Asaalamualaikum semua. Maaf, cerita ini agak panjang . Nama2 yang ada dalam cerita ni bukan nama sebenar. Tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang m**i. Cerita yang nak aku kongsikan adalah berdasarkan kisah aku sendiri. Kisah ni berlaku 3 tahun lepas iaitu berlaku semasa aku berada di tingkatan 5.
Sekolah aku ni terkenal di dalam negeri aku, ini disebabkan oleh Pengetua sekolah aku. Ya, pada tahun 2005 sekolah aku sudah dibina di atas nama Pengetua aku ni la. Tapi, masa aku tingkatan 3, Pengetua sudah pencen dan digantikan dengan pengetua baru. Waktu aku di tingkatan 5, aku ambil subjek tambahan ekonomi asas, akaun dan seni.
Okey, cerita dia bermula di bilik seni. Macam biasa, kitorang kena siapkan folio seni kitorang yang nak kena hantar pada hujung bulan 9. Masing-masing sibuk dengan kertas seni. Ada yang dok melukis, mewarna semua termasuklah aku. Disebabkab air dalam cawan aku kotor sangat (disebabkan bancuhan warna) aku amik keputusan untuk buang air dan gantikan dengan yang baru. Aku pon keluar menuju ke sinki yang terletak 30 kaki dari bilik seni. Berhadapan dengan bilik seni adalah bilik Kemahiran Hidup (KH). Setiap kali kalau ada kelas seni, aku tak suka nak pandang bilik KH. Sebab banyak dah dengar cerita pasal bilik tu. Budak2 yang duduk atas bilik seni dan KH selalu jer dengar orang bertukang. Padahal pintu semua kunci. Gitu la. Okey, berbalik kepada cerita asal.
Masa aku dah sampai kat sinki, kawan2 aku yang lain Amir, acap, Khalid dan Zul dorang tengah basuh berus dan cawan. Aku kena tunggu, sebab sinki ada 4 sahaja. Khalid, zul, dan amir sudah selesai dan dorang terus masuk bilik seni. Tinggal la, aku dan acap ni. Sambil2 basuh tu, aku berborak la ngan acap pasal folio kitorang. Tengah syok dok borak, tiba2 acap alihkan padangan dia kebelakang. Aku pon ikut pandang la sekali. “Siapa tu?” acap bertanya seakan-akan ada orang di hadapan dia. Mata dia still pandang ke tempat yang sama. “Kau kenapa,cap?” Aku bertanya hairan. “Aku dengar ada orang panggil nama aku.” Waktu tu entah kenapa aku berasa meremang. Mana taknya, tempat yang acap tengok tu semuanya semak samun. Nak sedapkan hati, aku cakap kat acap mungkin budak2 tu nak kenakan kau kot. Acap dia terus diam. Dia hanya mengiyakan aje. Di sebabkan malas nak amik kisah, aku suruh acap habiskan basuhan berus dia dan terus balik ke bilik seni.
Sesampai sahaja aku kat bilik seni, aku nampak Cikgu Hash iaitu guru seni aku dan budak2 perempuan kelas aku berkumpul dekat meja Yaya yang berada di belakang sekali iaitu berhampiran dengan bilik stor. Bila aku tanya budak2 lelaki dorang kata Yaya pening kepala. Lepas tu aku tanya, apahal sampai menangis pulak? “Period campur pening kepala. Kau pompuan takkan tak paham?” Eh? Aku yang kena? Ceh. Malas nak ambil pusing, aku terus menuju ke meja aku dan siapkan lukisan aku.
Tamat je kelas seni, semua balik naik ke kelas. Subjek Pendidikan Islam yang merupakan subjek yang terakhir pada hari itu. Ustaz Zam masuk ke kelas. Tengah belajar tu, tiba2 Yaya menangis. Mula2 tu perlahan tiba2 kuat. Ustaz aku tanya kenapa menangis? Lepas tu ada kawan2 bagitau yang dia period. Sakit perut. Lepas tu ustaz suruh penolong kelas aku (lelaki) iaitu Khalid pergi ambil ubat kat pejabat. Masa khalid nak bangun, Yaya bersuara. “Aku tak sakit perut la, bodoh!” Suara Yaya bertukar garau. Lepas tu dia tersengih-sengih. Satu kelas terkejut. Yaya ketawa bila melihat aksi kitorang. Meremang bai masa tu. Hish, sampai sekarang aku teringat cara dia senyum tu. Scary gila!
