Assalamualaikum semua pembaca Fiksyen Shasha. Harini aku ingin menceritakan pengalaman seram yang pernah aku alami semasa di asrama dulu. Masa kat asrama dulu, aku ada 2 orang sahabat. Nama mereka berdua, Mira dan Isma. Paling aku rapat dengan Mira sebab dia ni gila gila. Kitorang berdua memang suka cerita pasal hantu hantu ni. Isma pulak penakut. Bila kitorang nak cakap pasal benda tu je mesti dia larik. Time siang je dia berani, bila tengah malam kitorang start bercerita confirm dia tidur dulu.
Pada suatu hari ni, lepas solat maghrib tak silap aku. Semua lepak dekat dorm masing masing. Mira pulak tengah sibuk dengar lagu. Aku pun naik atas katil dia dan cakap “Mira, kau tak bosan ke?” Mira angguk dan jawab balik pertanyaan aku “Bosan ah.”
Sebenarnya sebelum solat maghrib lagi, aku terniat nak turun bawah lepas solat maghrib. Cerita cerita yang pernah aku dengar, belakang asrama ni berhantu. Ada penunggu kekononnya sebab banyak pokok besar. Belakang dewan makan pulak port fly, dan tempatnya sangat luas. Apa yang aku dengar, belakang dewan makan ada pocong. So pelajar tak digalakkan pergi kat situ. Bila kantoi je dengan warden asrama confirm dorang kata fly. Padahal celah mana nak fly. Banyak semak dan pokok2 je.
Lepas je Mira kata bosan. Aku kata balik “Weh, apa kata kita turun bawah? Alaaa, saja siar siar. Kau pernah dengar cerita kan belakang asrama dan belakang dewan makan ni berhantu. Kita pergi sana nak tak?” Mira mula sengih dan jawab “Boleh jugak tu. Aku pun bosan gila ni.” Lepas je Mira kata camtu, kitorang terus bersiap pakai tudung, pakai sweater dan bawak lampu suluh. Masa tengah bersiap tu, Isma yang tengah baca novel tanya aku “Oi, kau nak kemana?” Aku terus bisik kat dia “Kami nak pergi tengok hantu. Kau nak join tak?” Isma jawab balik “Bolehlah, bolehlaah. Tapi aku dok tengah. Aku takut.” Kami berdua terus angguk. Dah faham sangat perangai Isma yang penakut gila.
Dekat 5 minit juga tunggu Isma. Lepas je Isma siap, kitorang turun senyap senyap. Takut kantoi je. Nasib baik tak kantoi, bebudak semua busy buat kerja masing masing. Kami terus berjalan. Dalam 10 minit juga lah nak kebelakang asrama, asrama kitorang ni banyak tangga dan lorong nak lalu. Semuanya gelap! Isma dah mula takut. Tapi kitorang buat tak tahu je. Oh ya! Kedudukan kitorang, aku depan sekali, Isma tengah si penakut, Mira pulak belakang.
Kami pun sampai tempat yang dituju iaitu dibelakang asrama. Memang banyak pokok besar. Aku terus pergi ke pokok besar yang dikatakan ada penunggu tu, aku suluh ke atas pokok tapi takde pape. “Em, weh Mira takde apa pun.” Kata aku. Mira sengih dan jawab “Tulah budak2 bodoh je yang percaya belakang asrama ni ada penunggu.” Isma nyampuk “Weh, mulut jangan lah camtu. Jaga mulut korang tu!” Aku gelak dan jawab “Eleh, Isma kau tu dah takut, takut juga.” Aku dan mira sambung gelak. Kami terus merayau sekitar pokok besar yang ada penunggu tu. Siap duduk lagi. Tapi apa pun takde. Dalam 20 minit juga lah kitorang rayau, disebabkan takde apa apa aku cakap “Weh, jom kite gi belakang dewan makan pulak. Mana tau, jumpa pocong tengah cium pokok pisang ke?” Mira gelak tapi Isma “Bodoh, kau gurau tu agak agak lah. Jaga mulut weh.” Aku terus hiraukan apa yang Isma kata. Yalah, aku ni tak makan saman. Mulut main lepas je cakap. Kami terus pergi ke belakang dewan makan. Apa yang kami cari, tak jumpa. Masatu aku dah menyumpah nyumpah dah. Penipu lah cerita hantu penunggu dan pocong yang orang katakan itu. Oh ya! Aku ni memang camni. Aku cakap besar sebab nak benda tu muncul, sebab aku suke. Minat benda horror2 ni. Entahlah. Mungkin dari kecik lagi, aku ada cita2 nak jadi paranormal tapi tak kesampaian. Erm k abaikan.
