Jelmaan Paeh

“Jelmaan Paeh”

Aku kenalkan diri terlebih dahulu nama aku Syamil, aku merupakan pelajar SPM bagi tahun 2019. Disini aku ingin kongsikan satu cerita yang bagi aku cukup bermakna untuk aku dan kawan-kawan aku kenangkan. Rutin harian aku dan kawan-kawan aku sama sahaja ,selepas kelas tambahan pasti kami akan melepak, ada sahaja aktiviti yang kami lakukan. Hari ini kami bercadang sebaik sahaja tamat kelas tambahan kami akan ke sungai untuk mandi dan menangkap ikan. Semua yang dirancang berjalan seperti biasa dan lancar, sebaik usai menangkap ikan aku bercadang untuk membawa mereka ke dusun (bukit) untuk bermandi air terjun. Sebelum aku teruskan cerita aku perkenalkan terlebih dahulu rakan-rakan baik aku ini. Fizi, Paeh, Sufi, Zuhikar, Raja, Faris, Qayyum, dan Amin.

Sebenarnya kami semua 10 orang , tetapi kawan aku yang seorang lagi ini tak dapat join disebabkan motor rosak. Jalan untuk masuk ke kawasan dusun ini agak sunyi dan tiada orang jika bukan musim buah tapi disebabkan hawa nafsu nak mandi air terjun kami gagahkan juga untuk pergi. Sebaik sahaja masuk kawasan hutan line telefon masing-masing mulai hilang kerana kawasan yang agak jauh dari bandar. Aku dan zuhikar yang boleh dikatakan lebih arif dalam hal-hal hutan mengetuai perjalanan kami, memandangkan ada kawan-kawan aku ini yang baru first time masuk hutan.

Aku sudah berpesan supaya masing-masing menjaga mulut kerana hutan bukan tempat untuk melawak. Amaran aku seperti mencurah air ke daun keladi, semua tidak diendahkan oleh beberapa orang rakanku. Suasana hutan yang mendamaikan disulami bunyi air terjun yang menyengat perasaan untuk mandi. Salah seorang dari kami mula menunjukkan lagak hero “ eh ada budak mandi tu jangan ganggu dia” sambil bergelak tawa. Aku diam seribu bahasa kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan, walaupun aku tahu lagaknya itu akan mengundangkan musibah. Aku memilih untuk duduk diatas sekali sambil memerhati mereka mandi, rakanku yang baru pertama kali mandi begitu teruja sekali. Perkataan yang kurang sopan selamba mula keluar dari bait mulut mereka. Aku hanya memerhati kelakuan masing-masing. Aku yang leka memerhati tidak sedar yang hanya tinggal aku bertemankan pokok di atas kawasan air terjun, bulu roma mula merinding . Aku dapat merasakan seperti suara paeh dibelakang,sebaik toleh tiada sesiapa pun.

Dari atas aku dapat melihat reaksi Sufi yang tiba-tiba sahaja berubah , dia kerap memandang kawasan hutan disebelah pondok yang berada dihadapan air terjun. Setelah puas bermandi aku bercadang untuk bawa mereka mandi di hadapan kawasan bukit kerana aku sudah berasa tidak sedap hati. Sebaik semua orang meninggalkan perkarangan air terjun kini hanya tinggal aku, Sufi, Faris, Raja, dan juga Zuhikar. Sebaik aku turun aku dapat merasakan yang ada kelibat melintas dari arah yang sama dengan Sufi pandang tadi, lama aku mencari susuk tubuh seakan Paeh itu. Apa yang aku boleh katakan rupanya saling tidak tumpah dengan Paeh, memakai seluar track hitam dan tidak memakai baju. Zupss hilang disebalik semak -samun. “Woi“, sufi menepuk bahu aku dan berkata tengok apa tuh. Reaksi mukanya yang pelawak mula serius , dia seperti dapat merasakan apa yang aku nampak sebentar tadi. Aku cepat-cepat menafikan apa yang aku nampak tadi dengan jawapan yang ringkas ‘’ntah’’.

Perbualan kami tamat di situ sahaja tapi aku dapat merasakan ada yang memerhati kami disebalik semak samun itu. Bulu roma aku mula merinding sekali lagi aku dapat merasakan kehadiran tetamu yang tidak diundang itu. 2 orang daripada kami yang sedikit riak mula menunjukkan lagak seperti mempermainkan kawasan hutan, membuang air kecil sesuka hati mereka. Perangai lagak itulah yang menyebabkan aku dan Sufi mula dihantui. Aku dan Sufi diam seribu bahasa kerana tidak mahu memburukkan keadaan, rakan-rakanku asyik bermandi manakala aku memilih untuk berdiam sambil memikirkan apa yang aku lihat itu, perkataan yang terlintas di layar minda aku “Paeh’’ .

Ketika mereka sedang leka mandi, aku berada di sebelah pokok besar yang sudah tua usianya, aku dapat rasa yang ada satu suara mendayu-dayu memanggil nama aku. Dengan sisa baki yang ada aku mengenepikan perasaan takut dan turun mandi dengan mereka, sebaik aku masuk ke dalam air suatu suara aneh yang seakan suara wanita berteriak . Bunyinya yang agak kuat menyentak pendengaran aku dan Paeh pada ketika itu.

Diam kejap laung aku, aku cuba mengamati bunyi itu. Bunyi itu perlahan-lahan hilang. Suasana yang panas mulai mendung dan suram. Zupsss kelibat seakan Paeh kelihatan sekali lagi, tapi Paeh kini berada disebelah aku. Paeh atau bukan Paeh? Bunyi teriakkan seakan mengilai itu mengingatkan aku tentang peristiwa hitam yang berlaku tahun lepas . Dimana aku dan jiran aku pergi untuk menangkap gambar di situ, beberapa keping gambar aku ambilkan menggunakan telefon. Selepas diteliti gambar itu di rumah ,disebelah jiran aku itu terdapat satu mahkluk berpakai putih yang lusuh rambut panjang mengurai hingga ke tanah .

Masih terngiang diingatan aku . Aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah ,kerana tidak mahu peristiwa itu berulang kembali . Tingg , bunyi notification telefon aku berbunyi menandakan satu pesanan ringkas masuk. Selepas dibuka pesanan itu milik sufi, “apa ang nampak tadi?” Persoalan tadi diulang lagi. “Ang nampak macam paeh larikan tak pakai baju”, aku terdiam dan tak sangka yang bukan aku seorang nampak sebentar tadi. Sufi mula membuka topik , yang sebentarnya dia sudah nampak Paeh bermain dalam hutan sebaik sahaja kami tiba di situ dan menampak sesuatu dibelakang aku ketika aku berada seorang diri diatas air terjun. Jika Paeh yang dalam hutan sapa yang dengan kami?

Aku pun bertanyakan kepada rakan-rakan yang lain,adakah mereka nampak benda yang sama tetapi tidak hanya aku dan sufi yang nampak . Mengapa kami, sedangkan kami tidak berbuat onar seperti dua orang kawan aku itu. Pertanyaan demi pertanyaan dilontarkan, mengapa kelibat Paeh yang kelihatan. Aku tidak dapat menggambarkan bertapa takutnya perasaan bila berada di hutan dikelilingi manusia yang mulut celupar. Aku terus berdoa agar hijab aku yang telah aku tutup itu tidak terbuka semula. Paeh atau bukan Paeh ? Apa yang bolehkan aku katakan jagalah tutur kata ketika masuk hutan kerana hutan tempat mereka. Kerana mulut badan binasa.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Syml

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.