Jamlus Ular Tambatan

Assalammualaikum . Ucapan terima kasih pada Admin FS dan juga pembaca . Saya terus terang kesemua cerita saya adalah benar tapi ada ubahan 50% untuk menyesuaikan dengan jalan cerita . Di harap tiada lagi persoalan yang bermain di minda pembaca . Selamat membaca dan terhibur dengan karya saya
‘JAMLUS ULAR TAMBATAN’

Langit yang gelap menandakan hari nak hujan . Darah menitik dari kerambit yang di pegang oleh Jamlus . Jamlus kehairanan , milik siapakah darah ini bisik hati nya . Tanpa menoleh kiri dan kanan , Jamlus mencampakkan kerambit ke tepi jalan dan terus melintas jalan menuju ke bangunan yang berhampiran , jelas petir kelihatan memancar tepat ke atas jalan yang basah . Aliran petir mengalir mengenai Jamlus . Jamlus cuba mengelak
BAMMM!!!
Jamlus terkulai layu di langgar lori . Di saat dia nyawa nyawa ikan , muncul dua lembaga bertanduk berkata
“Engkau sahabat kami ” kata Lembaga itu sambil tertawa . Sesaat kemudian Jamlus mati di tempat kejadian , tanpa mengucap . Kematian ‘Jamlus Ular Tambatan’ .

Jamlus merupakan pemuda yang hebat dan mempunyai ilmu kebal . Jamlus di gelar Ular Tambatan kerana dia boleh di harap buat sesuatu kerja yang jahat di luar kemampuan orang lain . Dan Jamlus juga pernah menuntut ilmu silat sisik kelabu di sempadan thailand . Tapi Jamlus mempunyai masalah mental sedikit . Jamlus perlahan lahan melihat di balik semak untuk melakukan serang hendap terhadap geng 40 . Bagi nya geng 40 mengganggu kerjanya sebagai samseng . Seramai 20 orang berkawal di hadapan pintu rumah Mr Krisnan .

Jamlus terus menyerang hendap seorang diri . Apala guna jika ada ilmu kebal tapi penakut . Kumar iaitu ahli dari geng 40 , perasan kehadiran Jamlus yang keseorangan . Di tangannya terlihat Kerambit kiri dan kanan . Mulut Jamlus terkumat kamit membaca mantera . Kumar terus berlari mendapatkan Jamlus , baginya keadaan mental Jamlus merbahayakan semua orang . Jamlus terus membaling kerambit secara melengkung seumpama bermain ‘boomerang’ , zass tepat ke arah leher Kumar . Kumar hanya tercengang saat darah terpancut keluar dari leher nya , kerambit itu kembali pada Jamlus . Ilmu pawang tok ngah dari siam amat berkuasa . Jamlus mendepangkan tangan tanda bersiap sedia bertempur seorang diri , terlihat bayangan hitam yang besar di belakangnya dan Jamlus seakan terapung terus menyerang geng 40 .

Kerambit di kedua belah tangan di baling dan tangan menjadi silangan . Perlahan kerambit membuat pusingan di kalangan 19 orang lagi geng 40 . Kesemuanya rebah saat layangan kerambit singgah di leher . Perlahan  Mr Krisnan keluar dari rumah dalam keadaan mengigil memandang Jamlus . Mr Krisnan memanggil kumbang yang berada dalam rumah . Kumbang sebenarnya adalah adiknya iaitu Yusof seorang pemuda yang mengajar silat di kampung . Jamlus adalah binatang bagi Yusof kerana sanggup mengamalkan ilmu songsang untuk kuatkan ilmu nya . Tindakan Jamlus melukakan bahagian dadanya dan menghirup darah nya hidup hidup masih teringat di ingatan .

Yusof memegang parut di dada mengenang peristiwa lama . Walaupun Yusof sama menuntut dengan Jamlus tapi Yusof tidak seperti Jamlus yang sanggup melakukan perbuatan khurafat dan menyekutukan Allah SWT . Bagi Yusof , masih ada peluang bagi nya untuk bertaubat jika dia tidak menjadi seperti abang nya .

