Jembalang – Aku Tak Kenal

Assalamualaikum dan Salam Fiksyen Shasha buat semua.

Aku AC. Panggil saja AC.
Pertama kali, terima kasih buat admin sebab publish cerita aku yang lepas. Kedua, meriahnya kalian gelak sebab typo 600km. Sedih sebab cerita seram jadi cerita lawak. Tapi takpe, aku akui kesilapan itu. Jadi memandangkan admin dah publish, aku tunaikan janji menaip cerita baru buat kalian.

Seperti yang aku pernah katakan sebelum ini, sepanjang aku membesar, banyak juga pengalaman aku diganggu oleh jembalang-jembalang yang tidak dikenali ini. Aku bukanlah penulis yang hebat, jadi aku cuba sedaya upaya menimbulkan perasaan seram sejuk buat kalian sepanjang membaca penulisan aku kali ini. Mungkin agak pendek kerana banyak peristiwa yang aku terpaksa refresh dan banyak juga details yang sukar untuk aku ingat dan tulis kembali. So, hope you enjoy the reading guys.

Kompilasi Cerita-Cerita Pendek Diganggu Jembalang yang Tidak Aku Kenal:

Cerita 1: Jembalang Tumpang Lalu

Masa umur aku masuk 8 tahun, parents aku membawa keluarga aku berpindah ke sebuah taman perumahan baru di kawasan daerah yang aku diami. Aku katakan baru kerana perumahan itu terletak jauh di pedalaman dan kami merupakan antara 5 orang keluarga terawal yang mendiami kawasan perumahan itu. Kerana terlalu excited dapat rumah sendiri yang baru dibeli, parents aku sanggup berpindah ke rumah baru walaupun elektrik belum disambung ke semua rumah. Yang ada cuma lah air paip. Kami sekeluarga terpaksa berkongsi sumber elektrik dengan jiran hadapan rumah yang menggunakan generator.

Selepas kepenatan mengemas rumah seharian (aku penat bermain), kami sekeluarga tidur beramai-ramai di ruang tamu. Suasana lampu malap dari mentol nan sebiji dari sumber kuasa elektrik dipinjam dari rumah jiran membuatkan suasana malam yang sunyi itu bertambah sunyi dan seram. Tapi aku tidak peduli semua keseraman itu, yang penting aku tidur disebelah kipas angin. Kerana malam itu aku rasakan agak panas. Selepas puas bergaduh dan berebut tempat strategik yang paling dekat dengan kipas dengan abang aku, akhirnya seperti biasa abang lah yang menang tempat paling strategik itu. Aku pula tidur di bahagian hujung sekali betul-betul sebelah tingkap dan pintu rumah.

Aku agak mungkin kami sekeluarga tertidur sekitar jam 1 pagi ketika itu. Sebab aku masih ingat jam dinding akan berbunyi setiap jam. Ting. Jam berdenting satu kali menandakan jam menunjukkan pukul 1 pagi. Bergema satu rumah. Maka aku pun terlena melayan perasaan kecewa tidak dapat tidur sebelah kipas.

Ting. Ting. Ting.
Jam dinding berbunyi tiga kali. Aku terkejut dan terjaga. Aku melihat ke arah jam di dinding. “Huh, pukul 3 pagi?” monolog aku sendirian.

Aku cuba untuk tidur lagi. Sebab selalunya kalau aku terjaga di tengah malam sukar untuk aku melelapkan semula mata ku. Dalam aku berusaha untuk lena kembali, tiba-tiba pintu depan rumah yang betul-betul berada tidak jauh dari kaki ku diketuk bertalu-talu. Ketukan yang aku kira mampu merobohkan pintu dan menanggalkan skru-skru engsel pintu itu berterusan dalam hampir seminit. Aku pula? Sudah tentu menutup mata dan kakiku dengan menggunakan selimut dan bantal. Menutup mata kerana takut melihat hantu, menutup kaki kerana takut hantu menarik kaki ku. Ketukan di pintu itu boleh aku katakan ibarat orang yang seperti hendak bergaduh. Mengetuk sekuat hati sehingga bergegar daun pintu.

