Aku seorang pelajara IPTA. Di IPTA aku semua diwajibkan duduk diasrama. Aku lebih selesa duduk berseorangan jadi aku telah pilih bilik single. Ditakdirkan aku dapat bilik single di aras yang masih tak ada penghuni dan bilik dihujung bersebelahan tangga kecemasan.
Bagi aku, itu satu situasi yang sangat aku suka , sunyi, tak ada gangguan orang lalu lalang. Situasi yang aku suka ni berubah seratus peratus bila malam pertama aku di situ. Bilik single yang aku duduk tu ada tandas sekali. Tandas agak berlumut dan ada karat dilantai dan dinding serta cermin. Sekilas pandang nampak macam kesan darah yang dah kering. Hmm tak pelah. Aku abaikan. 10minit sebelum maghrib, bilik aku dah kelihatan sangat gelap. Lampu utama tak boleh nyala jadi aku pasang jelah lampu tandas dan lampu meja. Selesai azan berkumandang, aku terus menunaikan solat maghrib. Saat aku sedang solat, tetiba almari baju yang ada dihadapan aku bergegar-gegar. Dalam hati, aduh, gempa bumi ke. Tak khusyuk solat aku. Ok , boleh diabaikan.
Tiba-tiba, saat aku rukuk, seolah-olah ada orang dibelakang dan terdengar ada bacaan yang sedang dialunkan tapi tak dapat difahami. AKu teruskan solat. Selesai solat aku cuba toleh kebelakang perlahan-lahan, nasib baik tak nampak apa-apa. Kemudian aku baca yasin, yela tempat baru kan, kena jugak baca-baca nak halau apa yang patut.
Masih tengah baca yasin, ada sehelai rambut jatuh, sehelai demi sehelai jatuh. Haih. apa ni. Bisik hati aku. Aku cuba pandang ke atas perlahan-lahan. Masih tak ada penampakan apa-apa. Bacaan yasin diteruskan sehingga selesai. Tiba-tiba ada satu bau bangkai tikus+taik lembu+hancing kencing+taik manusia. Aku rasa nak muntah terus masuk ke dalam tandas dan terus aku ternampak karat-karat dalam tandas tuh bertukara darah sekilas pandang.
Terduduk jatuh aku dibuatnya. Muntah pon dah tak jadi. Azan isyak berkumandang, bau hilang terus. Aku sedapkan hati. Ini mungkin perasaan aku. Aku tunaikan solat isyak. Saat menunakan solat isyak, itu ada lah dugaan yang sangat amat teruk bagi aku. Ada makhluk Allah ni, mungkin nak belajar solat, jadi mungkin dia solat dibelakang aku. Tapi… kenapalah kau tepuk-tepuk bahu aku. Kau tarik-tarik telekung aku. Aku terus hentikan solat dan toleh ke belakang. Tak nampak apa-apa . Tapi… aku dengar suara budak tengah gelak. Seronok sangat ke dik oii kau kacau orang solat. Haih… aku keluar dari bilik, aku terus solat di lobi asrama.
Lantaklah orang nak kata apa. Yang penting aku selesaikan dulu solat isyak. Selesai solat, aku cuba beranikan diri masuk dalam bilik semula. Ermm ada bau baby. Wangi , lembut bau nya. Aku tak berani nak tutup pintu bilik. AKu bukak je pintu bilik. Ok rasa macam dah tak ada apa-apa. Aku kemas-kemas baju dan susun buku. Selesai kemas semua dah dlm 11.30 malam. Aku rasa mengantuk sangat lepas tu, dan kaki rasa berat je. Aku tutup pintu , pasang ayat al quran dekat laptop, bukak lampu andas dan meja. Aku baring terus. Lepas baring je, alunan ayat alquran tertutup.
OK maybe laptop hang kot. Aku cuba shutdown and bukak balik laptop. Aku baring balik dan aku terlelap. Pada pukul 3.00 malam tepat ! Aku terjaga disebabkan terdengar bunyi bising dalam toilet. Suara budak tengah gelak-gelak dalam toilet, ayat alquran yang aku pasang pon dah tertutup dan laptop aku pon dah ubah posisi asal. Hermm.. Aku bangun bukak pintu bilik , kononnya nak lari , tapi kaki aku jadi berat. Aku menjerit, tapi tak ada siapa datang. Menangis teruk aku mejerit-jerit minta tolong.
Tapi takde siapa dengar. Aku cuba tenangkan diri, aku berhenti meronta, cuba baca ayat-ayat quran apa yang boleh diingat. Terus rasa kaki aku dah dilepaskan. Tapi, suara budak tuh masih didengar. Tiba-tiba aku rasa cam geram je dengan benda yang kacau aku ni, terus aku pergi terjah dekat tandas dan tolak pintu tandas yang hampir tertutup penuh. Apa yang aku lihat. Memang tak boleh lupa. Aku ternampak seorang perempuan terbaring dengan penuh darah dicelah kaki dia dan ada dua baby yang berlumuran darah tengah gelak bermain bersama-sama dengan darah. Terus aku terasa kepala aku macam kena hentak dan aku pengsan. Aku sedar-sedar, makcik cleaner ada kat sebelah aku.
Dia kata nampak aku terbaring atas lantai kaki aku terangkat ke dinding rambut aku bersimpul-simpul dan pintu bilik terbukak luas. Terus makcik tu tolong aku bangun dan teman aku bersiap-siap nak buat aduan ke pejabat. Aku pergi ke pejabat aku nak minta tukar kan bilik yang boleh duduk berdua dengan harapan bilik tuh dah ada sorang masuk. Aku paksa orang pejabat tuh cerita apa yang dah terjadi dekat bilik tuh dan aras tuh kenapa macam dah lama tak berpenghuni. Menurut cerita orang pejabat dengan makcik cleaner tu, aras tu dah ditutup selama 5tahun dan baru saja dibukak pada tahun yang aku duduk.
Memandangkan aku yang paksa nak duduk bilik single jadi orang pejabat tuh terpaksa lah bukak bagi bilik single diaras tu memandangkan aras lain bilik single dah penuh. Kisah sebenar yang terjadi, 5tahun yang lalu ada seorang perempuan yang mengandung anak luar nikah cuba gugur kan janin yang dah berusia 5bulan. Janin tu pulak adalah kembar. Dan perempuan tuh mati akibat pendarahan terlalu banyak. Kisah tu terjadi disaat semester break tiga bulan. Mayat dia dijumpai beberapa hari selepas tu. Orang boleh jumpa pon di sebabkan mayat yang dah berbau busuk. Keluarga perempuan tuh pon datang dan diorang pon tak tahu yang arwah tu mengandung.
Selepas kejadian tu aras di bahagian bilik single tu ditutup walaupun tak ada apa-apa kes gangguan. Cuma pelajar sebelum ni hanya ada terdengar suara budak bermain, baby menangis, dan perempuan menjerit macam meneran nak bersalin. Tapi.. bilik yang perempuan tuh duduk bilik yang bersebelahan dengan bilik aku. Kenapa aku pulak yang kena sampai macam tuh sekali. Hmm. Apa-apa pun aku selamat dan sihat selepas hampir sebulan aku demam dan berubat sana sini. Trauma sangat. Haih.
Mira, Johor.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Gilooorrr…
Malam pertama dh dpt view jelas camtu…
Errrrkkkk…
Aduh aduh. Baru hari pertama dh kena.
Brani hang no..kacau mcm tu dok lagi..
baca kat komen fb..baru tahu kat mane..huhuhu
Kat manaaa
pegh
Oh seram..
BEST! 😀
Teruskan berkarya!
perghh seram