Jaga Dia Untukku (akhir) !

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum semua warga FS. Thanks kepada admin dan semua yang masih sudi baca kisah aku. Aku dah boleh agak reaksi korang semua. Positif or negatif, aku terima sekurang-kurangnya kome sudi baca kisah teman. By the way admin, awat cepat beno terbit cite teman? Teman baru tulis semalam, malam ni dah muncul? Teman baru bajet seminggu. Apa-apa pun thanks admin, ini kisahku yang terakhir.

#Siapakah Su?
Aku: syiirr~ syiiiirr.. kau ingat aku takut, orang tua? Aku boleh celakakan kau dengan keluarga kau sekali. HAHAHA!
U.badrul: Aku hanya percaya Allah sahaja yang boleh Memudaratkan dan Menyembuhkan. Kau tiada apa-apa kuasa.
Aku: syiirr~ syiiiirrr~

Ustaz badrul terkumat kamit membaca ayat-ayat Al-quran. Badan aku menggeletar dan aku rasa seluruh badan aku seperti dibakar. Waktu ni, air mata aku jatuh tak berhenti. Aku tak pernah rasa sakit macam ni. Ustaz badrul bidas badan aku dengan kain yang ada kat tangannya. Waktu tu aku nampak keluar batu kecil berbalut kain kuning, merah, putih dan hitam dari mulut aku. Aku rebah.

Tersedar je terus ustaz badrul bagi aku minum air. Aku rasa sedikit bertenaga. Entah kenapa, tiba-tiba aku menangis. Memang tak macho bagi korang tapi aku rasa penat dengan kehidupan aku yang hancur disebabkan wanita yang aku sayang. Din datang tepuk-tepuk badan aku sambil suruh aku bersabar.

Ustaz badrul: Din! Ang da tau yang kawan ang ni ‘kena’ teruk, kenapa ang tak tolong dia?
Din: Maaf ustaz, saya ingat tak teruk sangat. Hehe!
HEHE? Din boleh gelakkan aku? Din ni nak kena penerajang dengan aku sedas baru nak insaf kot. Dia boleh cakap yang dia fikir sakit aku tak teruk sangat?

U.badrul: Din ni hebat orangnya. Allah bagi anugerah hebat kat dia. Kawan depan mata, kamu boleh pula minta tolong kat ustaz padahal Din boleh tolong dengan izin Allah. Aku pandang tajam kat Din.
Aku: Ang pasai pa tak bagitau aku yang ang pandai berubat? Aku ingat ang pandai jadi Harry potter je, duk bercakap dengan ular.
Din: Dah ang tak tanya.

Macam tu je dia jawab?? Aku malas nak gaduh dengan si Din ni, dah sedia maklum dia memang 4D, buat sakit jiwa dan raga aku je.
Ustaz Badrul cerita yang dari awal lagi aku telah disihir oleh si Su ni, patutlah semua yang aku nampak dan lihat pada Su ni baik sahaja. Apa yang paling buat hati teman ghase libang libu bila Ustaz Badrul cakap wajah Su yang aku nampak sekarang bukanlah wajah sebenar Su. WatDeHek! Bior Betikk ustaz ni!

Aku: Man, habis tu ang nampak Su tu huuduuiih bebeno ke mukanya?
Baru je Man nak buka mulut, Angah dah p****g line.
Angah: Kami dari awal lagi dan hari-hari kena kacau. Aku dengan Man keje nak angkat kaki je bla dari rumah ni tapi si Din tu selalu back up ang. Din cakap kalau tak kami yang tolong ang, sampai sudah ang terperangkap dengan sihir si Su tu.
Man: Su tahu yang kami bertiga dah tahu siapa dia, sebab tu dia cuba jauhkan ang dari kitaorang.