Aku pelik kenapa tiada seorang pun ahli keluarga aku yang terbangun mendengar pintu diketuk berkali-kali itu. Oleh kerana ketukan yang semakin menyakitkan hati, aku memanggil-manggil Mak yang tidur tidak berapa jauh dari ku. “Mak, mak. Bangun. Ada orang ketuk pintu rumah ni.”

Ajaib. Mak aku terus terbangun bila mendengar suara aku memanggil-manggilnya. Pintu bagai nak roboh, tak bangun pulak. Penat barangkali. Saat mak sudah bangun dan memanggil ayah, ketukan di pintu masih berbunyi. Dalam masa sesaat terus aku berubah fikiran. “Oh, mungkin bukan hantu. Sebab yang lain pun dengar jugak.” Dalam masa beberapa ketika sahaja ruang tamu menjadi kecoh kerana semua adik-beradik ku terjaga. Di tambah lagi dengan bunyi pintu yang diketuk tak henti-henti dari tadi.

Ayah bergegas ke pintu rumah dan membuka dua kunci tambahan di bahagian atas dan bawah pintu yang baru dipasang siang itu sebelum memusing tombol pintu dan membukanya.

*Tiada effect bunyi pintu kerana pintu masih baru

Ayah membuka daun pintu seluas-luasnya sebelum menjenguk ke luar rumah. Tiada orang. Tiada sesiapa. Ayah keluar rumah sehingga ke pintu gate hadapan. Gelap gelita. Tiada orang. Malah jembalang yang aku sangka pun tiada.

“Pelik. Takde orang pulak. Tadi beria ketuk pintu bagai nak roboh. Ada orang main-main ke? Ke ada orang nak mencuri?” Ayah membebel. Barangkali risau juga kerana itu adalah malam pertama kami bermalam di kawasan perumahan yang masih kosong dan sunyi.

Ayah masuk kembali ke dalam rumah. “Mungkin ada benda yang saja tumpang lalu kot.” Ayah memberitahu mak sebelum sempat Mak bertanya jembalang mana yang mengetuk pintu rumah.

“Dah dah. Sambung tidur. Esok banyak lagi nak kerja nak disiapkan.” Ayah berpesan.

Dan kami semua pun bersiap kembali untuk menyambung tidur yang terganggu. Selepas ayah membuka dan menutup kembali pintu, terus hilang bunyi ketukan di pintu itu sehingga keesokkan paginya.

Kami pun melalui hari-hari di rumah baru dengan bahagia, gembira dan suka duka.

Tapi tidak bererti tiada lagi jembalang yang lalu. Aku sangkakan jembalang itu cukuplah sekali mengganggu ketenteraman tidur aku pada malam pertama itu. Rupanya malam-malam lain pun dia mengganggu jugak.

Hampir setiap malam, tepat jam 3 pagi aku akan terbangun dan di susuli dengan bunyi-bunyi ketukan di pintu rumah. Dan hampir setiap malam itu jugalah mak atau ayah aku akan membuka pintu memberi laluan ala-ala diraja buat jembalang-jembalang itu lalu. Yang menyakitkan hati ialah selagi pintu tidak dibuka, selagi itulah pintu itu akan bergoncang akibat diketuk dengan sangat kuat. Tidak menipu bila aku katakan itu bukan bunyi ketukan. Tapi lebih kepada tendangan/sepakan kaki seseorang pada pintu rumah. Sebab itu bunyi ketukan itu sangat kuat sehingga menggoncangkan daun pintu rumah. Malah adik aku yang bongsu itu pun akan menangis kerana terkejut mendengar bunyi pintu seperti dirusuh.

