Akibat Salah Lepas Hajat!

Assalamualaikum para pembaca Fiksyen Shasha yang dirahmati Allah sekalian. Selalunya aku baca kisah seram orang je. Hari ni aku nak share kisah seram yang aku alami sendiri kira-kira 9 tahun yang lampau.. Nama aku Maira (bukan nama sebenar). Ketika kejadian umur aku dalam awal 20 an. Belum kahwin lagi masa tu dan sedang dalam alam pertunangan.

Masa kejadian tu aku dan tunang tersayang baru sahaja lepas hantar adik lelaki aku yang belajar di UiTM Lendu, Melaka. Masa tu dah larut malam sangat sekitar jam 3.30 pagi. Kami tak jadi nak teruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur sebab nampak dari jauh macam ada roadblock kat jalan menghala masuk ke lebuh raya. Disebabkan roadtax kereta tunang aku belum renew masa tu terpaksalah kami tunggu sampai roadblock tu habis. Yelah kalau kena saman tak ke naya! huhu.

Kami pun pusing-pusing la sekitar Lendu tu cari port untuk parking sementara tunggu roadblock habis. Pada mulanya kami nak parking depan masjid lama tapi cuak pulak kalau tiba-tiba kena tangkap basah dengan orang-orang masjid! Kami pun teruskan perjalanan lagi cari port lain. Pusing punya pusing kami pun jumpa la sebuah kedai makan yang dah tutup. Depan kedai tu ada pokok besar dan rendang. Kawasan sekitarnya tak terlalu gelap sebab ada lampu jalan. Tapi memang sunyi sebab langsung takde kereta yang lalu lalang dan tambahan pula ini merupakan kawasan kampung yang agak terpencil.

Tiba-tiba tengah kami melayan lagu kat radio sambil borak-borak kosong, aku boleh rasa nak terbuang air kecil pula!

“Ah sudah awak ni!”
“Mana nak cari toilet malam-malam buta kat tempat macam ni?”
“Awak tahan la dulu nanti kita cari toilet kat dalam highway”, gesa tunangku.

“Ala… orang dah tak tahan ni.. takpelah orang kencing kat tepi kereta ni je eh?!”

Sebab dah tak tertahan sangat pundi kencing aku nak menahan tangki yang dah penuh ni maka aku pun dengan selamba dan tanpa rasa takut atau segan silu pun teruslah melepaskan hajat di tepi kereta tu!

Sebelum kencing aku sempat ucap kata-kata lebih kurang berbunyi begini,

“Atuk… nenek.. cucu tumpang kencing ye…hehe”.

Sebaik sahaja selesai melepaskan air seni yang penuh tadi aku pun terus masuk semula ke dalam kereta dan tiba-tiba je rasa macam mengantuk sangat-sangat pula dah! Tunang aku pulak senyap semacam dan tengok tepat ke depan sejak tadi. Ah! lantakla dah ngantuk sangat ni! Bisik hati kecilku. Sebaik melelapkan mata aku telah bermimpi pergi ke sebuah tandas awam untuk membuang air kecil. Banyak pintu dalam toilet tu. Tiada orang lain selain aku seorang. Selesai melepaskan hajat tiba-tiba ada makhluk berjubah dan berkelubung hitam muncul entah dari mana dan terus mengejar aku daripada belakang.

Aku pun berlari sekuat hati sambil menjerit-jerit. Aku terus berlari dan bergegas masuk ke dalam kereta tunangku. Malangnya makhluk yang mengejar aku tadi juga turut ikut sama masuk ke dalam kereta dan terus duduk di seat penumpang belakang! Sebaik sahaja makhluk tadi masuk dia terus cekik aku yang sedang duduk di seat depan! Aku menjerit macam nak gila! Terasa kuku makhluk tu yang tajam dan runcing mencucuk ke dalam tengkuk aku! Serius bukan ilusi! Aku menjerit-jerit meminta tolong sehingga aku tersedar daripada tidur. Mimpi rupanya. Tapi memang macam real!

Aku mengarahkan tunangku untuk segera meninggalkan tempat tersebut dan bergegas meneruskan perjalanan balik ke KL. Tunang aku pun tanpa berlengah lagi terus memandu dengan laju sambil cuba menenangkan aku yang macam orang separuh histeria. Alangkah terkejut dan peliknya kami kerana roadblock yang kami nampak sebelum berhenti di depan kedai makan tadi telah tiada! Langsung tiada tanda-tanda wujudnya roadblock di tempat tersebut! Walhal belum setengah jam pun kami berhenti di depan kedai makan tadi.

Sepanjang perjalanan bulu roma kami meremang dan suasana memang seram tersangat-sangat. Aku tak henti-henti membaca surah yasin dan segala surah tapi keadaan masih juga tak berubah. Mungkin sebab aku baca tunggang langgang kan!

Kami berhenti di RnR Seremban sebaik sahaja azan Subuh berkumandang. Barulah terasa lega dan tenang sedikit. Tunangku menyatakan sebaik sahaja aku selesai membuang air kecil dan masuk ke dalam kereta lepas tu tidur, dia terpandang seseorang berjubah dan berkelubung di tepi pintu pemandu! Memang nampak dengan jelas susuk badan makhluk tersebut dalam cermin sisi kereta. Tunang aku cakap kulitnya mengerutu macam biawak, berwarna hitam berminyak dan kukunya panjang!

Syukur gangguan yang kami alami cuma sampai di situ sahaja. Mungkin segalanya salah aku juga kerana membabi buta sahaja kencing di kawasan makhluk tersebut! Mungkin aku telah mencemari rumah makhluk itu! Siapa tahu kan. Sepatutnya aku membaca doa nabi sulaiman kalau nak buang hajat kecil atau besar di tempat-tempat sebegitu bukannya main hentam sahaja ucapkan dialog macam dalam filem-filem seram tu! Semoga kisah ini akan jadi iktibar untuk kalian. Jangan kalian lupa ye… antara kita ada dia! Jadi kita haruslah jaga tingkah laku sebaik dan semolek mungkin.
Wassalam.

maira

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

15 thoughts on “Akibat Salah Lepas Hajat!”

  1. Adoi teruk benau perangai org pempuan melepas kencing kat merate2 tempat. Walaupun xde org nmpk. Anak akak pun (lelaki) akak suruh tahan kencing smpai kitorg jmpe tandas. Sbb kite x tau tempat kite kencing tu, mane la tau rumah makhluk lain.
    Ibu2 kena didik anak jgn kencing berdiri merate2. Bukan sbb mcm yg adik ni terkena, tp sbb ia kurang sopan dan tak bersih.
    Jadikan pengajaran ye dik

    Reply
  2. Org tua2 ckp…nak lpas hajat kat tmpat cm tue,lpas je selesai buang ape yg ptt….kena ludah kat tmpat kite mbuang tdi,tp..xmalu ke cik,buang kat dpan tunang…huhu.sya nak kncing dpan asben pun malu….ke mmg da jdi kbiasaan…?????

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.