Jin Majusi

Assalamualaikum semua. Firstly aku nak ucapkan terima kasih pada FS sebab sudi siarkan kisah seram berdasarkan pengalaman aku sendiri. Nama aku Wafhiyyah. Kisah yang aku nak kongsikan ni terjada pada diri aku sendiri dan juga kakak aku, Fathiyyah masa kami masing-masing diumur belasan tahun. Waktu tu kakak aku ni umur 18 dan aku 17 tahun (nak ambik SPM tahun tu). Sorrylah kalau korang rasa apa yang aku nak kongsi ni tak seram ke apa. Dan aku nak ingatkan awal-awal cerita ni agak panjang sebab aku malas nak sequel macam twilight. So harap korang seram sejuk okay!

Sebelum tu aku nak beritahu yang aku menetap di salah sebuah negeri di utara. Taman rumah aku ni bersebelahan aje dengan kampung belah mak aku, so kalau nak balik kampung mak waktu raya tak payah susah-susah nak hadap jem kat highway. Dalam 10-15 minit aje dah sampai kampung mak aku. Dalam kampung ni ada adik beradik mak aku iaitu Pak Long, Pak Ngah, Pak Jang. Mak aku yang bongsu (maksu). Atuk dan nenek aku dah meninggal so kubur dorang pun kat kubur sebelah masjid kampung ni. Selain dari tu ada juga adik beradik nenek dan atok aku iaitu Tok Jang, Tok Teh dan Tok Su (setiap satu nama ni satu family sampai ke cucu) jadi memang riuh lah kampung tu dengan kaum kerabat aku aje.

Nak dijadikan kisah, ada satu hari tu mungkin Isnin kot (aku tak ingat sangat sebab dah 5 tahun berlalu) aku dan kakak aku ni patutnya ada kelas mengaji dengan satu ustazah dalam kampung mak aku. Kiranya satu kampunglah kenal dia. Kelas mengaji kitorang mula pukul 9 malam lebih macam tulah sebab nak lepaskan Isyak dulu. Selalunya kalau nak pergi mengaji ni ayah aku yang akan hantarkan tapi haritu pukul 6.30 petang ayah call mak dan bagitau mak yang ayah mungkin balik lambat sebab ada pekerja office dia yang admitted hospital sebab heart attack. So ayah aku pun suruh kakak aku bawak moto ayah pergi mengaji sendiri. Actually kakak aku baru aje dapat lesen moto, baru seminggu lebih. So korang boleh bayangkanlah betapa excitednya minah tu boleh bawak moto sendiri jauh-jauh kan. Mak aku mula-mula macam berat nak lepas tapi dah mak aku sendiri tak boleh drive dan bawak moto so terpaksalah dia relakan anak-anak dara dia keluar sendiri.

Tapi orang tua-tua selalu pesan jangan suka sangat. Tapi kakak aku ni aku pun tak tahulah tahap jakun dia paras mana sebab belum sempat Isyak masuk dia dah get ready kat ruang tamu pastu siap pekik nama aku suruh turun. Jenuhlah mak aku nak hambat dia suruh settlekan Isyak dulu baru keluar. So lepas dah ready semua kitorang pun keluar. Tapi sebelum keluar tu sempatlah mak aku bagi macam-macam nasihat padahal kitorang nak masuk kampung sendiri yang tak jauh mana pun (haha). Then mak aku pesan juga kat kakak aku jangan suka sangat sebab muka dia jelas excited nak bawak moto.

Aku cerita sikit gambaran jalan nak masuk kampung aku ni. Dari taman rumah aku nak ke rumah ustazah aku ni ada satu jalan panjang yang sunyi means kiri kanan tak ada rumah. Lampu jalan pula setiap 600 meter sebatang lampu. Then jalan panjang ni sebelum nak jumpa rumah-rumah orang kampung dalam tu adalah lebih kurang 5-7 minit macam tu. Dan….sepanjang jalan ni ada satu rumah kayu yang tak ada orang means rumah tinggallah kat sebelah kiri jalan (kalau dari jalan mula-mula nak masuk kampunglah). Dan jalan ni sempit sangat walaupun jalan tar, kalau kereta berselisih kereta haa pandai-pandailah hidup sebab kiri kanan jalan ni semak samun.

Okay back to masa aku dengan kakak aku baru on the way nak masuk jalan tu. Masa kat taman aku tadi kakak aku ni bawak punyalah laju macam apatah lagi. Lepas tu tetiba masuk jalan kampung ni dia bawak slow je. Aku pun tak tahulah kenapa aku benak sangat time tu sebab selamba badak je aku tegur dia, “along, apesal kau bawak slow? Macam bawak hantu pulak”. Hahaha sampai sekarang aku rasa macam nak tampar mulut sendiri sebab celupar sangat.

Kakak aku ni tinggi, so masa aku membonceng kat belakang dia tu aku memang tak nampak jalan kat depan, aku nampak kepala dia aje. Tiba-tiba aku dapat rasa yang moto tu bergegar je jalannya, pastu aku jenguk sikit tangan kakak aku. Aik apehal pulak minah ni menggigil bawak moto? Elok je aku pandang depan, nah! Rumah tinggal tu lagi 400 meter kat depan dan kat depan rumah tu ada sekor Pontianak tengah ready tunggu kitorang lalu. Kau rasa?????

