Jaga Dia Untukku!

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum kepada semua saudara seislamku. Nama aku Riz (27). Mula-mula sekali, aku tak nak claim cerita aku ni benar ke tidak sebab kebanyakan members aku yang dengar tentang kisah aku ada yang percaya, ada yang tak dan tak kurang juga ada yang 50-50 hehe. Terpulanglah pada kome mahu percaya ke idok, kalau idok percaya kome teruskan juga baca nukilan teman ni untuk luangkan masa kome yang terluang tu sebagai penghibur. Pada admin yang aku sayangi, cewaaah~ yang aku pun tak tahu sape-sape, thanks a lot sebab sudi terbitkan cerita aku ni. Sekali lagi nak percaya atau idok, itu terpulang pada kome. ~terpulanglah mahu jadi apa~ mahu jadi han….~ hehe ternyanyi pulak. Ate kome hati-hati la yoobb! kot-kot ada yang ikut kome menyanyi sekali.

Aku (18), 2008
Tahun ni lah tahun permulaan bagi detik suka duka yang membuatkan aku terkenang sampai sekarang. Aku diterima masuk ke sebuah Universiti di belah utara dan disinilah perkenalan aku kepada 3 orang housemate aku iaitu Din, Man dan Angah. Aku bukanlah dari orang yang kaya raya tapi keluarga aku ni boleh dikategorikan sebagai orang yang senang. Alhamdulillah, rezeki Allah tetapkan untuk aku sekeluarga. Sebab itulah, aku ambil keputusan tak nak duduk kat hostel yang disediakan oleh pihak universiti. Aku rasa macam hidup terkongkong je dengan peraturan asrama tambah-tambah bila aku dengar kena kumpul sticker mpp la mpa la pe la untuk terus kekal dapat penempatan asrama untuk sem akan datang. Member aku yang lain pun kategori orang senang juga ke? Entah lerr, ate kome tanya la deme sendiri. Yang teman tahu sewa rumah bulan-bulan deme tak pernah miss bayar. Kuikuikui~

Seperti biasa, budak baru nak up macam aku ni mestilah nak cari peneman hidup untuk dijadikan sebagai pembakar semangat untuk aku teruskan perjuangan sebagai seorang pelajar. Waktu sesi orentasi perkenalan sesama batch fakulti, dari sini aku kenal Su. Su seorang yang sangat lemah lembut pada pandangan aku. Senyuman dia, lirikan mata dia, semua mampu buat aku tergoda tapi aku cuma usha macam tu jela, tegur hi-hi dan aku juga rajin bersedekah dalam bentuk senyuman kepada Su ni, haha.

Sem 1 dan 2, Su berada di kelas A, dan aku pula kelas B. Kalau aku tahu dia nak daftar bawah kelas A, kompem la aku pun join sekali. Tak pe kan kalau timba cari perigi? So, sepanjang sem 1 dan 2, hubungan aku dengan Su macam kawan biasa tapi aku da upgrade sikit, aku ada nom fon dia. Macam mana aku dapat nom fon dia, kaum jenis aku mesti pro bab-bab macam ni. Mesej punya mesej, call punya call (konon bincang pasal soalan tak faham) last-last impian aku nak bercouplekan si Su ni tercapai pada pertengahan sem tiga.

Housemate aku, si Man dan Angah ni kaki gamers, berkepit je berdua, berborak pun pasal games (macam borak pasal bini) pokoknya, seluruh dunia diorang berdua ni pasal game jela. Lain pula dengan si Din ni, keje dia duk terperap kat meja study dan dalam bilik dia. Kalau tak meja study, dalam bilik, kalau tak dalam bilik, kat meja study. Tapi ok lah sikit dari roommate aku yang dua orang tu, si Din ni boleh la diajak berbual, tengok movie, keluar makan dan teman aku balik rumah (bosan hujung minggu, aku drive balik rumah). Walaupun si Din ni jenis 4D tapi dialah housemate yang aku rapat.
Hendak dijadikan cerita, gangguan bermula awal sem 3. Aku merupakan salah seorang ahli futsal universiti so banyak juga team aku kena bertanding dengan team-team yang lain tak kisahlah team luar atau team dalam universiti.

