Jangan ganggu aku!!!
Selepas selesai mengerjakan solat Asar, dengan tergopoh-gapah aku bersiap sebab time tu dah pukul 5.30 petang. Perjalanan masih jauh, tapi aku masih belum bertolak. Pada hari tu ada majlis perkahwinan sepupu rapat, so aku antara orang penting dalam majlis tu. Bila dah selesai meletakkan barang2 ke dalam kereta, aku menyalami tangan kedua orang tuaku. Berdiri mereka dengan wajah sugul, merenung tepat ke dalam mataku. Aku tahu sukar untuk mereka melepaskan aku pergi. Nampak jelas kerisauan diwajah mereka. Airmata yang ditahan dari tadi, tumpah jugak akhirnya. Sumpah sedih.
“Mak, ayah, doakan agar Ina selamat sampai ye”. Aku bersuara setelah agak lama berdiam diri menahan sebak di dada. Tak pernah sepanjang hidup selama 25 tahun, aku berjauhan dengan mak ayah tercinta. Sedih hanya Allah yang tahu tapi demi mencari sesuap nasi dan mencapai impian hidup, aku rela. Lagipun aku nak berdikari dan berusaha untuk berjaya.
“Mak ayah sentiasa doakan kamu Ina.. Jaga diri baik2 kat tempat orang, jangan sakitkan hati sesiapa, solat jangan tinggal” dan bermacam lagi pesanan daripada orang tuaku. Aku mengangguk perlahan lalu memeluk erat keduanya. Sempat aku menyapu airmata mereka. Sebenarnya mak ayah aku nak hantar, tapi aku bertegas nak pergi sendiri je. Bukan apa, aku tak nak susahkan mereka. Mak ayah aku dah tua, tak sanggup aku tengok mereka susah dan penat kerana aku. Lagipun aku dah terbiasa ke sana sini, drive sorang diri. Cuma kali ni agak mencabar sikit, sebab jauh. Aku mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat yang gah di Pantai Timur. Jarak perjalanan dari tempat aku, memakan masa lebih kurang 7 jam. Tapi disebabkan gaji yang lumayan dan minat, aku menerima tawaran tersebut. Maaf sekiranya intro meleweh dan terlampau panjang. Ok, let’ start.
Dimulakan dengan membaca bismillah, aku pun memulakan perjalanan. Sepanjang perjalanan, Radio Suria Cinta menjadi peneman setia. Masa terus berjalan. Aku melihat jam, dah pukul 10 malam. Masa tu aku baru je masuk ke Lebuh Raya Pantai Timur (LPT). Keadaan lebuhraya agak gelap dan sunyi. Tetiba aku boleh plak teringat tentang cerita seram di Lpt. Ada yang kena kacau dan kemalangan ngeri yang meragut nyawa. Walau hati rasa berdebar tapi aku tak melayan sangat perasaan takut tu. Kadang2 bila rasa mengantuk menjengah, aku membuka cermin kereta supaya udara segar masuk, kiranya kurangla sikit rasa mengantuk tu. Kereta pun tak banyak time tu. Tapi aku akui, masing2 bawak kereta laju gila sampai terasa bergegar kereta aku ni.
“Huarghhhhh!” Astarfirullahalazim.” Aku menutup mulut sebab asyik menguap je. Tak tahu kenapa aku rasa mengantuk gila sepanjang highway ni. Mungkin sebab jalan lurus je kot. Lepas tu, aku buka cermin kereta tapi tetiba lak bau wangi menusuk ke rongga hidung. Kuat lak tu bau dia. Apa lagi, aku cepat2 tutup cermin kereta. Mata serta merta segar, terus hilang rasa mengantuk. Tapi aku abaikan je, mungkin bauan wangi tu dari bunga kat tepi jalan tu kot. Aku sedapkan hati.
