Assalamualaikum wbt kepada team FS dan pembaca setia sekalian. Syukur ke hadrrat Ilahi kerana diberi kesempatan dan kelapangan menzahirkan pengalaman yang sedikit ini ke ruang penulisan. Semoga semua dalam kerahmatan dan keberkatan Allah swt.
Kali ini saya ingin menceritakan 1 kisah semasa tahun 1996 di Sungai Congkak yang saya alami. Ketika ini saya masih bersekolah lagi dan tidak mengerti apa-apa langsung pasal dunia mistik dan ghaib. Cuma selalu mengikuti ayah angkat ke dalam hutan menimba ilmu selok belok hutan.
Waktu itu masih saya ingat lagi beberapa kejadian pelik berlaku dalam masa sehari. Ada 3 kejadian yang berlaku.
Yang pertama
Setelah bangun dan sarapan di sungai congkak, macam biasa ayah angkat pak cu sibuk sediakan barang memasak. Hari itu hari ke 2 kami berkhemah di sana. Sedang saya sibuk nak mandi di sungai, sekumpulan pasukan bomba dilihat memasuki sungai chongkak berlari dalam barisan. Nampak segak dari jauh dengan uniform yang dipakai. Mereka berkhemah tidak jauh dari tapak khemah kami. Lebih kurang pukul 11 saya mula keluar sungai dan siap-siap nak makan tengah hari, tiba lalu berdekatan tapak khemah kami, pasukan bomba seramai lebih kurang 20 orang sedang jogging.
Tiba-tiba salah seorang anggota jatuh dan meraung kesakitan. Ramai yang sedang berkelah semua terkejut dan berlari ke arah pasukan bomba itu. Saya dan pak cu pun berlari sama sebab nak lihat kenapa. Bomba yang sedang kesakitan itu tidak boleh menggerakkan kakinya. Ada juga kesan cakaran sehingga koyak seluar yang di pakai. Pak cu melihat saya dan menunjukkan isyarat suruh diam. Pak cu memanggil komandan yang ketuai larian tadi dan berbicara secara private. Saya memasang telinga dan mendengar perbualan itu.
Pak cu memberitahu, dia dapat lihat ada sepasang tangan sedang memegang kaki ahli bomba tersebut, sebab itu kaki tak boleh bergerak. Komanda itu terkejut dan cuak raut wajahnya. Seperti nak percaya atau tidak, komandan itu bertanya pada anak buah dia , balasnya kakinya amat berat nak diangkat atau gerakkan. Juga terasa cengkaman yang kuat di kaki kanannya. Pak cu beritahu inshaa Allah dia boleh membantu untuk melepaskan genggaman di kaki anggota itu.
Pak cu mengambil segumpal tanah hidup di tebing sungai sambil terkumat kami. Ssya tak tahu apa yang dibaca, kemudian tanah itu dibalut dalam helaian daun yang besar. Lantas disapu daun yang membalut tanah itu ke kaki anggota itu, selama 10 minit disapu sambil mulutnya kumat-kamit. Alhamdulillah kaki anggota itu boleh digerakkan dan kesakitan juga reda. Pak cu berpesan pada komandan dan anggota yang lain, jika ingin membuang air di hutan, pastikan membaca ayat pelindung da Al Quran dan pastikan najis itu ditutup seeloknya kerana di alam ini ada makhluk lain yang menghuni selain manusia. Pak cu memberitahu ku yang anggota berkenaan buang air kecil di pokok besar seberang sungai. Itu yang makhluk di situ marah.
Yang kedua
Sesudah kisah bomba tadi selesai, kami pun teruskan aktiviti makan san solat. Selepas zuhur, saya turun ke sungai tapi kali ini saya pergi seorang diri mandi di bawah jambatan seorang diri. Ketika itu masih lagi panas terik matahari memancar. Dekat dengan jambatan itu ada seorang akak dan suaminya meniaga burger. Time ni burger daging masih murah lagi, kira-kira RM 1.50, minyak time tu pun RM 1.10 seliter tidak membebankan ra’ayat marhaen.