#Gangguan pertama
Perlawanan antara batch akan berlansung pukul 10 pagi tapi perut aku pula memulas pukul 9.45 pagi. Aku desperate gila mintak izin kat coach aku untuk ke tandas. Nak tak nak, coach aku kenalah bagi, sebab aku takut buatnya bukan bola yang melayang nanti.. haha kome paham-paham la maksud aku. Aku pun melepaskan hajat aku kat tandas, waktu aku nak bukak pintu bilik tandas aku tu tiba-tiba aku dengar orang humming. Sedih sangat. Tapi yang buat aku kelirunya sebab yang humming tu suara perempuan. Perempuan dalam tandas laki kot~ kompem la hati aku rasa tak kena dan boleh pula mata aku terpandang kain putih kat lantai dari celahan pintu tandas. Serpihan kain yang seperti orang tengah berjalan tu berhenti betul-betul kat depan pintu tandas aku. Tiba-tiba dengar orang bukak paip air kat sinki. “Hihihi.. abang takut nak keluar ya bang?”.

Berderau jantung aku macam nak pecah, peluh jangan kenang la. Aku tak tahu nak buat apa waktu tu, aku rasa macam nak duduk dalam tandas tak nak keluar sampai la ada budak-budak laki lain masuk tandas tapi hampa sebab tak ada seorang pun yang masuk tandas. Aku cadang nak tidur je dalam tandas tu, takut punya pasal lantaklah team futsal aku nak jadi apa, pandai-pandailah diorang cari aku nanti. Tiba-tiba boleh pula air paip dalam tandas aku terpasang sendiri (1st time jadi, aku rasa macam nak gila), aku panik tahap babun dah time ni dan boleh pula ada rambut lebat berjuntai dari bilik sebelah. Aku apa lagi, tak fikir banyak dah, aku jerit “Allah” banyak kali sambil keluar dari tandas tu. Waktu keluar, masih terbayang lagi sampai la hari ni, saat aku menulis ni, muka perempuan yang berdiri di depan sinki tandas tu. Muka dia yang hodoh, rambut yang panjang tapi kusut (lain kali guna rejoice, pakai jari pun boleh lurus) dan bibir dia yang melirik senyum kat aku. Senyuman yang amat menyeramkan.

Aku lari punyalah laju kalah jet pejuang. Aku sampai kat coach aku dalam keadaan tercungap-cungap. Aku tanya coach, game dah mula ke? Coach tanya aku balik.

Coach : “awak dah sihat ke Riz?”
Aku : sihat? Ooo..maksud sir, saya dah membuang ke belum? Dah memerut dah. Bila game nak mula, sir?

Aku fikir ‘sihat’ dari ‘sakit’ perut kot, pandai coach aku nak buat lawak tapi punchline tak sampai. Boleh diperbaharui lagi. (Aku monolog dalam hati jela, gila nak cakap jujur, mau berterabur gigi aku.)

Coach : Kan tadi awak tak sihat, muka pun pucat teruk. Awak sendiri yang suruh sape-sape gantikan awak main. Tu.. Azril yang gantikan tempat awak.”

Aku terdiam. Aku rasa macam aku dah tak boleh bezakan alam realiti dengan mimpi sekarang ni. Macam-macam dalam kepala otak aku sekarang. Aku biar je Coach Li yang pandang aku dengan pandangan hairan. Jangan kata dia hairan, aku pun hairan dengan apa yang sebenarnya terjadi. Siapa yang bercakap dengan coach Li? Kenapa “dia” ganggu aku? Macam nak elakkan aku dari terlibat main dengan team futsal aku. Kalau itulah motif dia, memang dia berjaya!

Gangguan ke2:
Angah : “Weii bosan gila.. jom tengok movie hantu, nak tak?”
Aku : Taknak aku, ang pi ajak bestie ang tu. Aku nak berangan.
Angah: alaa.. jom la. Aku takut nak tengok sorang.
Aku : Man mana? Ajak dia la. Tak pernah-pernah korang berpisah. Ang bergaduh dengan dia ke? Pasal game ke bro?
Angah : Dia pi siapkan assignment kat luar, ang teman la aku. Aku takut~

