Janji Si Tanduk : Zaman Kolej MARA

Salam semua warga FS. Aku baca komen di fb yang cakap cerita ni copy paste, perlu minta kebenaran & sebagainya. So untuk pengetahuan korang, aku adalah pencerita asal kisah seram ni. Aku olah cerita ni ke bahasa baku untuk memudahkan pembaca2 sekalian. Kalau guna shortform nanti tak faham pulak kan. Kepada pembaca yang dah baca, boleh pass by & beralih ke cerita seram lain. Bagi peluang pada pembaca yang tak pernah baca lagi..ok?

Wokeh..pada yang dah sedia baca cerita aku tu, korang mesti ingat dalam cerita yang aku tulis tu, masa aku tengah pegang si Zafi tu kan, jin dalam badan dia yang bernama tanduk tu dah janji, siapa yang pegang zafi malam tu dia akan ingat. Sampai sekarang aku ingat tanduk tu jerit masa tengok direct ke muka aku malam tu..

“Baik korang lepaskan aku sekarang, kalau tak tujuh orang yang pegang aku malam ni, sampai cucu cicit korang aku cari, aku kacau. Aku janji aku kacau sampai kau akan ingat yang kau pernah pegang aku malam ni..”

Aku ingatkan tanduk tu nak gertak je bila dia cakap macam tu malam tu, tapi bendanya memang betul2 jadi kepada aku dan kawan2 aku. Memang semua yang pegang dia malam tu kena kacau. Sebenarnya, tak lama je lepas kes Zafi tu, lebih kurang sebulan la. Abang dia Shahmi yang kena dulu. Nanti aku ceritakan pasal macam mana member2 aku kena. Ada yang teruk, ada yang biasa2 je. Dan di kalangan member2 aku, setelah ditanya2, aku antara yang teruk jugak kena dengan tanduk tu. So macam ni ceritanya..

Alhamdulillah lepas dapat result SPM, aku dapat sambung belajar pergi Kolej MARA Banting (KMB) under program anak2 MARA. Memang seronok dapat belajar jauh2 ni, banyak pengetahuan jumpa orang2 lain. Dari aku lower form, aku dah memang keluar rumah, so aku macam dah biasa dengan kehidupan asrama ni. Cumanya kali ni aku betul2 bersendirian, tak ada geng dari ex-maktab aku masuk KMB sekelas dengan aku.

Sejak dari malam aku pegang Zafi tu kan, aku sebenarnya takdelah fikir sangat pasal kejadian tu pun. In fact, dah hampir lupus dalam ingatan aku. Hampir setengah tahun aku stay kat KMB, takde apa2 berlaku atau apa2 sign yang pelik2. Aku betul2 dah tak fikir pasal janji tanduk malam tu, sumpah aku tak ingat langsung. Tapi aku silap. Aku lupa dia tapi dia tak pernah lupa siapa yang pegang dia malam tu. KMB lah tempat yang mana giliran tanduk jumpa aku balik.

Cerita dia, malam tu aku dengan member2 ponteng solat maghrib. Jangan salah anggap, bukan apa, sebab time2 ni la dobi kat kolej tu kurang sikit orang, so aku boleh p****g queue mesin basuh ataupun dryer.. Hehe.. Aku pun takde lah baik sangat, nakal sikit2 jela. Hehe. Lepas tu aku dengan member aku ni macam biasa settlekan hal2 dobi & kitorang biasanya lepas settle semua hal2 dobi tu, kitorang takkan masuk surau pun, tapi terus je balik ke blok asrama kitorang.

Budak2 lain semua kat surau, so time tu memang aku dengan 2 orang member aku je tinggal. Sorang nama panjang, sorang nama ayob. Dua ni antara ahli kelab ponteng surau macam aku jugak la.. Hehe.. Biasanya, kalau kitorang ponteng, kitorang akan berbual je sampai semua orang balik dari surau. Dan perbualan macam biasa la, sembang2 bola, kutuk2 cikgu mana yang kerek, lepas tu kutuk2 senior kitorang etc. Untuk elakkan dari dikesan tak pergi sembahyang, biasanya kitorang akan stay dalam satu bilik & tutup lampu. Yer la kan, bukak lampu tu menyerah diri namanya..

Kat KMB, satu bilik dua org je, katil sebelah2. Malam tu aku ingat lagi, aku kat atas katil aku, panjang dengan Ayob duduk atas katil roommate aku. Kira aku dengan diorang duduk mengadap la sambil2 sandar kat dinding & lunjur2 kaki. Aku tak ingat apa yang kitorang sembang malam tu, tapi aku ingat memang lawak gila la sampai gelak tak henti2. Gelak lama2 tapi macam tahan2 gelak takut warden dengar. Korang boleh imagine tak, nak gelak kuat2 tapi macam kontrol2, so bunyinya halus je..

