Assalamualaikum wbt kepada team FS dan pembaca setia sekalian. Syukur ke hadrat Ilahi diberi kesempatan berkongsi kisah benar dan seram lagi.Semoga pembaca semua dalam perlindungan, kerahmatan Allah swt. Kejadian ini berlaku sekitar tahun 2017.Begini kisahnya..
Mak Minah seorang pengusaha kedai makan secara kecil-kecilan di satu daerah di Selangor. Mak Minah sudah kematian suami bertahun dahulu,hanya tinggal dia dan anaknya Mira,yang membantu Mak Minah mengururskan kedai makan demi mencari sesuap rezeki. Masakan Mak Minah memang tak dapat dinafikan kesedapannya. Dengan pilihan barang basah yang segar setiap hari, aneka lauk-pauk baru senantiasa dihidangkan kepada pelanggan.Dengan layanan “customer service terbaik” kebanyakan pelanggan suka dan makin bertambah bilangan yang datang makan.
Namun hati manusia, tak kan pernah puas dengan nikmat yang Allah swt beri di dunia pinjaman yang penuh ujian dan dugaan. Sentiasa sifat manusia ini penuh dengan dengki dan hasad sesama sendiri.Semua dari hati, boleh jadi yang terbaik dan terburuk, boleh jadi penawar dan racun.
Ada perubahan pada kedai makan Mak Minah, pelanggan makin berkurangan saban hari,masakan cepat basi walau selepas masak, ada pelanggan cakap kenapa tutup kedai dan sebagainya. Habis usaha Mak Minah mencari dan membaiki mutu perniagaannya. Walaubagaimanapun tetap sama, lantas atas saranan seorang kawannya, Mak Minah menghubungi saya untuk meminta nasihat dan sebagai asbab bantuan.
Seperti biasa saya saya pergi menemui pesakit iaitu Mak Minah dan bertanyakan dengan lebih lanjut tentang masalahan yang dihadapinya.Gangguan kelibat sering dilihat di kedainya, terasa panas walau banyak kipas dah dipasang.Di dan anaknya sentiasa bertengkar, makanan basi cepat dan lain-lain.Malam itu saya memulakan sesi rawatan, saya mohon pada Allah petunjuk dan keberkatan serta mudahkan urusan membantu kerana Allah dan dengan kuasaNya.
Saya mendapat alamat bahawa sihir tanah kubur yang di hantar pada kedai Mak Minah.Sihir ini amat mudah dilakukan oleh sesiapa saja. Tak perlu gunakan jampi serapah pun boleh. Jika guna jamppi serapah lagi ampuh dan dahsyat gangguannya. Jika gunakan niat “AIN” pun boleh, cuma yang datang mengganggu tu level-level yang rendah sikit.
(PEINGATAN SYIRIK !!!!) jangan cuba
Untuk pengetahuan pembaca sihir tanah kubur ni dilakukan dengan beberapa barang seperti
****************Admin dah buang*************
Jika nak buangnya susah bukan senang ye pembaca. Tapi senang dapat DOSA BESAR jika amalkan syirik2 ni.Gangguan di kedai Mak Minah sangat kuat tapi Allah swt lagi Maha Kuat.Ketika ayat dibaca dan gerak dibuka.Jembalang yang datang semua dengan muka yang hodoh. Muka biawak tapi berbadan manusia merangkak. Lidah menjalar panjang berair liur dan busuk sekali. Ada gondorowo berambut panjang dan kasar hitam berbulu.Ada yang bertanduk panjang dan gigi taring terkeluar. Sungguh kejam hati manusia sehingga sanggup menyekutukan Allah swt.
Makhluk ini semua ingin menyerang, syukur pendinding sudah dipasang dengan izin Allah.Saya menyusun nafas dan gerak dalam mematahkan gangguan ini. Rakan seguru saya sentiasa disisi sambil berjaga-jaga dalam langkahnya.