“Pegang dia.” Ustaz aku pon mula baca surah2 dari al-quran. Yaya menjerit campur menangis. Makin lama makin kuat. Masa dia menjerit tu la Acap tiba-tiba mengamuk. Ditendang meja guru, kerusi.Bayangkanlah kitorang waktu tu nak kawal Yaya, tiba-tiba Acap pulak buat hal. Bila tengok keadaan Acap macam tu, Yaya ketawa lagi. Lepastu dia cakap dengan bahasa yang kitorang tak faham. Nak tau apa? Acap pon balas kata2 Yaya dengan bahasa yang sama. Dari situ barulah tahu yang Acap dan Yaya kena rasuk. Ustaz terus suruh kitorang semua bawak Yaya dan acap ke surau. Masa papah Yaya pergi surau, Fifi tiba2 pengsan. Dah sudah. Takkan la fifi pon kena sekali kot.? Aku pon suruh yang lain angkut fifi bawak masuk surau sekali. Sebabnya aku nampak muka fifi pucat sangat.
Sesampai sahaja di surau, nampak ramai guru2 datang. Ustaz mula ruqyahkan Acap dan Yaya. Masa tu dorang berdua tu menjerit je kerja. Sakit telinga. Ustazah suruh kitorang baca Yassin dan 3 Qul untuk fifi (betul jangkaan aku, fifi kena rasuk juga). Fifi dia tak meraung, menjerit macam acap dan yaya. Dia hanya menangis sambil mata pandang atas. Bila aku suruh baca 3 Qul, dia baca. Cuma tersedu-sedu dan menangis banyak. Entah macam mana kawan aku, erin datang kat fifi. Dia tampar2 manja pipi fifi. Dia mcm ingat yang fifi ni main2. Aku halang budak erin ni, dia kata “biarkan.. kita tampar mcm ni, benda tu akan keluar.” Aku hanya mengerutkan dahi, malas nak kata apa dah. Alhamdulillah, nak dekat 1 jam lebih ustaz berjaya keluarkan benda tu dari badan acap, yaya dan fifi. Bila masa nak balik tu, berita kelas aku kena rasuk trsebar satu sekolah. Siapa yang bawak mulut pon aku tak tahu. Masa nak balik tu, aku nampak fifi jalan sorang2 menuju ke parking motor. Aku harap dia ok.
Keesokan harinya pulak, kecoh lagi pasal budak kena rasuk. Kali ni bukan budak kelas aku, tapi budak tingkatan 1 Bakti iaitu kelas adik aku yang bongsu. Dengar cerita kelas tu lagi teruk kena. Yang kena adalah budak lelaki. Tengah2 dok belajar, dengar la suara budak2 menjerit kena rasuk. Mula2 satu suara, lepas tu bunyi lagi.. lagi.. lagi.. dan lagi. Bila balik rumah, aku tanya dengan adik aku yang bongsu tu macam mana kawan dia boleh kena rasuk? Dia cerita, yang kawan lelaki dia ni ada saka daripada atok dan nenek dia. Saka ni nak kawan adik aku ni. Adik aku cerita lagi, waktu dalam kelas tu, kawan dia yang kena rasuk ni terangkat ke atas. Kaki tak pijak lantai kelas. Nasib baik sempat tarik dia ramai2 kalau tak mahu putis kepala sebab kena kipas. Perkara ni aku dan adik2 aku cerita dekat mak ayah. Adik aku yang kedua (angah) kata yang esok dia tak nak datang sekolah. Sebab dia takot, lagipun esok jumaat habis sekolah awal pukul 12.00. Mak aku tak bagi, dia suruh datang juga.
Keesokan harinya, iaitu hari jumaat. Memang setiap hari jumaat sekolah kitorang ada buat bacaan Yassiin. Tetapi, aku nampak hari ni macam ada kelainan sikit. Di atas pentas, guru2 dah sediakan banyak air. Mungkin, untuk stand by kalau ada benda2 yang tak baik berlaku hari ini. Oh ya, msa hari ni Yaya dan Fifi tak datang sekolah. Dorang pergi berubat. Erin pon tak datang. Dorang kata Erin waktu maghrib dia kena rasuk. Mungkin disebabkan dia main tampar-tampat fifi masa di dalam surau tu? Wallahualam.
