Belukar Petai Belalang
Assalamualaikum. Bukan niat mengaibkan orang, hanya ambillah iktibar. Tanpa mukadimah panjang kita teruskan kisah. Sewaktu aku berumur 11 tahun, aku pernah menziarahi satu kematian. Zaman tu, umur 11 tahun hapah pun tak tau berkaitan sosial ni. Awal 80-an masa tu. Tapi aku pandai dah masak, kemas-kemas rumah, jaga adik. Masa tu, main polisentri campur lelaki perempuan, Tak ada la reti nak couple-couple. Kira naif la. Jadi waktu ikutsorang jiran ni, aku panggil la Makcik Siti pergi ziarah, ikut gitu-gitu je. Aku tengok je semua urusan mandi jenazah hingga urusan kafan.
Masa tu tengok je ye, bukan boleh nak tanya apa-apa yang jadi kemusykilan. Kalau bertanya nanti di cop budak kuang hajo kang. Masih aku ingat, aku hairan kenapa wajah jenazah kekuningan. Ok…aku fikir ada letak bedak ke, ubat ke.
Waktu kafan pula, terjadi kekecohan, kain kafan tak cukup. Yang aku nampak, perut jenazah semakin mengembung. Sikit-sikit naik. Ok…sangka baik lagi, aku ingat memang macam tu le proses mengkafan, Aku mana pernah tengok. Yang aku perhati, mak arwah ni kelam kabut letak kain dan minta segerakan urusan. Suami arwah, menangis je kerjanya. Aku tak de la rasa apa-apa. Dah isteri meninggal, mesti la suami sedih kan.
Waktu nak angkat jenazah ke atas jeep, untuk bawa ke perkuburan, masa tu mana ada van jenazah macam sekarang ni, si suami meraung-raung pula. Kaum hawa menangis le sedih. Dan sewaktu jenazah diusung, ada air meleleh daripada jenazah sehingga terpaksa dilapik plastik atas jeep. Aku ni ingat itu normal.
Urusan di tanah perkuburan, aku tak tau. Tak ikut le sampai ke sana. Tapi aku ceritakan mengikut apa yang diceritakan oleh kawan yang follow dalam jeep. Sepanjang jalan ke kubur, air yang keluar dari perut jenazah tak berhenti. Baunya sangat memualkan.
Semasa jenazah nak dimasukkan ke liang lahad, jenazah tak dapat diangkat daripada jeep. Macam melekat. Sehinggalah Pak Imam meminta suami arwah turut sama mengangkat jenazah, barulah dapat di bawa turun.
Semua yang ikut mengangkat jenazah mengeluh kerana jenazah sangat berat, sedangkan arwah berbadan sederhana je. Untuk menurunkan jenazah ke liang lahad pula, suami arwah ikut sama ke dalam liang dan tuan punya jeep juga ikut masuk. Aku panggil la Namanya Pakcik Mok.
Selesai urusan buka ikatan kain kafan dan diletakkan papan, masing-masing yang ada di dalam kubur naik untuk mengambus tanah selebihnya. Tapi kawan aku kata, Pakcik Mok kakinya macam terpaku di dalam kubur. Semua orang beranggapan Pakcik Mok terlalu penat kot. Pak Imam minta suami arwah hulurkan tangan untuk bantu Pakcik Mok naik. Barulah dapat Pakcik Mok naik ke atas. Selesailah urusan pengkebumian dan talkin.
Suasana sayu dan sedih kerana suami arwah menangis meraung tak mahu tinggalkan kubur isterinya. Pak Imam pujuk dan berbisik-bisik dengan suami arwah, barulah suami arwah mahu balik ke rumah.
Dua hari selepas tu, salah seorang kakak kawanku balik dari kerja dalam jam 11 malam. Berjalan macam biasa. Dulu aman, tak ada la kes-kes cabul ni. Nama kakak kawanku tu Kak Wida (bukan nama sebenar). Tiba-tiba Kak Wida nampak satu lembaga. Cuak juga rasa hati Kak Wida. Oh…nasib baik. Rupanya Kak Wida nampak Kak Ani, kawannya juga berdiri kat tepi belukar pokok petai belalang.
