Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca FS. Selamat berada di tahun baru 2019. Tak sangka kan, pejam celik dah pun sampai ke tahun baru. Best tak sambutan new year korang? Malangnye saya sambut kat laut je haritu. Tak cun la pulak schdule saya kali ni. Tapi takpe, dapat gak double pay. Seperti kata senior saya “No New Year No Problem, No MONEY is Problem” haha. Bile fikir balik, betol jugak kan dia kata. Kadang kitorang ni pun pandai gak sengket. Sape kata keje Offshore ni sentiasa loaded? Memang ada tapi tak semua la. Apapun diharap, tahun ni akan menjadi tahun yang terbaik untuk kite semua dan sentiasa dilindungi oleh maha pencipta. Amin.
Thanks untuk semua komen korang pada kedua buah cerita saya tempoh hari iaitu kisah-kisah seram saya di pelantar minyak. Saya amat hargai setiap komen korang yang berbaur nasihat, sokongan dan jugak feedback yang korang berikan. Dengan peluang yang ada, ianya membuatkan saya lebih berminat lagi untuk berkongsi pengelaman seram saya yang seterusnya di ruangan FS ni.
Okay, saya bukan la seorang yang pandai mengarang. Cuma saya minat membaca je. Kadang tu, terlalu panjang mukadimah pun buatkan saya rase bosan jugak bace. So, kalau bole kali ni saya nak kan kelainan sikit untuk genre cerita saya. Kalau bosan tu bole scroll je skip and bace cite yang lain. Orite, untuk kisah kali ni saya nak cite tentang jelmaan, gangguan dan juga penampakan entiti iaitu benda ghaib dikawasan pelantar minyak sepanjang saya bekerja di industri Oil and Gas ni. Saya jadikan kisah-kisah ni secara ringkas dan smuanya by part ye. Termasuk lah cite pengelaman seram dari kawan-kawan saya dan juga cite dari senior-senior saya. Dan seperti biasa, semua cite yang saya kongsikan ni adalah kejadian-kejadian misteri yang berlaku selama saya bekeje di pelantar minyak. Okay jom~ pada suatu ketika…
Cerita 1 “TUNGGU AKU KAT GYM”
Kalau tak silap saya kisah ni 3 tahun lepas. Mase tu kitorang tingal kat accomodation Jackup Rig. Nama kapal saya rahsiakan untuk menghormati crew yang masih bekerja kat situ. Ok, kapal ni just untuk dijadikan living quaters je mase tu. Sebab kat pelantar mase tu LQ dia penuh dengan P.O.B so tak cukup beding tempat tingal untuk kitorang yang Construction crew. Jadi terpaksa la kami tumpang checkin kat kapal Jackup Drilling, yang time tu tengah Skid (bercantum) dengan pelantar tempat kami bekerje.
Masa tu kitorang shift siang je. Dan habis keje jam 6 petang. Lepas setel solat maghrib isyak kitorang macam biasa masing-masing buat hal sendiri. Ada yang kehulu kehilir main fon, vdo call, biaselah tengah on call ngan makwe, family, wife dan anak-anak. Ada gak yang layan movie kat tv room. Jadi yang kitorang ni entertaitment kami lain sikit. Kitorang gym angkat besi. Mase tu kitorang berempat je. Saya, dan 3 lagi rakan saya. Kami start gym pukul 9 malam sampai jam 11pm. Kat gym tu, tempat dia agak sunyi sikit. Sebab tak ramai orang yang gym waktu malam. So kami lah yang memecah kan kesunyian dalam bilik tu.
Tengah gigih kitorang berempat ni buat game set, Masa tu hingga tak sedar yang jam dah menunjukan pukul 11pm lebih. Orang semua pun dah tido. Mase tu yang keje shift malam memang takde. Semua shift siang je. So kami je yang belom tido mase tu. Then kawan saya yang dua orang ni asmin & wan ni cakap nak “Last Set” dan stop jam 12am. Sebab diorang nak pegi merokok. Dah tepat jam 12am tu, kitorang pun dismiss macam biasa. Yang dua orang tadi asmin & wan pegi merokok, kawan saya sorang lagi si azri cakap dia nak mandi pastu tido, dan saya pulak nak gi toilet yang berada dekat sebelah gym. Nak pegi tempat toilet ni kena melintasi bilik locker room. Time malam memang gelap locker room ni sunyi giler beb! Saya pun tak tau kenapa la gelap tempat locker room tu. Tapi saya malas la nak fikir, sebab tak terdetik pun nak rase takut pada masa tu. Nak pegi toilet kat bilik saya terasa jauh la pulak. Lagi-lagi nak naik tangga kat level 3. Ingatkan lepas je gi toilet ni nak lepak jap ngan asmin & wan kat smoking room. Sambil reda kan peluh.
