Tq admin fs sudi siarkan cerita aku ni. Aku perempuan. Nama glemer Jay.( bukan nama sebenar).
.
Tahun 2008
.
Masa ni aku baru habis study & rezeki murah dapat kerja kat sebuah resort di salah sebuah pulau peranginan di pantai barat Malaysia.
.
Tauke (boss) resort memang sediakan rumah untuk staff pada masa ni. Kebetulan aku time ni terus dapat kerja yg agak ‘berjawatan’ la sikit. (Bukan nak riak atau bangga tapi ada kaitan dgn jalan cerita seterusnya :-))
Setiap organisasi memang ada cara tersendiri dalam sistem pentadbiran. Boss aku ni pulak sistem dia pelik sikit sebab dia punya rules – 1st level management tak boleh/tak dibenarkan bercampur dengan pekerja bawahan.
Semua dia asingkan. Time makan, 1st level (manager2 belaka) ni makan siap berhidang ada pelayan lagi. Pekerja bawahan (tukang cuci bilik, kitchen helper, driver, kerani front office, pekerja F&B dll) pulak makan secara buffet (cedok nasi & lauk sendiri) & dilarang duduk makan semeja dgn 1st level.
Kami juga dilarang bersembang antara dua level ni. Sehinggalah ke tempat penginapan kami.
Rumah yg menempatkan 1st level ni.diasingkan dari workers. So aku tinggal kat rumah tingkat 4 sebuah flat bersama dua lagi manager (HR manager & Account manager). Manakala rumah workers biasa (perempuan) ni di tingkat 2 tinggal dalam 6-8 orang satu rumah kalau tak silap. Kami semua bukan orang asal pulau ni.
Nak dijadikan cerita, aku ni sangat rapat dengan pekerja bawahan. Malah tak rapat langsung dengan kawan serumah. So aku banyak habiskan masa di rumah tingkat 2 rumah pekerja biasa tu.
Dah selalu sangat duk melepak kat rumah bawah, kadang tu lewat malam barulah aku naik ke atas untuk tidur.
Mula tu aku perasan dah selalu nampak kelibat (kat rumah atas) macam orang melintas kat dapur la, kat depan bilik la. Tapi just positif duk fikir cuma perasaan aku je kot.
Pernah jugak time balik keje, on the way nak naik atas ke rumah aku, aku berselisih dengan dua orang budak (rasanya umur dalam belasan tahun). Diorang ada tegur aku. Aku namakan diorang sebagai budak A & budak B.
Budak A :”Akak tinggal kat rumah atas tu ye?”
Aku: “Ye. Jemputlah datang rumah. Korang tinggal kat mana?”
Budak B: “Saya tinggal kat tingkat 3 & dia ni (budak A) tinggal kat tingkat 4 jugak tapi rumah 1st kat tangga tu.”
(Aku rumah no 5 dari tangga)
Budak A: “Akak ok ke tinggal situ?”
Aku :”ok je kenapa?”
Budak A:”Kalau ok takpelah. Sebab ramai yg tak tahan duduk situ sebab tu ramai yg pindah lepas sebulan. Atau tak sampai sebulan dah pindah”
Aku :”kenapa ye?”
Budak A: “Rumah tu ada hantu. Sebab tu diorang tak tahan. Akak tak de dengar ke budak main guli dalam rumah tu?”
Lepas budak A ni tanya terus aku teringat!! Memang ada kalanya aku ada dengar bunyi guli bertaburan atas lantai time tidur. (Agak cliche kan tapi itulah hakikatnya hahaha).
Cuma aku ni jenis positif tak la fikir apa2. Duk fikir mungkin tinggal tingkat atas sekali so ada apa2 terjatuh dari bumbung ke koridor kat luar kot.
Lepas conversation dengan budak2 tu, terus naik ke rumah & tak fikir apa2. (Tak rasa takut & tak cuak pun) dengan penat kerja lagi terus mandi tidur macam tu je.
