Jenazah Bangun

Assalamualaikum kepada kipas susah m**i FS sekalian. Cerita ini adalah mengenai pengalaman bapa saudaraku semasa kecil dulu. Pak Teh merupakan adik kepada ibuku dan usianya kini telah menjangkau 50 tahun. Pengalaman ini berlaku ketika usianya baru menginjak 10 tahun, kira – kira kejadian ini berlaku hampir 40 tahun yang lalu. Pada waktu itu ada kematian salah seorang saudara tua di kampung kami. Oleh kerana kematian itu berlaku sekitar lewat senja dan di kampung kami ketika itu tiada bekalan elektrik lagi, makanya memaksa pengebumian untuk dijalankan pada keesokan paginya.

“Apa lagi, jenazah kena bermalamlah nampak gayanya”, bisik sepupu Pak Teh yang ingin menakut – nakutkan Pak Teh.

Pak Teh sememangnya terkenal sebagai seorang yang penakut dan lemah semangat dalam kalangan adik – beradik dan sepupunya. Tambah lagi jenazah saudara tua itu akan diletakkan di rumah kami, semakin bertambah – tambahlah gabra Pak Teh pada malam itu. Namun, ramai saudara – mara yang memenuhi ruang di dalam rumah papan pusaka menyebabkan perasaan itu sedikit berkurangan.

Warga tua kebanyakkannya memenuhkan masa dengan membaca Yassin, manakala yang muda – muda pula sibuk berborak rancak di halaman rumah dan di dalam bilik. Yalah, bila sesekali sepupu – sepapat bersua, sudah pasti keadaan seperti tidak dapat dikawal walaupun ada kematian.

Tiba – tiba salah seorang daripada sepupu Pak Teh dan ibu mengadu kelaparan dalam nada yang amat kuat.

“Nasi mana nasi ? Aye lapar ni”, jerit sepupunya dalam nada pelat, jelas yang sepupunya masih kecil sekitar 5 ke 6 tahun ketika itu.

Secara tiba – tiba juga sang datuk bersuara dalam nada tegas.

“Jangan cakap pasal makan di depan mayat boleh!”.

Sememangnya segala nasi dan lauk pauk diletakkan di hadapan rumah jiran dan dimasak secara gotong – royong, dan sesiapa yang lapar boleh ke seberang jalan. Datuk (moyang aku) sudah memperingatkan mereka semua supaya tidak sekali – kali bercakap tentang makan atau apa – apa gurauan di hadapan jenazah, kerana itu pantang besar di kampung kami, atau tidak menghormati jenazah tersebut. Takut jikalau pantang dilanggar akan berlaku sesuatu yang buruk.

Keadaan itu membuatkan semua hadirin terdiam seketika termasuklah Pak Teh, lalu dia mula berfikir yang bukan – bukan. Psikologi seorang penakut memang begitu barangkali.

Sekitar 1 pagi, jiran – jiran telah pulang ke rumah masing – masing, yang tinggal hanyalah keluarga dan saudara terdekat yang menumpang tidur di rumah Pak Teh. Pak Teh dan sepupu sebayanya yang lain tidur berdekatan tangga menuju ke dapur manakala lampu minyak tanah diletakkan di setiap penjuru rumah. Orang – orang tua yang membaca Yassin tadi juga telah beransur tidur seorang demi seorang, sementara ada yang mengambil giliran menyambung membaca kerana semua faham yang jenazah tidak boleh ditinggalkan oleh sesiapapun walau tidurpun tidak dibenarkan semua, perlu ada yang perlu berjaga di sisi jenazah, kerana bimbang syaitan akan memasuki jasad yang kosong.