Time saya kat dalam toilet tu, dia ada 5 pintu dalam tandas tu. So saya gune tandas ke 4. Titibe saya dengar ada bunyi orang masuk tandas. Saya pun tegur la selamba.
Saya : Oii, ko ke min?
Tapi takde balas langsung time tu. Setel kencing saya keluar. Saya tengok tandas no 2 macam ada orang je dalam tu. Dah tu lepas je bunyi dia flush, orang dalam tandas tu pun keluar dengan selamba.
Saya : Ohh ko rupenya wan. Cepat nye ko merokok. Asmin mane?
Wan : (Dia guna isyarat tangan je sambil tunjuk kat smoking room)
Saya : “pehal dia ni, penat la tu kut lepas gym”(kata saya dalam hati)
Mula tu saya rase macam biase je. Dia pegi kat sinki cuci tangan sambil tu dia pandang cermin. Tapi time tu kat cermin memang saya nampak muke dia macam lain sikit. Pucat lesu je. Mata dia pulak tak berkedip. Teruk sangat letih dia ni (kata saya dalam hati). Titibe dia tegur saya. “Yus, nak sambung gym lagi tak?”. Bila dengar je dia cakap macam tu, so saya pun macam “hah? Biar betul dia ni” tapi saya faham sangat dah dengan si wan ni. Sebab dia ni aggressive sikit orang nya. Jenis kalau gym tak pernah rasa puas. Saya pun cakap la
Saya : Okay wan, aku layan je. Tapi follow game set ko je la k.
Wan : Okay, tunggu aku kat gym. Kejap lagi aku datang. (Sambil dia senyum)
Saya : Orite! Aku ambik angin jap kat luar buang peluh.
Keluar je dari toilet, tak semana-mana terus meremang bulu roma saya. Seluruh badan meremang giler! Tapi saya abaikan je dan saya terus je otw ke smoking room. Sebab mesti asmin tengah merokok lagi kat situ. Kan baru je berapa minit lepas gym tadi. So mesti la saya fikir dia still ada kat sana. Sesampai saya kat smoking room, titibe saya tengok “wan” dan asmin baru nak keluar dari bilik smoking tu. Saya apa lagi, tekejut beruk saya dibuatnya. Tengok wan ada kat situ. Dan diorang bedua cakap nak naik gi bilik, pastu mandi and tido. Saya pun tanya la kat si wan ni.
Saya : Wan, laju nye ko? Jadi ke ko nak gym ni? Kan ko yang cakap dalam toilet tadi.
Wan : hah! Nak gym?? Toilet?? Takde lah. Aku dari tadi je ngan asmin kat sini.
Asmin : haah la, kenapa yus?
Saya : Eh yeke?? okay takde apa lah.
Saya pun mula rase seram dan pelik masatu. Lepas keluar dari toilet tu rasenya tak smpai pun 20 saat. Dah sampai smoking room ada pulak si wan kat situ. Hahh! Kau rase??
Malam tu azri pun dah nyenyak tido. Sebab dia sebilik ngan saya. Rase seram pulak saya masa tu. So perkara ni saya diam kan sampai la kitorang balik crew change baru saya cite kat diorang. Tapi sebelum tu kawan saya si asmin ni pun ada gak kena sama macam saya. Dia gi merokok sensorang jam 2 pagi. Sambil wsap ngan gf dia. Titibe ada sorang member crew kapal tu datang kat dia mintak rokok dengan isyarat tangan je. Member tu pakai coverall masatu, macam tengah keje la kan dan dia fikir member ni duty watch shift malam. Asmin ni pun bagi je lah rokok sebatang dekat member ni. Pastu, yang hairan nya member tu tak bercakap langsung dalam bilik smoking tu, muke dia cyez je pucat menghadap estray, dan mata dia tak bekedip. Lepas je siap merokok, asmin ni pegi la keluar dan nak naik kebilik. Dan pada masa yang sama dia nampak member yang tadi tu baru turun tangga pakai baju biase seperti baru bangun tido macam nak turun gi merokok. Padahal baru je tak sampai 1 minit dia gerak dari smoking room.