Sampai satu peringkat tu, aku tiba2 perasan. Apasal si panjang ni gelak yang sepatutnya macam berdekah tapi bunyi macam mengilai kecik. Halus je bunyinya. Tapi dalam2 dia gelak tu, dia asyik cakap, “lawak laa.. lawak laa..” Mula2 aku langsung tak fikir apa2, ingatkan dia saja2 buat, tapi bila dah lama sangat dia gelak bingit macam tu, ayob tegur la “panjang, kau apahal gelak camtu doo..hahahah”, si Ayob pun ingat panjang macam main2 je. Tiba2 kan panjang tu macam straightkan belakang badan dia & bersandar tegap je kat dinding. Kaki dia lunjur balik. tapi dia diam je kali ni.. diam jer..

Mula2 aku dengan ayob tak perasan dia duduk diam tu. Tapi dah lama dia tak gelak, aku tanya la “panjang ko pehal.. terberak dalam seluar ke duduk diam2..hahaha” aku gelak. Yang ayob ni pun gelak lagi. panjang tak jawab tapi dia angkat kepala & tengok aku. Aku buat dek je la, ingatkan dia memang taknak cakap. Aku teruskan la bercakap dengan ayob & agak lama la dia tenung aku sampai aku rasa rimas.. dan aku cakap kat panjang. “weyy ko ni pehal tengok aku semacam jer..”

“Aku rasa ni memang kau.. betul kau..” terdiam aku. Aku masa tu macam dah ada fikir buruk sikit dah tapi aku tak cakap apa2 lagi sebab tak tahu betul ke tak ada kaitan dengan kes zafi tu, so aku diam je. Ayob yang tak tahu apa2 masih sambung2 gelak. Dia ingatkan panjang main2, so aku bagi sikit sign kat Ayob, aku suruh dia diam jugak dan dia ikut. Lama jugak la membisu macam tu, dekat seminit jugak la. Yang si panjang ni still lagi tenung aku. Korang boleh bayangkan tak. Kepala dia tengok straight ke depan, cuma matanya je yang tengok aku, serong sikit la, lepas tu matanya tengok straight balik ke depan, lepas tu serong balik tengok aku, tapi kepala maintain je tak gerak, macam tu je..

“Kau ingat aku tak..”, keluar je soalan tu, aku rasa nak luruh jantung aku. “Aku rasa ni kau, tapi kau ingat tak aku..” Masa tu panjang start buat sebijik macam Zafi tu buat dulu. Korang ingat tak gaya si zafi tu duduk bersila & tenung sambil senget2kan kepala. Cuak beb, dia tenung sengetkan kepala & kejap senget ke kiri, kejap senget ke kanan, tapi dia tak lepas tenung tu. Dalam hati aku, aku tahu tu memang tanduk yang dulu rasuk Zafi sebab gaya dia sebijik sehinggakan aku teringat apa jadi malam tu. “woi.. ingat tak. Aku rasa ni betul kau. Kau ingat tak..”

Tangan dia asyik sapu2 dari belakang kepala, sapu2 pipi & sapu muka sambil senget2. Ada time2 senyum sambil garu2 muka kuat2, tapi kepala maintain keras je tengok depan..Kadang2 senyum kadang2 muka biasa je. Aku masa tu memang keras satu badan tak tahu nak buat apa, ayob ni pulak tak faham lagi. Yer la, aku je yang tahu dia tu tanduk, ayob mana ada idea apa yang jadi time tu. Ayob masih sengih2 lagi, tapi dah tak gelak la.. siap tanya aku, “panjang gila ke”..

Masa tu aku betul2 kaku sampai aku pun tenung balik panjang & balas2 tenung tapi aku bukan apa, aku betul2 buntu. Aku macam tak percaya yang tanduk tu cari aku sampai ke sini. Kes zafi tu kat besut, sekarang ni aku kat banting, jauh tu..

Next thing aku sedar, terus bangun & aku slow2 pusing nak keluar dari bilik.. aku cuit ayob suruh keluar dari bilik tu. Masa aku nak keluar tu aku dengar panjang merepek apa entah.. aku pun tak ingat. Yang aku ingat dia ada sound aku. “nak pergi mana.. kau lari sebab ni memang kau ehh” Tapi masa tu aku dah tak peduli apa dah, aku keluar dalam keadaan masih terkejut & tak percaya apa yang baru jadi tadi..

Ayob ikut aku, mungkin dia pun dah rasa semacam agaknya. Keluar je bilik tu dia tanya aku, “weyy nak pergi mana?”. Aku main jalan je sekitar blok tu, aku betul2 tak tahu nak takut ke, nak lari ke, ke mana ke.. apa ke.. aku just terus je jalan takde hala tuju sampai ayob tarik bahu aku. “weyy kenapa?”. Aku diam, aku cakap kat dia, aku tak boleh cerita lagi. kita pergi je dulu..

Aku tak ingat apa benda yang aku buat, tapi next benda yang aku ingat budak2 surau dah balik dari surau dah. Diorang kalau balik memang kecoh, yer la balik beramai2 kan. Bila aku nampak je orang dah start masuk blok aku, cepat2 aku naik atas balik & tengok panjang. Aku bukak pintu slow2, aku tengok panjang tengah tidur. Aku diam sekejap depan pintu, aku tak terus gerak dia. Bukan apa, aku ingat lagi si zafi dulu ada jugak buat2 tidur, last2 tipu. Buatnya dia tipu tidur & terkam aku, naya..