Sehinggalah beberapa hari lepas tu. Lepas balik kerja mandi makan semua rasa boring pulak. Nak borak dengan kawan serumah diorang dalam bilik masing2 & memang jenis buat hal sendiri. (Sebab tu la aku selalu turun bawah lepak rumah pekerja bawahan Hihihi).
So aku bukak pintu depan & lepak kat koridor flat. Baru je pakai selipar , kebetulan nampak dua budak lelaki yg praktikal kat resort aku. Aku namakan diorang Mat & Zam.
“Miss Jay” tegur diorang sambil letak sebelah tangan kat dada & tundukkan kepala sikit (memang rules kat tempat kerja dorang kena buat macam tu sebagai tanda respect.. Boss aku yg suruh)
“Nak pegi mana?”
“Kitorang saja naik atas pegi rumah abang kat hujung tu” kata dorang. Rumah pekerja lelaki kat tingkat 3.
Masa ni aku tengah sandar kat pagar koridor bertentangan/berhadapan dengan pintu rumah.
Suddently, kawan serumah (Ina) berlari dari dalam rumah & panggil aku. Time ni lebih kurang jam 6-7pm.
“Jay !!!! I need to tell u something!!”
“What??? Bawa bertenang … cakap elok2” panik aku tengok dia dah separuh menggigil muka pucat semua dah.
Mat & Zam pun still ada kat situ tak jadi teruskan hajat diorang sebab Ina tetiba buat panik gitu kan.
“I.. i… oh no… I tak tau nak cakap camne.. but i dah tak tahan Jay. I takut sangat!!” Ina terus keluar ke arah aku & genggam tangan aku.
“Ok cakap je apahal.. dont worry!!”geram pulak aku kan cakap tersekat2. Suspen pun ada.
“I nampak budak kecil main guli!!”dah nangis si Ina ni.
Aku macam huh??? What?? Pandang si Mat & Zam. Isshh tak paham budak kecik main guli??
“Dah lama Jay. Dari mula kita pindah sini. Guess what? Dia main guli tepi telinga i je malam2. Mula2 just dengar je. Sekarang ni dah nampak kelibat dia. Please Jay i tak tau buat camne ni!”
“Ni baru tadi i perasan kelibat dia dalam bilik so i terus lari datang kat u”
Menangis meleleh airmata hingus semua dah si Ina ni. Aduhh… nasib baik kitorang kat luar rumah. Seram pulak aku.
Tengah tenangkan si Ina, (Mat & Zam still ada & salah sorang dari dorang ni tengah baca apa yg patut hembus2 kat Ina) tiba2 keluar sorang lagi housemate (Izzah).
Ok before tu aku describe sikit pasal watak Ina, izzah & aku sendiri.
*Ina (acc manager) – free hair dengan rambut perang & agak sexy penampilannya.
*Izzah (HR manager) -bertudung, berkaca mata.
*aku – free hair, rambut pendek, macam imej boyish sikit. Hihihi..
“Dah kenapa bising2 ni?” Izzah menyapa kami inginkan kepastian.
“Ina cerita dia kena ‘usik’ dengan hantu” direct je aku explain kat Izzah sambil tangan masih genggam tangan Ina.
“Eh takde pape la korang. Imaginasi korang je. Lagipun benda camni memang suka sangat kalau korang takut2 cam ni. Tambahan dengan gaya hidup korang tu benda tu memang suka buat kawan…..bla..bla…bla..,” bebel Izzah kat kitorang yang sekaligus membuatkan aku rasa bengang pulak time tu. Hehehe…
Kedudukan Izzah betul2 kat depan pintu means membelakangkan pintu rumah kami.
Ina pulak berdiri membelakangkan Izzah. Aku berdiri berhadapan Ina means mengadap pintu rumah.
Mat & Zam berdiri mengadap pintu rumah , berdiri sebelah kanan aku.
Tak semena2 sambil telinga dengar Izzah duk bla bla bla . Mata duk tengok Izzah, aku terpandang area belakang Izzah. Maksudnya area belakang Izzah tu pemandangan dari depan pintu hingga ke dapur yg terletak kat belakang rumah kami.
