- Jelmaan Kak Nik –
Assalamualaikum readers. Ini pertama kali aku nak kongsi kisah seram yang tak berapa seram. Sebelum ni aku banyak jadi silent reader tapi hari ni rasa terbuka pintu hati nak berkongsi cerita sera .
Okay sebelum tu, aku nak bagitau, ni kisah benar ye, tiada tokok tambah. Ianya benar2 terjadi. Aku ada 2 cerita, Okay lets start the first story.
Aku berasal dari pantai timur, Cerita pertama ni berkisar tentang kak nik (nama samaran & telah meninggal dunia tahun lepas). Kak nik ni cantik orangnya walaupun sudah 30an keatas dgn senyuman yang tak lekang di bibir. Aku kenal kak nik pun sebab dia kakak kepada kawan aku. Setiap kali aku pergi rumah kawan aku, Lina (Nama Samaran) mesti aku akan jumpa kak nik. Cuma yang aku pelik, kak nik ni takde kawan dan kadang2 dia hanya berkurung dalam rumah je. Adik-adiknya semua kaki merayap.
Nak dijadikan cerita, aku ni dari remaja suka merayap malam dengan lina. Aku selalu keluar lepas maghrib dan selepas isyak atau pukul 10 aku akan balik rumah. Yelah kami tinggal di kawasan kampung, tak de orang jahat. Malam-malam keluar rasa selamat lagi. Selalu aku kalau tak lepak masjid, aku akan pergi lepak rumah lina borak2. Itu lah lifestyle budak2 kampung macam kitaorang ni.
Nak dijadikan satu malam tu, lepas maghrb aku nak pergi rumah lina, sebelum aku pergi tu. Akak aku dah bebel jangan keluar malam, duduk rumah study sebab masa tu nak dekat exam kan, tapi aku tak dengar, aku cakap pergi kejap je. Aku pergi jalan kaki je rumah lina sebab takde lah jauh sangat pun. Sebelum nak sampai ke rumah lina tu, memang ada sepohon pokok besar, aku tak pasti pokok apa, yang pasti pokok tu besar giler, dan kawasan situ memang gelap, tepi pokok tu memang semua semak2 dan ada dusun kecil. Masalah sebelum bila aku lalu tepi pokok tu takdelah rasa apa-apa, tetiba malam tu rasa seram lain macam, aku fikir perasaan aku je kot.
Mula-mula aku jalan macam biasa, tapi bila sampai dekat pokok tu, aku ternampak satu susuk badan tepi pokok tu, aku terkejut campur hairan sebab bila aku perati orang tu ialah kak nik, dan aku pasti tu orang bukan hantu . Yelah kak nik kan jenis tak kuar malam, tetiba jumpa kaknik kat tepi pokok besar, paling pelik sebab dia sorang-sorang.
Tapi aku konon berani kan diri untuk tegur, aku pun tegur lah ” kak nik, buat gapo sini? ” dia tak jawab, dia senyap je, tapi dia pandang je aku, aku dah cuak dah, buat hal lah kak nik ni. Aku tanya lagi sekali, ”kak nik, ohh kak nik, dengar dok ore panggil ni? Kak nik buat gapo sini? ”. Dia senyap pastu merengus macam marah gitu kan pastu dia sengih2. Tak cakap banyak, aku apa lagi lari la pergi rumah lina, dalam hati aku minta2 dia tak ikut, takut weyy, aku syak tu jelmaan kak nik, lintang pukang aku lari.
Sampai ke rumah lina, aku tengok adik beradik diorang dok lepak dekat beranda, fuhh nasib baik, kalau tak jenuh nak ketuk pintu. Diorang pun terkejut tengok aku lari tak cukup tanah.. Hahaha. Si lina ni tanya ” hah bakpo mu ni? ” aku termengah2 jawab ” kak nik, ado dok? ” lina cakap ” ni kak nik ado”. Aku pun tengok tiba2 kak nik keluar dari dalam rumah, terkejut beruk lagi sekali.
Kak nik tnya ”bakpo cari kak nik, ada tengok kak nik kat pokok besar ko?” Aku tanya lagi ”Aikk kak nik betul ke kat pokok tu? Cepat nya mari sini”. Tiba2 Kak nik kat depan mata aku ni senyum2, muka pun helok je. Aaa sudah, aku fikir dalam hati, kak nik ada saka kot. Lain macam je perwatakan kak nik ni. Lepas tu aku cerita la kat diorang yang aku betul2 nampak kaknik kat pokok besar tu, pastu dorang senyap je, aku tanya lah dorang ada tahu cerita apa2 ke.
Mula2 dorang taknak bagitau risau aku takut kan, last2 dorang bagitau, bukan kak nik je, dah berapa orang yang kena, benda kat pokok tu selalu buat jelmaan orang yang kita kenal, lagi2 kena dekat orang yang lalu situ sorang tapi yang selalu kena jelmaan rupa kak nik tu lah. Perghhh lepas dengar tu, meremang bulu roma, terus aku takut nak balik rumah dah. Jam dah pukul 10 lebih. Aku minta dorang hantar aku balik, takut punya pasal kan..
Sampai rumah aku bagitau kakak aku, dia gelakkn je, dia cakap itulah suka merayap lagi malam2 tak padan dengan anak dara. Lepas dari peristiwa tu kan, aku dah jarang keluar malam, kalau keluar pun mesti ajak kakak atau adik aku teman.
Tu betul2 aku jadikan pengajaran, orang cakap lebih baik kena kacau dengan hantu daripada kacau dengan manusia. Apaapa pun semoga kita jaga diri baik-baik dan jangan buat perkara bukan-bukan. Pasal kak nik tu aku sampai sekarang aku tahu apa cerita disebaliknya, dorang adik beradik pun tak bercerita banyak dan aku pun tak tanya sebab trauma tegur ”kak nik”.
Apa pun Alfatihah untuk Arwah Kak nik, Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Itu sahaja lah cerita aku, maaf kalau tak seram. Saja nak kongsi cerita..
Ika Gomez
I’m first….taraaaaa😉
Aik, satu je cerita? Bukan ade dua?
Mane cite ke 2 nye 🤔🤔
mane cita kedua?
itu orang cakap jangan merayap malam – malam.
tak kira la anak dara ke anak teruna.
mna ceta ke dua nya syg
Bahan cerita ada tapi tak digunakan dgn baik… teruskan menulis lagi dan lagi…