Peristiwa menyakitkan hati ini berlanjutan sehingga beberapa tahun berlalu. Walaupun ayah sudah menambah gril besi di bahagian luar pintu utama rumah, kejadian ketukan hanat itu masih berlaku. Menambah lagi kepelikan, walaupun pintu sudah ditambah gril besi setiap kali jembalang-jembalang itu menumpang lalu, tiada pula kedengaran bunyi besi yang berdentam-dentum akibat diketuk mahupun disepak-sepak. Yang ada cumalah bunyi sama seperti mula-mula dahulu bunyi direct pada daun pintu. Selepas ditambah gril besi. Kerja membuka pintu untuk jembalang-jembalang ini semakin menyusahkan kerana terdapat dua pintu yang hendak dibuka. Selagi pintu gril besi tidak dibuka, bila ditutup kembali, ketukan itu akan berbunyi lagi. Memang hanat jembalang ni. Menyusahkan, betul tak?

Tidak lama selepas itu, ayah aku start renovate rumah hampir 60 peratus. Kedudukan pintu utama rumah di alih. Begitu juga kedudukan pintu belakang termasuk kedudukan toilet dan bilik-bilik. Sejak renovasi, jembalang-jembalang itu terus bisu. Tiada lagi bunyi ketukan dan sepakan di pintu rumah pagi-pagi buta. Ada yang cakap, kedudukan pintu utama rumah dan pintu belakang selari menjadikan ia menjadi laluan kepada golongan jembalang ini. Atas sebab apa? Aku pun tidak tahu.

Kalau aku lebih besar, lebih dewasa, lebih bijak ketika itu. Sudah pasti aku mengenakan tol untuk jembalang-jembalang itu lalu melalui rumah aku. Selagi tidak meninggalkan seketul emas di hadapan pintu, selagi itu pintu tidak akan dibuka. Dan tiadalah laluan untuk kalian wahai jembalang. Hahaha..

Cerita 2: Hantu Badan Separuh

Cerita yang kedua ni mungkin agak pendek. Cerita yang lepas aku ada sebut tentang hantu yang badannya separuh.

Aku tidur seorang di dalam bilik. Tapi memandangkan aku agak penakut ketika itu, aku akan membuka pintu bilik aku seluas-luasnya dan katil aku akan menghadap luar bilik. Jadi apabila aku membuka mata aku akan nampak apa-apa yang lalu atau berlaku di luar bilik. Iaitu kawasan ruang tamu.

Kebiasaannya aku memang akan tidur dalam keadaan gelap. Walaupun aku penakut, aku tetap akan tutup lampu dan tidur dalam gelap. Satu rumah pun akan gelap. Cuma lampu dapur sahaja dibuka. Selalu nya aku akan terbangun tepat jam 3 pagi. Seperti ada yang menggerakkan aku supaya aku bangun dari tidur. Yang lebih sadis, mata aku akan terus segar bugar dan sukar untuk tidur kembali.

Hari itu, seperti selalunya aku terbangun jam 3 pagi. Sebaik sahaja aku membuka mata, aku terus ternampak kelibat kaki berlari-lari di ruang tamu. Sekejap ke arah kanan sekejap ke arah kiri. Dalam keadaan masih mamai aku berkata-kata di dalam hati “Apa lah yang abang buat pagi-pagi buta ke hulu kehilir ni.” Lagipun malam itu abang membentang tilam untuk tidur seorang di hadapan tv.

Aku sangkakan itu abang kerana dia memakai seluar warna putih seperti seluar tidur abang ku. Beberapa kali kaki itu mundar-mandir di hadapan bilik, semakin lama semakin perlahan. Dari berlari-lari sehingga berjalan melenggang-lenggok. Bila kaki itu mula perlahan, semakin aku perasan yang berjalan itu tidak mempunyai badan. Yang ada cumalah bahagian pinggang sehingga ke kaki. Aku apa lagi, terus menutup mata rapat-rapat dan baca Al-Fatihah.