Didalam kedai berbunyi segala pinggan mangkuk seperti ada orang yang masak padahal dapur kosong. Saya bagi isyarat diam dan jangan bergerak pada Mak Minah. Pertempuran ghaib berlangsung selama agak-agak 3 jam, kami semua keletihan dan berpeluh. Alhamdulillah gangguan berjaya dipatahkan dengan kuasa Allah swt lebih kurang pukul 4selesai sudah urusan kami. Sedang kami semua bersiap kemas nak balik. Tiba-tiba kelihatan susuk seorang wanita sedang merangkak ke arah kami yang sedang berdiri di depan kedai bersama Mak Minah. Wanita itu meminta tolong mendayu-dayu dalam suara yang penuh kesakitan dan kepayahan.
Kami semua terkejut apabila wanita itu dekat menghampiri kami, lantas Mak Mianh menjerit”Ya Allah!!Suraya kenapa macam ni tengah-tengah malam ni.Kau merayau macam ni kenapa?”
Suraya mampu berkata mohon maaf berulang kali sebelum pengsan mungkin sebab kepenatan. Kami hantar Mak Minah dan Suraya ke rumah Mak Minah, dan disitu terungkai segala jawapan setelah Suraya sedar.
Rupanya Suraya yang meletakkan tanah kubur di kedai Mak Minah kerana dia sakit hati lihat kedai Mak Minah maju dan kehidupan semakin senang.Suraya minta maaf sambil menangis merayu pada Mak Minah.Akhirnya Mak Minah memafkan Suraya dan nasihat padanya jangan ulangi lagi dan mensyirikkan Allah. Saya suruh suraya buat solat taubat nasuha selama 40 hari dalam mencari keampunan Allah swt.
Alhamdulillah slepas kejadian berkenaan kedai Mak Minah kembali meriah dengan izin Allah dan gangguan pun tiada. Suraya pula dah berubah dan selalu mendekati rumah Allah serta kerja dengan Mak Minah di kedainya.
Hidayah milik Allah swt, jauhi amalan khurafat
Sekian..
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Hehehehe
huhu… jeles2 nie sepatotnya… kita jadi sama berkaja mcm org kita jeles tu… kalau mati x de balsan tu laen lah cite huhu
alamak byknya typo 😅
alhamdulillah cerita yang bagus dan happy ending. tp asenya tak perlu letak detail cmner sihir tu di buat, tkut nnti ada yang amalkan.
maaf kepada team FS dan pembaca2 sekalian kerana saya letak secara detail cara nak buat sihir tanah kubur itu..bukanlah hendak menggalakkan tapi nak educate masyarakat kerana ada “SEGELINTIR” yang so called perawat alternatif islam yang menunggang agama diluar sana menggunakan cara KHURAFAT untuk merawat dan sebagainya namun menggaburi mata masyarakat ketika menggunakan nama perubatan alternatif islam. Walhal mereka menggunakan cara2 yang ramai orang tak tahu tapi claim mereka tidak menggunakan perantaraan/syirik2 begini…
wallahua’lam
Takpe sy maafkan en.
Mcmn pertempuran dgn makhluk2 tu, bergusti ke pakai senjata ke dgn bacaan2? Tak terjangkau di pikiran den.. Saje la nak tahu.. Cer citer Cer citer..
assalamualaikum wbt..den bukanlah ado kuaso hebat2 atau sonjato yang bulih tikam g lawan makhluk ghaib cam yang ngaku pondekor-pondekor, ado jurus maut , ado bala tentera jin islam dan malaikat bagai…den mohon bantuan dari Allah swt 100% dengan doan,ayat al Quran dan niat yang baik2…x ponah laie den donga orang guno senjato biaso yang bulih botul2 bunuh jin hantu syaitan ni semuo kecuali dongan izin Allah swt .. persoalannyo boleh dan mampu ke bunuh kita bunuh jin,hantu,syaitan tu semuo???
wallahua’lam
salam encik siddiq, boleh saya contact encik untuk tujuan rawatan? detail akan saya ceritakan di email.
email saya: [email protected]
terima kasih.
suraya tu siapa?
suraya seorang yang dengki dengan mak minah.dia dengki sebab mak minah punya kedai maju.suraya ialah penyewa lama di tapak gerai mak minah….tapi kedai dia bungkus sebab dia masak memang x sedap serta ramai org xdtg sampai lah bankrap…bila time mak minah buka kedai, masak sedap and rezeki dr Allah tu sampai mulalah dia dengki..
itu dia kene direct. yg saya ni tempias je kot. puncanya anak saudara lupa ambil air rawatan. nasi selalu basi walaupun baru masak. beras jenis sama je guna. lepas dia ambil air rawatan baru normal blk. tp mmg setiap kali dia buat rawatan, saya akan kene gangguan juga. marah agaknya sbb saya tolong anak saudara tu. kes kedai mkn ni ada org akan ckp tipu kene gangguan semua tu. salahkan masakan lak. katanya kualiti dah kurang. sesungguhnya, sesiapa yg pernah terkena sahaja akan mengetahui.