So aku pun cakap kat ayob, “yob kau tolong gerak panjang, yob”, masa tu ayob tak tahu lagi kisah aku so.. gunakan dia sepenuhnya. Hehe. Ayob gerak & ok, panjang bangun & siap marah2 kitorang chow tak kejut dia. Dia tak tahu yang tanduk tu dah masuk kejap dalam badan dia. Kisah malam tu tamat macam tu je. Later lepas tu, aku cerita kat ayob pasal kes aku kat maktab dulu. Mengamuk jugak la dia bila tahu cerita tu, yer la dah aku suruh dia pergi gerak panjang tadi.. hehe

So start je malam tu, aku memang selalu kena kacau dengan tanduk ni. Setakat aku kat KMB, takde la kacau yang major2, cuma macam biasa la, time aku tidur la yang paling banyak.

Biasanya, aku akan terjaga tengah2 malam & jantung aku berdegup laju gila & berpeluh gila tak pasal2. Lepas tu kadang2, aku kena tindih masa tidur. Ada kadang2 tu aku tidur aku rasa ada benda tiup2 telinga aku, sentuh2 kaki aku, tapi bila terjaga jantung degup kuat2 macam biasa, tapi tak ada apa2 pun. Pernah jugak terjadi aku ingat lagi, aku memang tak suka tidur bilik orang. Tapi ada satu pagi tu aku bangun, aku ada kat bilik member aku. Aku tanya aku tertidur ke.. diorang kata, semalam masa diorang lepak2, aku sendiri yang jalan masuk bilik tu, marah2 orang sebab aku nak tidur atas katil tu (padahal tu katil dia) & aku tidur situ. Tapi sumpah, aku taktau apa2 pun pasal bangun malam tu, apatah lagi marah2 orang. Cuma aku fikir baik je, mungkin aku ngigau kot. Walaupun jauh di sudut hati, aku tau aku memang tak ada berjalan sejauh tu malam tu.

Aku tak ingat start pada malam tu entah berapa kali aku kena tindih, kena kacau time tidur, tarik selimut la, tiup telinga sampai aku terjaga la. Tapi kacau aku setakat tu jela. Takde la sampai sampuk2. Dan lagi satu yang aku ingat, benda ni cuma akan jadi kalau aku penat gila, contohnya balik tournament bola ke, tak cukup tidur ke, nanti aku mesti mengigau2 time aku tidur. Peliknya sebelum2 tu ada jugak aku penat gila, tapi takde pun sampai ngigau2. Housemate aku selalu kata kalau aku mengigau bukannya cakap2, tapi macam mengerang erghh arghh uhh.. seolah2 kesakitan, macam kepanasan.

Banyak kali sangat aku kena tindih sampai satu peringkat aku dah terbiasa. Aku ingat lagi, orang kata kalau kena tindih tak boleh gerak apa2 kecuali jari manis. Aku pernah jugak try, siap dalam hati tu kata, kalau aku kena tindih malam ni, nak try gerakkan jari manis. Dari pengalaman aku.. takde maknanya.. dah kena tindih memang takde apa boleh gerak.. duduk jela sampai dia pergi..

Cerita sepanjang aku kat Banting macam tu je, sakat2 sikit je. Tapi korang jangan salah anggap. Macam aku kata, pengalaman sebenar aku adalah semasa aku kat U, bukan kat kolej mara tu. Bagi aku sekarang, apa yang berlaku kat kolej malam tu sekadar mukadimah tanduk nak beritahu aku yang dia dah cam aku & nak beritahu yang dia tak pernah lupa apa yang dia cakap masa malam zafi kena sampuk tu.

Aku ada tanya member2 aku yang lain, diorang kata tak lama lepas zafi tu kena, memang masing dah kena2, cuma ada yang sekejap, ada yang lama. Aku rasa yang kejap tu mungkin tubuh diorang kuat la kot, yang lama tu mungkin badan dia lemah sikit. Yer la kot.. Tapi aku.. aku memang special kes, sebab sampai aku ke Universiti pun si tanduk still kacau aku. In fact, aku yang paling lama & yang paling teruk. Macam mana aku tahu tanduk tu yang kacau aku kat Uni, nanti aku ceritakan.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Sawamura
Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

18 comments

      1. Yg komen “aiikkkk..” atas ni yg ori…
        Sape plak yg nyamar jd akk ni wei…
        Xkan akk pon ko nk palagiat kot…

  1. adoi…asal la tak sambung je cerita yang dekat U dan apa yang jadi pada kawan2 yang lain….kan senang…nak kena tunggu lagi….adoiiiiii

    1. Senang je jawapan dia..sebab fiksyen shasha ni bukan bapak kau yang punya & penulis ni bukan orang gaji kau..hahaha.. ada faham ka pundek?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.