Benda ni memang banyak la terjadi kat mana-mana pelantar atau kapal. Dia menyerupai kawan, member, orang yang kite kenal. Dah selalu dengar citer macam ni. Sama jugak kalau keje shift malam, sape yang pegang walkie talkie memang kerap la kena game oleh “benda” ni. Ada satu story ni cite dari senior la jugak. Dia ni kena panggil dalam radio kena suruh pegi site. Yang panggil kat radio tu cakap dia tunggu dekat site. Suara yang calling tu memang suara member dia la supervisor dia. Dah dia tiba sampai kat site, sekali tengok sunyi takde orang kat situ. Dah tanye balik kat orang yang panggil dia tu, memang takde pun supervisor dia panggil suruh datang pegi site.
Cerita 2 “SERAM DI AMPA 6”
Okay, ni tempat location yang tak jauh dari pelantar yang saya pernah cite sebelum ni pasal tembuakar kat pelantar tu. Dekat sini bukan saya seorang saje yang pernah terserempak, tapi hampir sesetengah crew dan kakitangan yang stay back dekat complex living quaters ni jugak penah ternampak dan terkena gangguan.
Kat pelantar ni, dia ada satu line pipe yang tempat keluar api. Kitorang panggil flare. Time tu kalau shutdown je, api tu memang padam. So satu malam tu, macam biase shift malam. Tugas saya mase tu “standby man” Breathing Apperatus wearer.
Mase tu hotwork dalam vessel. So saya standby man dekat mainhole vessel tu. Time tu kalau tak silap dah jam 3 pagi lebih. Ye mata mase tu mengantuk gile. Tengah santai duduk kat luar vessel, saya ni termenung la pandang dekat atas flare tu. Tengah fikir, cane la ye orang berani naik tinggi sampai atas tu. Titibe ada 1 benda begerak kat atas tu betul-betul kat crown api tu. Tpi mase tu memang tak ada api kat situ. Dan saya amati betul-betul benda yang begerak ni tadi. Dalam hati saya, burung kot. Tapi tak kan lah besar burung macam tu. Dah tu saya perhati je lagi walaupun mata mengantuk, pastu saya nampak benda tu berdiri dengan takde kepala pastu dia terjun ke laut macam orang tengah b***h diri. Huhhh! Hilang terus mengantuk beb! Terang terus mata ni!
Ada lagi satu kisah ni. Dekat pelantar ni jugak. Benda tu menampak kan diri dia. Yang ni bagi smua orang yang pernah pegi AP6 ni, rasenye tau citer ni. Bende ni dekat DP (drilling platform) ada sorang member ni, pernah kene tegur oleh “bende” ni. Time tu dia tengah nyanyi sorang-sorang dekat DP ni, dia shift malam sambil tu tugas dia jaga machine. Tengah syok dia nyanyi, titibe bende tu kat sebelah dia duduk sambil memandang kat member ni. Lalu “benda” tu tegur dia macam ni “HEHHH!” rambut dia panjang, bongkok dan badan berlumpur hitam. Kalau kena kat korang apa korang rase? Dan ada juga dekat cctv bende ni tertangkap dalam rakaman. Time tu salah seorang crew electrician tengah buat inspection dekat dengan helideck. Mula tu dia dengar bunyi kocakan air macam bunyi benda berat yang jatuh laut. Lepas dia toleh kelaut tu titibe bunyi mengilai bergema dekat atas kepala dia. Ni cite dari member saya la. Tak tau pulak saya betul ke tak ye.
Next pasal anak kucing misteri. Logik tak anak kucing bole berada kat pelantar minyak? Jarak jauh pelantar dengan darat 20km. Malam tu, sorang juruteknik kakitangan yang bertugas kat AP6 ni, dia tengah buat rutin keje dia, check itu ini. Dan pada satu malam tu, tengah dia buat keje, dia ternampak melalui hujung mata dia. Seperti ekor binatang sedang melintas kat tempat dia buat keje. Tempat tu sunyi dan tak berpenghuni. Sebelum tu memang diorang ni selalu dengar la bunyi kucing mengiaw time malam-malam. Apa korang rase bila dengar bunyi kucing malam-malam kat pelantar minyak? Nak gi cari kucing tu ke cane? Huhu. Kadang sampai menyebab kan diorang ni ketakutan dan tak bole focus dengan keje. Tapi mase malam tu, seorang juruteknik ni tak puas hati, apa yang dia dapati ada seekor anak kucing hitam yang bertompok putih tengah melintas depan mata dia. Dalam ketakutan dan curiga, dia terus pegi laporkan perkara tu dekat incharge dia dan juga rakan-rakan sekerja nya.