Penceritaan yang sngat baik sekali
Salam dan maafkan saya… ada beberapa orang pengamal perubatan alternative yg selalu berkongsi cerita di sini.. Alhamdulillah.. semua kes berjaya diselesaikan.. happy ending… malah kebanyakannya hanya dalam satu sesi rawatan… hinggakan saya terfikir.. “WAH!! HEBATNYA MEREKA”…
Bukan tidak percaya… cuma… entah lah.. x tahu nak cakap… cthnya… Kisah benar 1 : ada seorang ustaz.. malah beliau seorang hafiz.. punyai sekolah pondok dan ramai murid sendiri… malangnya.. seperti biasa.. orang baik ramai yg x suka… beliau disihir/disantau… dan sehingga kini… selepas bertahun2.. beliau masih lagi sakit… kenapa ya?
Kisah benar 2 : seorang rakan sekerja saya hilang semasa beriadah di dalam hutan.. meninggalkan isteri yg sedang mengandung dan seorang anak kecil.. hilang secara misteri… mereka berhenti rehat di sebuah pulau ditengah sungai.. pulau yg besarnya hanya sebuah rumah kos rendah… rakan saya kata dia ingin pergi buang air… dan dia tidak kembali lagi… SAR dibuat… bomba dll mencari tetapi gagal… pelbagai spekulasi logik dan mistik dibuat… akhirnya seorang ustaz (sekarang telah arwah)… juga hafiz.. yg sgt terkenal dan disegani kerana kebaikan dan kewarakannya dipanggil utk membantu… juga tidak berjaya… mengapa ya?
Jgn berburuk sangka… saya hanya pelik… berapa tinggi ilmu mereka yg dgn mudah menyelesaikan kes2 mistik ni?
wassalamualaukim wbt tuan/puan..sungguh bagus persoalan anda..kebanyakan yang didengar tentang sekali rawatan semua selesai , itu hanya lah karangan pendek. Jika nak diceritakan secara detail memang x menang tangan dan bukan sekali rawatan yang dijalankan.. Ada yang pendek ada yang panjang, ada yang berjaya dan ada yang belum mendapat kesembuhan..
Seperti ketika ini saya sedag usaha iktihar mencari kesembuhan dan keredhaan Allah swt untuk satu kes sihir yang menyebabkan pesakit mengalami sisik kulit ular selama bertahun sudah pesakit alami..sudah berpuluh perawat dan ribuan ringgit yang habis..walau dah lebih seminggu tetapi masih belum mendapat kesembuhan yang hanya Allah saja tahu..Ada kes yang baru saja saya attend dengan pesakit yang mengalami penerimaan ilmu dampingan antara yang haq dan batil..juga masih dalam mencari peringkat kesembuhan…Alhamdulillah satu kes pesakit terkena sihir “AIN” berjaya mendapat kesembuhan dari Allah swt yang baru berlaku 2 minggu lepas..semua atas izin Dia dan usaha pesakit itu sendiri mencari keredhaan Dia
tiadalah sesiapa yang terer atau power nak merawat dan claim boleh sembuhkan apatah lagi dalam masa singkat..
ambil ocntoh surah Yusuf ayat 6..
“Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
siapa kita untuk lehib claim mengetahui dari Dia..jika sebelum seseorang pesakit itu nak sembuh pertama skali pesakit kena REDHA dan BERSERAH atas kesakitan yang diterima.Kena syukur dan taubat cukup2 kemudian usaha mencari kesembuhan yang mana akan diberi kepada yang betul2 ikhlas kerana Allah swt.