Even Qistina, classmate ang pun kena kacau. Nyaris la dia pun ‘kuat’.
Aku: Saka dia tolong ke?
U.Badrul: Syaitan tu Allah dah cakap jadi musuh yang nyata bagi manusia, dia memang tak akan menolong manusia.
Angah: Padan muka ang. Dah kena ceramah.
Aku terdiam malu.
Din: Qistina memang ada saka keturunan, tapi sebab dia kuat dari segi ilmu agama, dia boleh lawan sendiri benda-benda tu tapi masih lagi dia kena hati-hati sebab Su hantar benda dengan niat nak bagi

Qistina m**i tapi ajal maut ditangan Tuhan.
Angah: Satu U dah bercakap pasal ang sebab ang lari macam orang gila kat u tadi. Su memang nak buat ang gila supaya..
Aku: Supaya dia je yang boleh jaga aku bila semua dah tinggalkan aku, tu yang ang nak cakap, kan?
Angah dan Man cepat-cepat angguk kepala.
Angah: Aku rasa lawak gila masa Qistina nangis-nangis datang rumah kita ni sebab nak cakap dengan ang. Dah macam m**i laki dah aku tengok Qistina tu.

Aku: Kesian la kat dia, sebab aku, dia pula yang kena kacau.
Angah: Memanglah kesian tapi waktu tu ang tak ada, aku sorang je kat rumah. Apa lagi ‘penjaga’ ang yang Su hantar tu mula la kacau aku. Lepas tu aku dengar sore pompuan nangis kuat gila sambil duk panggil nama ang sambil duk ketuk-ketuk pintu. Aku pula tiba-tiba berani semacam, aku ambil kayu, pi bukak pintu, terus aku hayun kayu tu. Pengsan terus si Qistina tu sampai 3hari aku kena jaga dia kat hospital.

Aku diam. Memang Qistina ada cuti seminggu, bila tanya classmate aku, diorang cuma cakap Qistina kena denggi. Kalau aku tahu lebih awal atau aku ada kat rumah waktu tu mungkin aku dapat tahu siapa Su yang sebenar.
Aku: Habis tu, muka Su tu memang hodoh ke weii? Ada macam nenek kebayan ke?
Aku pandang 3 housemates aku, mengharapkan jawapan.
U.Badrul: Tak payah la kamu fikir sangat tentang tu, ada sebab kenapa Allah tak tunjukkan wajah Su tu.

Aku: Tapi ustaz…
U.badrul: Ustaz balik dulu, ada kes histeria kat hostel. Aku hantar Ustaz Badrul & The Geng sampailah diorang hilang dari pandangan aku lepas tu terus aku masuk rumah.
Masuk je rumah, terus aku hampiri Din.
Aku: Din, dari pandangan mata ang, ang nampak Su tu macam mana?
Din: Pi tanya Angah atau Man. Aku penat, nak masuk tidur.

Tak guna punya Din. Tak apa, aku tak boleh cepat menyerah. Aku hampiri Angah pula.
Aku: Ang tengok Su tu macam mana?
Angah: Ang betul nak tahu? Aku: Yela. (Khusyuk gila muka aku waktu ni)
Angah: Mata aku nampak Su tu ada 2 mata, 1 hidung, 2 lubang hidung…
Aku:B*B*!!

Angah dan Man gelak je kat aku dan cakap diorang penat sebab buat kenduri tak di’plan’, terus diorang masuk bilik masing-masing. Aku masih kat ruang tamu sumbat mulut aku dengan hidangan yang ada sebab aku lapar sangat, dari petang tadi aku tak makan. Tengah syok aku makan…

“Riz… Su sayang Riz sangat-sangat”. Sayup tapi jelas dipendengaran aku. Aku tak cakap banyak terus aku berambat lari masuk bilik Man yang tak berkunci. ‘Aku tidur sini, jangan tanya sebab apa’ awal-awal lagi aku bagi warning kat Man. Haha! Da la masuk tak diundang. Nak tumpang tidur bilik Din, kadang-kadang aku rasa cam dia tu pun hantu juga. Nak tidur bilik Angah, tak nak aku, mulut cabul si Angah tu.