Lepas tu, time tu lak terasa nak buang air. Jadi aku pun bercadang la nak singgah di R n R yang terdekat. Aku lupa R n R apa yang aku singgah tu, sebab tak perasan plak. Tak lama kemudian,aku nampak susur keluar ke hentian rehat tu. Aku masuk je, sebab masa tu pun ada sebuah kereta kat depan aku masuk hentian tu jugak. Jadi aku fikir ada la jugak peneman aku. Tak la takut sangat kan. Suasana kat situ serius seram dan sunyi. Hanya kereta aku dengan kereta depan tu je yang ada kat situ. Sampai je, aku berhentikan kereta. Badan terasa penat sangat. Seingat aku, selama lebih kurang 4 jam memandu, baru sekali aku berhenti rehat. Aku menggeliatkan badan dengan penuh rasa nikmat. Tengah syok duk menggeliat tu, mata aku tertumpu dekat tepi pondok rehat. Aku ternampak ada sekujur tubuh berdiri tegak menghadap ke semak. Aku endahkan je sebab memang aku tak fikir apa pun masa tu. Aku keluar dari kereta menuju ke tandas. Kereta sebelah aku tu, sekeluarga. Ada budak kecik lingkungan 4-5 tahun dua orang, akak tu senyum je dekat aku. Suami dia kat sebelah, duk merokok. Sempat jugak bercakap dua tiga patah masa tu, sebab aku pun dah tak tahan sangat nak buang air. Lagipun akak tu sibuk melayan karenah anak dia. Masa aku duk melepaskan hajat, aku boleh dengar gelak ketawa budak2 tadi. Lepas tu, dengar lak bunyi pintu tandas sebelah, macam ada orang baru masuk. Lega jap, rasa macam berteman. Tak lama pun, sebab aku buang air kecik je. Bila aku keluar, aku tengok semua pintu tandas terbuka. Dalam hati aku tertanya-tanya mana orang yang masuk tadi. Tak kan cepat sangat dah keluar. Lepas dah selesai semua, aku cepat-cepat keluar. Ingatkan nak sambung borak jap ngan akak tadi. Tapi suasana masa tu sunyi gila, bulu roma aku berdiri tegak dah macam terkena renjatan eletrik. Hanya bunyi cengkerik dan desiran angin je yang kedengaran.
“Aikk..akak tadi dah blah ke?”. Soalku didalam hati sambil mata melilau mencari manusia lain selain aku. Lepas tu nampak kereta aku je, tak ada kereta lain. Means aku sorang jela yang ada kat situ. Ya Allah, tetiba aku rasa macam berat lak kaki nak melangkah ke kereta. Aku ni kalau datang je perasaan takut tu, semua rasa muncul. Perut yang tak sakit pun, tetiba jadi sakit. Aduh. Angin lak sejuk je menyapa lembut pipi aku. Aku kuatkan semangat aku, aku berlari anak menuju ke kereta. (Berlari anak ala slow motion gitu. Cuba korang bayangkan.) Memang paksa betul kaki aku untuk melangkah. Masuk kereta, aku tengok jam dah pukul 10.55 malam. Segera aku start kereta, tapi mata aku tertumpu lagi dekat tepi pondok rehat tu. Orang’ tu ada lagi kat situ, tapi kali ni dia berdiri tegak menghadap ke arah aku, bukan mengadap semak. Aku dah cuak gila masa tu. Aku dah fikir yang tu bukan orang, mesti hantu. Apa yang aku nampak orang’ tu berpakaian serba putih. Korang bayangkan bila ada benda putih berdiri dalam kawasan yang gelap, memang jelas nampak kelibat dia. Tapi nasib gak mata aku ni rabun jadi aku tak nampak jelas wajah dia. Aku keluar dari hentian tu, tanpa memandang langsung ke arah dia. Mulut dah terkumat kamit baca doa, sampaikan doa sebelum tidur pun terkeluar sekali. Takut punya pasal. Keluar je dari hentian tu, aku rasa lega sangat. Setengah jam memandu, aku dikejutkan pulak dengan bunyi lock kereta aku. Alah, yang kiri kanan tu, bila tekan je ‘tappp’ bunyi dia. (Aku tak tau nak explain macam mana, harap korang faham la ye. Macam orang tekan ‘lock’, lepas tu tekan ‘unlock’ balik. Lepas tu ‘lock’ balik.)
“Main2 plak ‘dia” ni”. Getusku di dalam hati. Aku dah takut sampai menggigil bawak kereta. Tapi tak tahu dari mana datang keberanian, aku pun bersuara.
“Aku tak kacau kau, tolong jangan kacau aku. Kau keluar balik ke tempat asal kau sekarang”.
Aku pun buka cermin kereta, tetiba bunyi lock kereta seperti di ‘unlock’ dan disertai dengan bau wangi. Bau yang sama macam aku terhidu awal-awal tadi. Nasib la ‘dia’ ni jenis dengar kata! Aku pun tutup balik cermin kereta, aku tekan ‘lock’. Aku berdoa agar dia tak kacau aku. Seram weh. Alhamdulillah, lepas tu tak ada bunyi pape dah. Aku lega sangat walau mata dah berair. Sob!sob! Daripada duk layan lagu tangkap leleh dekat Radio Suria Cinta, terus aku tukar bukak cd bacaan ayat-ayat suci Al-quran.