Belajarlah ilmu 3 jengkal dengan guru yang mursyid. bila tuan/puan dah fahami akan ilmu 3 jengkal maka mudah2an inshaa Allah mengertilah kenapa ada yang sembuh dan ada yang lambat atau x sembuh..kerana kisah Nabi Ayyub A.S juga boleh menjadi iktibar kepada kita
(Ya Tuhanku) sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang diantara semua penyayang ” (QS. AL- Anbiya 21:83)
wallahua’lam
Miss u En Syed.
Terima kasih pencerahan saudara… benar segala yg terjadi adalah hak Allah S.W.T… normally… ilmu itu penting utk sembuhkan sesuatu penyakit.. tanpa ilmu xkan lengkap TAWAKAL kita sbb ilmu tu sebahagian dari usaha… mmg x mustahil sakit disembuhkan oleh seorang budak yg x tahu apa2 kerana semua dgn izin Allah S.W.T… namun bolehla kita anggap kerana kebetulan dan rezeki dia… seperti persoalan saya… berapa tinggi ilmu mereka2 ini? Sbb… tanpa ilmu jgnkan melawan jin… jawab paper SPM pun akan gagal… Wallahualam…
pada hemat saya cik ni mencari sesuatu jawapan pada makan yang tertinggi. tentang ketinggian ilmu seseorang itu bukanlah hak kita manusia nak tentukan atau akui..memang betul tanpa ilmu xkan berjaya. apa ilmu pun yang cik pelajari/ada..bukanlah yakin pada ilmu itu tapi kena redha dan berserah sebab untuk sesuatu ilmu itu berfungsi, semua dari gerak Dia..tidak kira ilmu hitam atau putih…Saya rasa elok cik pergi cari guru yang mursyid, kalau saya teruskan diskusi di alam maya ni, takut akan timbulkan fitnah dan kesesatan sebab ini bukan cara persefahaman yang betul. Tiada daya,intonasi,lenggok dan adab yang tertib dalam menerangkan sesuatu…eloklah cik berguru berlaga lutut untuk menadah ilmu kerana adab dalam menuntut ilmu itu sangatlah perlu, kelak boleh sesat..
p/s : cuma pesan saya janganlah buruk sangka dan salahkan Maha Pencipta atau meragui Nya…takut kita ni tanpa sedar boleh gugur syahadah jika terlalu berfikir melangkaui akal logik dan mempersoalkan kekuasaanNya..wallahua’lam
saya nak tnya.. saya kerap rasa gatal2 seluruh badan tanpa tau punca.. dan lbh pelik dan geram lagi bila sy sndri xpasti rasa gatal tu di mana.. mcm xjumpa… smlm blk ke rumah smpai depn pintu je dah menusuk hidung saya bau busuk mcm bangkai. bila buka pintu, masuk rumah busuk rasa mcm nk pengsan. xpasti bau apa.. tp sy sorg je yg bau benda tu.. mak ayah ckp xde bau apa2.. xlama lps tu tiba2 ada bunyi benda jatuh dlm bilik air.. ank lelaki sy 7thn meluru keluar dri bilik sbb takut. katanya ada ubat gigi & berus gigi jatuh di toilet tp xde org.. (ubat gigi & berus gigi dlm bekas. bekas xjatuh pun) siapa boleh explain perkara ni… byk lg benda jd tp pjg sgt dah type ni.. huhuhu
elok cik jumpa perawat yang berdekatan untuk check jika ada gangguan ghaib..
Pacik penah terkena jugak,ada org htr bnde kt kedai dia sbb dengki tgk kedai dia y maju..tp alhamdulillah,slps jmpa y pakar,dah berjaya pulihkan.
Mmg salu tak terjangka dek akal fikiran,kenapa mesti ada sifat hasad dengki tu,walhal rezeki Allah dah tentukan. Susah kalau kurg percaya pd qada’ dan qadar ni..hmm..
Lagi satu tuan,nak tny,kdg2 ada lebam muncul kt peha/betis sy,tu kira gangguan jugak ke?kalau nak ikut logik akal,mmg tak terjangkau laa..msti akan ada lebam secara tiba2..huhu
lebam2 tu elok pergi cek doktor dulu takut2 ada kencing manis atau sindrom darah cepat beku…asingkan dulu adakah sakit dunia atau gangguan ghaib
salam en syed.bole saya dapatkan contact num untuk tujuan berubat.mohon email [email protected]
Boleh dapatkan email encik siddiq untuk tujuan berubat? [email protected]