“Apa salah aku sampai kau bunuh pekerja aku !! ” herdik Mr Krisnan
“Salah tetap salah aku pastikan kau turut mati kat tangan aku ” tegas Jamlus
“Kau bodoh . Kau tak sihat , Aku jaga kau sebelum ini tapi ini balasan kau kat aku ” kata Mr Krisnan menepuk dada
“Kita buat benda yang patut dan sah mengikut undang undang . Aku bagi kau jawatan besar , harta kau tolak . Kau kata nak menuntut pelbagai ilmu persilatan . Tapi sekarang kau cakap aku buat kerja haram . Soal diri kau dari kecil aku jaga kau bagi kau makan halal atau haram semua tu ? ” soal Mr Krisnan

“Halal dan Haram dalam tubuh aku . Jiwa ku menjadi satu . Sekarang orang bertuhankan duit , aku salah seorang ” kata Jamlus tersenyum

Perlahan sesusuk tubuh muncul menyeringai menampakkan kedua belah gigi nya yang tajam .
“Geng 40 engkau yang gelarkan bukan kami , Al Rash tiada kaitan dengan kau . Ayah Syukri buat syarikat yang sah . Bukan menyalahi undang undang ” tegas Yusof
“Sedarlah Jamlus . Syaitan , Iblis tak akan berhenti dari menyesatkan manusia . Cukup cukuplah ” nasihat Yusof
Hapuskan mereka Jamlus selagi tubuhmu bermandi darah engkau bertaraf pendeta kebal mu sehingga akhir hayat dan engkau tiada tandingan bisikan lembaga itu pada Jamlus .

Jamlus melancarkan serangan pada Mr Krisnan tanpa Jamlus sedar keberadaan Yusof di sebelah . PAPP satu tamparan sulung di beri kepada Jamlus oleh Yusof .
“Kau sedar atau tak Jamlus Mr Krisnan ni ayah angkat kita ? . Nama dia sebenar dia pun kau dah lupa . Nama dia Syukri Bin Abdullah apa kau lupa yang dia mualaf dan menjaga kita dari kecil ? . Kau salah bawa diri menuntut pelbagai silat dan mencampur aduk kan . Kau jelas sesat dan terpesong Jamlus ” herdik Yusof

“Kerambit ku pulang meratap darah , timbul jelmaan datangnya resap , ku serap semangat azazil ku seru , hancur halangan menyembah bumi ” Jamlus menepuk di bumi sambil mencampakkan kerambit . Jelas terlihat makhluk besar bertanduk bermata merah memegang kerambit seumpama melayang ke arah Mr Krisnan .
“La hau la walla quwata illa billah Allahuakbar ” Yusof mengibas tangannya agar serangan itu lumpuh dan tidak mengenai Syukri iaitu ayah angkat kepada Jamlus dan Yusof .
“Kau gelar dia Mr Krisnan sebab itu nama dia dulu . Kau anggap dia kafir tapi terang terang kau yang menjadi kafir . Aku akan lindung dia sedaya yang aku boleh . Mari aku sahut cabaran kau ” kata Yusof sambil mengatur langkah

“Ah persetankan semua . Kau menjelma menjadi Harimau kumbang malam hari itu di bilik mu . Saat itu aku rasa patut aku menuntut lebih lagi dengan tuan guru ku ” tegas Jamlus
“Kau bodoh itu permainan syaitan dan iblis . Iblis dan syaitan manakah yang suka jika aku duduk di malam hari berzikir pada Allah SWT . Abang kembalilah jika ini abang yang dulu ” kata Yusof seakan merayu .

Air mata yusof menitik dan tidak sangka abang nya Jamlus jauh terpesong kerana menuntut ilmu untuk menambah kekuatannya dalam persilatan . Dan siapa sangka sang iblis menyamar manusia dan mengajar nya kesesatan .

“Azazil ku seru , Kerambit menunggu , tanganku sapu , ku sujud ku simpuh , kau agung , ku pinta api unggu , cagar tubuhku , agar kau terima , hapus apa di depan mata ” jampi Jamlus
Serentak itu seakan kawasan mereka berdiri bergegar kuat dan terlihat lembaga besar keluar dari bawah jalan .

“Kau mencabar anak buah ku ? . Kau belum cukup setanding dengan ku . Tambahan pula , kelak Tuhan ku akan muncul tiba . Matanya satu menggegar dunia ” kata Lembaga itu
Yusof dapat merasakan itu bukan lawan nya . Imam Tamrin tampil ke hadapan muncul entah dari mana tersenyum tenang . Entah kenapa , makhluk itu berundur sedikit seperti ketakutan . Ustaz Tamrin merupakan guru kepada Yusof . Yusof mempelajari ilmu agama dengannya .
“Kamu hebat ? . Kamu rasa ingin sakit ? . Bersediakah kamu ? ” tanya Ustaz Tamrin pada Makhluk itu
Makhluk itu agak ketakutan melihat Ustaz Tamrin . Jamlus melihat dalam keadaan marah .
“Kenapa kau berundur hapuskan saja halangan di depan mu dan penuhi hajatku kebal seumur hidup ku ” bentak Jamlus sekuat hati .