Tau tak apa yang aku nampak??? Hahaha…. budak kecik lebih kurang umur 5-6 tahun (lelaki) tengah berlari2 anak dari dapur terusss ke pintu rumah!!!!!
Tak sempat nak bgtau sapa2 pun apa yg aku nampak tu!!! Tuuppppp…. terus budak tu tembus badan Izzah!!! Waduhhhh… (seram pulak time taip ni)
Izzah jatuh pengsan depan kami!!
Mat & Zam dah panik pergi tgkkan izzah. Ina dah nangis lagi teruk!! Aku plak cam ternganga tak percaya apa yg jadi!!
Dipendekkan cerita, Mat & Zam ada minta tolong abang yg rumah hujung tu. Then abang tu ada panggil sapa ntah tolong pulihkan izzah & Ina (termasuk aku sekali). Keesokkan harinya Izzah family dia datang ambil kot utk berubat. Ina plak ntah lepas pergi mana tak balik rumah dah selalu jumpa dia kat office je. Aku? Kebetulan ada mak angkat kat pulau tu so buat muka tak malu stay rumah mak angkat tu je. Yang paling bengang boss kitorang tak percaya benda ni dan anggap kitorang mengada2 takut jer. Then dia tak de inisiatif carikan rumah baru utk kitorang.
Lepas tu life kitorang teruskan macam biasa even Izzah dah kembali bertugas semula & dia berani stay kat rumah tu jugak tau!! (Tabik kau Izzah walaupun aku tau kau ada angkut kengkawan kau stay kat rumah kita tanpa pengetahuan boss). Hubungan aku dgn Izzah pun time tu dah renggang sebab Izzah ni dia suka pandang serong kat budak free hair macam aku. Entah la.
Dek kerana Izzah dah stay situ balik, aku pun kekadang ada balik tidur kat rumah jugak sebab rumah mak angkat tu jauh ke dalam perosok pulau tu. Mau ada event kat resort kena tunggu event habis sampai pukul 3-4am tak kuasa jugak aku nak naik motor balik rumah mak angkat tu. Hahaha. Rumah kitorang tu dekat je dengan resort jalan kaki pun sampai.
Agaknya hati aku kering kot. Tetap kena usik dengar guli nampak kelibat cari barang tak jumpa (macam ada orang sembunyikan) tetap aku buat dek je walaupun hati cuak & takut.
Pernah tengah mandi dengar suara budak kecik tu mendayu2 menyanyi kat dapur macam “hmm.. hmmm.. hmmm” mendayu je bunyi.
Tapi aku tak pernah stay lama2 la kat rumah tu. Balik mandi pas tu turun lepak kat rumah bawah kadang tidur terus kat situ. Hal yang aku nampak budak tu berlari tembus badan izzah tu entahlah macamana aku boleh plak tak cerita kat sapa2.
Sampailah beberapa bulan lepas tu. Oleh kerana penat bekerja sebab tengah peak season & kena entertainment customer yang buat event atau kursus kat resort kami tu hingga ke pagi selama beberapa hari berturut, aku demam!!
So dapat mc 2-3 hari. Yeayy!!! Hehehe. So aku stay sesorang kat rumah Sbb nak turun lepak bawah pun xde geng sebab bebudak keje kan. Si Izzah pun keje petang baru balik. Ina memang tak stay situ dah.
Dalam fikiran aku, siang hari benda tu tak kacau kot. Lagipun kekadang duk dengar jiran tetangga makcik2 duk meyembang kat luar (bilik aku bilik pertama ada tingkap yg menyambung kan koridor luar dengan bilik. So clear la dengar makcik sebelah borak kat koridor tu.) Takde la takut sangat. Plus waktu lunch memang ada budak kitchen akan datang hantar makanan dari resort atas arahan boss. Wahhh special terasa layanan time tu hehehe.
Hari pertama masih ok je. Siang berehat macam biasa malam turun bawah lepak & tidur rumah staff bawah.
Hari kedua, budak kitchen yang datang hantar makanan kebetulan si Zam budak praktikal tu. Dia bgtau dia hantar makanan kat budak rumah bawah sekali sebab ada sorang budak demam jugak.