Aku time tu dah 10 kali menyumpah diri sendiri sebab mulut celupar nak m**i. Nasib baiklah kami tak nampak muka Pontianak tu sebab dia berdiri betul-betul depan rumah so kami cuma nampak belah tepi Pontianak tu aje. Kakak aku dah stop kan moto dah time tu sebab dia ni memang jenis lemah semangat sikit. Time tu aku tak terfikir pun nak baca apa-apa ayat ke sebab yelah blank kot ni first time aku nampak dengan mata kepala aku sendiri. Ingat tak seram ke?

Kakak aku toleh sikit ke aku pastu dia tanya, nak pusing balik ke ni? Aku takut… (ok dia dah mula nak nangis). Aku cakap kita pusing balik pelan-pelan jangan sampai ‘dia’ sedar (time tu aku ingat Pontianak tu bodoh agaknya tapi tidak sama sekali). Kakak aku pusing balik pelan-pelan dan ya thank god sebab moto ayah kitorang ni bunyi tak bising sangat. Lepas aje kami pusing balik dan kakak aku bawak slow nak jauh dari Pontianak tu tiba-tiba aku nampak kain putih melayang atas kepala kami. Korang boleh agak tak apa jadi?

Ya! Pontianak tu tunggu kami kat jalan sebelah sana pulak!! Time tu aku dah menyumpah dengan bersungguh-sungguh (still lagi tak tefikir nak baca ayat kursi ke apa ke tapi dok menyumpah).
Kali ni Pontianak tunggu kat sebelah kanan kami pula tapi masih dalam jarak yang sama kurang lebih 400 meter macam tu dan dalam posisi yang sama dan syukur untuk itu at least kami tak nampak muka dia.

Kakak aku terus brake mengejut then dia tekup mulut dia. Lepas tu dia nangis. Damn! Kitorang pun diam jap atas moto time tu dan waktu tulah baru aku nak baca ayat kursi sebagai pendinding kitorang. Nak call mak ayah pun kitorang mana ada handphone maklumlah sekolah lagi. Aku dok terfikir nak pusing balik dan tuju rumah Tok Jang sebab rumah pertama yang kami akan nampak lepas tempuh jalan panjang ni adalah rumah Tok Jang. Tapi sumpah aku risau kalau Pontianak ni terbang lagi sekali atas kepala kami dan tunggu kat sebelah sana pulak. Tapi takkanlah nak duduk tunggu aje kat situ macam patung dahlah kiri kanan semak samun, karang ada pulak benda lain ke geng dia ke yang muncul.

Then aku pun cakap kat kakak aku suruh dia bonceng biar aku yang bawak moto dan kita terus pergi rumah Tok Jang. Kakak aku dok menangis lagi tapi aku sumpah kesian tengok dia sebab dia nangis tak keluar suara pun, macam nangis tu kau tahan kat dalam sebab dia takut sangat. So aku pun cepat-cepat tukar tempat dengan dia dan dengan pantas aku masuk gear dan terus pusing balik. Aku bawak laju gila time dan kami makin hampir dengan rumah tinggal tu. Aku dok baca lagi ayat kursi tapi kali ni aku baca kuat-kuat. Kakak aku kat belakang dah peluk pinggang aku kuat gila dan dia sembam muka dia kat belakang badan aku which means dia biarkan aku nampak dan hadap apa-apa kemungkinan kat depan mata aku sorang-sorang.

Tapi setakat kami dah lalu rumah tinggal tu Pontianak tu tak ikut kami. Aku cuba tengok side mirror kot-kot dia terbang ikut dari belakang ke tapi tak ada. Tempat dia tunggu kami tadi pun dah tak ada. Lepas aje kami lalu rumah tu, makin kuat aku baca ayat kursi sebab aku dengar Pontianak tu mengilai. Tapi tak nampak dia. Dia mengilai kuat gila. Lepas tu kakak aku pun makin kuatlah dia menangis dah sama naik dah dengan Pontianak tu. Aku pulak yang stress. Aku jalan aje buat tak tahu dan aku bawak makin laju dan dalam 2-3 minit macam tu dah nampak bumbung rumah Tok Jang. Tapi Pontianak tu masih lagi mengilai.

Sampai depan rumah Tok Jang aku tekan hon kuat-kuat. Tak sampai seminit Tok Jang aku buka pintu. Muka dia pun nampak cuak aku bet dia pun dengar hilaian Pontianak tu. Dia suruh kitorang masuk cepat-cepat tapi sebab kakak aku ni dah lembik lutut punya pasal dia tak bergerak pun. Dok lagi sembam muka dia kat belakang aku dan nangis. Pinggang aku pun dia tak lepas. Tok Jang aku dah tengok perangai kakak aku macam tu dia pun datang kat kitorang dan tolong turunkan kakak aku dari moto dan kitorang pun masuk dalam rumah Tok Jang. Oh lupa nak cakap, Tok Jang ni lelaki tau, then wife dia yang kitorang panggil Tok Jang juga pun ada dalam rumah. Dorang tinggal berdua dalam rumah tu sebab rumah anak-anak dorang cuma sebelah menyebelah aje.