Kitorang pon ramai2 la baca Yassiin, mohon perlindungan daripada Allah daripada sebarang keburukan. Masuk je ayat no. 2 surah Yassiin, dah dengar seorang murid lelaki tingkatan 1 menjerit. Kitorang yang tengah baca ni terhenti sekejap, pandang ke arah pelajar lelaki tersebut. Pelajar lelaki itu dipapah dan dibawa ke surau. Cikgu Nat suruh kitorang teruskan baca Yassiin dan jangan pedulikan keadaan sekeliling. Makin lama kitorang baca, makin ramai la yang kena, baik pelajar perempuan mahupun pelajar lelaki. Acap untuk kali yang kedua dia kena. Sambil aku baca, sambil mata aku lihat budak2 yang kena rasuk ni meronta-ronta apabila dipegang oleh pelajar2 lelaki yang lain. Dipapah dan dibawa ke surau. Aku tunduk baca Yassiin bila cikgu Nat cakap jangan pandang. Masa sampai ayat ke berapa entah, aku terdengar bunyi orang menjerit, aku nak tengok sangat. Bunyi dia mmg kuat daripada yang lain. Masa aku pandang tu la aku nampak adik aku (angah) meronta-ronta. Mula2 dua orang lelaki yang pegang, lepastu datang dua orang guru lelaki tolong papah angah aku ni masuk ke surau. Masa tu la aku tiba2 menangis, aku tak tahu kenapa aku harus menangis. “Weh, adik aku weh!!” Itu jer ayat aku. Kawan2 aku yang lain semua pujuk aku supaya jangan nangis. Sambil menangis tu aku dengar budak2 lelaki jerit panggil cikgu, “cikgu cikgu!! Sorang lagi kenaaa!!” Kecoh waktu tu. Lepastu kawan aku marah dorang, “Hish! Bukan la! Dia menangis sbb adik dia kena rasuk!” Aku yang dok menangis ni nak marah, nak gelak semua ada. Hahaha. Lawak bila tengok reaksi budak2 lelaki masa tu. Macam bini nak bersalin jer gaya dorang. Lepastu cikgu aku datang kat aku, dia kata jangan menangis. Awak menangis lagi benda tu suka. Baca al-fatihah, ayat kursi dan 3 qul. Aku pon ikut baca sambil tu tersedu-sedu mengenangkan nasib adik aku.
Bila dah habis bacaan Yassiin, ustaz meminta jasa pelajar2 yang lain tolong jaga rakan2 yang kena rasuk ni. Aku orang pertama yang terus berlalu ke surau baru diikuti orang lain. Masa depan surau tu la dengar macam2 weh! Menangis, menjerit, orang minta tolong semua ada! Keadaan surau masa tu bising sangat2. Pintu surau semuanya tertutup. Ketua kelas aku, Af tegur aku, “kalau kau nak masuk pastikan hati kena kuat. Jangan sesekali menangis. Nak lawan dengan benda ni jangan tunjukan diri kau tu lemah. Ingat, Kita lemah hanya bila kita berdepan dengan Allah.” Entah macam mana aku macam dapat semangat tau. Ketua aku terus bukak pintu surau dengan lafaz bismillah.