Bermacam cerita lah kitorang dengar pasal kucing misteri ni. Ada yang cakap kucing jadian. Ada yang nampak kucing tu bertukar jadi mahluk berkepala kerbau. Dan misi penangkapan anak kucing ni pula diorang cakap memakan mase yang lama. Sehingga mereka menggunakan perangkap kucing. Banyak spekulasi dan versi pasal kucing ni kitorang dengar. Sampai benda ni heboh keluar kat media. Bole bace dekat link ni.
https://mediapermata.com.bn/kucing-misteri-muncul-di-pelantar-minyak/
Tapi, apapun tempat AP6 ni memang port dia la. Pelantar yang paling horror la bagi kitorang.
Cerita 3 “BANKSMAN”
Okay, ni cite seram saya yang seterus nya dan memang sampai ni saya tak bole lupakan sampai bila-bila. Insiden ni pernah jadi 1 issue kat industri Oil and Gas. Tapi tak tau pulak saya ye, sampai ke tak rumor tu kat warga Offshore di seluruh dunia ni. Sebab, dalam industri OnG ni, tiap kali ada je kejadian kemalangan atau kecelakaan, memang seluruh industri OnG akan tau. Sebab benda ni mesti kena issue tiap kali kitorang adakan safety meeting pada tiap-tiap minggu.
Benda ni jadi dekat diri saya sendiri. Dan ianya jadi satu pengajaran buat saya juga. Mase tu awal tahun 2017 yang mana saya dah bertukar kerjaya ke bidang yang lain iaitu Drilling crew sebagai deck forman. Seperti biasa nama company dirahsiakan. Dan pada mase ni pun saya dah bertukar lagi ke company drilling yang lain. Sebab nak cari company yang good pay la kan, So sekarang ni saya berada dekat laut la. Huhu tapi dah nak balik dah. Pape pun chill je la kan.
So far, keje bidang drilling ni memang sangat mencabar dan high risk. Brutal beb! Sape cakap keje drilling ni santai rileks dan tak sakit?? Yang cakap rileks santai semua tu tipu je. Hanya orang yang penah rase je tau cane keje kitorang ni. Sebelum ni saya construction crew je rigger, technician, inspection. Ala, yang keje kat pelantar tu macam yang saya penah cite sebelum ni. Kalau ni memang kadang tu ada rileks santai. Tu pun time roughsea je. Bila kapal tengah logline/longside ataupun anchorage, Makan siang la kitorang jawabnye. Tapi berlainan pula dengan keje drilling. Memang takde istilah santai makan siang ke apa. Hujan pun kitorang keje beb, tolak ribut petir je kitorang stop operation. Tapi drilling kat rigfloor still on going. Ok ni cite pasal saya “Banksman”. Tau tak banksman ni ape? Bukannye keje bank ye. Ni adalah nama bagi tukang signal kepada crane operaror. Erti kata lain, banksman ni adalah nama tugas yang diberikan. So tugas yang saya buat mase tu banksman. Iaitu signaler kepada crane operator. Mase tu kitorang tengah buat lifting dari tengahari smpai la ke malam. Sebab shift kami masetu start dari jam 12pm dan habis jam 12am. Letih? Yessss ofcoz! Stress giler dan preasure.
Crane operator kitorang ni india. Dia ni memang berpengelaman orang nye. Mase tu memang busy sangat kitorang lifting. Macam main catur rasenye. Kejap kat topdeck, kejap maindeck, kejap kat cantilever kejap kat bawah sack room. Time tu dah penat sangat, sehingga la 2 jam lagi nak habis shift. Crane operator cakap kat saya guna walkie talkie (saya panggil dia bai je ok)
Bai : Okay yus, this is last lift right. Anything do you want me to pickup?
Saya : ya ya.. last lift. Wait ye bai. Give me 5 minutes, i check the manifest first.
Bai : copy copy!
Time tu saya dengan 2 orang lagi roustabot (kire macam assistant la) tengah duduk je besandar di sebalik mini kontainer, kami taknak bagi crane operator tu nampak sebab dia ni jenis kuat jack sikit depan boss. Alasan saya je tu nak cek manifest. Padahal kitorang penat sangat nak rileks jap. Situasi mase tu “blind lift” crane operator tak nampak saya, dan saya tak nampak crane operator. So kami communicate guna radio je. Tengah duduk santai-santai tu, kami tak sedar pun yang kami bertiga sedang duduk di bawah block (main hook block crane 50 tonnes). Ni adalah 1 kesilapan besar yang saya pernah buat. Dan mase tu radio saya bunyi.. Shhhhhhhhhhtttttttttttshhhhhhttttt (signal kacau) dan si bai ni terus cakap kat radio..