Dalam pukul 1 lebih macam tu, aku sampai ke rumah sewa. Aku cari ikut waze je. Nasib la waze tak menipu. Sebelum tu dah deal dengan owner rumah, dia cakap nak tunggu. Tapi disebabkan aku sampai lambat, dia letak kunci rumah dalam pasu bunga depan rumah dia. Aku call owner rumah nak minta kepastian sama ada betul ke tak rumah yang warna oren, pagar hitam, ada pokok mangga dalam pagar, bla bla bla, bila owner rumah cakap betul baru aku berani masuk. Risau jugak salah rumah ke apa. Kang tak memasal orang ingat aku ni penyamun, susah nanti. Owner rumah suruh aku masuk dulu, dalam setengah jam lagi dia sampai. Aku cakap ok je. Bagus gak dorang datang sebab rasa seram tadi tak hilang lagi. Sebelum aku masuk rumah, aku dah bagi salam dan baca apa yang patut. Bukak je pintu rumah, aku terpesona dengan kecantikan dan susun atur perabot dalam rumah tu. Rumah tu lengkap berperabot semua, sewa pun murah. Aku angkat beg aku, lepas tu aku merebahkan badan aku ke sofa. Leganya hanya Allah yang tahu. Setelah beronak berliku menempuhi perjalanan yang panjang, akhirnya aku sampai jugak. Badan penat tak payah cakap la. Aku tak sedar aku terlelap kat sofa tu, mungkin dalam 10 minit macam tu je. Aku terkejut tu pun sebab terdengar suara orang bagi salam, kalau tak memang sampai esok laa aku tidur. Rupanya owner rumah dah sampai. Owner rumah ni suami isteri, umur pun dah sebaya mak ayah aku. Acik tu buat air dan lepas borak jap dorang pun balik. Ramah sangat dorang ni, hilang jap rasa seram tadi. Lepas dorang balik, aku terus sambung tidur sampai ke pagi.
“Oh oh running out of breath but i, Oh i, i got stamina”. Ringtone Sia, mengejutkan aku daripada tidur yang lena. Rupanya mak ayah aku call. Lepas je borak dengan dorang, aku keluar bilik. Aku tinjau keadaan rumah, memang sangat memuaskan hati aku. Cantik, kemas dan bersih. Aku pun mula la mengemas barang aku, lepas tu mandi dan masak. Owner tu memang baik, disediakan lengkap sampai ke bahan masakan. Boleh la dua ke tiga kali masak. Alhamdulillah, syukur. Lepas masak, aku pun duduk kat meja makan. Tengah sedap duk menjamu selera, tetiba macam ada benda melintas ikut tepi sliding door. Macam bayangan hitam gitu. Pantas, sampai tak sempat aku berpaling. Aku tak melayan, mungkin perasaan aku je tu. Dua tiga kali gak bayangan tu melintas. Aku abaikan je.
Lepas melaporkan diri ke tempat kerja, aku menjalani kehidupan seperti biasa. Awal pagi dah pergi kerja ,balik kerja pun dah lewat petang. Jarak dari office ke rumah lebih kurang 15 minit je. Dekat rumah sewa tu, memang ada gangguan tapi selagi boleh tahan aku tahan. Gangguan dia on off. Kadang sehari dua aku rasa aman tanpa gangguan tapi esoknya start balik. Bagi aku selagi dia tak tunjuk rupa dia, selagi tu la aku bertahan. Lagipun mana nak dapat duit cari rumah sewa baru.
Walau kena ganggu tapi aku kuatkan semangat. Pernah satu hari tu, aku mandi. Cuba korang bayangkan, tengah sedap duk gosok muka yang penuh dengan buih sabun, tetiba terasa ada usapan lembut di bahu. Dari bahu kiri ke bahu kanan. Macam mana perasaan korang? Aku dah cuak, takut gila masa tu. Cepat-cepat aku basuh muka. Bila tengok kiri kanan, tak ada sape. Dah tu sape yang usap bahu aku tadi??? Meremang tak payah cakap la, kepala pun kembang sebesar bakul. Lepas tu, tiap kali aku basuh muka, aku elakkan bahagian mata. Takut peristiwa tu berulang kembali. Huhu
Malam-malam pulak aku selalu terkejut daripada tidur sebab dengar bunyi anjing menyalak. Dah macam alarm, setiap pukul 3 pagi aku terkejut disebabkan bunyi anjing menyalak tu. Bising sangat, stress gila. Dah la penat kerja, malam plak tidur terganggu. Aku selak langsir, nampak dekat sepuluh ekor anjing duk menyalak depan pagar rumah aku. Pelik, siang-siang tak menyalak pulak anjing-anjing ni. Iskhhh. Lepas tu plak, pernah rasa macam ada benda tindih badan aku. (Aku ada pengalaman kena tindih masa tidur, jadi aku tahu rasa dia macam mana. Aku kena tindih kat asrama aku belajar dulu.) Sebenarnya nak dijadikan cerita, tak silap aku lepas maghrib kot. Aku menangis dalam bilik sambil tengok gambar mak ayah aku. Seriusly, aku rindukan mak ayah aku. Aku sedih sangat sampai tak sedar aku terlelap. Bila aku tersedar, aku tak boleh bukak mata. Aku rasa macam ada benda duk tindih. Aku tak boleh bergerak langsung. Aku jerit pun macam tak keluar suara. Rasa berat menjalar dari bawah kaki, perlahan-lahan benda tu merayap naik ke peha. Aku kuatkan semangat, aku jerit “Allahuakhbar!!” dalam hati aku. Serta merta mata aku boleh bukak, dan rasa benda tu keluar. Perghhh! Tapi salah aku gak, sebab tertidur dalam keadaan sedih macam tu. Mudah la benda tu ambik peluang. Sob!sob!sob! Lepas tu, aku bukak suis lampu. Tak boleh tidur sampai ke pagi. Memang rabak la mata ni. Sempat lagi aku bukak FS ni baca kisah korang. Minat membaca katakan. Tapi pastikan bilik terang benderang.
