Jangan Cabar!!

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera kepada warga FS. Buat kali pertama saya ingin berkongsi cerita seram di ruangan FS ini.Jom saya mulakan. Saya dalam cerita in adalah Luqman aka Man.

Kejadian ini berlaku semasa saya berumur lingkungan 18-20 tahun. Sewaktu perjalanan menaiki bas dari KL ke Singapura bersama ibu dan adik perempuan untuk melawat makcik. Setibanya di Singapura, disambut abang saudara di stesen bas. Sejurus selepas itu, kami dibawa pulang ke rumah makcik. Sampai di perkarangan flat pada jam lebih kurang 12.30pagi, sewaktu mahu mengangkat bagasi dan kemudiannya menuju ke lif, didapati ibu hanya “diam” sahaja. Saya pula memikirkan mungkin ibu berasa penat dan saya pun tidak syak apa-apa. Setelah kami selesai makan tengah malam dan mandi semua, kami pun masuk ke bilik untuk berehat. Ruangan bilik agak besar dan suasana didalam bilik sejuk(kerana aircon) dan malap(lampu bilik ditutup dan lampu kecil dibuka). Saya dan adik sepupu lelaki disuruh tidur di atas katil manakala ibu dan adik perempuan saya tidur beralas tilam toto di lantai. Saya berasa hairan pada ketika itu dan mula bersuara.

Saya: Ma..kenapa tidur bawah? Mama dengan adik tidurlah atas katil. Kitaorang lelaki ok aje tidur bawah tu.

Ibu: Takpela Man. Korang tidur aje dekat atas katil tu. Perasaan mama tak sedap ni.

Sewaktu itu, saya perasan adik sepupu sudah pun tidur dan jam dinding menunjukkan 1.30pagi…

Saya: Kenapa ma? Ada ape-ape ke? Bagitau la Ma. Ape yang buat mama risau?

Saya pun cuba untuk mengetahui lebih lanjut mengapa ibu berasa begitu sehingga ibu berkata

Ibu: Sebenarnya ada tetamu tak diundang ikut kita. Benda tu ikut waktu kita dekat bawah flat. Dia ikut naik.

Saya: Benda tu masuk rumah ke Ma?

Ibu: Aah. Dia dlm rumah ni. Ada dlm bilik ni. Dkt atas siling. Dia nak berkawan

Ibu mampu melihat kelibat benda ini kerana hijab matanya memang sudah terbuka sejak dahulu lagi. Tetapi kebiasaannya ibu selalu mengendahkan benda-benda ghaib ni dan tidak selalu cerita didalam famili kami kerana tidak mahu kami berasa takut. Cuma didalam keadaan tertentu sahaja ibu akan kongsikan kepada kami, itupun beberapa bulan selepas sesuatu kejadian berlaku, tetapi harini lain pula. Ibu memberitahu saya sewaktu kejadian itu sedang berlaku. Lalu saya pun berkata kepada…

Saya: Mama jangan risau. Biar Man “Handle” benda ni

Sewaktu saya mengucapkan ucapan tersebut, perasaan ingin mencabar kewujudan entiti itu terlintas dalam benak fikiran saya dan perasaan marah kepada ia kerana menganggu ibu saya.

Ibu: Man takpe Man, tidur la

Saya: takpe ma, ma pergi tidur, biar Man aje lawannya. Insha Allah, Allah permudahkan.
Suasana bilik sewaktu itu makin tegang. Saya membaca zikir2, Ayatul Kursi dan Surah 3 Kul. Tidak berhenti melafazkannya. Saya buka TV dan perlahankan suara(sebagai peneman sewaktu yg lain tidur). Setiap kali bacaan- bacaan tersebut habis, saya ulangkan semula dan niat dalam hati supaya benda itu pergi dari situ. Waktu semakin lama semakin menghampiri ke pagi. Setiap kali berasa mata ini mahu lelap, seperti ada yang mengejutkan dan saya tidak dapat tidur. Doa dan surah asyik diulang tanpa henti. Kadang-kadang berasa diri ini diperhatikan dan bulu roma naik. Lupa untuk memberitahu bahawa kejadian ini berlaku sewaktu hari Khamis malam Jumaat.

Didalam hati ini sudah berasa penat dan ingin berehat tetapi tidak boleh, perasaan takut juga kadang-kadang terlintas didalam hati. Saya berdoa supaya biarlah saya dapat merasa sahaja tetapi bukan melihat entiti itu. Sewaktu jam menunjukkan pukul 5 pagi, hati saya tiba-tiba berasa ada keyakinan kerana Subuh sudah menjelang dan Insha Allah benda itu akan pergi dari sini kalau tibanya pagi.

Selepas waktu solat Subuh masuk, sayapun mengejutkan ibu dan yang lain untuk bersolat. Kejadian yang telah berlaku itu saya fikirkan telah berakhir begitu sahaja. Saya menanyakan ibu kalau-kalau benda itu ada lagi, Ibu berkata kelibatnya sudah tidak kelihatan lagi. Selepas selesai solat Subuh. Saya pun terus tidur kerana semalaman tidak dapat tidur.