“Baru balik kerja ke..” tegur Kak Ani, ramah. “Ye..hari ni lewat pula bas datang..” jawab Kak Wida. “Nak ke mana..” Kak Wida bertanya pula. Kak Ani tak jawab. Tunjuk isyarat dengan mulut je hala ke rumah. Berpisah le masing-masing. Kira-kira sepuluh langkah lagi nak tiba rumah, Kak Wida teringat. Dah malam-malam dari mana pulak Si Ani tu…ehhhh…ehhh… dia kan dah mati dua hari lepas… hilang tercampak mana entah kasut Kak Wida lari masuk ke rumah. Seminggu demam.
Gangguan jelmaan Kak Ani berterusan agak lama. Jelmaan Kak Ani hanya berlaku dikawasan belukar pokok petai belalang tu je. Sehingga berlaku satu kemalangan ngeri. Sebuah motorsikal terbabas dan orang ramai membantu seorang mangsa yang bergelimpang di atas jalan. Setelah tiga hari kejadian, mangsa memberitahu dia adalah pembonceng. Ada kawan yang menunggang. Polis mencari mangsa di kawasan belukar petai tu dan menjumpai mangsa yang telah pun meninggal dunia tersepit di celah-celah rimbunan pokok petai. Pembonceng yang terselamat itu mengatakan waktu kejadian, dia ternampak kelibat perempuan bergaun putih cuba melintas jalan. Nak mengelakkan kelibat tu mereka terbabas.
Tidak lama kemudian, penduduk kampung mengambil keputusan membersihkan kawasan semak belukar dimana jelmaan tu selalu muncul. Masing-masing terkejut. Kawasan belukar pokok petai belalang tu macam pagar kepada satu kawasan yang terlindung. Lebih kurang seluas padang takraw je. Penuh dengan anak-anak pokok kayu. Setinggi dua kaki. Elok je berbaris. Waktu jentolak meratakan tanah, penduduk melihat banyak botol-botol kaca macam botol jem tu.
Terbongkarlah rahsia. Emak arwah Kak Ani rupanya menjalankan urusan menggugurkan kandungan. Janin yang belum merupa tu dimasukkan ke dalam botol, ditanam dalam kawasan belukar tu dan ditanda dengan batang kayu pokok hutan. Sebelum ni aku selalu tengok rumah tu sering dikunjungi orang, tapi waktu malam je. Kak Ani rupanya hamil dengan lelaki lain, dan maknya cuba menggugurkannya tapi gagal. Dan.. Kak Ani hamil atas hubungan sulitnya dengan Pakcik Mok. Patut la berlaku beberapa kejadian yang melibatkan Pakcik Mok sewaktu urusan pengkebumian arwah Kak Ani. Selama ni orang kampung dah tahu dan Pak Imam juga cuba menasihati mereka tetapi tidak diendahkan.
Patut le jelmaan tu sering dilihat dikawasan belukar tu je. Suami Kak Ani telah diguna-guna hingga menjadi bodoh dan sangat sayangkan Kak Ani, hingga biarkan je apa je yang Kak Ani buat.
Selepas rahsia tu terbongkar, mak Kak Ani pindah. Suami Kak Ani pulih pun ambil masa yang lama. Sehingga kini, kadang-kadang ada juga yang masih terserempak dengan jelmaan perempuan bergaun putih, berdiri ditepi kawasan belukar yang telah dijadikan court takraw. Perkara yang buruk, walau bagaimana pun ingin dilindung, akan terbongkar juga.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
semoga semua dosa2 arwah kak ani diampuni Allah dan tenang di sana…
Seram
rupanya yg arwah tu kak ani ke?
dari atas takde mention sampai la kak widah jumpa seseorang yg bernama ‘kak ani’.
meninggal sebab apa tak tau ke? sempat bersalin ke tak?
Kan dia dah cite dari mula. Tajuk pun “Jelmaan Arwah Kak Ani”