Entah bagaimana, sekitar pukul 3 pagi, tiada seorangpun yang berjaga, semuanya telah terlelap. Pak Teh yang tidur betul – betul di tepi tangga menuju ke dapur telah tersedar daripada lenanya akibat terhidu sesuatu yang amat hanyir. Dalam samar – samar lampu minyak tanah tersebut, ekor matanya dapat menangkap pergerakan seseorang dari arah belakangnya. Ya, seseorang seperti sedang berbogel tanpa seurat benangpun sedang menuju ke arahnya melangkah seorang demi seorang sepupunya yang sedang tidur. Apabila sampai ke giliran Pak Teh, dia berpura – pura menutup mata sambil menahan bau yang amat hanyir, seperti bau mayat yang terendam di dalam air. Lalu lembaga tersebut bersuara.

“Aku tahu kau seorang saja yang tidak tidur”, ungkap lembaga tersebut dalam nada yang garau tetapi dapat dikenalpasti suara tersebut oleh Pak Teh.

Pak Teh menutup mata dan hidungnya sambil air matanya meleleh menahan takut. Lembaga tersebut menuruni tangga dan terus ke dapur. Pak Teh membuka mata sedikit dan dapat melihat dengan jelas perlakuan lembaga tersebut yang seperti sedang menyelongkar sisa – sisa makanan di dalam besen yang dibawa balik daripada rumah jiran untuk ditanam. Pada tahun 70an di kampung masih tiada plastik sampah, tiada pinggan cawan plastik, tiada tong sampah dan tiada tempat pembuangan sampah lagi, semua sisa akan ditanam.

Kruk krak kruk krak, bunyi tulang temulang diratah oleh lembaga tadi. Daripada suara dan susuk tubuh lembaga tersebut yang membelakangi Pak Teh, dia yakin benar yang itu merupakan jenazah Tok Pandak yang baru meninggal maghrib tadi. Tok Pandak meninggal kerana tergelincir jatuh ke dalam perigi di belakang rumahnya dan setelah satu jam terendam di dalam air baru disedari oleh anaknya. Usai makan, jenazah Tok Pandak bergerak kembali ke tilamnya dan sekali lagi melangkah Pak Teh.

“Jangan sekali – kali kau buka mulut pada yang lain – lain atas apa yang aku buat pada malam ni”, nadanya sedikit keras dengan suara garaunya membuatkan jantung Pak The hampir tercabut.

Keesokannya rumah tersebut gempar kerana tulang – tulang ayam berselerakan di dapur, namun lebih memeranjatkan lagi apabila mulut jenazah Tok Pandak dihurung semut. Datuk sekali lagi memarahi semua yang ada di rumah kerana tiada siapapun yang berjaga selepas pukul 3 pagi.

Pengalaman itu telah membuatkan Pak Teh mengunci mulutnya selama 40 tahun dan baru kini diceritakannya kepada ibu dan adik – beradik yang lain.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

13 thoughts on “Jenazah Bangun”

  1. saya pun ada pengalaman lebih kurang macam ni. masa arwah opah meninggal dan tunggu untuk dikebumikan esoknya, kami semua terlelap dan tiada sorang pun yang mengaji. saya mimpi arwah opah bangun dan menuju ke kubur sendiri. esoknya mk cik saya pula cerita dia terjaga sebab terasa arwah opah melibas kain kat muka dia.mcm kejutkan dia…

    Reply
  2. Errrrkkkkk…
    Takotnye…
    Alhamdulillah ms arwah abah menggl dlu,kami adik beradik bergilir2 berjaga mengajikan arwah…
    Xtau psl kisah cmni…
    Cumenye lbh ke arah kesian arwah sendirian yg dlm proses melalui ke alam barzakh…
    Sedih plak ni kenangkan arwah abah…

    Reply
  3. pernah dgr cerita cam gini zaman dulu..seriously sama ..haha..tpi yang itu labu merah..semua orang ttidur, kecuali satu budak, then the rest of the story tu sama..lepas kejadian tu..sejak hari tu, orang dulu2 ,pantang diorg adlh jgn masak labu merah kalau ada orang meninggal…tpi zamn skrg org xda pantang suda….

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.