Ketika aku bersungguh menutup mata berharap jembalang kaki tidak berbadan itu tidak masuk ke bilik ku, sekali lagi aku terkejut bila mana kaki ku dicuit sesuatu. Terus aku mengeraskan badan. Berpeluh woo. Main pegang-pegang pulak dah. Sekali lagi kaki ku dicuit. Dan kedengaran suara “AC, AC. Bangun. Teman aku kencing jap.”

Aik. Abang rupanya. Kus semangat. Aku ingatkan jembalang tu dah reti main cuit-cuit kaki.

Aku tanpa banyak soal bangun dan teman abang sehingga ke depan pintu toilet. Walaupun bilik air sekangkang kera je dari situ, aku pun pelik kenapa abang aku nak berteman pulak malam tu. Aku pulak baru je lepas nampak hantu badan separuh, memang rasa fresh lagilah seram tu. Sambil aku menunggu abang melepaskan hajatnya, rasa semakin seram pulak kat luar pintu toilet sorang-sorang.

Jadi bila aku menunggu abang depan toilet tak keluar-keluar. Berak ke apa? Lama gila. Aku pulak semakin seram. Hantu kaki pakai seluar putih masih berlegar-legar dalam kepala otak aku. Aku tak tunggu lama, aku terus sembunyi di belakang pintu bilik yang berhadapan dengan toilet. Bilik abang tapi dia tak suka tidur dalam bilik tu sebab panas. Korang jangan tanya kenapa aku sembunyi belakang pintu. Aku rasa selamat di situ dan fikiran aku yang masa kecil itu fikir hantu itu tak boleh cari aku di belakang pintu.

Aku ada satu habit masa kecik. Bila aku takut, aku akan bersembunyi di belakang pintu. Aku lupa masa kejadian ni berlaku samada umur aku 9 atau 10 tahun. Tapi habit aku yang satu itu memang berterusan agak lama juga lah. Atas sebab apa? Aku pun tak tahu.

Lama aku berdiri di belakang pintu. Tiba-tiba sahaja abang muncul dan tunggu di situ bersamaku. Aku tanya “Kenapa? Lamanya. Kau berak ke apa? Kata kencing.”

“Aku sakit perut lah. Aku takut ni. Ada hantu.” Jawab abang.

“Aku pun takut nampak hantu tadi. Dah lah jum tidur.” Dalam hati aku menyumpah la jugak. Patutlah ajak aku teman jumpa hantu rupanya. Hantu sama yang aku nampak kea pa? Aku terus keluar dari belakang pintu dan berlari masuk ke bilik untuk sambung tidur.

Esok harinya, abang bercerita kepada mak. Semasa abang tidur, tiba-tiba dia terjaga. Bilik tidur parents aku pun tidak jauh dari ruang tamu tempat abang tidur. Malam itu parents aku pun membuka pintu bilik seluas-luasnya kerana bilik agak panas. Nak pasang aircond tak mampu. Masa itu lah abang ternampak seorang lelaki dan seorang perempuan dalam berpakaian putih dimana lelaki itu berkopiah dan perempuan itu menggunakan telekung sembahyang. Pasangan lelaki dan perempuan itu melihat abang dari jauh dan bergerak menuju tempat abang tidur, semakin lama semakin dekat. Oleh kerana terlalu takut abang menutup mata sehingga sakit perutnya. Hahahaha. Itu yang dia takut sangat sampai bangunkan aku teman nak pergi toilet.

Sejak hari tu, abang tak berani dah tidur depan tv sorang-sorang kecuali ada adik aku menemaninya. Aku pula, lupa nak cerita hantu yang aku jumpa tu kat mak. Sibuk sangat bermain. Jadi bagi aku tak penting pun. Tak penting mungkin sebab hampir setiap kali terbangun jam 3 pagi aku akan diganggu dengan pelbagai jenis jembalang.

