Jalan

Nama aku Stella. Thanks admin kalau sudi uploadkan. Kisah yang nak aku ceritakan ini berdasarkan pengalaman aku beberapa minggu lepas. Masa tu aku on the way balik rumah dari kawasan office kat Puncak Alam.

Kerja aku ni start dari pukul 10 sampai pukul 7. Jadi, aku selalu gerak balik lepas maghrib macam tu. Rumah aku kat Meru. So, takdelah jauh sangat pun. Sesape yang pernah lalu kat jalan puncak alam ke meru akan fahamlah keadaan jalan macam mana dan suasana gelap gelita kawasan tu bila jam dah cecah pukul 8 malam. Okay, back to the story.

Malam tu, aku drive macam biasa redah jalan gelap sambil kereta bergegar dengan keadaan jalan yang masih under construction. Dah berzaman construction pun masih tak siap lagi. Tak paham betul aku. Sambil nyanyi-nyanyi sikit lagu Ayda Jebat yang tengah berkumandang kat radio untuk hilang rasa takut, aku toleh side mirror aku. Nampak macam tak de kereta follow belakang.

Tengah syok-syok dengar DJ Era ntah ape nama dia berceloteh, tiba-tiba radio aku padam. Aku try on balik, okay menyala. Tapi takde bunyi keluar. Cuma skrin radio tu je ade tulis frequency radio. Aku try kuatkan volume tapi still sama. Takde bunyi jugak. Dah apehal radio ni? Tiba-tiba buat pasal, mentang-mentang la dua hari lepas gaji baru masuk. Dengan sikit marah, aku tekan pusing punat volume radio tu jadi yang paling low, pastu tekan off.

Suasana jadi sunyi sepi. Bukan sepi yang krik krik bila orang tak reply whatsapp kau, tapi sunyi yang menyeramkan. Sunyi yang hanya dipecahkan dengan bunyi enjin kereta aku je. Otak aku pulak terlebih bijak dengan memainkan semua kisah-kisah seram yang pernah aku dengar or baca.

Sambil mulut cuba baca ayat-ayat suci untuk tenangkan hati, tiba-tiba radio aku yang tengah off elok je tadi, ter on balik dengan sendiri. Bukan on yang biasa-biasa. On dengan volume yang paling kuat pulak tu! Lari sikit kawalan stereng aku kat selekoh. Nasib tak bawa laju sangat. Cis punya radio! Sambil menyumpah, tangan aku laju perlahankan radio aku. Aku pelik dah. Tadi aku rasa aku putarkan yang paling low sebelum offkan dia. Sebab tu memang habit aku. Tak kiralah radio ke tv ke, sebelum tutup memang aku akan rendahkan volume. Tengah berpikir-pikir, aku baru tersedar lagu yang sedang bermain waktu. Korang pernah dengar tak lagu Once, Hilang Naluri? Ala, yang ada lirik ‘Matilah kau’ tu. Kalau korang tak pernah dengar, google lah sendiri. Aku dah start meremang dah time tu. Dalam hati, cepatlah lagu ni habis.

Tup! Sekali lagi radio aku padam. Kali ni aku malas nak kisah dah. Lantaklah. Aku fokus memandu je. Lebih baik takde bunyi dari dengar perkataan matilah kau banyak kali. Aku tekan pedal minyak aku, tapi kereta aku still tak laju. Macam tengah mendaki bukit. Padahal jalan rata kot. Okay, rata tu overstatement. Berbatu dan bergegar-gegar tetap ada. Aku dah macam nak menangis time tu.

Terlintas kat hati aku masa tu, kenapalah ‘kau’ main-main dengan kereta aku ni. ‘Kau’ tu korang paham-paham sendiri lah eh. Tak pernah aku rasa jalan balik rumah tu lama macam ni. Apatah lagi tak boleh nak speed up. Sekali lagi radio aku on. Tapi kali ni dah takde lagu Once ke apa. Just bunyi macam tet-tet-tet-tet macam tu. Aku tak berani nak sentuh radio tu. Biarlah nak keluar lagu ke bunyi ke.

Tengah melayan takut tu, tiba-tiba aku dengar macam ada suara dari belakang gelak. Bukan gelak berdekah-dekah macam kau tengok MLM tiap-tiap jumaat tu. Just ketawa kecil dan sekali lalu macam tu je. Aku just ignore je lah. Anggap yang tu mainan perasaan je walhal aku dapat rasa macam ada orang tengah duduk kat seat belakang. Sebab tengkuk aku rasa merinding semacam je. Tapi, memang tak la aku nak menjengah cermin belakang tu. Mata aku pandang depan je.

Dah sampai kat kawasan bercahaya sikit, tiba-tiba je radio aku elok balik. Suara DJ tu elok je membebel-bebel kat radio. Aku try tekan minyak, elok je kereta aku pecut. Tak macam tadi. Dalam hati tiba-tiba terlintas, terima kasihlah tak apa-apa kan kereta aku. Kalau tak, masak jugaklah nak merepair dengan gaji ciput macam ni.

Catatan Stella

.

Stella
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

7 comments

  1. Fuhhhh seramm!! mesti rase lambat je nak smpai umah kan…tmbah2 plak bile dah tau kat blkg ade penumpang, ketawa plak halus je bunyikk..adoyaiii mau basah seat dibuatnye..
    Dipikir2kan, sekali dh tumpang, esok lusa cmna la nasib ko ye stella..jadik uber la kete ko ari2 dia nk tumpang

  2. Haahahah…
    Lengkali sound ar “apa kau pikir ni grabcar???”
    Pastu buat2 usik radio ala2 setting meter konon nk caj tambang…
    Mesti die blah cepat2…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.