Bai : Okay copy copy!
Saya : huh??? Terkejut (hairan)
Tiba-tiba ” Zruuuuuuuurrppppppppp” dengan laju macam bunyi kapal terbang melintas diatas kitorang. pada masa yang sama..
Roustabot : AWAS LARI!!!
“PONGGGGGGGGGGGGGGGG!!!” lebih kurang setengah meter depan kitorang “main hook” block tu jatuh dengan laju, sebab terlebih release. Mase tu BEGEGAR RIG weyh! Meletup giler bunyi dia depan kitorang masetu. Berlobang besi lantai rig tu pecah. Bayang kan kalau benda tu kena dekat kami. Arwah kitorang yang crew change beb! Nauzubillahiminzalik. Saya bersyukur sangat kehadrat Allah SWT sebab hari ni saya masih diberikan nafas lagi untuk hidup.
Time ni kitorang 3 bagai nak gugur jantung rasenye. Ni adalah satu kejutan yang amat dasyat bagi kami be 3. Kitorang beredar dari tempat tu dan saya terus radio si bai ni.
Saya : BAI!! WHAT R U DOING? WHATS WRONG WITH YOU??? I TOLD YOU TO WAIT!
Bai : Im sorry im sorry.. i duno, i just saw u give me a hand signal to release the main block (cincai la lebih kurang mcm ni dia cakap)
Control room dengar perbualan kami. Dan semua orang dengar bunyi kejadian tu. Heboh mase tu. Semua keluar turun padang tengok tempat kejadian dengan boss-boss sekali semua keluar time tu. Disebab kan insiden tu, kami yang terlibat time tu kena investigate. Lakonan semula dibuat keesokan harinya. Di pendek kan cite, bai tu cakap dia nampak saya tengah bagi hand signal kat dia untuk tukar block kecik ke main hook block besar dan lepas tu saya mintak dia release. Then mase dia release tu dia cakap, dia dah kontrol bagi slow dah, tapi dia hairan main hook tu turun dengan laju. Time tu dia kata dia nampak saya tengah berdiri menghadap kat dia diatas mini kontainer sambil bagi hand signal suruh turun kan block tu. Tapi saya m**i-m**i tak mengaku, dan saya ada saksi 2 orang roustabot. Kami terpaksa cakap dengan betul la time tu yang kami tengah rehat kejap duduk sebelah kontainer tu sebab penat. So masing-masing tak puas hati pasal bende ni. Sampai la barge captain buat satu cadangan untuk refer kes ni kat cctv. Bile kena playback je rakaman tu, Nak tau apa kitorang nampak dalam rakaman cctv tu?
YES! Memang saya nampak dalam rakaman tu “saya” yang bagi hand signal tu. Betul-betul kelibat saya yang berdiri atas mini kontainer tu. Dan rakaman yang kitorang tengah duduk rehat santai tu jugak “Yes” kami bertiga, iaitu saya dan 2 orang lagi roustabot. Dalam rakaman tu ada “benda” menyerupai saya. Perkara ni jadi misteri. Semua HSE,STO,COMPANY MAN,OIM jadi confuse. Dan pada mase tu juga ada beberapa orang crew yang memang dah lama bekerja dekat jackup rig ni bukak cite. Diorang cakap memang sebelum ni pernah terjadi kejadian-kejadian aneh seperti ni. Seperti ternampak kelibat pelik, penampakan entiti tengah duduk kat atas kaki jackup dan ada juga pernah terjadi boom crane tu pandai release up and down sendiri mase tengah lifting, dia pandai swing sendiri ke kiri dan kekanan dan macam-macam lagi kitorang dengar. Tapi bagi diorang yang berpangkat boss ni faham-faham jelah ye. Perkara macam ni diorang tak ambik port langsung pun. Bagi diorang cite macam ni adalah spekulasi yang tidak berasas.
Lepas tu saya pun ambik keputusan la untuk resign lepas 3 trip saya dekat jackup rig ni. Sebab tak sanggup tanggung risiko. Dan sekarang saya pun dah berhijrah ke semi-sub rig iaitu kawasan semenanjung.
