Jangan kuatkan radio itu!

Assalamualaikum kepada semua pembaca FS. Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan terima kasih kepada admin sekiranya kisah aku disiarkan. Harap admin hide profile fb aku. Aku adalah peminat setia FS ini. Hari ini terdetik dihati ingin menulis kisah seram yg tak beberapa seram ke laman ini. Baiklah aku tak mahu menceceh yg berpanjangan biarlah ku namakan diri ni Chibi. Berasal dari selatan tanah air.

Kisah malam di bulan Ramadhan, aku menambah sedikit perisa kerana sememangnya aku ingat2 lupa peristiwa ni.

Cerita ini seingat aku berlaku dalam tahun 1990 an, aku taklah berapa ingat sama ada awal, tengah atau hujung 90 an. Tepat jam 4 pagi, terdengar suara emak memanggil kami tiga beradik untuk bersahur (aku ada lima beradik), dua orang kakakku tinggal ditempat lain kerana telah pun berkahwin. Aku terhuyung-hayang bangun dari tidur, sementara adikku masih lagi terpisat-pisat menggesek-gesek matanya yg baru dibuka, manakala abangku dengan cergas terus ke dapur. Sebenarnya aku bukanlah nak bersahur sangat pun, tapi lebih kepada niat dihati, iaitu hatiku tak sabar2 ingin mendengar rancangan febretku di THR dengan DJnya Isma Halil Hamzah, Abby Fana dan Nash.

Aku suka betul dgn celoteh Abg Isma tu, tak kering gusi aku dibuatnya. Kalau korang masih ingat tentang radio ni, di waktu bulan posa dulu Isma Halil ni ada kendalikan segmen ‘Kisah seram di bulan puasa’. Aaah nilah segmen yg pasti ku dengar sepanjang bulan posa. Pastu barulah aku gi sahur. Dipendekkan citer, aku pun cepat2 menuju ke arah radio. Tengah seronok aku nk menekan punat radio tu, tiba2 adikku bagi isyarat jangan buka lagi. Tapi sudah terlambat, aku dah pun tekan radio dengan volume yg paling kuat. Aku tak sengaja sebenarnya terkuatkan radio. Adik aku menjegilkan matanya, dia suruh aku slowkan radio ke tahap yang paling rendah. Aku pun rasa nak marahlah juga, yelah tengah excited nk dengar segmen seram tu tetiba je suruh slow.

“Ko pehal As? (bkn nama sebenar)”, tanyaku kepada adikku.

“Ko diamlah kejap, aku nak tengok ni”, balas adikku.

Adikku dengan pantas pergi mengendap -ngendap ke di balik cermin pintu dalam 10 minit macam tu. Dia pun bersuara, “Dah2 jom sahur dulu, kang aku citer”. Aku pun menonong je ke dapur malas nk bertekak dengan adik aku ni sebab dia garang macam singa lapar. Lepas sahur tu dia pun bukalah radio tu balik, adik aku ni pun minat juga kisah kisah seram tu. Pastu adik aku pun bercerita, “kau tahu tak, sebab aku suruh ko slowkan radio?”.

Aku pun balas la, “haa kenapa? Aku baru je nk dengau”. Adik aku pun bercerita. Rupa-rupanya sebelum aku kuatkan radio tu, adik aku ni terdengar suara perempuan tengah marah-marah dalam bahasa yang tak difahami kadang2 dia rasa mcm bahasa Filipina, kadang2 mcm bunyi Siam. Dia kata masa radio tu bunyi kuat, dia nampak seolah-olah ada seorang perempuan turun dari atas tambak terus ke rumah kita orang. Untuk pengetahuan korang, rumah aku ni agak berbukit dan berdekatan dengan tambak (jalan). Adik aku nampak perempuan tu rambut mengerbang-gerbang, pakai baju putih, wajah tak berapa jelas, kiri kanan perempuan tu plak seperti dia mendukung dua orang bayi. Agaknya dia bising bising tadi nak pujuk anak dia kot.

Perempuan tu berhenti kat depan rumah aku sambil menceceh-ceceh dengan bahasa yg tidak fahami. Lepas radio sunyi sepi, perlahan-lahan perempuan tu pergi naik atas tambak terus je hilang. Wei, terdiam aku seketika, seram pun ada. Dalam hatiku, “berbulan posa pun ada juga kot”. Adik aku cakap, agaknya perempuan tu datang dari kawasan tanah perkuburan​ yang jaraknya tidak beberapa meter dari rumah aku. Siapakah perempuan itu??? Datang di bulan Ramadhan. Semenjak tu, aku tak berani dah bukak radio kuat-kuat. Takut benda tu mai lagi nak tumpang dengar sama huhuhu.

Sekian. Maaf andai gaya bahasanya agak tunggang -langgang sedikit, lebih kepada bahasa pasar supaya mudah difahami. Sebenarnya ada banyak lagi kisah seram dan mistik yang lebih seram ingin ku ceritakan, cukup setakat ini sahaja. Ada masa ku sambung kembali, ikhlas Chibi.

#pastikanjanganbukaradiokuat2#.

.

Chibi
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.