Masuk minggu ketiga, setiap kali aku balik dari kerja, aku perasan sangat sorang makcik ni, aka jiran sebelah rumah aku. Rumah dia sebelah kiri. Sebelah kanan aku chinese. Fyi, perumahan kat sini macam tak ramai sangat yang duduk. Yang ada pun biasanya suka buat hal masing-masing. Itu yang aku perasan la. Aku agak je jiran kiri aku tu makcik sebab berdasarkan pengalaman aku hidup berjiran, makcik-makcik je yang suka mengendap ni. Dia mengintai aku ikut tingkap rumah dia. Aku perasan sebab nampak kain langsir rumah dia terselak sikit. Bila aku tengok, terus langsir tu jatuh. Ala, memang aku tahu la gaya orang mengintai. Sebab jiran kat kampung aku pun selalu buat macam tu. (Biasa la makcik kepoh, nak cari informasi untuk buat modal bergosip dengan Kak Senah dan Kak Peah. Jiran aku kaki gosip.) Mula-mula agak pelik, ingatkan jiran kampung aku je macam tu. Haha. Tapi disebabkan aku orang luar aku abaikan je. Aku ingat setiap pesanan mak aku supaya jaga diri dan perangai bila duduk kat tempat orang ni.
Lepas tu, aku pun perasan barang aku bertukar tempat. Contohnya, sebelum pergi kerja aku sangkut tuala belakang pintu. Bila aku balik kerja, tuala aku ada dekat tepi katil. Kadang-kadang ada atas katil. Kalau sehari dua, berkemungkinan aku ni tersilap letak ke apa. Tapi memang tak, sebab aku bukan jenis main campak je tuala lepas mandi. Lepas tu yang menambahkan lagi perasaan was-was aku, mandian aku berterabur jatuh atas lantai. Aku hairan sebab bukan ada angin pun boleh masuk kat dalam tandas tu. Bukan sekali dua, banyak kali. Penat aku kutip, lepas tu susun balik. Aku pelik la tapi aku buat-buat cool je sebab aku percaya gak pada kewujudan makhluk halus ni. Aku fikir, mungkin cara halus ‘dia’ nak bergurau dengan aku kot. Dah nama pun makhluk halus. Gurauan manja macam tu boleh lagi aku terima asalkan jangan tunjukkan rupa sudah la. Selain tu, nampak kerusi makan beralih sendiri, bunyi orang bagi salam tapi bila intai tak ada sape, bunyi orang menukang belakang rumah, bunyi orang buka gas macam nak memasak kat dapur tu selalu la aku kena. Sebenarnya memang aku dah tak sedap hati, nak je aku cabut lari. Tapi aku kena bertahan dulu. Nak cari rumah lain bukan senang, duit plak cukup2 je. Aku tak nak susahkan mak ayah aku kat kampung. Mak aku selalu tanya, ok ke tak aku kat sini. Aku selalu jawab ok, jangan risau. Dan untuk pengetahuan korang, aku tak pernah cerita semua ni dekat mak ayah aku. Tak nak dorang risaukan aku. Lain la kalau aku diganggu dengan mat bangla ke, negro ke, baru laa aku report dekat dorang. Iskh ni lagi seram, mintak simpang. Haha. Sorry melalut jap.
Aku cuti Sabtu dan Ahad. Biasala hari minggu, aku mula la nak membasuh, mengemas apa yang patut. Tapi pada hari tu, memang aku tak sedap hati. Bermulanya pagi tu, lebih kurang dalam pukul 3.30 pagi. Aku terkejut dari tidur sebab terdengar suara seperti orang berbisik. Betul-betul dekat cuping telinga aku. Aku yang tengah tidur terus bangun terbeliak biji mata. Lepas tu, tengok kiri kanan aku. Aku bukannya apa, aku takut pencuri je. Dah la aku sorang je duduk kat rumah ni, perempuan lak tu. Aku bangun, bukak suis lampu. Aku diam dan pasang telinga. Tetiba bunyi pintu bilik luar terhempas kuat, aku terus tersentak.