Sedang saya mandi seorang diri, tiba-tiba muncul seorang tua berpakaian tshirt putih, seluar putih dan berkopiah putih. Saya terkejut sikit sebab tidak perasaan kehadiran org tua itu. Misai dan janggutnya putih belaka dan saya pasti waktu itu sepatutnya dengar suara riuh rendah pengunjung di situ, tapi segalanya diam tiada suara hanya kedengan bunyi arus sungai menghentam batu. Saya diam membisu bila lihat orang tua itu melangkah dekat dengan saya. Tiba-tiba orag tua itu bertanya pada saya, kenapa datag mandi di sini seorang diri. Saya cakap sy xnak ornag lain ganggu sebab depan sikit ramai orang. Orang tua itu pesan hati-hati mandi sini, kerana di sini tempat mandian harimau belaan dia berendam. Saya pun terpinga-pinga,,,harimau?? biar betul..macam khayalan saja, jadi saya tanya dia mana harimaunya? di cakap ada berdekatan tapi dia tidak kacau orang.
Saya gugup diam, kemudian dia bertanya pada saya. Adik ni ada hajat apa-apa tak yang adik berkenan atau nak. Pak cik boleh tolong jika adik sudi, saya masih ingat pesan arwah mak, jika orang tak dikenali nak beri sesuatu jangan terima. Lantas saya cakap takde apa-apa hajat saya nak. Pak cik tu bertanya 2 kali dan jawapan saya masih sama. pak cik itu berpesan pada saya kalau datang ke sungai congkak hati-hati jika masuk jauh ke dalam sungai congkak. Bila orang tua itu nak beredar saya terdengar suara ngauman harimau di belakang saya. Saya perasaan semasa orang tua itu beredar meninggalkan saya , ada kelibat bayangan harimau mengikuti rapat dibelakang orang tua itu. Saya terus keluar dari sungai dan lari ke kedai akak burger tu dan beritahu kejadian tadi. Saya tanya nampak x orang tua itu, akak itu cakap xada. Kemudian akak itu tanya saya minta apa pada orang tua itu, saya cakap tiada apa sebab saya x kenal siapa orang tua itu. Akak tu cakap dah ramai yang nak cari dan jumpa orang tua itu, tapi x semua akan jumpa untuk makbulkan hajat. Syukur saya tidak memohon apa-apa hajat kerana meminta pada selain Allah swt tu kan syirik.
Yang ketiga
Malam itu malam teakhir kami akan bermalam disini. Kejadian tadi k=saya beritahu pada Pak Cu dan dia berpesan lain kali hati-hati dan dinding diri sebelum nak kemana-mana dalam hutan. Malam itu selesai makam malam dan solat isyak, saya dan Pak Cu dikejutkan dengan suara ngauman harimau. Kami terdiam dan meneliti keadaan sekeliling yang gelap berbekalkan lampu suluh dan unggun api yang dinyalakan. Tiba-tiba saya nampak diseberang sungai kelibat orang tua tadi dan seekor harimau di sebelahnya memandang tepat ke arah kami berdua. Pak Cu juga sedar akan kelibat berkenaan, lantas kami mula membaca ayat pelindung mohon kepada Allah swt. Alhamdulillah setelah beberapa minit kelibat itu hilang dan bau hamis menusuk ke hidung.
Sekian kisah di sungai congkak. Ingat pembaca sekalian, masuk atau pergi mana-mana kena berhati-hati. Wassalamualaikum wbt
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Siapa orang tua dan harimau belaan tu kan?..
Ijam dan putih
hahahaha legend ni kalau tau ijam dan putih hahahaha
terpikir jugak. huhu
mungkin makhluk bunian kot, menolong kepada yang tak meminta2 … dye dtg kali kedua tu mgkin sekadar menziarah.
kalau menerima bantuan jadi apa?
boleh jadi syirik kerana takut dalam keadaan meminta/menerima bantuan selain dari Allah swt..
Sempat lagi perli harga minyak ye?
bukan perli, terkenang zaman rm50 rasa macam rm500…dulu sape ade rm50 dlm beg dompat dah kire hebat, skrang hmmmpehh
Saya nk berguru dgn tuan boleh x? Utk amalan dan perlindungan diri serta keluarga
maaf tuan..saya xtahu apa2 dan x berilmu..xlayak nak jadi guru langsung…maaf ye tuan
boleh email sye?? [email protected]..sye nak minta tolong sikit dengan tuan syed.
Assalammualaikum Tuan Syed As Siddiq. Boleh tak tuan email saya, [email protected] ada sedikit pertanyaan serta ikhtiar yang ingin diminta tolong dari tuan. Terima kasih.