Hari terakhir di U****** (utara).
Seminggu lepas kejadian tu, aku sibuk dengan urusan berhenti belajar. Aku dah bagitau Din, Angah dan Man. Diorang tak setuju mula-mula tapi diorang faham situasi aku. Team futsal aku pun sambut baik keputusan aku. Gosip pasal aku ‘gila’ pun terhenti. Kecoh pula gossip pasal Qis sihir aku. Aku dah minta maaf dekat Qis. Qis cakap dia ok je. Aku jumpa Su buat kali terakhir.

Aku: Riz minta maaf andai ada tersalah dengan Su. Tolong hentikan gangguan yang Su hantar pada Riz dan Riz tak perlukan penjaga. Ingat! Kita ada Allah.
Su: Jangan tinggalkan Su. Su tak boleh hidup tanpa Riz.
Aku: Sudahlah Su. Enough!

Su tiba-tiba meraung sambil melutut kat kaki aku. Semua pelajar yang lalu lalang pandang kami berdua. Dah macam drama tv3 je. Su paut kuat kaki aku.
Aku: Riz minta maaf sangat-sangat kat Su buat kali terakhir kalau Riz ada sakitkan hati Su. Riz minta supaya Su kembali ke pangkal jalan, carilah Allah! Dia tak pernah tinggalkan hambaNya.
Aku tarik kasar kaki aku sampai tersungkur Su ke depan. Aku tahu aku jahat buat Su macam tu, aku takut makin lama aku ada dengan Su, makin sukar aku nak tinggalkan Su.

Tiga bulan proses pertukaran aku ke Universiti baru. Mula-mula mak aku bagi ceramah mengalahkan Ikim.fm. Seminggu tu asyik ulang benda yang sama je sampai aku boleh hafal la dialog mak aku tu sebijik-sebijik tapi lepas tu mak aku tiba-tiba berubah sokong aku pindah U. Aku syak adik aku yang cerita sebab aku kongsi cerita aku dengan Su tu dekat adik aku je. Untung jugak mulut cabul adik aku tu, mak aku terus berhenti keje jadi ‘ustazah sementara Ikim.fm”. Tiba-tiba teringat pula kat Angah si mulut cabul tu.

Walaupun aku dah bazirkan 4 sem kat U utara tu tapi kehidupan aku kembali normal bila aku masuk U baru di Johor (jauh aku bawa diri) sampailah aku diterima kerja dan seterusnya naik pangkat jadi pegawai di syarikat di k.l dan dengan rasminya aku bergelar encik tunang kepada Rina (bukan nama sebenar) . Aku fikir gangguan Su sudah lama berakhir.

Riz, 26 (2016).
Sebulan sebelum puasa, aku macam biasa order kerepek favorite aku untuk aku buat sample bagi kat budak-budak tempat kerja aku untuk aku hasut diorang order sempena raya. Aku pi la rumah kak tien ni. Ya! Memang kak tien pernah tengok siapa aku sebenar malah SELALU tengok.
Aku sampai rumah kak tien lepas asar. Aku ambil barang, bayar dan sembang-sembang sikit dengan kak tien. Tiba-tiba kak tien pelawa aku masuk rumah, minum-minum dulu. Aku tolak lembut pelawaan kak tien sebab aku dah lambat nak balik kat k.l.

Kak tien: Ok. Dik hati-hati. Jangan bawak laju-laju. Kesian opah dalam kereta tu. Akak ajak masuk tak nak. Opah adik panas tu mesti nak minum air.
Aku: Tak boleh akak, sebab saya nak kena hantar opah tu balik.
Kak tien: Iyolah. Apa-apa pun hati-hatilah ya.
Ya Kak Tien! ‘OPAH’ yang kak tien tegur tu bukanlah opah manusia. Haha!