Kadang-kadang bila aku terbangun je, aku akan dengar bunyi periuk belanga di dapur di baling-baling, kadang-kadang seperti orang memasak, orang berlari-lari di ruang tamu, lembaga putih, lembaga hitam, budak kecik bermain-main, dan macam-macam lah. Tak banyak yang aku ingat. Jadi aku tak dapat nak cerita lebih detail. Tapi begitulah aku sepanjang membesar di rumah itu selama beberapa tahun. Sehinggalah aku hampir memasuki umur 12 tahun, aku sudah berani tidur seorang dan menutup pintu bilik. Sejak itu gangguan terbangun jam 3 pagi semakin kurang dan penampakan yang lalu lalang di hadapan pintu bilik hampir tiada. Aku semakin sibuk dengan persediaan untuk UPSR, jadi aku semakin lama perasaan takut dan seram itu semakin aku abaikan. Dan bermulalah hidup aku memasuki alam remaja tanpa diganggu lagi. Hehehe.

Cerita 3: Jari Jemari di Sebalik Cermin Sliding Window

Masa aku Darjah 4, aku ambil tuisyen Math dekat rumah seorang cikgu ni tak jauh dari rumah aku. Tapi kiteorang panggil Kak Boon. Aku akan pergi tuisyen sama-sama dengan abang. Naik basikal sama-sama. Tak jauh mana pun. Dalam 500-600 meter. Meter okay. Meter.

Memandangkan aku sekolah pada sesi petang, aku akan pergi tuisyen waktu pagi dalam jam 8 pagi. Tuisyen dengan Kak Boon ni antara tempat tuisyen yang paling aku suka. Sebab kawasan rumah dia luas dan mak ayah kak Boon suka kat budak-budak. Dorang layan kiteorang macam cucu sendiri. Sediakan air, biskut, keropok, chocolate masa study. Hahaha. Heaven lah untuk budak-budak. Time tu ada lah kurang dari 10 orang student Kak Boon.

Tapi satu je yang tak best. Rumah Kak Boon ni corner lot. Dan betul-betul bersebelahan dengan rumah dia ni satu bukit tinggi yang selalu orang-orang tua momokkan pada budak-budak masa tu ada hantu lah itu lah ini lah. Jadi sebagai budak-budak yang innocent hehehe aku memang lah percaya semua tu. Dijadikan cerita Kak Boon menyediakan kerusi dan meja di bahagian balcony luar rumah dan betul-betul bersebelah dengan bukit yang menyeramkan itu. Tapi memandangkan hari masih pagi dan terang, jadi tiada apalah nak ditakutkan pun. Cuma aku mengelak untuk memandang ke arah bahagian bukit. Jadi aku memilih untuk duduk menghadap tingkap bilik parents Kak Boon. Sambil menjawab soalan mathematics, sambil makan biskut chipsmore. Memang syiok lah.

Aku ada habit memandang jauh ke hadapan atau ke suatu sudut bila aku berfikir akan sesuatu. Mungkin soalan tambah tolak darab bahagi agak susah buat aku masa tu, aku mengambil masa beberapa ketika untuk termenung dan memandang ke sudut tingkap bilik di hadapan aku. Dalam aku termenung, tiba-tiba muncul satu tangan dengan jari jemari yang berkedut dan kuku yang panjang dan tajam melekapkan tangan di bahagian dalam tingkap bilik itu. Tingkap bilik itu gelap dan tidak nampak bahagian dalam apabila siang kecuali kita benar-benar dekat dengan permukaan cermin untuk orang yang berada di bahagian luar nampak.

Untuk beberapa ketika aku memandang jari jemari itu bergerak-gerak meraba-raba permukaan cermin tingkap itu. Tiba-tiba hilang di sebalik langsir. Aku mengerutkan dahi. “Aik tangan siapa pulak tu?”

Aku memandang ke arah tempat Pakcik (Ayah Kak Boon) selalu duduk membaca surat khabar, pakcik tengah duduk membaca dan tidak jauh dari situ kelihat Makcik (Mak Kak Boon) sedang menyiram pokok-pokok bunga yang banyak di halamannya. Sebab memang itu rutin setiap pagi pasangan emas itu setiap kali kami datang bertandang untuk tuisyen. “Jadi siapa di dalam bilik?”

