai ucapan terima kasih kat Qis, nak tak?

Qis mula-mula tersenyum dan tiba-tiba muka dia berubah pucat.

Qis: Tak pelah Riz, Qis ada kerja nak buat lagi ni. Terima kasih.

Qis bla cepat-cepat lepas dia cakap macam tu. Qis REJECT aku? Bukan senang abang hensem nak ajak keluar makan, dia boleh reject macam tu je? Tiba-tiba aku teringat wajah Qis yang berubah jadi pucat lepas tengok ke arah belakang aku. Aku toleh dan lihat Din dengan Su tengah rancak bersembang. (Weii Din! Awek aku tu.) Aku cepat-cepat pi kat diorang berdua. Din dan Su matikan perbualan diorang berdua jadi aku tak tahu apa yang diorang bincangkan. Aku tanya Din, apa yang diorang bincangkan, Din balas ‘adalah’ dan bla macam tu je. Agaknya memang fesyen cakap tak habis dan bla macam tu je kot sekarang ni. Geram hati teman. Blup blap jee ati teman ni ghase. Teman tanya kat Su pula, Su balas ” Kenapa nak tahu? Awak sembang dengan Qis, saya tak tanya pun awak sembang apa.” Alololo~ jeles la tu. Nampak tak betapa sayangnya Su dekat aku.

Aku: “jom pi makan”.

#Gangguan ke4
Entah kenapa hari tu, aku rasa penat sangat. Aku jadi malas nak buat apa-apa kerja pun tapi aku masih hadirkan diri ke kelas walaupun satu habuk pun tak masuk dalam kepala otak aku. Habis kelas, aku balik rumah macam biasa. Masuk je bilik, aku tengok bilik aku bersepah gila. Kerepek favorite aku pun berterabur kat lantai. Ini mendatangkan kemarahan. Aku keluar ketuk bilik Din, Angah dan Man. Aku tanya siapa yang sengaja selerakkan bilik aku. Kome tahu, Din boleh pula tersenyum sinis manakala si Angah dan Man dalam keadaan terpinga-pinga. Tengok muka Din yang duk tersenyum macam tengah perli kat aku, aku cuba kawal amarah aku.

Aku tanya lagi sekali, siapa yang selerakkan bilik aku. Aku tengok Din ketawa berdekah-dekah. Aku macam kena rasuk, terus aku serang Din. Angah dan Man pegang aku, cuba kawalkan keadaan. Din masih lagi ketawa dan aku tengok dia pi masuk bilik dia. Din keluar dari bilik dia sambil tangan dia pegang pisau dan ketawa macam orang gila. Angah dan Man masih kuat pegang aku, makin aku meronta makin kuat diorang berdua pegang aku. Sampai hati korang bersubahat dengan Din. Huhu. Din datang terus tusuk pisau ke jantung aku. Dunia aku rasa seakan kelam.

Aku buka mata, tak tahu berapa lama aku tak sedarkan diri. Sedar-sedar, Angah dan Man ada dalam bilik aku. Aku tengok bilik aku kembali macam biasa. Aku fikir mungkin Angah dan Man yang tolong kemaskan. Angah bagitau yang Din pi beli makanan dan selepas tu tiada lagi perbualan antara kami bertiga, macam tak ada apa yang berlaku. Din balik dengan bungkusan makanan, aku tengok mata Din lebam sebelah. Din ajak solat berjemaah dan lepas tu makan. Aku macam orang bodoh, ikut je.

Esoknya, Su dapat tahu. Mungkin dari Angah, Man atau Din (Din! Kau jangan macam-macam). Su hari-hari contact aku lepas kejadian tu, aku rasa dijaga dan disayangi.

#Gangguan ke5
Aku tengah mandi dalam pukul 12.45 malam. Kenapa aku gatal sangat mandi malam-malam? Suke ati teman la. Haha. Sambil mandi kepala aku ligat menyusun timetables apa aktiviti aku nak wat lepas mandi. Tengah syok aku mandi, aku dengar suara Angah jerit panggil nama aku.

Angah: Riz! Oo Riz!

Sebab aku senyap, sekali lagi Angah jerit panggil nama aku. Kacau daun la Angah ni.

Angah: Riz! Ooo Riz!
Aku: APA?
Angah: kau buat apa mandi malam-malam ni?
Aku: Lantak la kat aku, bukan aku suruh ang jirus air bagi aku mandi pun. Sibuk je. Pi main jauh-jauh nuu.
Angah: Haha

Dia ingat aku tengah wat lawak ke pe si Angah ni. Tangan aku raba paip air sebab mata aku dah masuk syampu. Ni sebab kaum se’spesis’ aku tak suka bersyampu. Dalam aku duk teraba-raba cari paip air, Angah masih lagi ketawa kat luar. HAHAHA! HAHAHA! HAHAHA!

