Jalan Ipoh-Cameron

Hai… Askum… Terima kasih cik admin kalau-kalau cerita ni di publish 🙂

Aku Hidayah. Kebelakangan ini aku selalu baca kisah-kisah seram dalam FS ni. Rasa ketagih pula walaupun aku ni penakut ya Rabbi! Cerita ni aku pernah tulis kat blog aku. Cerita ni memang pengalaman aku sendiri. Sebelum tu, kalau cerita ni kurang tahap keseraman tu, maafkan aku..

Lapan tahun dulu, malam tu. Aku ingat lagi. Masa tu aku masih belajar kat politeknik lagi. Kebetulan malam tu kami baru sampai dari Terengganu. Class trip. Satu bas pergi. (Syokk oo!!). Kalo tak silap aku dalam pukul 12++ kot kami sampai Ipoh pagi tu.. Aku tak berapa ingat.

Tiba-tiba, salah sorang dari BFF aku, Anis bagi tau,
“Wei…!! aku tak amik lagi gambar untuk projek akhir!!”
“Yeke, kalo macam tu apa kata kita pergi malam ni…??”
Aku taktahu idea tu keluar dari sapa. Mungkin dari mulut aku sendiri aku pun tak ingat.
Hahahhaha (8 tahun dah berlalu wei…)

Si Anis ni, Final Year Project dia berkisarkan tentang teknik-teknik kestabilan cerun. Jadi, cerun yang dia pilih, hmmm… berada di salah satu bukit di Cameron Highlands. Jadi, malam tu jugak kami bertolak!

Shu, masa tu dia seorang saja ada kereta. Jadi, dia yang bawa kami. Dalam 2++ pagi rasanya kami bertolak malam tu… Kami berenam dalam kereta tu… Aku, Shu, Anis, Una, Eni dan Pnut. Kami ikut jalan Ipoh-Cameron. Yela sebab poli kami kat Ipoh. 🙂

Tapi, baru lepas je kawasan Lubuk Timah, Shu bersuara kat aku…
“Wei… aku tak boleh wei… aku tak boleh drive.. aku mengantuk gila…. Dayah ko drive wei?? aku dah terlelap-lelap dah wei…”
Dalam hati aku, ‘ko gila ke Shu, memang aku ada lesen. Tapi aku jarang drive. Aku tak cekap.’
Tapi memikirkan Shu yang mengantuk tahap baban, ku gagahkan jua…. Mau tak mengantuk, trip ke Terengganu tu ambil masa 4 hari 3 malam, mahu tak letih wei!

Jadi, Shu pun berhenti kat tepi bahu jalan. Aku jeling-jeling jam tangan aku. Hampir pukul 3pagi. Buka je pintu kereta, zhupppppp…..!!!!! Angin kuat menerpa ke muka aku. Serius kuat.. Pelik… Tapi… Aku tak pikir apa-apa.. Aku terus ke tempat pemandu..

Kami teruskan perjalanan……

Shu dan kawan2 yang lain dah lama hanyut. Hanya aku dan stereng kereta. Jalan sunyi. Tak berpenghuni.. Gelap gelita. Sekali sekala aku berselisih dengan lori. Mungkin nak hantar sayur kot. Hehehhe. Aku bawa slow, guna gear 3 je kot tak silap aku. Gila kau! Aku dah la tak cekap. Naik bukit pulak tu. Kerete manual lagi. Adui. Gawat deh!

Elok saja sampai dekat jalan yang bengkang bengkok dan banyak selekoh, tiba-tiba ade sebiji kereta kat belakang aku. Ikot rapat. Buka lampu tinggi pulak tu. Nampak mcm kereta Wira. Masalahnya aku tak dapat nak tengok kelibat pemandu tu langsung sebab dia bukak lampu tinggi.

Dia ikut rapat gila dengan kereta kami. Aku belok dia belok. Nampak smooth je. Tiba-tiba kat satu selekoh dia p****g aku. Laju… Risau jugak aku tengok sebab masa tu ada kenderaan lain dari arah bertentangan. Takut dia tak lepas..

Ok jalan kembali sunyi and gelap. Hanya lampu kereta kami ja.. Aku jeling-jeling cermin sisi.. Nampak macam lampu kereta lain kat belakang. LEGA ! Ada juga teman kan…

Tapi, makin lama dia makin dekat. Semakin dia ikut rapat bontot kereta kami. Kereta ni pun buka lampu tinggi juga. Sekali lagi aku tak dapat nak tengok kelibat pemandu tu. Bila kejadian ini berulang tiga kali, aku mula pelik. Terdetik dalam hati aku. Ni kereta yang sama…!!!! Sejuk dingin kaki tangan rasanya. Pelik campur takut taktahu nak kata apa…

Tiba2, Eni/Anis bersuara, “Wei, bukak lagu wei…”
Aku rasa nak cepuk je. Aku tengah takut. (Rupa-rupanya esok diorang bagitahu aku, diorang pun rasa pelik+takut malam tadi…)

Aku teruskan perjalanan, walaupun ada rasa pelik+seram di hati. Tapi diamkan saja. Tapi ada few kejadian pelik yang berlaku lepas tu. Aku taktahu sebab aku mengantuk or benda tu betul2 berlaku. Aku nampak jalan tu lurus, tapi rupa-rupanya belok 360 darjah! Aku nampak anjing kat depan tapi rupa-rupanya takde anjing pun…

Esoknya kami berbincang pasal hal tu. Masing-masing melengu macam blur+takut+pelik. Tapi, bila aku masuk U, adalah seorang kawan ni, dia memang duduk dekat Cameron Highlands dari kecil. Dia bagitau, orang Cameron memang takkan keluar/guna jalan tu lebih dari pukul 10 malam.. Kalau tak, akan terjumpa kereta tu.. Dia bagitahu bahawa kereta tu adalah mangsa kemalangan yang cuba p****g tapi tak lepas. Wallahualambisawab…… Aku gerun…..

Kalo orang pelik hari ni, why aku takut macam2 la ni, ni salah satu sebabnya… Macam-macam dah kena.. Insyallah next time aku share lagi… Bye2!!

Hidayah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

18 thoughts on “Jalan Ipoh-Cameron”

  1. Ye saya pun ada pengalaman lebih kurang. Kami 5 biji motorsikal naik ke cameron pukul 1 pagi. Saya yang paling belakang sekali. Tetapi saya rasa kehadiran 1 lagi motorsikal di belakang tanpa berlampu. Tgk2 blkng takde. Tapi bila mata ni tengok side mirror. Macam ada. Dan sampai je kat selamat datang ke pahang tu. Terasa mcm ada yang turun sekali dari motor saya. *masalahnya aku sorang atas motor tu* ?

    Reply
  2. aku pon ade cite pasal jln cameron – ipoh ni…. masa tu gerak dr kl kul 10 mlm…. gerak naik kete la….smpi kat jln nak naik ke cameron tu lebih kurang kul 12…..aku rasa lama giler duk dlm kete….n jalan2 pusing2 kat jalan yg sama…. at last smpai atas kul 6.30 pagi…6jam lebih duk pusing jln tu jer…. masa tu mmg da rasa lain….dgn radio x dpt siarannya….bukak cd pasang alunan zikir2, ayat kursi n surah yassin n buat2 xde apa….masa tu aku lgsg x berani bukak mulut ngn husband…dah smpai atas esok pg nya baru cite,…rupanya dia ckp mmg dia pon perasan ayik pusing jln yg sama je mlm semalam nya tu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.