“Kamu tak nampak apa yang aku nampak dan dia bukan orang biasa . Dia di kelilingi oleh 5 orang berpakaian serba putih ” jerit Makhluk itu pada Jamlus
“Aku tahu engkau maha hebat . Telah ku cagarkan nyawa ku pada mu aku tahu engkau maha hebat ” kata Jamlus

Makhluk itu dan Jamlus bergabung tenaga untuk menumpaskan Ustaz Tamrin akan tetapi Ustaz Tamrin hanya berdiam diri . Beliau hanya tersenyum . Yusof yang berada di sisi nya berasa tenang dan tidak terancam atas tindakan Jamlus .

“Ketepilah kalian berdua . Biar aku cuba uruskan . Segala pertolongan dari Allah SWT ” kata Ustaz Tamrin tersenyum .
Perlahan tangan kanan Ustaz Tamrin di angkat keatas sambil membaca Ummul Kitab . Yusof agak terkejut kerana dia mendengar seolah olah ramai orang yang sedang turut sama membaca ayat ayat suci . Kalimah lailla haillallah berkumandang , samar samar Yusof terlihat kelibat 5 makhluk berpakaian serba putih di sisi Ustaz Tamrin .

“Kau bukan tandingan aku ! . Berambus kamu orang tua ! ” jerit Jamlus
“Kembalilah Jamlus . Sang Iblis ketawa berdekah saat engkau menyerah jiwamu pada nya . Apa engkau lupa pada Tuhan mu Allah SWT ? ” soal Ustaz Tamrin
“Allah Allah . Bukan Tuhan ku kerana dia , mengabaikan aku . Yang memberi aku ilmu dan kehidupan adalah guru ku ” kata Jamlus

Makhluk besar itu menepuk tangan dan membaca mantera yang agak rumit bacaannya . Timbul cahaya api menyala berwarna kebiruan di tangannya . Makhluk itu mendepangkan tangannya bersiap sedia untuk menyerang .
“Percaya kata ku . Serangan Iblis dan kamu tidak akan melukakan aku . Kerana aku percaya Allah SWT akan membantu ” kata Ustaz Tamrin
Makhluk itu melibas tangannya melepaskan api di tangan menuju ke arah Ustaz Tamrin

Ustaz Tamrin berdiam diri menanti api itu jejak ke tubuhnya . Perlahan api itu padam sendiri apabila semakin hampir . Dan api yang semakin kecil itu seakan terpantul , kerana perlindung yang awal awal Ustaz Tamrin sediakan .
“Allah SWT melindung ku . Apa kau punya pelindung ? ” soal Ustaz Tamrin dan terus membuka langkah .

Ayat Al Baqarah di laung dan di iringi kalimah lailla haillallah . Ustaz Tamrin seumpama terbang hampir pada makhluk itu secepat kilat . Kain lilitan serban di gunakan sebagai senjata oleh Ustaz Tamrin . Kain lilitan itu Ustaz Tamrin melibas ke arah kiri dan kanan makhluk itu . Makhluk itu menjerit kesakitan . Kain lilitan itu membentuk gulungan mengikut gerak jari Ustaz Tamrin . Makhluk itu berada betul betul di ambang kekalahan . Akan tetapi Jamlus bertindak pantas , menolak Ustaz Tamrin ketepi dan gulungan itu terbuka membebaskan Sang Iblis .
“Kau membantu nya , jadi keputusan ku tepat . Hapuskan nya agar kau tidak lagi terseksa ” kata Ustaz Tamrin

Perlahan Ustaz Tamrin berpaling melihat Yusof yang kebingungan . Tiada senyuman terukir di bibir Ustaz Tamrin , itu tandanya keputusan yang muktamad walaupun Yusof sedar dia mungkin kehilangan abang nya Jamlus .
“Inna allaha sayubtiluh

Falamma alqaw qala moosa majitum bihissihru inna Allaha sayubtiluhu inna Allaha la yuslihu Aamala almufsideen ” baca Ustaz Tamrin dari ayat Al Quran surah Yunus ayat 81 .
Makhluk itu menjerit kesakitan dan terus terbang meresap dalam tubuh Jamlus . Kesakitan yang di rasa di kongsi bersama dengan Jamlus . Jamlus bergetar getar tubuhnya seakan terkena kejutan elektrik .

“Tidak . Aku tak akan kalah dengan orang tua ini . Argh Argh Sakit Sakit Panas Panas ” jerit Jamlus
Perlahan lahan Jamlus tumbang , tubuhnya kehitaman . Tubuh yang sasa kelihatan tidak bermaya , sedarlah Ustaz Tamrin Jamlus telah pun tiada . Perlahan lahan Ustaz Tamrin nampak wajah seakan Jamlus , Jamlus bangkit dan menyeberang jalan dan hilang lenyap sekelip mata .
“Semoga Roh mu kekal dan di rahmati Allah SWT , duhai Jamlus ” kata Ustaz Tamrin.

.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.