#JannaNick : Jalan Puncak Alam

Assalamualaikum semua…

Terima kasih kepada semua yang sudah membaca kisah aku #JannaNick : Rumah Puaka dan banyak memberi komen yang positif. Apa yang korang komen untuk membantu, sudah pun aku sampaikan pada Yin. Aku harap kita sama2 doa supaya rumah Yin tu dapat dipulihkan dan Yin sekeluarga dapat tinggal dengan selesa.

Baiklah, untuk entri kali ni, aku nak ceritakan kisah tentang jalan Puncak Alam. Korang mesti tahu kan keadaan kawasan Puncak Alam tu macam mana terutama pada waktu malam. Seperti biasa kisah ni bukan pengalaman aku sendiri, tapi cerita daripada kawan aku dan aku sampaikan pada korang melalui penceritaan di FS. Harap korang puas hati dengan cara penyampaian aku.

Kisah kali ni ringkas tetapi memberi impak yang agak terkesan kepada kawan aku ni yang aku nama kan Adi (bukan nama sebenar). Adi ni seorang kakitangan awam yang bekerja di sekitar Puncak Alam. Maka secara logiknya, Adi akan melalui jalan Puncak Alam untuk pergi dan balik kerja. Kebiasaannya waktu tugas Adi akan habis sekitar jam 6 petang. Tetapi pada hari tu, Adi pulang lewat daripada tempat tugas kerana tuntutan kerja yang banyak. Adi terpaksa menyiapkan tugasnya pada hari tu juga kerana laporan tersebut perlu dihantar pada awal pagi esoknya.

Jam menunjukkan pukul 11 malam ketika Adi selesai menyiapkan semua kerja-kerjanya. Adi ni pula jenis yang sangat teliti dengan setiap kerja yang dibuat. Ditambah pula dia masih belum berkahwin, jadi dia tak kisah untuk pulang lewat. Lepas Adi pastikan semua kerja dia sudah disiapkan dan sempurna, dia pun pulang ke rumah dan melalui jalan Puncak Alam seperti selalu. Ini merupakan kali pertama Adi melalui jalan tu pada waktu lewat malam.

Kebiasaannya Adi meggunakan jalan tu pada waktu petang dengan keadaan jalan yang agak sibuk dengan kenderaan. Tapi berlainan dengan malam tu. Dengan keadaan jalan raya yang agak gelap dan jalan yang lengang sedikit pun tidak menakutkan Adi. Adi ni jenis berani orangnya. Dia tak percaya pada benda2 mistik melainkan kalau dia nampak sendiri dengan matanya.

Kata Adi, dia pun pandu kereta dia macam biasa. Dia sikit pun tak fikir apa2 yang menakutkan. Dia cuma nak cepat sampai ke rumah sebab badan dia betul2 dah penat. Namun, dia tetap memandu dengan hati2. Tak lama lepas keluar tol Puncak Alam tu, Adi bagitahu yang dia ternampak sesuatu kat tepi jalan. Selepas dia amati betul2 (sebab jalan agak gelap), Adi nampak tiga susuk tubuh berbaju serba putih cuba menahan kenderaan dia.

Susuk tubuh tu macam seorang lelaki agak tua, seorang perempuan dan seorang budak lelaki. Nampak macam 1 keluarga. Lelaki tua tu melambai-lambai tangan untuk tahan kereta Adi. Adi mula2 macam keberatan nak berhenti bukan sebab Adi takut tu hantu tapi takut manusia yang jadi hantu. Namun, disebabkan rasa kesian terhadap keluarga tu, Adi pun memberhentikan kenderaannya. Lagipun Adi tengok sekeliling kawasan tu takde mana2 kenderaan pun.

Teragak2 Adi turunkan cermin tingkap kereta dia. Lelaki tua tu menjengah mukanya ke arah cermin kereta Adi.

“Nak, boleh tumpangkan pakcik dan keluarga pakcik tak? Pakcik nak ke sana. Kalau anak keberatan nak tumpangkan semua, anak tumpangkan pakcik saja pun takpe,” kata lelaki tu.
Adi ni mula2 ingat kereta pakcik tu mungkin rosak dan dia nak tumpang untuk minta bantuan. Tapi lepas Adi toleh kiri kanan tepi semua takde pula dia nampak mana2 kereta yang tersadai tepi jalan.

Adi malas nak fikir panjang sebab dia pun dah penat, dia pun bersetuju tumpangkan pakcik tu. Tapi yang peliknya, pakcik tu cuma naik sorang je. Anak dan isteri pakcik tu masih berdiri di luar.
“Pakcik, kenapa anak dan isteri pakcik tak naik sekali?Takpe, saya boleh tolong hantarkan,” kata Adi.
“Takpe, nak. Kamu jalan je hantarkan pakcik ke sana. Nanti pakcik nak turun, pakcik cakap. Anak dan isteri pakcik ni nanti dia akan tumpang orang lain.”

Adi ni agak terkejut dan pelik dengan jawapan pakcik tu, tapi disebabkan dia dah terlampau penat, dia turutkan je kemahuan pakcik tu. Sepanjang perjalanan pakcik tu cuma diam, Adi pun tak bertanya apa2 dan fokus pada pemanduannya. Kata Adi lagi, sesekali tu ada juga pakcik tu berbual. Pakcik tu bagitahu yang rumahnya dekat2 dengan kawasan tadi. Rumah dia cantik dan dikelilingi dengan pokok2. Ada beberapa orang jiran yang tinggal berhampiran dengan rumah pakcik tu. Tetapi disebabkan pembangunan di kawasan tu, banyak rumah2 yang telah dirobohkan. Cuma rumah pakcik tu je yang tak dirobohkan sebab kawasannya tak kena dengan tempat pembangunan.

