Jelmaan atuk

Hai assalammualaikum. Terima kasih kepada admin jika dia menyiarkan cerita aku ni. Aku kenalkan diri aku sebagai Fara. Aku tak reti mengarang tapi aku cuba cerita dengan jelas ye huhu.

Kampung aku di Segamat, Johor. Nenek aku meninggal pada tahun 2003 then atuk aku pula meninggal 2013. Atuk aku hanya ada 2 orang anak sahaja. Mak aku dan pakcik aku. So since dia orang meninggal dunia, rumah arwah atuk aku jadi terbiar macam tu. Kalau sebelum ni masa arwah atuk aku hidup lagi, pakcik aku ada lah kadang2 datang menjenguk. Dia tak duduk situ sebab dia duduk dengan mertua dia. Aku pun tak tahu kenapa pakcik aku tak duduk dengan arwah atuk aku masa tu. Oh ya, family aku duduk di KL.

Sebab tu kami tak duduk sama dengan arwah atuk aku. Sebenarnya masa arwah atuk aku hidup lagi pun, aku dah dengar macam2 cerita. Yang mana atuk aku ada membela. Gundorowo (hantu raya) maaflah tak pasti ejaan dia macam mana huhu. Gundorowo ni tak kacau kami pun. Alhamdulillah tak pernah terjumpa or ternampak masa kami tidor rumah arwah atuk. Tapi…

Pada tahun 2013, atuk meninggal dunia. Rumah tu jadi kosong. Dan pakcik aku sekali sekala balik rumah untuk bersihkan rumah. Tapi, malangnya. Pakcik aku selalu kena kacau. Kadang2 dia tengah elok sapu halaman, tup tup benda tu main pintu bilik dekat dalam rumah. Berlari dalam rumah. So pakcik aku boleh dengar lah dari luar bunyi tu. Nak kata angin, masa tu panas terik. Tu belum lagi kata-kata orang kampung. Budak-budak muda yang lalu rumah atuk aku malam-malam buta, dorang pernah nampak kelibat arwah atuk aku tengah duduk elok dekat beranda rumah. Apa lagi? Mencicit dorang dengan motor kabuk dorang huhu.

So ini pengalaman aku pulak, ada satu hari tu aku balik kampung. Masa tu nak sambut raya. So ayah aku nak bisingkan rumah tu since rumah tu terbiar je kan. So satu family aku tidor situ. Hmm. Kami tidor dekat ruang tamu je semua. Dapur memang kami tak turun. Just bilik air je kami guna. Hanya Allah yang tahu macam mana perasaan kami masa tu.

Memang seram. Suram. Bayangkan lah tidor dalam rumah terbiar? Masa tu pukul 2 pagi, aku masa tu macam biasa lah scroll twitter. Semua memang dah tidor. Oleh sebab suasana memang macam misteri nusantara, aku sumbatlah telinga aku dengan earphone. Ingatkan terlepas, rupanya huhu. Tengok dok scroll tetiba “ehemmmmmmm” i was like, bunyi apa tu? Kuat sangat. Aku bukak earphone aku. Aku bangun, dan pandang keliling aku. Okay, aku husnuzon. Mungkin ayah aku berdehem. Tapi bila aku nak baring balik “ehemmmmmm buat apa tu cikya?(nama panggilan)” Astaghfirullahalazim, suara atuk! Aku dah tak pandang keliling. Aku tutup muka aku terus. Aku selubung. Lagi sedih aku terkencing dalam seluar weh.

Besoknya aku cerita dekat family aku. Pagi-pagi raya aku cerita tau. Orang lain menangis sebab minta maaf, aku menangis sebab aku takut. Ayat ayah aku simple “atuk datang menjenguk lah tu, biasa lah” Ya Allah, aku sampai terkencing dalam seluar.

Aku ingat raya pertama tu boleh terus balik. Rupanya malam tu kena tidor situ lagi. Allah. Aku memang dah macam cacing kepanasan masa tu. So aku decide, aku nak tidor tengah2. Iaitu di antara ayah aku dan emak aku. Tapi tulah, mata aku ni degil. Susah betul nak tidor masa tu. Dan again, aku dengar suara berdehem malam tu. Suara tu datangnya dari bilik arwah atuk aku. Jelas sangat even aku dah cucuk earphone bukak lagu kuat-kuat sekali pun.

Hm tulah jahil lagi, orang dah tahu benda macam tu. Bukak lah Yasin ke apa kan… Penyudahnya, rumah arwah atuk aku memang terbiar hingga ke sekarang. Dan banyak kali orang kampung kena kacau. Dorang tak berani nak lalu rumah arwah atuk aku waktu malam. Sedekahkan al fatihah untuk arwah atuk aku dan nenek aku ya?

.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.