Saya harap kat sini akan jadi tempat keje yang paling selamat bagi saya. Apapun lepas ni dengan adanya pengelaman sebelum ni, akan membuat kan saya lebih berhati-hati lagi dalam menjalan kan keje dan tugas-tugas yang diberikan.
Cerita 4 “PENAMPAKAN KAPAL LAYAR PERANG”
To be continue ye. Balik darat nanti saya cite. Penat tau type panjang-panjang. Idea kat laut ni tak sama macam idea kat darat. So cite saya kali ni biase je. Sebab ilham pun cincai je yang melintas dalam otak ni. Apa-apa pun thanks sebab sanggup bace. Sekurang nye berbaloi la jugak saye type panjang-panjang. huhu
Saya stop sampai sini je dulu ye. Sodakallahualazim. Ada mase saya post lagi sambungan cite ni. Assalam.
Nice. Cant wait to read ur next adventure.
Antara cerita paling best kat FS ni… Keep sharing ok! Seram n best gilerrr
Boleh penulis share link cerita yang sebelum ni😊
weh just search pelantar minyak je.. nti kuar ah cerita dia sblum nie
suka suka
nice cerita dari pelantar..
kat mana pon kita kerja, moga senantiasa berhati-hati saudara penulis..
moga allah lindungi kita dari kecelakaan yang dahsyat serta dari tipu daya syaitonirojimm..
cerita lu memang terbaik bro… tolonglah sambung cerita seterusnya jng buat kami tertunggu. hahahaha Peace out
Hi Yus fx
Cite best.. Nak tanya.. Link yg penulis bagi tue ada ke gambar penulis dlm tue..
Apa2 pun tak sabar nak tahu cite penampakkan kapal layar perang..
Eh bukan la..tu bukan gmbar sy..tu gmbar kakitangan yg bertugas kat pelantar. Kitorang crew construction je. Yg kat gmbr tu sume bosses..
Saya baru lepas SPM igtkan nak sambung masuk UTP nak kerja kat pelantar minyak tapi bila baca je citer ni mcm takut la pulak😅
dik, tak masuk UTP pun boleh naik ke pelantar minyak.
yg penting masuk kerja dgn sykt minyak.
jgn ko gi ambil jurusan perladangan pas tu nak mintak keje naik rig.
lain dari yang lain. saya tak pernah dengar lagi cerita seram dari pelantar. cepat sambung ok 🙂
dekat pelantar minyak sekarang ni ade wifi ye?
macam2 ado dik. yg demand astro tiap bilik pun ada.
makan pun best2. tapi yg kat obersea tu pandai2 la pilih yg halalan toiyyiban.
tengok siapa operatornya lah.
kadang ngengade diaorg ni. hehheehe.
Bestttt.baca cerita yus mcm borak dengan yus je.hahhaah
Dengar nya kt pelantar minyak area terengganu sekarang dilanda ombak besar, semoga penulis kita saudara yus selamat dan sihat sejahtera hendak nya.. Dan semoga cepat2 menulis kisah kapal layar perang
gaya bahasa best..
seram tu mmg ye lah kan..haha
keep it up.
Bagus..tp hang mmg xtau ka taip perkataan ‘pengalaman’ tu?
hati2 la penulis ya next time.
kamu pun tahukan keselamatan paling penting kat sana.
my HSE officer selalu komplen pasal safety issue oleh crew-crew.
Ye sis.. skrang ni tngah busy byk pulak casing ni dtg. Nak pasang rebate tu ya allah..nak kena running screen lagi.. btw sis melorq ni oim ke? Or sto?
sis keje kira duit saja. hehehehe
tapi sis selalu borak dgn bhg operation.
Best cite en yus ni.. Walaupun tak faham sgt istilah org keje o&g tapi tetap boleh layan.. Keep it up.. Cepat sambung citer baru
Cerita best walaupun istilah byk tak faham n tak boleh imagine kan amende tu. Kisah 4 tu tak sabar nak tahu. Cepatlah sambungnya. Dok imagine kapal titanic je ni walaupn bukan kapal perang.
Tmpt kitorang kerja, ‘banksman’ dipanggil ‘chargehand’.
best best
ok kite tggu bai 🙂
seram sampai meremang bila baca
comel la kucing tu…
Volwagen kuning tak ada ke
satu pengalaman yg luar biasa.. sya suka sangat mmbca cerita dri pngalaman2 org ni, dri situ kita bnyk menimbh ilmu pngtahuan n pngajarn tuk kita smua…. thank shre storyy yg mnrikk ..