Korang semua tahu apa yang aku nampak? Aku nampak pelajar2 yang kena rasuk tu semuanya tak duduk diam. Ada di penjuru tengah menangis, ada cakap sorang2, ada menjerit minta dilepaskan, paling aku tergamam, ada dua orang pelajar lelaki sedang terapug-apung. Bulu roma aku mmg naik masa tu weh. Aku rasa kalau aku tak pakai tudung ni, mau rambut aku pon terikut angkat sekali. Waktu tu surau penuh dengan pelajar. Bila ditanya jumlah pelajar yang kena rasuk ni, 200 pebih! 200 orang pelajar ni la ditempatkan ke dalam surau. Ya, surau sekolah aku tak besar mana pun. Tapi itu la. Korang bayangkan la sendiri macam mana keadaan masa tu. Aku cuba cari adik (angah) aku. Tak nampak. Aku pandang ke arah pintu. Pintu yang ada dekat surau semuanya ditutup. Taknak ada sesiapa pun antara pelajar yang kena rasuk tu terlepas. Sebab sebelum masuk ke sini, Acap dia berjaya lepaskan diri dan berlari ke padang sekolah. Penat juga aku tengok muka budak2 dan cikgu2 yang mengejar si acap masa tu. Okey, lepas tu cikgu sejarah aku datang masuk. Dia minta pelajar lelaki azan disetiap penjuru. Masa azan tu semuanya menagis, tiada lagi jeritan. Tapi, seorang pelajar lelaki dan perempuan datang melangkah ke arah cikgu sejarah aku ni. Guess what ? Pelajar tu adalah, Acap dan angah aku! Dorang berdua je still steady. Sikit pon tak menjerit ke menangis ke bila dengar azan. Dorang berdua duduk bersila diikuti dengan cikgu azan.
“Azan pon tak betul, ada hati nak lawan aku!” Angah menjerit. Kepala dia digeleng-geleng. Lepas tu dia ketawa. Acap hanya senyum. Pelajar2 lelaki yang azan tadi semua terdiam. Bila cikgu sejarah suruh laungkan azan tanpa berhenti baru dorang buat. Benda yang ada dalam badan acap ni, dia ikut je apa yang budak2 azan ni baca. “Tak payah baca kalau tk tahu makna. Korang semua mmg bodoh! Bodoh!” Lepastu ketawa, sambil tu dia berdiri dan menari. Angah aku pula dia diam. Duduk bersila macam dia tengah baca sesuatu. Tapi, dalam masa yang sama aku nampak air mata dia mengalir. Aku nak datang dekat, tapi cikgu tak bagi.
“Lili.. ingat Allah. Ingat Allah banyak2.” Cikgu sejarah aku cuba memujuk. “Lili takda!” Suara angah bertukar garau. “Siapa kau?” Cikgu sejarah aku bertanya. “Aku dah lama kat sini! Ni tempat aku!!” Angah dia berdiri sambil mata dia memandang ke arah pintu. “Kau buat apa masuk dalam badan Lili? Kau keluar sekarang!” Cikgu sejarah aku ikut bangun. “Aku nak semua orang dalam sekolah ni… M**I.” Angah terus ketawa. Aku jangan cakap la… air mata dah keluar dah bila tengok angah aku mcm tu. Masa angah lari laju menuju ke arah pintu, masa tu la datang ustaz Zam dengan kawan dia sorang ni. Gaya macam imam. Wktu imam tu masuk jer dengan sekali hentak tongkat dia, kesemua yang kena rasuk berdiri serentak. Dorang pandang tajam ke arah imam ni. Dorang nak serang tapi macam diikat oleh sesuatu. Imam tu suruh kurangkan sedikit bilangan jumlah kami di dalam surau ini. Kalau boleh biarlah guru2 yang ada di dalam. Pelajar dia suruh keluar dan baca Al-Fatihah, Ayatul Kursi dan 3 qul serta maksudnya sekali.
Kat luar, aku dengan adik bongsu aku duduk lihat pelajar2 yang ada di luar surau. Ramai yang tengah baca Yassiin. Aku talifon ayah aku, kata yang angah kena rasuk. Ayah kata nnti dia sampai dengan tokwan aku. Dekat dua jam, baru keadaan baik semula. Masing2 family datang amik. Aku tercari-cari angah. Bila nampak angah keluar terus aku peluk dia. Angah dia senyum, dia pandang sekeliling. “Long, macam mana aku ada kat surau?”
“Nnti aku citer la. Kau rehat2 la dulu. Nnti ayah ngan tokwan datang amik kita.”
Masa kat rumah, ayah suruh aku tengok2 kan angah. Ayah dan tokwan nak pergi solat jumaat then nak pergi sekolah, tak tahu nak buat apa. Mak aku takde, kerja di kl. (Mak ayah aku mmg kerja dekat kl actually, so mmg jauh dri rumah kitorang). Masa aku selesai solat, aku baca ayat2 ruqyah. Angah aku yang waktu tu tgh baca buku di meja makan, dia mengerling ke arah aku. Tajam. Macam nak makan orang. Aku tanya, okey tak ngah? Dia diam je. Lepas tu dia continue baca buku balik. Aku pandang kaki dia. Dia menguis-nguis kaki macam orang mengerang kesakitan. Aku dah rasa lain macam. Takkan benda ni tak keluar lagi kot?
