Excited Balik Kampung

Assalamulaikum kepada pembaca FS. Terima kasih banyak2 kepada FS jika sudi approve kisah ni. Tengok korang story pasal experiences korang aku pun rasa macam nak. Tapi this would be the first and the last aku story dalam sini. Let us begin!

Okay, aku berasal dari JB. Mak aku orang Singapore tapi duduk JB lah and bapak aku orang JB. So aku dapat kerja dekat KL masa tu and aku dapat emergency call dari mak aku sebab arwah atuk aku masa tu kena stroke. Kisah ni berlaku pada tahun 2013. Masa ni aku on the way balik kampung dari KL ke Pasir Ris, Singapore. Aku habis kerja pukul 6:00PM, aku balik rumah mandi, makan, and packing barang sambil tunggu cousin aku (lama sia masa ni aku tunggu). Kitorang gerak that time around 9PM kot atau mungkin lebih, dah lupa laa. Benda ni memang aku takkan lupakan sebab still fresh siak haha.

Masa on the way nak masuk Plus Highway cousin aku play band2 indie masa ni memang kitaorang melalak lah tak ingat dunia lupa diri dan lupa mission haha (padahal nak pergi ziarah orang sakit ni). Dah puas melalak kitorang pun diam sebab penat pastu cousin aku tanya aku, “Eh nanti dekat Pagoh kita switch eh? Letih sakk aku” and aku just balas ya jelah. Jalan dan jalan akhirnya sampai ke R&R Pagoh. Cousin aku kejut aku pasal nak switch driver.

Aku pun drive lah dan barulah masuk kisah yang sebenar-benarnya hahaha. Okay aku drive like normal lah, cousin aku dah tidur masa ni and aku sunyi gila, “Bosan siak drive sorang2 macam gini (lagu pun time ni dah macam apa dah)”. Aku drive okay je pastu “PAAAAMMMMM” ada lorry horn aku memang terkejut sia masa ni, nak pecah jantung. Fuuuhh!! Cousin aku terbangun sempat lagi bukak tingkap nak maki, “Eh kau maki pe? Kau ingat dia dengar per kau maki dia?”. Dia sambung tido. “Eh eh kau ni..” Masa ni lah aku kena kacau. Tengah minun Nescafe ni, dengar orang ketuk-ketuk tingkap belakang, atas highway siol siapa pulak yang main ketuk2 ni. Tapi aku berkeras buat bodoh.

“TAP TAP TAP” dia ketuk lagi tapi kali ni lebih kuat. Aku kejut cousin aku. “Ha apa pasal?”.. “Ehh aku dengar orang ketuk2 tingkap siak”, pastu dia pun cakap, “Eh merepek seh kau malam2 macam gini. What time now? “ aku cakaplah dah 12:12AM. Time ni dua2 bersengkang mata. Aku bukak ayat suci Al-Quran, mula2 elok je pastu dia macam samar2 like frequency takde gitu tapi masih dengar lah orang baca2 tu. Pastu, “SSSHHHHHH” terus tak dengar apa2 “TAP TAP TAP” dia ketuk! Masa ni cousin aku baru percaya. Memang kitorang baca apa yang patut dan radio masih lagi takde frequency.

Kat beberapa minit tu aku dengar bunyi scratch kat bumbung, memang masa ni nak menangis tak pedulilah kitorang anak jantan ke apa ke memang nak menangis je rasa masa ni. Pastu cousin aku bukak YouTube play ayat2 ruqyah tapi tau jadi apa? Lagi dahsyat, steering wheel aku jadi berat which mean aku kena jalan tegak tak boleh kiri kanan dengan highway gelap and got no kereta yang nearby dengan kitorang semuanya jarak jauh – jauh ke depan dan belakang. So, aku macam nak pull over amik lane paling kiri bawak masa ni 50/60mph je.

Masa ni lah benda yang paling seram tu berlaku, tahu aku ngan cousin aku nampak apa? Kitorang masa ni nampak pocong yang tengah gerak seiring dengan kereta kitaorang. Yang paling seramnya pasal dia ikut belah cousin aku dan bukan belah aku. Aku macam kena tachycardia haha rasa jantung boleh cecah 300bpm je. Aku macam nak pitam sehh time tu mungkin sebab takut sangat. Cousin aku pandang depan dan tak berbual sepatah pun. Ada dalam 30 saat jugak lah dia ikut tepi kitorang. Lepas pada tu keluar bau bangkai yang busuk gila and cousin aku geram dia pun laungkan azan sekuat hati dalam kereta pastu dia hilang entah ke mana pastu. Radio jadi okay, steering wheel aku jadi normal.

Aku berhenti tepi memang ucap alhamdulillah banyak2 tepi highway tu, cousin aku yang berbadan sado ni menangis. Hahah. Check-check phone ada 5 missed calls dari mak aku and ada 9 new messages dari mak aku jugak. Yang peliknya kenapa aku tak dengar? Cousin aku checked phone dia and dia find out yang sebenarnya dia tak bukak pun YouTube and play ayat2 ruqyah. Habis yang kami dengar masa kejadian apa eh? Masuk JB memang lega gila. Alhmadulillah.

Pengajaran:
– Jangan terlampau excited ketika badan anda sebernaya letih. Lagi – lagi baru balik kerja dan lalu jalan yang gelap benda tu boleh hidu. Seram sehh!

Terima Kasih,
HB

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

8 thoughts on “Excited Balik Kampung”

  1. Seh… Biras aku org johor..laki aku org johorean memang stail ckp mcm ni ek…haha… Aku dok ulang alik utara -jb setakat 8 thn dok ulang alik tu x pnh kena kacau ..mungkin aku ni x xcited nak balik sana kot.. Emmm..x best balik jb..huhuhu..sedih siot

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.