Isma dah naik dulu, sakit hati dengan mulut kitorang yang macam celaka kot. Takut kena ganggu le tu, haha. Tapi kami pelik juga lah, berani pulak Isma naik atas. Yelah, banyak lorong gelap, tangga pun gelap. Banyak lampu terbakar. Asrama kami tingkat 4, memang jenuh lah nak naik tangga. Masa tengah jalan tu, aku nampak ada bayang2 kat kawasan dorm yang kosong tu. Aku cakap dekat Mira “Weh, kau nampak tak bayang tadi?” Mira “Bayang pemende, gelap doh kat situ.” Aku “Ala, Mira takkan kau takut kot? Jangan jadi macam Isma la.” Mira “Takde maknanya.” Aku “Apa kata kita pergi sana, mana tau jumpa hantu ke, hahahaha.” Masatu Mira tetiba serius “Kau ni, jangan lah cakap besar sangat. Takut pulak aku.” Aku “Aik, kau pulak takut? Jom ah.” Mira terus ikut aku gi situ. Lagi sekali aku hampa, kat situ takde pape. Kitorang pun naik jelah.
Malam tu, aku tak boleh tidur. Susah sangat nak lelap mata. Masatu jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Mira dengan Isma dah berdengkur. Aku bangun dari katil, tengok sape yang belum tidur. Fuh, nasib baik, Ain belum tidur. Aku turun dari katil, nak kacau Ain yang belum tidur tu. Sampai je katil Ain, aku tengok Ain takde. Aikkk pelik. Jap! Aku baru teringat, Ain kan dah keluar dari asrama? jadi.. Siapa tadi? Tapi aku buat rilek, mybe Ain tak jadi keluar asrama kot. Disebabkan Ain takde situ, aku terus naik katil balik. Seram pulak.
Masa tengah baring tu, aku dengar macam ada benda melompat. Ye, bunyi orang hentak kaki. Aduhai, ape bende tu? Aku buang rasa takut tu jauh jauh. Bukankah aku memang nak tengok bende tu? Kenapa aku nak takut pulak? Aku bangun dan turun dari katil. Tkde sesiapa. Tkde bunyi hentakkan kaki pun. Haih.. Dia mule dah. Aku naik atas katil balik, makin seram pulak aku rasa.
Aku dah terlelap. Dalam pukul 3 pagi kot, aku terbangun nak gi kencing. Aku kejut Mira yang tengah sedap tidur. Tapi tak dilayan. Isma pun sama. Terpaksa lah pergi toilet sorang2. Dahlah toilet jauh. Toilet hujung sekali.. Ish, memang seram lah. Dengan sejuk lain macam. Tapi terpaksa lah pergi, tak tahan kencing ni. Aku pun pergi ke toilet. Pintu tertutup, bila je aku bukak pintu ada orang tengah gosok gigi. Apa bodohnya, gosok gigi pukul 3 pagi? Aku lantakkan aje. Terus masuk bilik air, kencing. Tetiba orang yang gosok gigi tu bersuara “AKU TAK GANGGU KAU, KENAPA KAU GANGGU AKU?! ADA APA KAU CARI AKU?!” suara dia garau, bila dengar seram sangat. Aku diam je. Mungkin tengah berdrama kot. Aku terlampau bersangka baik ni. hahaha. Then benda tu bersuara lagi “SEKARANG AKU ADA KAT SINI, TENGOK LAH AKU, KAU CARI AKU KAN. TENGOKLAH AKU WAHAI KAWAN.” Aku balas balik “Woi, kau pahal memekak ni. Dah pukul bape doh?” Benda tu senyap. Aku keluar dari bilik air, dia tengah gosok gigi lagi. Masa tengah cuci tangan kat sinki , aku kata “Kau pahal memekak doh? Dari tadi gosok gigi, gila ke?” Sepi. “Lantak kau ah. Kang ada hantu cekik kau baru padan muka.” Benda tu bersuara “KAU NAK AKU CEKIK KAU KE HEHEHEHEHE” Aku pandang benda tu.. Allah! Pontianak!!! Lari tak cukup tanah doh. Sumpah first time tengok pontianak live depan mata. Aku lari, dia kejar lajuuuuuuuu. Masuk dorm aku terhantuk kat besi katil, sebab tak bermaya aku terus pengsan..
Esok pagi semua cemas, lame aku pengsan Isma kata “Eh Iman, sedar pun kau. Kau kenape tidur kat lantai?” Masatu kepala sakit sangat. Mira gelak macam setan. “Lawak do kau, kau kenape? Tidur kat lantai bagai. Tilam tak empuk ke?” Dorang berdua gelak je tak habis bahan aku. Bila teringatkan pasal semalam, memang seram. Aku fikir benda tu hanya tunjuk muka je, takde lah sampai kejar aku. Ish, menyesal! Sumpah menyesal! Selepas kejadian tu, aku tak duduk asrama dah. Sebab tiap malam aku akan diganggu. Tapi aku taknak bagitau sape sape sebab takut kena gelak. Bodoh kan? So pengajaran kat sini tak payah bajet2 berani sangat, last2 lari tak cukup tanah. hahaha
::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Wlaupun berani smpai tahap nk jmpa tp bila dh jmpa same je lari x ckup tanah jgak.. Hahaha tp serius berani betul dia part dia pi marah hantu tu..
Sampai part jumpa orang gosok gigi tu terus meremang bulu roma satu badan.fuhh,terbaik laa sis
terbaik kak..tekencing adik klau mcm tu..hahah..klau bgitahu mcm mna muka si ponti tu lagi best…huhu
cerita tipu lh ni… tk bole caye pnye… mane ade bdk pompuan buat cam ni…
hurmm…brani nye..tu la ckp besar lg