Aku melepaskan pensil di tangan dan pergi ke arah tingkap bilik. Aku melekapkan muka dan kedua tangan ku untuk mengintai siapa yang berada di dalam bilik ketika itu. Lebih tepat lagi aku mencari siapa punya gerangan tangan berkedut itu tadi. Langsir yang sedikit terselak membolehkan aku melihat-lihat ke dalam bilik Makcik dan Pakcik. Kosong. Tiada orang.

“AC. Buat apa tu?” Kak Boon tiba-tiba menyergah dari belakang.

“Tadi saya nampak ada tangan kuku panjang melekap kat cermin tingkap. Dekat dalam bilik.” Kataku pada Kak Boon. Risau dimarahi kerana tidak duduk di meja membuat kerja math.

“Tangan? Mana ada. Kak Boon tak nampak pun. AC silap pandang kot.”

“Betul. Saya nampak. Tengok. Kan ada bekas tapak tangan melekap kat cermin tu.” jawabku sambil menunjukkan bekas tangan tersebut.

“Ohh. Tak de apa kot. Dah dah. Pergi buat kerja math. Tak siap tak boleh balik nanti.” Aku cepat-cepat beralih ke arah tempat duduk ku dan menyambung apa yang terbantut tadi.

“Mak. Cuba tengok dulu dalam bilik. Ni AC ni cakap nampak tangan dalam bilik.” Kak Boon berkata kepada Makcik.

Makcik masuk ke dalam bilik nya dan menyelak-nyelak langsir. Tidak berapa lama kemudian Makcik keluar semula. “Boon mana ada apa-apa. Takde siapa-siapa pun dalam bilik tu.” ujar Makcik kepada Kak Boon.

“AC nampak tangan ke? Itu tangan makcik la kot tadi makcik cuci tingkap.” Ujar Makcik pula kepadaku.

Aku pula. Diam sahaja. Dalam hati aku berkata. Mana mungkin tu tangan makcik. Sebab masa aku nampak tangan tu, makcik dan pakcik kat luar sama-sama dengan kami. Nanti menjawab kena marah jadi aku diamkan sahaja la ketidakpuasan hati ini hahaha.

Jari jemari berkedut berkuku panjang dan tajam itu, agak hitam. Aku ingat rupa tangan itu sampai sekarang. Tak menyelerakan langsung. Tapi aku pun tak tahu jembalang apakah itu dan tidak ku kenali sehingga sekarang.

Rasanya dah panjang sangat dah ni. Mata aku pun dah silau menaip ni. Admin, lepas baca tolong publish okay. Okay lah korang, nanti aku sambung lagi. Kalau tak seram jangan menangis okay. Terima kasih daun semalu, bacalah ye, jangan malu-malu. Bye.

AC

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

AC
FB Penulis
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

21 comments

  1. Still x move on dr 600km?

    Cerita lebih pendek kali ni.. jalan cerita difahami.. Cm kurang seram kali ni..

    Klu ada lg kisah lain AC share lg ok..

  2. Tiap kali Kul3 pagi bangun. Segar bugar xbole tido..Alhmdulillah..kejutan istimewa namanya tu.tahajud 2 rakaat skurang2ny pun da cukup da..?
    Niway cerita best! Akak dgn tnpa segan silunya nk bg 5 star!!

    1. Kann.. Slalunya org yg bangun waktu2 gini la org paling btuah.. Allah kejut nak bagi kita pahala..
      X buat tahajjud, berdoa pn jadi lah.. Allah akn perkenankan..

    2. Hahaha. Dulu dulu masa kecik kak, tak fikir lagi pasal tahajud2 ni. Bila dah besar ni susah pulak nak bangun awal pagi macam tu. Bangun pun setan ni tarik2 kelopak mata suruh tidur balik ??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.