Elok je kitorang masuk, Tok Jang perempuan ni terus tutup pintu. Tok Jang lelaki aku papah kakak aku duduk kat sofa tapi sebelum nak sampai sofa tu, terus kitorang dah tak dengar Pontianak tu mengilai. Berhenti serta merta. Dan masa tu jugaklah kakak aku ni macam mengamuk sorang-sorang dan dia cabut tudung dia pastu dia serabaikan rambut dia. Tok Jang lelaki aku cuba nak pegang dia tapi dia tampar lengan Tok Jang lelaki aku dan dia terus duduk mencangkung. Lepas tu dia dok hayun badan dia ke kiri dan kanan. Sah kakak aku ni kena sampuk. Tok Jang lelaki aku suruh Tok Jang perempuan aku ambilkan segelas air kat dapur dan telefon ayah aku suruh datang rumah dorang sekarang juga. Kebetulan Tok Jang lelaki aku memang pandai bab ilmu mistik ni. Aku berdiri lagi kat pintu time tu. Aku tergamam tengok kakak aku sebab yelah first time kot.

Time tu Tok Jang lelaki aku cakap kita tunggu ayah aku datang dulu baru kita pulihkan balik kakak aku ni. Aku angguk je. Then Tok Jang perempuan aku datang dari dapur bawak segelas air dan hulurkan pada suami dia. Tok Jang lelaki aku jalan keliling kakak aku tapi kakak aku ni tunduk je tengok bawah sambal badan dia huyung hayang kiri kanan dalam posisi mencangkung.

Dalam 10 minit jugalah kami tunggu ayah dan mak aku sampai. Ayah aku tanya apa yang jadi dan aku cerita kat dia dari A-Z termasuklah part mulut celupar nak m**i aku tadi. Then ayah aku minta Tok Jang aku tolong pulihkan kakak aku. And guess what? Kitorang m**i-m**i ingat Pontianak tu yang sampuk kakak aku padahal tak. Ada benda lain pulak yang ikut. Ni dialog Tok Jang aku dan kakak aku.

Tok Jang L: Fathiyyah…

Kakak: He..he..he.. (yes dia mengekek)

Tok Jang L: Fathiyyah…! (Suara keras)

Kakak: Siapa Fathiyyah?!!!! (time ni kakak aku panggung muka dia dan dia jegil tengok Tok Jang lelaki aku dan lepastu dia pandang aku pastu dia sengih. Damn!)

Tok Jang L: Habis kau siapa?! Kenapa kau ganggu budak ni?!

Kakak: He..he..he.. (dia mengekek lagi)

Tok Jang L: Aku tanya lagi sekali kau siapa???????

Kakak: Aku jin! (suara jerkah)
Yes, kami semua dalam rumah tu terkejut nak m**i time tu sebab tu bukan suara kakak aku. Suara tu garau gila.

Tok Jang L: Jin apa? Dari mana kau datang??????

Kakak: Jin tanah! Aku datang dari tempat aku!!

Tok Jang L: Apa agama kau????????

Kakak: Majusi!!!!!

Aku skip lah eh. Kalau nak cerita pasal apa dorang bualkan memang lama. Majoritinya Tok Jang aku mintak jin tu keluar dengan cara elok dari badan kakak aku tapi jin tu degil nak m**i. So Tok Jang aku pun terus ruqyah kakak aku dan adalah dalam setengah jam kakak aku ni gelisah pastu dia terus pengsan.

Tok Jang aku pesan lepas ni kat mana pun kita mulut kena jaga. Sebab spesies ni peka dengan apa kita cakap. Dan kalau boleh jangan tunjuk kita takut dan lemah depan dorang sebab makin kita lemah makin dorang kuat sebab tu jin tu senang je masuk badan kakak aku. Since then memang kakak aku tak pergi sendiri dah dalam kampung tu, mesti akan ada ayah yang akan teman. Tapi sekarang dia dah kahwin so suami dia pulaklah yang teman. Okay tu je perkongsian dari aku. Ada masa kita jumpa lagi, Assalamualaikum!

.

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

14 comments

  1. kalau share part tokjang dialog dgn jin tu pun extra seremmm. tp ni dah baik dah ni. seramm dohh! goodjob!

  2. Serius akk nak tau sgt detail perbualan Tok Jang dgn jin tu…
    Bior panjang pon xper, nak tau sesgt…
    Dan apsal die masuk badan Fathiyyah selain dr alasan mulut celupar tu…

    1. kakak dia tu lemah semangat sikit..tp betul tau, bila mental kita lemah, time tu la diambil kesempatan.

  3. First time aku jumpa penulisan dari penulis wanita yang seram n kelakar dan tak syok sendiri. Bagus la ko dik! Ada cerita lagi tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.