Memandangkan aku pun tak buat apa-apa jadi aku bersetuju untuk temankan si angah ni tengok movie. Angah yang setup semua sebab aku malas nak ambik port. Kan aku kata aku nak teman dia je, so kiranya aku ni tetamu la..haha. Sampai tajuk movie pe pun aku malas ambik port. Aku ada ajak Din join, aku ketuk pintu bilik banyak kali, dia tak jawab. Moody la tu.. malas aku nak layan. Aku tak tengok sangat cerita apa yang Angah pasang tu sebab tangan aku duk tok tek tok tek berbalas mesej dengan jantung hatiku, si Su. Angah je meroyan tengok cite tu sorang-sorang. Kadang-kadang dia gelak sorang-sorang. Aku tengok jugak bab yang Angah gelak tu tapi tak adalah pula kelakarnya, mungkin aku dah ter”miss” bab kelakar tu jadi aku biarkan aje tanpa bertanyakan kepada si Angah. Tengah-tengah aku bercintun mesej dengan si Su, Angah kata dia dahaga nak pi buat air. Dia tanya aku kalau aku pun nak air. Aku on je la, air milo ais. Demand kau~

Angah pun pi la ke dapur rumah. Aku pause dulu cerita tu sebab nanti si Angah ni tanya macam-macam tentang scene yang dah berlalu, jenuh aku nak menjawab. Sambil mesej dengan Su, mulut aku tak henti-henti mengunyah kerepek simpul kasih. Kerepek favorite aku. Aku nak bagi tips kat korang, kalau korang nak cari kerepek ni, baik korang beli yang “ummu atiqa” dari aku sekolah lagi mak aku duk order dengan makcik ni. Sekarang ni anak dia take over, yang peliknya lagi sedap. Air tangan orang muda kot. Haha. Waktu exam lagi la berkilo-kilo aku order sebab aku wat peneman masa aku study. Lagipun aku ni memang bersemangat juang yang tinggi dalam membantu majukan bisnes orang Perak. Kahkahkah! So, korang call akak tu 019-4462027 untuk tempahan. Akak tien! Jangan lupa bagi diskaun bila dah femes, bagi free lagilah dialu-alukan. Ok! Done promote, sambung balik.

Tiba-tiba blackout! Aku buat tak tahu je sebab selalu jugak jadi kes blackout ni tapi sekejap je. Sekejap lagi, dia on la tu. Tapi.. yang buat aku pelik bin ajaibnya, tv depan aku tak off pulak. Nak kata ada special wayar, tak ada. Aku dah cuak sebab tiba-tiba otak aku dah terbayang babak dalam cerita ‘the ring’. Alaa.. yang pompuan kuar dari tv tuu.. tapi tak. Bukan babak pompuan yang keluar tv tu tapi scene angah tengah bercakap dengan aku. Babak angah cakap dia dahaga smpailah dia pi dapur. Aku terkedu sangat, aku pandang ke arah dapur. Gelap! Blackout kan~ aku pandang tv balik. Aku tengok dalam tv tu tunjuk angah tengah bawa 2 cawan air, berjalan dari arah dapur ke ruang tamu. Aku pandang ke dapur, masih tidak nampak kelibat Angah. Aku blurr.. sekali lagi aku pandang ke tv.

Memang jelas aku nampak Angah sedang bawa 2 cawan air dan sedang menuju ke arah aku. Waktu ni aku cuak, tak tahulah nak gambarkan perasaan aku macam mana dalam masa yang sama aku masih blurr. Aku pandang sekali lagi ke dapur, masih kosong. Kelibat Angah tetap aku tak nampak tapi telinga aku mula menangkap bunyi tapak kaki menghampiri aku. Peluh aku keluar sampai aku rasa macam aku baru keluar mandi kat lost world, punyalah banyak. Mata aku tertacap pada tv, aku tengok dalam tv tu Angah betul-betul berada disebelah aku. Dia senyum dengan senyuman sinis. (Aku ingat lagi senyuman Angah waktu ni, serius seram gila oii). “Ko nak air?”. Aku tak cakap banyak dah, aku bangun terus menuju ke pintu, aku nak berambus dari rumah tu waktu tu juga. Aku rasa macam nak meraung je. Bukak je pintu.. Jeng~ Jeng~ Jeng! Pocong berdiri betul-betul depan aku. Aku pengsan.

Sedar-sedar Din, Man dan Angah dah ada kat keliling aku. Din suruh aku berehat, aku pandang Angah lain macam haha. Waktu ni aku curiga lagi yang depan aku ni memang betul-betul Angah atau bukan. Angah dan Man pergi buat assignment dengan kumpulan dia dan terus tumpang tido kat hostel. Din pula ada pi jumpa kawan dan stay up kat umah kawan dia. Jadi, memang hanya aku sahaja yang berada di rumah. Din macam biasa perangai 4D dia, macam kes aku ni tak berat mana. Aku yang menghadap macam da nak m**i, huhu. Angah dan Man pula, bila aku cerita kat diorang, diorang suruh aku banyak mengaji. Pesal diorang macam tak ambik port je? Diorang pun dah pernah terkena ke? Aku ada miss apa-apa ke? Soalan ni bakal terjawab nanti.