Tu sebab aku beria promote kepek simpul kasih Kak tien kat mekome sebab….. disebabkan kak tien tegur opah tulah aku dapat tahu yang gangguan Su masih ada.
Aku minta tolong dekat Din dan aku ceritakan semuanya dekat Rina supaya tak ada salah faham yang timbul nanti antara aku dan Rina. Alhamdulillah, Rina boleh terima dengan tenang. Aku jumpa Din baru sekali sebab jadual aku tak matching dengan Din. Din pun dah jadi orang pangkat besar jadi lagi susah untuk kami berjumpa. Din nasihatkan aku supaya berhati-hati dan suruh aku perbanyakkan baca Al-quran. Din sarankan aku bawa sekali Rina bila kitaorang jumpa kali kedua.

Riz,27 ( 29 March 2017)
Hujung bulan 12 ni InshaaAllah aku bakal bergelar suami kepada Rina. So, memang aku busy duk teman si Rina ni beli barang. Banyak sangat! Nak beli tu la, nak beli ni la, rasa barang beli tak sesuailah …kome faham-fahamlah jiwa insan bergelar wanita ni. Dah penat membeli, kami singgah makan kat sushi king. Memang favorite Rina, teman anak jadi melayu, tak gemor teman dengan makanan barat ni. Aku makan sikit je tuk teman Rina. Lepas makan, Rina cakap nak pergi tandas. Aku pun tunggu Rina kat kerusi rehat berdekatan.

Sedang aku sibuk duk baca cerita Tujuh Pintu dekat FS (penulisan ko memang tip top bro!). Ada seorang budak kecil perempuan datang kat aku.

Adik(budak kecil tu): Perempuan yang jalan dengan abang dari tadi tu siapa?
Aku: Kenapa adik? Kalau adik nak tahu, perempuan cantik tu nama dia Rina, tunang abang dan bakal isteri abang. (Aku jawab dengan perasaan bangga)
Adik: Tapi opah tua tu cakap nama tuan dia Su. Abang hati-hatilah dengan opah dan tuan dia tu. Diorang dua memang jahat.

Aku terdiam. Budak kecil tu terus lari dapatkan mak dia dihujung pintu kedai kasut.

Aku masih menanti Rina keluar dari tandas.

.

#Riz
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

32 comments

  1. Errrrkkkkk…
    Apsal something nooo budak pompuan tu…
    Mendebarkan ending die kot…
    Atau lebih tepat never ending story…
    Sooo sila sambung next next next kaayyy…

    1. “Coopppp…
      Part Din tikam jantung ko tu mmpi ke hape ekkk???
      Pastu mata Din lebam sbb ko debik ke???
      Ke akk salah bace dh ni???”

      Dik…
      Ni komen akk kt JDU2 ko x jwb lg kaaannn…
      Pening mikior ni…

      1. akak rasa yang dia rasa kena tikam tu ialah ayat-ayat Alquran yang Din bacakan. Yang Din tikam tu ialah jin yang dihantar Su.

    1. Eh. Yg bru tau Su ad hantar lg tu baru2 ni jela kan. Yg pergi kat sushi king tu pn baru bbrpa hari lpas. Semoga dipermudahkan urusan nak kahwin. Kuatkan pendinding diri. ???

  2. Best semua cerita no lepas no buat yang lebih best lagi.ok?Saya x Sabar nak baca yang lain.buat yang terbaik. ???

  3. Riz jadinya RINA tu SU ke? Biar betul.. huhuhu seram ni.. dah la nk kawen.. hohoho.. sambung rizzz…. xpuas ati ni.. buat part 2 akhir..plzzzzzzzz

    1. last tu dia mention 29/3/2017. akhir setakat ni jela kott.
      mungkin nanti dia akan smbung lagi klaw su xwat apa2 kat diaa?
      tahh laa

  4. tolong sambung……… tak kan sampai sekrang still tunggu Su kat kerusi berdekatan toilet lagi. hehehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.