Angah: Mata kau masuk syampu ke Riz?
HAHAHA! HAHAHA!

Aku terkedu! Aku try control perasaan takut aku waktu ni.

Aku: Mana ada. Mana ang taw mata aku masuk syampu?
Angah: Sebab aku ada kat sebelah ang.

“Aku kat sini”

Aku toleh je sebelah aku, aku tengok angah betul-betul ada kat sebelah aku sambil senyum mengerengai. ‘Allahu Akhbar’ aku jerit sekuat hati sambil tangan aku capai je pakaian mana yang sempat, aku bukak pintu terus cabut lari. Dalam hati aku sumpah seranah kat si Angah (walaupun dia tak bersalah). Aku ketuk bilik Man sampai nak redah pintu bilik dia. Man bukak dalam keadaan terpinga-pinga. Tambah-tambah tengok aku dalam keadaan hampir b*gel. Waktu tangan aku capai apa ja yang sempat, aku cuma sempat capai underwear aku dengan baju je tapi baju aku terlepas waktu aku ceradak lari keluar dari bilik air tu. Nak u-turn, memang simpang malaikat 44.

Jadi, mekome bayangkanlah teman tutup badan teman guna apa je yang tinggal. Jelas nampak keseksian i pagi tu taw. Haha. Aku biar Man terpinga-pinga. Aku capai kain pelekat dia yang duk sangkut kat pintu sambil bagitaw yang aku nak tumpang tidur bilik dia. Esoknya aku demam panas sampai doktor bagi aku MC 2 hari. Serius demam aku tu weii, mekome jangan memain. Aku ambil keputusan tidur kat hostel Faiz, classmate aku. Tak nak aku duk sorang kat rumah tu. Bukan setakat demam panas aku kena, demam kemarau sekali dengan topan angin puting beliung aku kena nanti. Din, Angah dan Man sokong cadangan aku memandangkan diorang seakan faham situasi aku.

#Gangguan ke6
Aku dah ada kat rumah sewa aku waktu ni. Aku masuk bilik dan ‘tionggg’, aku melantun terjun ke atas katil. Katilku syurgaku. Haha. Man ada kat ruang tengah duk main game dia, Din dengan Angah ada kelas. Jam baru pukul 4.30 petang. Tengah aku syok duk melayan keselesaan badan aku yang baring atas katil tu, tiba-tiba bunyi tapak kaki kuat berjalan menuju ke bilik aku.

Aku: DIA BUAT HAL LAGII!

Waktu ni memang aku marah sebab aku dah penat, penat dengan permainan syaitan ni. Bunyi tapak kaki tu betul-betul berhenti depan pintu bilik aku.
Klik~ tombol pintu bilik aku dipulas dan automatik pintu bilik aku terbuka. Sekali lagi, bunyi tapak kaki tu jelas kedengaran berjalan menuju ke arah katil aku. Ya, kau tak nampak ‘dia’ tapi kau tahu dia ada dekat dengan kau. Aku boleh rasa seperti ada yang naik katil dan baring disebelah aku.

“Jangan takut Riz, aku cuma temankan kau je”.

Dan secara rasminya, aku pun bertuko jadi batman. Aku ‘terbang’ dari katil aku dan terus keluar dari rumah tu. Aku tekad balik rumah terus. Waktu-waktu macam ni kau perlukan belaian keluarga kau.

#Gangguan ke7
Seminggu selepas tu, macam biasa aku buka pintu nak keluar pi kelas. Buka je pintu, seekor ular tedung terpacak berdiri sama tinggi dengan aku kat depan pintu. Aku apa lagi bukak silat, bapak segala silat kat situ. Silat pacak, silat gayung, semua silat la. Melutut ular tedung tu depan aku. HAKHAKHAK. Aku gurau ja (ate jangan serius bebeno yob!). Sumpah aku betul-betul takut waktu tu sebab aku memang geli dengan benda-benda yang jalan tak pakai kaki ni. Din datang dari arah belakang aku dan tolak aku. Aku blurr.

Aku tengok Din macam tengah bercakap dengan ular tu tapi aku tak faham la sebab telinga aku dengar bunyi ‘sssiirr…sssyirrr’ je. Dah macam Harry Potter dah aku tengok Din ni. Selepas diorang berbual, dalam seminit dua macam tu, ular tedung tu pun menyusur pergi. Tak tahulah dia pi ke mana (mungkin dia nak cari nafkah untuk anak bini dia pulak) dan dalam masa yang sama Din dah masuk ke bilik dia. Aku cadang balik kelas baru aku nak tanya kat Din sebab aku dah lewat sangat. Sat gi tak pasal-pasal aku jadi model berdiri kat luar kelas. (Kome jangan main-main, lectures teman banyak yang garang. Udah nasib teman.)