Aku capai telefon, nak call officemate aku, Sarah. Sebab dia yang paling dekat dengan rumah sewa aku. Tapi belum sempat aku tekan dial, telefon aku nak dekat habis bateri. Aduh, dugaan apakah??? Cepat-cepat aku cari charger telefon, tapi nasibku malang sebab charger telefon kat ruang tamu. Aku bangun, aku berdiri tegak dekat depan pintu bilik aku. Korang bayangkan la perasaan aku pada malam tu, memang berdebar gila. Dalam 10 minit gak la aku berdiri kaku depan pintu, tapi lepas tu sunyi tak ada bunyi dah. Aku beranikan diri buka pintu bilik, aku terus intai pintu utama. Tertutup elok, selak tu pun tak terusik. Aku cek setiap pintu dan tingkap, semuanya ok. Tak ada tanda pencuri masuk ke apa. Aku ambik charger lepas tu baru je nak melangkah masuk bilik, aku ternampak bayangan seseorang berpakaian serba putih berdiri di sebalik ‘sliding door’ ruang tamu. Mukanya disembunyikan di sebalik rambut panjangnya. Aku tunduk pura-pura tak nampak, berjalan seakan mengheret kaki je. Memaksa untuk melangkah sebab kaki ni terasa berat seperti dihempap batu besar. Kepala pun dah rasa sebesar bakul. Bulu roma berdiri tegak. Serius, aku cuak gila. Nak menangis pun ada.
“Oh oh running out of breath but i, oh i, i got stamina”. Lagu rancak Sia mengejutkan aku. “Oo, mak kau hantu!” Sempat lagi aku melatah. Hampir je aku nak mencarut. Aku terus pecut ala-ala Usain bolt mendapatkan telefon yang berada di atas katil. Sempat jugak aku menghempas pintu bilik aku dan kunci.
‘Hello..mak..Ina takut ni..!’ Suara aku terketar-ketar dan akhirnya airmataku tumpah. Mak ayah aku tenteramkan aku. Dorang terasa tak sedap hati, banyak kali call aku. Tapi tak dapat. Aku tengok telefon aku, elok je baterinya 65%. Mak ayah aku doakan aku dari jauh, supaya tak diganggu oleh ‘benda’ kat situ. Sebenarnya, mak aku bermimpi, ada seorang perempuan berwajah hodoh nak berkawan dengan aku. Tapi dalam mimpi tu, mak aku marah dan suruh perempuan hodoh tu jauhkan diri. Lepas je terkejut daripada mimpi buruk tu, terus mak aku call aku. Aku ceritakan la pasal ada benda berdiri dekat disebelah luar ‘sliding door’, mak ayah aku suruh aku duk je dendiam dalam bilik. Dorang suruh aku bukak ayat suci Al-Quran. Aku tak sedar masa mana aku tertidur. Bila aku terbangun keesokkannya, telefon masih di telinga. Mungkin masa duk bercakap dengan mak aku tu aku tertidur. Sesungguhnya suara mak sangat menenangkan aku. Lepas tu, aku teringat plak gangguan tadi. So tempat pertama yg aku tengok tak lain tak bukan dekat sliding door tu. Aku buka luas-luas langsir, memang sidia dah tak ada. Syukur alhamdulillah. Tengok plak kereta dah kotor, so aku merajinkan diri untuk mencuci kereta kat depan laman rumah. Tengah syok duk siram kereta, mata aku macam biasa la terpandang makcik sebelah duk mengintai. Sebab langsir dia bergerak je. Aku tak melayan pun. Tak lama lepas tu, datang sebuah kereta, park kat depan rumah makcik tadi. Keluar dari kereta, seorang wanita lewat 30an. Aku senyum dan dia membalas senyuman aku. Dia terus masuk rumah tu. Tak lama pun dalam 5 minit lepas tu dia kunci rumah dan keluar balik. Dia tegur aku, tanya dah lama ke aku sewa kat situ. Tengah borak-borak tu, aku pun tanya la dia.
“Akak balik ni, jenguk mak ke?”. Akak tu nampak pelik dengan pertanyaan aku.
“Mak?”. Dia tanya balik sambil buat muka blur. Aku pun terfikir yang sebelum ni aku nampak tu cumalah bayang seseorang yang mengintai tanpa mengetahui jantina, tua ataupun muda.
“Oo..bukan mak eh? Habis sape kak yang tinggal kat sini???”.
“Tak ada sape dik. Ni rumah peninggalan arwah mak ayah akak”.
Jawapan akak tu hampir membuatkan aku terduduk. Habis tu sape yang duk mengintai aku selama ni???
Akak tu tanya aku kenapa aku boleh tanya dia soalan mcm tu. Aku pun cerita la yang aku selalu nampak macam ada bayangan duk mengintai aku. Akak tu buat muka selamba je, dia cakap biasa la bila rumah dah lama ditinggalkan, mungkin ada yang menumpang. Sempat lagi dia tanya aku sewa berapa orang. Bila aku cakap sorang je terbeliak biji mata dia. Masa aku duk borak dengan akak tu, kain langsir masih bergerak-gerak dari dalam. Aku rasa akak tu pun perasan tapi dia endahkan. Lagipun dia datang tengok rumah tu sebulan 2 kali je. Sebelum akak tu beredar, sempat dia berpesan supaya aku jangan celupar, jangan tegur pape lepas ni. Lagilah bertambah seram bila dengar pesanan akak tu. Aduhhhh.