Jam 10 pagi saya bangun. Badan berasa sakit yang teramat. Seperti lepas membuat acara olahraga yang bertubi-tubi tetapi tidak “warm up” dulu. Sakitnya begitu. Pergerakan saya jadi perlahan dan tidak mampu bergerak bebas seperti biasa. Saya pun berasa hairan. Saya terfikir bahawa mungkin sebab tidak tidur semalaman akibat kepenatan yang membuat saya jadi begini. Lantas saya abaikan hipotesis yang lain. Bersarapan dan bersedia apa yang patut. Saya berjanji dgn Abg sepupu untuk mengikutnya pergi membeli minyak motor di satu kedai motor dibandar dan selepas itu kami boleh solat Jumaat di masjid Sultan di Arab Street. Perjalanan dari rumah ke sana kami menaiki bas dan juga MRT. Sakit yang saya alami itu semakin lama semakin teruk. Sewaktu Abg sepupu meminta tolong saya mengangkat minyak motor 2 liter pun saya tak mampu angkat. Otot berasa seperti dicucuk jarum. Pergerakan menjadi perlahan seperti orang tua bertongkat. Abg sepupu saya pun pelik dan berkata selepas solat Jumaat kita terus balik. Saya sewaktu itu sudah mengsyaki bahawa sakit yang saya alami ini mungkin bersangkut paut dengan kejadian semalam. Setibanya di masjid. Sejurus selepas berwudhu dan solat sunat masjid, saya duduk mendengar khutbah. Ketika itu badan berasa tidak sakit lagi dan saya berasa mengantuk yg teramat. Saya berasa hairan.

Setelah selesai solat jumaat, selepas saya menjejaki kaki diluar masjid, sakit itupun datang semula. Dalam hati berkata. Oh kejadian semalam masih belum berakhir. Mungkin entiti itu berpaut di badan saya dan menyakiti tubuh ini. Saya tidak putus berzikir dan membaca surah-surah. Sewaktu berada dirumah makcik saya, setiap kali mengerjakan solat fardhu badan ini terasa ringan dan sakit itu berkurang. Tetapi selepas selesai solat, sakit itu akan bertambah. Saya juga cuba usahakan memakan ubat paracetamol dan bertawakkal kepada Allah semoga cepat sembuh. Perkara ini berlarutan sehinggalah saya pulang ke KL(jangkamasa 2-3hari). Dan selepas itu keadaan pulih seperti biasa. Saya tidak memberitahu ibu yang sakit saya disebabkan entiti tersebut. Saya cuma memberitahu bahawa mungkin disebabkan tidak tidur cukup dan akibat perjalanan jauh menaiki bas. Apapun dari kisah ini saya mengambil iktibar yang kita sebagai manusia biasa jangan sombong dan menanggap perkara seperti ini remeh. Saya mengambil ini sebagai salah satu ujian dari Allah. Insha Allah dalam posting yang lain saya akan sharekan lebih banyak lagi kisah-kisah seram atau berkaitan dengan alam ghaib. Maaf jika penulisan ini tidaklah seram. Maaf juga kalau gaya bahasa yang saya tulis ini terlalu formal.

Wassalam
AquaFlame

AquaFlame

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

10 thoughts on “Jangan Cabar!!”

  1. Tu sbb ckp org tua…kalo kail pjg sejengkal…lautan dlm jgn nk diduga…kan dah mendapat ..nasib x jd lg teruk…kalo amalkan ayat manzil…mungkin x jd seburuk gitu…aper pon seram gak citer miker ni…teruskan lg bro

    Reply
    • @Epong sewaktu tu zaman muda remaja memang mendapat la saya. Byk iktibar dari kisah itu. Insha Allah saya amalkan ayat2 manzil ^^. Insha Allah juga saya akan kongsikan cerita2 seram/alam ghaib dlm pengalaman yg lain. ^___^

      Reply
  2. Penulis tak cerita apa kesudahannya? Bagaimana penulis pulihkan diri dr entiti yg berpaut? Apapun cerita yg menarik walaupun gaya bahasa agak skema 😅. Menanti utk cerita seram seterusnya..

    Reply
    • Alhamdulillah bila saya di KL keadaan kembali seperti biasa, saya tak pergi berubat mana2, mungkin sebab ibu saya dia juga pandai berubat, tapi dia cuma blh mengubat ahli keluarga sahaja. Rumah kami dipagar rapi.

      Reply
    • Ye masih blh melihat. Kebiasaanya kelibat hitam atau kelabu begitu, melainkan kalau makhluk ghaib tersebut mahu menjelma seperti mana didlm TV tu. 🙂

      Reply
  3. Baik2 cu.. Bnda ni klau kita tunjuk berani, kadang dia lg suka mencabar.. Klau terlalu penakut pon payah jugak.. Jd bentengkan lah diri dengan ayat2 suci.. Sambung lg cerita ye cu, nenek tggu..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.