Waktu maghrib, aku sekeluarga solat berjemaah kecuali angah sebbab dia period. Dah habis solat aku pergi duduk sebelah angah. Dia tak duduk kat sofa, dia baringaas carpet . Dia kata dia pening. Lepastu tiba2 dia menangis. Masa ni la aku dapat tau yang benda ni tak habis keluar lagi. Aku ngan adik bongsu aku pegang la angah. Suruh mengucap. Ikut aku baca ayatul kursi dan 3 qul. Tiba2 dia marah, “bising laaa!!! Diam boleh tak??!Panas la telinga aku!” Masa tu aku pandang mak aku yang ada kat tanga. Mak aku dia menangis. Aku cuba baca lagi surah mana2 yang aku hafal. Ayatul kursi mmg aku baca kuat2. Tiba2 angah menangis, “kak tolong aku kak.. tolong.” Dia meronta-ronta. Ayah aku suruh aku pakaikan tudung kat angah dan masukkan dia ke dalam kereta. Ayah ngan tokwan aku nak bawak pergi jumpa seorang ustaz. Aku nak ikut, ayah x bagi. So, aku duduk rumah dengan mak aku. “Mak yg salah, bagi anak2 mak datang sekolah hari ni. Kalau tak, angah mesti tak jadi mcm ni..” aku peluk mak. Aku cakap benda ni semua ada hikmah mak.. Kita je yang tak tahu.
Alhamdulillah, semuanya selesai. Semuanya jadi seperti sedia kala. Lepas beberapa hari tu, angah dia bukak cerita. Masa bacaan Yassiin tu, dia kan tak boleh baca, jadi dia kata dia jadi tukang kira orang yang kena rasuk masa tu. “Lepas yang tu kena, dia ni pulak kena ni!” Itulah ayat angah, sebelum dia dirasuk. Akibat mulut, badan binasa. Lepastu, dengar daripada cerita cikgu aku, pasal Acap dan Yaya. Selepas acap dengar ada orang panggil nama dia tu, pada masa yang sama juga Yaya kena benda yang sama macam Acap. Dia kata dia dengar orang panggil nama dia dekat bilik stor seni tu. Dia pun menyahut la, sebab dia ingat kawan dia yang panggil dia.
Hanya disebabkan kita tegur dan disebabkan mulut, macam2 boleh jadi. Apa nak aku sampaikan, kita kalau boleh tingkatkan lagi amaln kita yang tak seberapa ni. Amalkan membaca surah2 lazim dan maknanya sekali. Bila berlaku benda2 macam ni, barulah terkulat-kulat nak baca. Benda tu tak akan takut sbb kita tak amalkan dengan apa yang kita baca tu.
Sekarang adik bongsu aku form 4. Dia kata, benda tu jadi balik. Bukan setakat pelajar jer yang kena rasuk, guru2 pon ada yang kena. Benda ni berlaku bila pengetua baru memecahkan satu bilik ni (aku tahu bilik ni, sbb bilik ni mmg dri aku form 1 dikunci) untuk dibesarkan dan ditambah untk pelajar pendidikan khas. Mungkin benda tu marah kot kacau lagi tempat dia. Wallahualam.
Maaf terlampau panjang sangat. Sebab aku tak pandai nak ringlaskan cerita. Sesungguhnya yang hebat datangnya daripada Allah, dan lemah datangnya daripada diri aku sendiri. Terima ksih sudi membaca 🙂
Sekian and salam.
::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Wahh best la crita ni..kipidap
Saspen…
perghh
Best!
Panjang tapi syok baca. Puas!
Best cter ko ney sis hmpir² nak sama ngn cter kat skola aku dlu ayt ‘bodoh’ tuh mmg org kena rasuk slalu ckp sbb pnh bnda pnh jdi dpn mata n dlm idup..btw nice story i like it 😂
Sekolah mn ni dik…teman idak pernah nengok org histeria…mmg x tau psl ni…baca kisah ni mmg seram