Lepas dah siap cuci kereta, aku keluar pergi beli barang keperluan harian dekat pasar yang berdekatan. Balik je dari pasar, aku letak daging dengan ikan kat atas sinki dapur. Aku rehat dekat sofa, boleh plak terlelap. Mungkin aku kepenatan sebab semalam tidur pun tak lena. Atau mungkin salah sofa tu sebab empuk sangat. Pukul 6 lebih mcm tu, aku terkejut. Istighfar panjang aku masa tu sebab teringat daging dengan ikan still kat sinki dapur. Aku bingkas bangun terus aku pergi ke dapur nak basuh semua. Aku terkejut tengok semua yang aku beli tadi bersepah atas lantai. Air d***h dari daging terpercik ke dinding dapur. Ikan plak isi perut terburai sedangkan aku beli tadi semuanya segar. Dengan pantas, aku bersihkan semua. Ikan dan daging aku buang, tak berselera nak ambik basuh dan makan. Memang rugi la aku hari tu. Sob!sob! Dah la duit ngam-ngam je. Nasib la aku ada beli maggi. Aku tak fikir ni angkara kucing, sebab nampak lain macam je. Lagi satu, semua pintu berkunci dan tak ada ruang untuk kucing menyelinap masuk. Habis tu, angkara siapa??? Wallahuallam.
Malam tu memang teruk aku kena kacau. Kiranya ni la penghujung cerita ye. Malam tu usai solat Isyak, aku baring atas katil. Aku bercadang memang nak tidur awal sebab mata ngantuk sangat. Serius aku tak cukup tidur. Mungkin sebab sebelum ni kat kampung, aku dah terbiasa cukup tidur kot. Sambil tu, aku baring duk layan lagu kat Youtube. Aku ni jenis tak suka keluar merayap. Lagipun aku baru lagi kat sini, mood nk berjalan tu memang tak ada. Yang aku tau pergi kerja, balik, rehat, tidur, makan. Ulang-ulang tu je la selama beberapa minggu ni. Ok, berbalik pada cerita aku baring tadi. Aku dengar bunyi bising kat tandas bilik aku. Bising sangat macam bunyi orang mengamuk, lempar semua barang dalam tandas tu. Aku bukak pintu tandas, tengok barang aku semua tersusun elok lagi. Lepas je aku keluar dari tandas, aku nampak hujung mata aku, bayangan hitam melekat di dinding bilik. Bila aku tengok balik dengan kedua belah mata aku ni, dinding tu ok, tak ada benda hitam pun. Sebenarnya masa aku solat Isyak tadi pun, aku perasan jugak. Melalui ekor mata, aku nampak ada benda hitam menempel kat dinding bilik. Tapi aku abaikan je, memang tak berapa khusyuk la masa solat tu.
Aku duduk balik atas katil. Belum sempat aku capai telefon, tetiba pintu bilik aku terbuka sendiri. “Ssshreeeeeeetttttttttt”. Dengan perlahan-lahan je pintu bilik terbuka. Aku memang dah cuak gila. Aku peluk kedua kaki aku, pejam mata sambil baca surah yang terlintas. Lepas tu aku buka mata, bilik aku gelap. Tetiba je blackout, yang ada hanya cahaya dari lampu jalan. Masa tu aku selak langsir, so cahaya dari lampu jalan boleh masuk ke bilik aku. Aku mencapai telefon, baru je nak cari ‘flash light’, aku terasa ada usapan lembut di bahu. Aku hampir nak menangis. Aku tutup muka dengan bantal, serentak dengan tu ada satu suara yang mendayu-dayu memanggil nama aku.
“iiiiiiiinaaaaaaaaa….inaaa…iiiiiiinaaaaaaaaaaaaa”. Suara dia sayup kedengaran. Aku teringat yang orang cakap, kalau bunyi dia jauh maknanya dia dekat dan begitu la sebaliknya. Aku dah menggigil, mata dah berair. Aku cakap separa menjerit.
“Kau jangan ganggu aku. Tolonglah, tolong keluar dari sini. Jangan ganggu aku. Aku tak pernah kacau kau, kau jangan kacau aku!” Suara aku terketar-ketar, tubuh aku dah menggigil.
“Hiiiiihiiiiiihiiiiihiiiiiii”. Rumahku bergema dengan hilaian tawa ‘sidia’.
Ya Allah, aku dah lemah. Airmata jatuh bercucuran. Aku angkat muka aku, dalam kesamaran lampu jalan, aku ternampak ‘sidia’ berdiri di depan pintu bilik aku. Berdiri tegak, rambut panjang menggerbang, berpakaian serba putih. Muka?? Aku tak nampak jelas, sebab aku kan rabun. (Alhamdulillah, ada baiknya rabun ni.) Lepas tu, aku pun pengsan. Tak sedar apa yang berlaku lagi lepas tu. Tapi apa yang aku ingat, ‘sidia’ sama je dengan yang aku nampak berdiri dekat sliding door sebelum ni.