So apa lagi. Aku buka pintu grill dan sarung selipar terus turun bawah bawa makanan dengan niat nak makan dengan budak rumah bawah tu.
Ketuk pintu, dorang bukak pintu. Rupanya ada 5 orang tak pergi keje. Sorang demam tengah baring berselimut kat ruang tamu sambil kawan dia temankan dia tengok tv masa tu. Tiga lagi ada dalam bilik tengah bergelak sakan.
Lepas tanya khabar yg demam tu terus aku bawa makanan masuk bilik yg tiga orang tu (rupanya dorang keje shift malam – housekeeping). Kitorang pun makan2 sambil bergosip ketawa semua ada.
Then tiba2 yg demam tadi (Yati) masuk dalam bilik tu jugak. Kitorang pelik jugak sebab dia masuk terus duduk depan aku pegang tangan aku ajak balik!!!
“Jay, jom kita balik. Dah lama kita kat sini” katanya dengan suara bukan suara asal dia siap merengek manja tau!!!
“Nak balik mana pulak?” Aku tanya dia siap meremang dah time ni.
.
Yang budak bertiga tadi bole pulak gelak2. Siap sound si yati ni “kau ni merepek apa oi!! Lalok ubat ke?”
“DIAMMMM!!! Korang semua boleh keluar tak?!!! Jay ni kawan aku tau!!!!” Haaa si Yati ni dengan mata terbeliak pegi sound bebudak tu!!!
“Hahhaha!!!! KELUARRR!!!” Sergah Yati sambil jari tunjuk pintu bilik suruh keluar. Lintang pukang bebudak tu lari keluar!!
Lepas dorang keluar, si Yati ni bole pulak tendang pintu gedegammm!!!! Pintu tertutup!! Tinggallah aku berdua dengan dia je!! Aduhh seram. Memang dah rasa lain time ni. Rasa ni bukan Yati tapi “benda” lain.
“Jay, jom balik rumah kita. Aku tak Bole duduk rumah ni panas. Jom la cepat” kata benda yg ada dalam tubuh si Yati tu.
“Kau balik lah dulu. Aku ada hal dengan dorang ni” boleh pulak aku berani cakap cam ni dengan dia. Tangan aku sakit sangat sebab digenggam erat oleh si Yati ni. Mata Yati dah merah terbeliak dan muka pucat.
“Kau sorang je nampak aku. Kau sorang je tau aku ada & tak pernah kacau aku. Aku suka kat kau. Aku nak kawan dengan kau.” Manja je suara dia cakap dgn aku. Tangan aku dah menggigil. Suara tersekat2 nak cakap. Masa ni aku fikir nak bangun & buka pintu blah je dari situ. Tapi kaki aku membeku. Nak pandang si yati depan aku ni pun aku tak berani oiii!!! Makkk tolong cek makkk!!
“Ok. Kalau camtu jom bangun kita balik rumah kita” ni je ayat yg terbaik aku fikir time tu. Terus aku bangun bukak pintu!! Tangan aku masih dia genggam tak lepas tau!!
Bukak jer pintu aku nampak budak2 rumah tu yg lain. Zam pun ada sekali. Aku sempat cakap “Wehh tolong aku!! Yati kena rasuk ni…”
Dammm!!!! Yati tolak pintu bilik. Sebelum tu dia tarik aku semula masuk bilik. Kuat gila dia tarik !! Sampai badan aku terhempas atas katil kot.
“Hahahaha… masing2 penakut!!! Jay kau tengoklah diorang semua penakut. Baca ayat kursi pun tak betul!!” Sergah yati kat dorang semua kat luar bilik tu. Pastu aku terdengar salah sorang dari dorang kat luar menangis menjerit2 ketakutan.
Yati datang kat aku. Genggam tangan aku balik. Dia duk mencangkung atas katil depan aku. Ya Allah apakah ini. Hati aku berdegup kencang gila. Nak buat apa ni. Rasa nak pengsan pun ada.
“Aku tak nak kau datang sini lagi!! Aku tak nak kau kawan dgn diorang!!” Kali ni takde dah suara manja dia.. sekali suara kasar mata terbeliak cakap dengan aku.
