jin Balas Dendam(cicitbunian)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,nama aku cicit bunian tapi itu hanyalah nama pena,aku ada menulis cerita sebelum ni(moyang aku bunian,winnie si penjaga rumah)siapa yang belum Baca tu silalah baca ye.

Ok kali ni aku nak cerita mengenai pakngah aku yang meninggal beberapa tahun yang lepas. al-fatihah untuk pakngah aku. Pakngah aku paling rapat dengan aku. Sebelum aku memulakan cerita, aku mohon maaf atas apa-apa kekurangan atau kesalahan yang aku lakukan di sini. Tak nak panjangkan cerita kita mula ok.

Pakngah dan makngah aku kahwin lari kat kl. Mula-mula arwah moyang aku tak bagi pakngah aku kawen dengan makngah,sebabnya kitorang tak tahu tapi arwah moyang memang sekerasnya menegah tak bagi jugak pakngah aku ni kahwin. Jadi pakngah aku bawak makngah kahwin lari. Selepas makngah dan pakngah dapat anak kembar 3 mereka balik ke rumah moyang. Mungkin masa tu pakngah aku pikir kalau ada cicit mesti moyang lembut hati.

Mula-mula masa diorang sampai tu, moyang aku jerit suruh tutup pintu jangan bagi diorang masuk. Kami semua pujuk dia bagi la pakngah masuk. last baru bagi pakngah dan makngah masuk rumah tu kalau tak moyang aku cakap macam ni. “Hangpa jangan nak bagi dia masuk!! kunci pintu aku tak inzinkan dia masuk dalam rumah aku!!” setelah 3 tahun berlalu pakngah aku duduk rumah tu takda apa yang berlaku.

Ni cerita dari makngah aku yang sekarang dah kahwin lain. Satu hari tu pakngah aku pergi la cari pucuk paku dan ulam pegaga untuk makan nasi cicah cabai tumbuk, perghh!!s edap giler, ciss sempat lagi. Sedang pakngah berjalan tiba-tiba datang seekor kalakapit adik kepada kalajenking hehehe..gurau je la. Ok sambung. Kalakapit tu ketik kaki Pakngah. Disebabkan sakit yang terlampau, pakngah aku berjalan balik ke rumah. Sesampai dia di rumah, dia mengambil sebotol minyak gamat ke minyak angin lumur la dekat kaki yang kena ketik tu. Ingat kalakapit biasa aje bila duduk dua tiga hari makin merebak pulak bisa tu sehingga ke bawah kangkang. Kami bawa seorang ustaz untuk berubat. Ustaz tu kata tu bukan la kalakapit biasa, kalakapit tu bisa dia sangat kuat. Ustaz tu bagi air suruh pakngah minum. Pakngah pun minum.Bila dah minum, ustaz tu pun balik. Paklang ada menghulur beberapa duit kertas bewarna merah.

Dua tiga hari tu bisa tu dah makin surut. Pakngah aku pergi pulak hutan tu cari pucuk paku dan ulam pegaga tu. Makngah aku masa tu mengandung 6 ke 7 bulan. Sebab penat dia tidur petang tu, moyang dah tak ada masa tu. Bila Pakngah balik dari hutan, satu hasil pun tak ada tapi bisa tu dah naik sampai leher. Terkejut kitorang. Bisa tu dia macam warna merah sebab tu kami tahu itu bisa kalakapit. Kami bawa banyak ustaz untuk buang bisa tu tapi semakin kami cuba untuk buang bisa tu semakin merebak. Ada yang bersilat untuk tarik bisa,ada yang bersembang je lebih, dan ada yang lari terus kata tak boleh nak buang bisa tu sebab bisa tu kuat. Dia belum cukup ilmu nak buang katanya. Bisa tu semakin merebak ke arah kepala. kami hanya berserah pada Allah. Esoknya pakngah aku pergi menghadap ilahi.

Selesai aje simpan pakngah kami pergi berjumpa ustaz yang lari tu. Masa tu pukul 5 petang. Isteri ustaz tu hidang kami air kopi dan roti kering. Abah aku tanya apa yang menyebabkan ustaz tu taknak teruskan rawatan buang bisa tu. Ustaz tu cerita malam tu bila masuk, bulu roma habis meremang tapi dia cuba tengok apa yang boleh dia buat,dia duduk menghadap pakngah, sedang dia membaca surah pendinding supaya tak ada benda melakat pada dia. Apabila dia membuka mata, dia nampak ada seekor makhluk atau jin duduk menghadap dia dengan muka yang bengis, perut buncit dan botak. Mukanya hodoh bewarna merah sebahagian dari mukanya hitam seperti terbakar. Makhluk tu tidak memakai baju, kemaluannya tertutup oleh rerambut yang menghiasi badannya dari pusat sehingga ke bawah. sorry loqlaq sikit. Kata JIN BERKENAAN, anaknya mati kerana pakngah melibas parang di tempat anaknya bermain sehingga terkena parang itu pada anaknya. sebab tu la jin tu membalas dendam pada pakngah. Kami yang dengar ni pun dah takut!! Yang peliknya aku tak nampak pun jin tu mungkin hijab dah tertutup? tapi mustahil la pulak sebab aku masih boleh nampak puteri kalsom.

Ok itu sahajalah cerita seram yang tak seberapa seram pun dari aku. Ada masa kita jumpa lagi pasal tempat bunian yang korang nak tau sangat tu aku tak boleh nak bagitau macam mana tapi setakat ni aku nampak dalam mimpi tu ada buih-buih warna-warni ada air terjun ada rumah-rumah tapi jauh dari air terjun tu. Kadang-kadang nak jugak aku gi sana tapi takut kalau puteri kalsom marah. Sekarang aku dah anggap puteri kalsom tu macam kakak angkat aku,sebab dia baik sangat,tapi dengan dia aku kena cakap menggunakan bahasa purba kala zaman dulu-dulu(hahahah). Itu pesan pak mon. Puteri kalsom selalu bawak aku pergi jalan-jalan tepi air terjun tu,tapi dia tak pernah nak bawak aku pergi kat rumah-rumah tu aku pun tak tau kenapa. Tarikh dia melawat pun dah nak sampai😅.

Ok itu ajelah kisah dari aku kali ni,apa apa pun thanks sebab fs sudi siarkan kisah aku ni. Komen la ye. Kalau ada apa-apa kekurangan harap maaf, assalamualaikum. -CICIT BUNIAN-

7 thoughts on “jin Balas Dendam(cicitbunian)”

Leave a Comment