“Ina..ina..bangun sayang”. Aku terkejut dari tidur, rupanya aku berada diatas riba mak aku.
“Makkkkk!!”. Aku memeluk mak aku yang sedang menangis. Owner rumah pun ada masa tu. Aku betul-betul blur dengan apa yg berlaku. Badan aku panas, demam terkejut agaknya. Mak menuam tuala lembab kat kepala aku. Owner rumah datang meluru ke arah aku bila tahu aku dah sedar.
Cerita dari owner rumah.
“Alhamdulillah Ina dah sedar. (Sambil menggenggam jari aku). Ina, acik minta maaf sebab salah acik tak bagitau Ina pasal rumah sebelah. Rumah sebelah memang berpenunggu. Tapi jarang ‘dia’ ganggu orang yang menyewa kat sini. Acik fikir Ina ok duk sini, tak ada gangguan. Sebab acik tak ada terima call dari Ina. Semalam acik terasa tak sedap hati. Pagi tadi acik datang, acik call, tekan loceng rumah, bagi salam tapi tak ada sahutan. Nasib la pakcik ada bawak kunci pendua. Acik masuk je, acik tengok Ina ada kat dalam tandas, dengan barang mandian semua bersepah, terabur sana sini. Acik kejut Ina tapi Ina tak sedar langsung. Badan Ina pun lebam-lebam kat lengan tu. Lepas je makcik tu cakap macam tu, aku terus tengok lengan aku. Memang ada kesan lebam yg kebiruan. Tapi yang aku pelik, bukan ke aku pengsan atas katil? Kenapa lak tiba-tiba acik jumpa aku dalam tandas?? Ada yang letak aku dalam tandas ke?? Ahh, malas nak fikir. Aku diam je masa tu, aku penat sangat. Aku pandang sayu mak aku yang mengesat airmata dari tadi.
“Mak, bila sampai? Ayah mana?”. Aku bertanya emak, suaraku lemah.
“Ayah ada kat luar, borak dengan ustaz. Ina tak sedar tadi Ina meracau. Badan mak pun kena cakar. Ada benda masuk dalam badan Ina tadi. Tapi Ina jangan takut, sekarang ‘dia’ dah tak ada. Ustaz dah buang.” Ujar mak aku sambil usap lembut kepala aku. Aku sempat melihat lengan mak aku, ada kesan cakaran. Allahurabbi, kesian mak aku. Lepas tu, terus aku tertidur balik. Aku rasa letih dan sakit segala sendi. Aku diberikan cuti dua minggu untuk berubat dan mencari rumah sewa baru. Nasibla bos tempat kerja memang memahami dan baik hati.
Lepas aku dah ok, semangat aku dah pulih. Aku tanya mak ayah aku, apa yang terjadi semasa ustaz tu merawat aku.
Ayah aku cakap, lepas tau ada benda kacau aku, dorang buat keputusan nak datang tengok aku. Mak aku asyik menangis je risaukan aku. Dorang pun bertolak tanpa memberitahu aku. Mak ayah aku memang dah simpan alamat rumah sewa aku awal2-awal lagi. Sampai je dekat tol, baru la ayah call nombor telefon aku. Makcik owner rumah yang jawab dan makcik tu la yang jemput mak ayah aku dekat tol. Sampai dekat rumah sewa, tak lama lepas tu ustaz datang. Ustaz tu kawan kepada pakcik owner rumah.
Cerita ayah aku.
Bila ustaz tu masuk rumah, aku yang sedari tadi pengsan tiba-tiba bingkas bangun, lepas tu duduk bersila sambil senyum. Mata tertutup rapat.
Ustaz tanya.
“Kenapa kau ganggu dia? Kau keluar sebab kat sini bukan tempat kau.”
Aku plak menggelengkan kepala sambil membuat muka bengis dan senyum sinis.
“Dia hak aku! Aku berkenan sangat dekat dia ni!”. Suara aku garau macam lelaki. Ayah aku cakap muka aku masa tu lain sangat. Suara aku plak sampai meremang bulu roma sesiapa yang mendengar.
“Dia bukan hak kau! Keluar sekarang!”. Usta tu memaksa jin tu keluar.
Lepas tu, aku cakap.
“Aku nak berkawan je dengan dia. Aku berkenan dari hari pertama aku jumpa. Dia suruh aku balik, tapi aku tipu. Aku ikut dia balik sini dan tinggal dengan dia. Aku tak nak balik!!!”. Suara aku keras. (Boleh lak jin tu jatuh cinta pandang pertama dekat aku. Iskh2!!) Aku bersilat, semua benda aku sepak terajang. Lengan mak aku kena cakar, ayah aku lak lebam dekat peha sebab terhantuk dekat bucu meja. Tenaga aku memang bukan tenaga perempuan. Lepas dah selesai berdialog, ternyata jin tu degil. Jadinya, Ustaz paksa keluar dengan bacaan surah-surah Al quran, dan bagi aku minum air penawar. Alhamdulillah, jin tu keluar dan berjanji tak akan ganggu aku lagi.