Pakcik tu mengeluh dan sedih sebab kawasan perumahan dia habis terjejas disebabkan pembangunan. Adi pula hanya dengar dan mencelah sekali-sekala. Masa tu Adi masih lagi tak fikir apa2 yang menakutkan tentang pakcik ni sebab memang takde apa yang nampak menyeramkan tentang pakcik ni.

Pakcik tu suruh Adi turunkan dia dekat sebuah stesen minyak. Tak silap aku, Adi bagitahu dia turunkan pakcik tu dekat stesen minyak Petronas. Masa nak turunkan pakcik tu, apa yang buat Adi terkejut gila bila dia nampak anak dan isteri pakcik tu dah ada dekat situ tengah tunggu diorang. Puas Adi fikir macam mana anak dan isteri pakcik tu boleh sampai dulu sedangkan diorang yang gerak dulu tadi. Lagipun masa Adi tumpangkan pakcik tu, takde sebuah kenderaan pun yang melalui jalan tu. Jadi, macam mana anak dan isteri pakcik tu boleh sampai dulu dekat situ? Adi terus jadi tak sedap hati. Terus mulut dia baca ayatul kursi banyak kali. Berpeluh juga lah dia masa tu sebab terlampau terkejut.

Adi tak tunggu lama, dia terus pecut kereta dia keluar dari stesen minyak tu. Masa dia nak keluar tu, sempat dia tengok ‘rear view mirror’ , sekali lagi buat dia terkejut sebab pakcik, anak dan isteri dia tu dah takde dekat tempat dia turunkan tadi. Takkan cepat sangat pakcik dan keluarga dia tu jalan.

Lagipun dia nak jalan menuju ke mana? Sebab kalau diorang ke mana2 pasti Adi akan nampak kelibat diorang. Ini tiba2 je hilang. Adi pecut kereta dah tak pandang belakang lagi. Adi tak terus balik rumah, dia singgah dekat restoran mamak dulu sebab dia teringat pesan orang2 tua, kalau rasa kena ganggu jangan terus balik rumah. Singgah mana2 dulu, tunggu sampai semua dah ok dan ‘benda’ tu dah pergi baru balik rumah.

Alhamdulillah, takde jadi apa2 pada Adi lepas tu. Cuma dia kata dia agak segan juga nak lalu jalan Puncak Alam tu malam2. Kalau terpaksa lalu juga, memang dia akan terus pecut dan tak berhenti lagi kalau ada apa2 yang tahan. Takkan berhenti ok! Sejak kejadian tu, baru Adi ni nak percaya yang ‘benda2’ tu memang ada. Dah kena batang hidung sendiri, baru nak percaya. Kita kena percaya ‘benda2 halus’ ni ada cuma kita jangan tunjukkan yang kita terlalu takut atau terlalu berani dekat dia. Begitulah pengalaman kawan aku, Adi tentang jalan Puncak Alam.

Untuk pengetahuan korang, Adi masih lagi bekerja di tempat yang sama dan tetap melalui jalan yang sama. Cuma sekarang dia takkan balik lewat malam lagi sebab dia taknak lalu jalan tu waktu malam. Terima kasih korang sebab sudi baca entri aku. Untuk entri akan datang pula, aku akan ceritakan kisah RnR. Adios!
-Janna Nick-

17 thoughts on “#JannaNick : Jalan Puncak Alam”

  1. sejak bila pulak puncak alam ada tol? org puncak alam tak tau pun, lol. kalau tol guthrie tu yela, tp bukan puncak alam. jauh sgt dah tu

    Reply
  2. Maaflah semua.. aku cuma ceritakan semula apa yg kawan aku ceritakan. klu ada yg tersama dgn kisah lain tu, maknanye Adi tu pekena aku. siap dia satgi aku katoq kepala dia! haha..berkenaan dgn tol tu, dia ckp dia keluar tol, so aku tak sure tol apa so aku cakap tol puncak alam..kira tol yg nak menuju puncak alam tu..

    Reply
    • Xpyh la ko nak temberang die tipu ko la apa la.. Haha.. Cerita ko semua tu rekaan sebelum ni… Aku nak ingat kan.. Sini bukan tempat nak cari populariti. Xpyh post cerita aku x approve dah

      Reply
  3. tol kat batu arang gamaknye. tapi jarak batu arang ke puncak alam dalam 20minit jugak. sama je tol guthrie jarak lebih kurang. hmmm…

    Reply
  4. Haha..
    #jannanick KAMTOI menipu..
    Kopipaste…
    Patut selama ni aku rase semua cerita ko mcm dibuat2… Lenkli cek dlu.. Amk cerita dri google beb… Ko nak populariti ke?? Pui… Lps ni mls aku up cerita ko dah.

    Reply
  5. aku ingatkan tesis ja copypaste.. adeh… nak buat ctta seram pun copypaste..kalu x dak pengalamn .. ko reka crita yg ok sikit… rekaan pun x pa…

    Reply

Leave a Comment