Gangguan ke3:
Final exam dah nak mai. Waktu ni ko akan nampak bertapa bertauliahnya pelajar Malaysia, bawak buku ke mana-mana sampai berjalan pun boleh membaca note. Rajin tahap dewa la aku katakan. Aku pun tergolong dalam golongan macam ni. Tahniah aku ucapkan kepada yang satu geng dengan aku. Esok paper Business Communications. Aku study cibai je sebab aku rasa paper ni senang dari paper yang lain. Macam biasa, sambil mulut aku duk ngup ngap makan kerepek favorite aku tu sambil study, telinga aku menangkap bunyi pelik dari bawah meja study aku. Aku memang jenis blurr bab-bab macam ni. Aku fikir tu mesti cicak laki bini tengah bergaduh. Tapi makin lama makin kuat pula bunyinya sampai bergegar meja study aku. Aku intai bawah meja. Kau rasa apa yang aku nampak? Aku nampak cik Ponti betul2 duduk bawah meja sambil mata merah dia berjegil pandang tepat kat aku. Jarak muka dia dengan aku memang rapat sangat. Aku jerit sekuat hati dan dunia aku rasa tiba-tiba gelap. Sekali lagi, aku pengsan.

Buka mata je aku tengok housemates aku dan beberapa ustaz universiti aku dah ada kat tepi aku. Ustaz Badrul baca ayat al-quran dan hembus kat aku. Automatik aku rasa macam berapi kat kepala aku turun ke tengkuk aku. Aku rasa macam ada gumpalan besar terlekat kat tekak aku. Aku muntah, tekak aku rasa pedih, perit, sakit yang tak terkata sampai gugur air mata jantan aku. Keluar segumpal rambut yang dicucuk dengan beberapa batang jarum berbalut sisik ular. Waktu ni, badan aku rasa lain macam, macam dikawal oleh orang lain. Tak tahu kenapa, aku pandang ustaz Badrul dengan pandangan marah.

Ustaz badrul : Siapa kau? Apa yang kau nak dari budak ni?
Aku : hehehe~
U. Badrul: Cakap! Siapa kau? Siapa yang hantar kau ke mari? Aku tahu yang kau dihantar seseorang.
Aku: hehehe~ kau fikir kau hebat nak lawan aku orang tua?
U. Badrul: Kekuatan itu Milik Allah. Tuhan Yang Menguasai Kerajaan Langit Dan Bumi.
Aku : HAHAHA! Jadi, kenapa Allah benarkan aku rasuk budak ni? Kalau Dia hebat, Dia boleh halang aku.
U. Badrul : Ini sebagai ujian untuk budak ni, aku, kamu dan hambaNya yang menyaksikan. Segala sesuatu yang berlaku adalah atas kehendakNya. Agar Dia uji siapa yang kafir siapa yang beriman.
Aku: DIAM! Aku kata DIAM orang tua. Aku benci dengar semua tu.
U. Badrul: Aku perintahkan kau dengan nama Allah, Tuhan Sekalian Alam untuk kau keluar dari tubuh RIZ*** Bin H******** .

Ustaz Badrul kemudiannya baca beberapa p****g ayat alquran yang aku tak tahu ayat berapa dan surah apa dan ustaz hembuskan kepadaku. Waktu ni aku muntah tak henti-henti sampailah aku kembali pulih, tak rasa dikawal lagi. Aku muntah angin, tiada yang pelik keluar dari muntah tu. Aku terduduk lemah. Selama ni aku sangka, bila seseorang tak sedarkan diri atau dirasuk, automatik dia dikontrol sepenuhnya tapi tak, aku boleh tahu apa yang dibicarakan dan aku boleh nampak apa yang berlaku keliling aku cuma aku tak mampu bergerak dan lakukan apa-apa.