Rupanya yang masuk dalam badan aku ni, ‘orang’ yang aku nampak kat R n R Lpt tu. Jin lelaki, bukan perempuan. Dah aku cakap mata aku rabun, lagipun kawasan gelap. Memang tak nampak jelas ‘orang’ yang berdiri tu. huhu Tapi menurut UstAz tu banyak benda yang ganggu aku. Benda yang duk sebelah rumah, yang suka mengendap tu, saka belaan yang tak bertuan. Benda yang menjelma berpakaian putih kat ‘sliding door’ tu yang liar. Nak menumpang sama untuk ganggu aku. Lagipun kawasan rumah sewa aku tu, memang kawasan agak keras, sebab tula banyak yang muncul. Aku plak sorang-sorang je, syokla benda tu duk kacau.
Lepas kejadian tu, aku pindah rumah. Aku duduk dengan kawan-kawan bujang. Kebetulan ada yang bertukar ke daerah lain, so ada bilik kosong. Baru la rasa tenang bila duk ramai-ramai ni. Tapi sesungguhnya, peristiwa seram tu masih segar diingatanku. Mak ayah aku dah tak bagi aku drive sorang-sorang. Dorang cakap lepas ni naik flight je, tak payah mengada nak drive sorang diri. Aku pun memang tak akan drive sorang-sorang dah lepas ni.
Ok la sampai kat sini je cerita aku. Lain kali aku ceritakan plak gangguan dekat tempat kerja aku. Jari dah penat menaip ni. Thanks korang sebab sudi membaca. Maaf seandainya ayat berterabur, banyak merapu dan tak seram. Assalamualaikum. Thanks admin.
-ina-
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Cerita best. Seram.
Cuma aku perasan yang asyik kena kacau kat LPT ni semua jenis degil2 atau jenis tak reti proper planning bila nak travel.
Kalau orang tak bagi drive/travel malam, dia la yang berkeras tak kira nak jugak, nak jugak travel waktu malam. Pastu kena kacau.
Aku ok je.. ko ber asyik sgt ni
nest2.. cara tulis pun best.. x bosan baca..hehe
best sgt cerita. ayat clear.
best..
meremang siot baca
Gilooorrr berani…
Dahlar pestaim nk ke tempat org, pestaim drive jejauh, dah tu sensorang plak, yg drive mencecah ke tengah malam tu kenapeeee…?
Aduuiii…
Carik pasei namenyee…
Haa sudahhh…kawin je dengan hantu tu hahahaha
nampak real n bukan reka cerita, kebiasaannye kalo btul2 experience, certain situation mmg takleh nk expresskan..mungkin ina berenti RnR Perasing sbb situ mmg ramai takut nk brenti, penah experience brenti situ sbb nk ke tandas siang la, tp mmg tak ramai..
aah… dah tau diri tu perempuan,. drive sorg2 lak lalu LPT malam2 buta… mmg cari member baru la jawabnye.
Hish adik ni…jgn dibuat lg peel laku camni…berani tul drive jauh2 sampai larut mlm sorang2…pompuan lak tu..
Pulak tu dok kt kawasan berpuaka camtu…cr nahas tul…dah lps ni jgn dok berani2 mcm dulu tu…apa2 kn berteman….cpt2 cr laki..kawin…sng citer
Byk pengajaran dari kisah ni.. 1) jgn degil jika di nasihat jgn drive mlm dan sorang2.. 2) nak singgah R&R biar yg ada ramai org 3) mula2 masuk rumah kosong elok dimulakan bacaan Yasin tabur garam kasar dan lada hitam petua org tua 4) mengaji dan zikir hari2 di dalam rumah biar hantu setan keluar bukannya dengar lagu2 dari YouTube tu memanggil jin namanya 5) pasang rukyah di dalam rumah dari maghrib sampai subuh 6) dah tau rumah ada gangguan kena cpt2 bg tau owner rumah dan usaha berubat.. Kisah ni penulis biarkan perkara berlarutan berminggu2 7) bila duduk sorang kena bykkan ibadah dlm rumah.. Ni org muda selalu lalai.. X cukup dgn solat aje.. Saya juga pernah duduk sorang bertahun2 dan di ganggu juga tp saya usaha utk bersihkan rumah dgn amalan diatas.. Lama2 benda tu pergi dgn sendiri..
terbaik cerita ni. puas hati baca
Masa aku duk borak dengan akak tu, kain langsir masih bergerak-gerak dari dalam. Aku rasa akak tu pun perasan tapi dia endahkan. Lagipun dia datang tengok rumah tu sebulan 2 kali je.
Rasa dia tak endahkan…yg sebetulnya..
Ape pun terbaik cerita…