Aku ingat sampai kat situ jela kes ular tadi tu. Sangkaan aku meleset. Habis kelas, aku dan faiz singgah pi kedai buku dalam universiti aku tu. Keluar je dari kedai tu, tiba-tiba aku jadi pening kepala yang amat sangat. Macam orang ambik hammer ketuk kepala aku. Aku cakap kat Faiz yang aku nak rest sekejap kat kerusi yang ada berdekatan. Faiz setuju je dan bagi air untuk aku minum. Tengah-tengah aku minum, aku tengok kat kaki aku merayap anak-anak ular. Kecil tapi banyak sangat. Aku terkejut dan cepat-cepat angkat kaki aku kat atas kerusi tapi anak-anak ular ni coredik la pulak, dia menyusur naik atas kerusi aku. Aku terjun dari kerusi yang aku duduk dan terus lari tinggalkan Faiz sambil jerit ‘jangan kejar aku’ berulang kali. Aku lari, aku toleh ke belakang, sekejap toleh, sekejap toleh, bila aku pandang depan..Kedebuk~ aku langgar tiang dan terus aku pengsan.

Buka je mata, aku nampak Ustaz badrul and the geng. Aku ada kat ruang tamu rumah sewa aku waktu ni. Diorang dah duduk mengelilingi aku. Aku nak bangun tapi tak boleh, aku rasa macam tak ada tulang, lembik macam ular je badan aku ni.

U. badrul: Kenapa kau kacau anak cucu adam?
Aku: ssyirrrr~ ssyirr~ aku tak kacau dia, aku temankan dia sahaja.
U. badrul: Dia tak perlukan peneman dari keturunan kau. Allah ada untuk kami hamba-hambaNya.
Aku: Bukan aku yang nak sangat teman dia, tuan aku yang suruh JAGA dia.
U. badrul: Aku tahu siapa tuan kau. Sampaikan pesanan aku pada tuan kau, Su***** Bt A******, kalau dia tak hentikan perbuatan terkutuk ni, aku tak teragak-agak untuk siksa dia dengan izin Allah.

SU? Serius, SU kekasih aku tu ke yang aniaya aku?

Penat weii tulis ni, ni pun aku culik masa rehat aku tuk tulis kisah aku ni (Gaya cakap macam korang hadap sangat nak baca kisah aku. Kuikuikui~). Nanti pula aku bagitahu apa kaitan Su, Din, Angah, Man dan Qis sampai Su tekad hantar ‘dia’ untuk jaga aku. Kerepek aku pun dah habis sebalang. Teman nak pi meng ‘order’ jap. Tak ada feel nak tulis kalau tak kunyah kepek favorite aku tu. Haha.

‘Sesungguhnya Allah itu, Tuhan Kerajaan Langit dan Bumi serta seluruh isinya, Tiada tempat berlindung dan bergantung melainkan hanya KepadaNya.’

Cukuplah Allah Yang Menjagaku, Menjadi Penolong dan Pelindungku.
Allahumma solli ala Muhammad, Waala alihi syaidina Muhammad. (2x)

25 thoughts on “Jaga Dia Untukku 2!”

  1. adoiii Riz tengah feel layan cite hang nih bersambung la pulak..aku mmg suke baca cite hang nih Riz..kalau nk sambung cecepat ler yop..

    Reply
  2. “Qis bla cepat-cepat lepas dia cakap macam tu. Qis REJECT aku? Bukan senang abang hensem nak ajak keluar makan, dia boleh reject macam tu je?”

    Dik…
    Ni mmg sgt sgt mencabar kejantanan yg ensem cam ko dik…
    Akk cadangkan ko amik balang kepek simpul kasih yg dh kosong tu kasi serkup kat kepala…
    Malu weeeiii kena reject camtu jer…

    Coopppp…
    Part Din tikam jantung ko tu mmpi ke hape ekkk???
    Pastu mata Din lebam sbb ko debik ke???
    Ke akk salah bace dh ni???
    Sbb tumpuan akk byk tertumpu pd kerepek romantik ko.tu jer skang ni…

    Ko ni mmg student yg ada-ada kan…
    Kudapan ko sekali hadap sebalang kerepek tu…
    Mahei koottt kerepek tu…
    Akk mampu kudap biskut lemak cap pingpong jer dik…
    Huhuhuhuuu…

    Reply
  3. hang nk dgr lgu zaman lama, dgr sinar @ thr.. era sume lagu moden, pastu duk ulang2 lagu same je..
    haha..

    btw, nanti sambung tau..

    Reply
  4. continue. tak sabo nak tau sambungan ni. make sure order kerepek tu banyak sikit. lepas tu sambung khas untuk peminat-peminat cerita awak ni ye.

    Reply

Leave a Comment