Ustaz badrul perlahan-lahan hampiri aku.
Ustaz badrul: kamu ada sakitkan hati siapa-siapa ke?
Aku: tak ada ustaz.
U. Badrul : ustaz dengar kamu dah banyak kali pengsan. Sebelum ni pun kamu dah pernah kena kacau ke?
Aku: ya ustaz. Ada la dalam 2 atau 3 kali saya kena kacau. Saya rasa rumah ni kot ustaz. Kot-kot la ada orang kena b***h ke, tuan rumah b***h diri ke (ni pengaruh tv la ni).
U. badrul: bukan sebab rumah. Rumah kamu bersih. Memang ada yang iri hati dengan kamu. Sejak bila kamu kena kacau? Kamu ada syak sape-sape? Siapa yang tiba-tiba kamu terbayang masa kamu kena rasuk tadi?

Aku ceritakan hal sebenar kat ustaz badrul sebab aku memang nak keluar dari masalah diganggu ni. Aku cakap yang masalah ni aku kena dalam awal sem 3. Aku pun cerita kes dalam tandas, Angah dan masa aku study tadi. Entah kenapa, aku tiba-tiba bercerita pasal classmate aku yang bernama Qistina. Qis ni gadis gemuk dan tak ada orang yang berkawan dengan dia sebab dia pun pilih untuk menyendiri tapi bukan tu tujuan aku bercerita. Aku ada seorang adik yang turut berbadan gempal. Adik aku selalu mengadu disisihkan sebab dia gemuk dan adik aku cakap dia kurang keyakinan nak berhadapan dengan orang sebab dia malu badan dia besar. Sebab aku memang sayang sangat-sangat kat adik aku ni, walaupun dia gemuk dia tetap comel dimata aku sebagai seorang abang. Aku bagi semangat kat dia dan bila aku tengok Qis entah kenapa aku rasa macam nak take care dia macam aku take care kat adik aku. Classmate aku yg lain banyak kali larang aku kawan dengan Qis sebab budak hostel perempuan cakap dia ada membela saka dan Qis ni jenis psiko. Aku tak pernah terlintas pun yang semua ni berlaku sebab Qistina tetapi aku mula kena ganggu selepas aku berkenalan dengan Qistina.

Betulkah Qistina yang menghantar benda tu kat aku? Kenapa? Aku buntu. Kisah Qistina, Din, Angah dan Man, Su serta siapa dalang sebenar aku akan sambung kalau cerita ni dipublishkan la dalam tajuk “Jaga Dia Untukku 2”.

Thanks yang sudi baca, maaf sebab tak seseram mana dan maaf kalau bahasa aku tunggang langgang. Apa yang aku lalui memang cukup menakutkan bagi aku yang mengalaminya sendiri. Kesan kejadian tetap berbekas dalam ingatan aku sampai sekarang. Lagi satu mekome2.. jangan lupa order kat akak simpul kasih tu. Cakap kat dia, aku yang promotekan tapi kome jangan pula nak selidik siapa aku melalui kak tu. Tak pasal-pasal dia taknak jual kerepek tu sebab mekome. Ate kejam bebeno!

Aku akhiri dengan selawat dan salam :
Solullahu ala Muhammad, solullahu alai Wassalam(2x).

Assalamualaikum..

Riz

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]

30 thoughts on “Jaga Dia Untukku!”

  1. Alah… kenapa mesti bersambung! aku tengah syiok baca…ish-3… by the way story kau memang cengginiii ! kalau boleh sambung cepat sikit!

    Reply
  2. Ajer koje gilet ni weeeiii…
    Udohler ko dh buat akk terliur2 kerepek simpulan kasih tu, pastu ko buat plak akk melopong2 tgk ending die TO BE CONTINUE…
    Dua kali ko buat akk kuciwa dik…
    Buat akk ghase lapor nk g dapor pekena pulut+ghondang…
    Hampeehhh…
    Cepat sambung…!!!

    Reply
  3. lepas ni kalau intro xyah buh lagu yob…ate dengan teman sekali ikut nyanyi kalau ada org folow mmg demam lah jawapannya yob oi

    Reply
    • Kaaannn…
      Akk siap gugel cenggane ghupe kerepek simpul.kasih tu…
      Ghopenyer popia simpul…
      Adeehhh baru ku tahu romantik bebenor name popia tu…
      Udah di screenshot no tipon tu…
      Berdebar plak nk ngorder…
      Hahahahha…

      Reply
  4. NAK TANYA……………NAK TANYA…

    KO NI ORG YEMEN KE,INDONESIA KE?SEBUT SALLALAHUALA WASALAM MCM LAIN JE
    “Solullahu ala Muhammad, solullahu alai Wassalam(2x).

    YANG AKU TAU ORG MALAYSIA NI SEBUT,CAKAP (salallahu alai wassalam)

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.