Aku tak tau berapa lama aku duk berkomunikasi dengan benda tu sampailah tiba2 pintu bilik di buka oleh boss aku!! Ye boss aku yg tak percaya benda karut marut ni. Mungkin bebudak ni call bgtau boss aku kot.
“Hah!! Apa hal pulak kali ni!!” Sergah boss aku! Kali terakhir aku nampak Yati terus terjun katil terkam boss aku. Then pandangan mata aku kelam gelap gelita tak sedar apa dah.
Sedar2 je aku dah dibaringkan bersebelahan dengan Yati kat ruang tamu dan dikelilingi rakan taulan jiran tetangga penuh satu rumah. Ada sorang pakcik ni macam tengah ubatkan kitorang. Mungkin bomoh atau ustaz kot. Aku tak tau. Boss aku pun ada sekali hahaha.
Pakcik tu suruh aku bangun. Mengucap. Aku mengucap. Then badan rasa lemah sangat. Tangan aku habis ada kesan calar. Aku bangun duduk sebelah zam. Pakcik tu cakap kat zam “JANGAN tinggalkan dia sorang. Genggam tangan dia, baca apa yg patut” sambil tunjuk arah aku. Then pakcik tu macam tengah ubatkan Yati.
Aku lepas tu balik kampung dan berubat kat kampung pulak. Mak aku bawa pegi berubat dengan sorang makcik ni. Makcik ni cakap benda tu nak berkawan dengan aku. Benda tu memang budak kecik yang pernah tinggal kat rumah tu. Budak tu dah m**i dan sepanjang hidup dia memang lonely kurang kasih sayang dari mak bapak dia. Dia m**i sebab apa aku tak tau pulak tapi m**i kat dalam rumah tu.
Lepas tu sambung keje di resort yg sama tapi dah tak tinggal kat rumah tu dah. Then lepas tu aku dapat offer yg lebih baik di resort lain kat pulau tu jugak. Aku berhenti keje kat resort lama tu lagipun aku macam tak bole terserempak dengan yati. Aku rasa seram tgk dia. Dia pun pernah cakap dia seram tgk aku. Haaaa.. Hihihi.
Kat resort baru alhamdulillah dapat boss yg baik (takde rules yang pelik2 yg membezakan darjat, sumpah aku tak bole terima rules macam tu rimas gila aku). Dapat rumah pun clear & puas hati.
Tapi agak jauh dari tempat kerja. The best part nak pegi balik keje aku kena melintasi rumah lama. Pernah la suatu petang tu aku gatal pegi dongak tgk rumah lama dannnnn ternampak budak tu melambai ke arah aku dari beranda rumah!!! Astagfirullah. Seram gile!!
Ok aku rasa dah panjang sangat cerita aku. Kalau korang suka in shaa Allah aku sambung lagi cerita seram yang pernah aku alami selain cerita di atas ni. Kepada watak2 di atas kalau korang terbaca cerita ni & ter remind balik story ni aku ucapkan “hai pekaba? Hehehe… rindu gila kat korang!!” .
.
-Jay
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Best…teruskan menulis?
Hai Jay. Aku rindu kau jugak. hee heee
Peerrgghhhhh…
Seram sedih ni…
Plg sedih bile budak tu melambai kt koridor ble Jay lalu balik keje…
Kat estet asben ni pon rules cmtu gak…
Plg ketat exec xleh kawen dgn staff atau anak staff…
Salah satu pihak kena benti baru boleh kawen…
Huhuhuhuuu…
memanglah nama glamour bukan nama betul
huhuhuhu… jay ko okay dah okay kan sekarang?? best laa cerita ko jay..
sila sambung cerita dan pengalaman yang lain..
Seram siot…!
Sambung lagi sambung lagi sambung lagi..
Best best hehehe
Pulau perhentian ke
Itu pantai timur la
hai jay.. saya pun rasa mcm nak kawan ngn awak jugak… eh? hahah.. boweyyyy taaakkkk
Ade jugak rules mcm tu kn…x baik mcm tu…
Cter best…?