Jiran membela

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum, nama pena aku aurora. Salam perkenalan. Aku baru beberapa minggu saja mengikuti page FS ni. Memandangkan aku kurang kawan jadi ruangan ini banyak membantu mengisi masa lapangku. Dan TIDAK, dalam facebook aku tidak menulis kisah seram (so tak perlulah follow fb aku), tapi seperti orang lain aku pun tergerak hari ini ingin berkongsi kisah pendek aku disini.

Dulu sebelum arwah emak meninggal, aku jugak dianugerah Allah keupayaan melihat benda-benda ghaib. Dan ia menjadi lebih sukar bila rumah pusaka aku di kampung adalah laluannya. Banyak kali aku tertembung makhluk-makhluk ni (liar atau bertuan) tapi mungkin dengan izinnya panjang umur, lain kali akan kuceritakan pula tentang pertembungan-pertembungan itu. Kali ini cerita aku berkisar tentang jiran belakang rumah yang membela. Membela apa? Yang pasti bukan kucing , ayam atau kambing huhuhu.

Belakang rumah aku ialah rumah makcik sepupu sebelah arwah mak. Dia baru berkahwin dengan seorang pemuda berasal dari Kedah. Ya, makcik aku tu dah berumur waktu dia berkahwin. Anak dara tua senang cerita. Kalau tak salah, dia berumur 38 tahun dan pemuda tu berumur 28 tahun. Mungkin sebab itu jugaklah sampai sekarang mereka tiada anak. Tapi akhir aku dapat tahu diaorang ada amik seorang anak angkat lelaki. Cerita aku nak cerita ni sebelum dia mengambil anak angkat tu.

Seingat aku hari tu hari Jumaat, waktu aku sedang cuti semester. Seharian hujan dari pagi lagi. Sebab tu aku menyidai pakaian di ampaian dalam (berbumbung) di belakang rumah. Dek kerana itu jugalah aku terlupa mengangkat kain jemuran hinggalah santak petang menghampiri senja. Bila teringat kelam kabut aku pergi angkat kain. Nak dijadikan cerita, tempat jemuran ini mengadap dapur rumah makcik sepupu aku ni. Aku bukan sengaja nak lama-lama di ampaian tapi memang jumlah kain agak banyak hari tu.

Sedang aku leka mengangkat kain, aku terpandang seorang budak tak berbaju berlari ke kiri dan ke kanan kat bahagian dapur diaorang ni. Dalam hati aku terdetik, anak siapa? Setahu aku mereka takda anak. Takkan aku baru sambung belajar 5 bulan balik makcik sepupu aku ada anak dah? Bila dia mengandung? Lagipun badan budak ni agak besar, aku berkira-kira dalam lingkungan 4 tahun. Aktif pulak tu. Mungkinkah anak2 saudara sepupu aku tapi siapa, sumpah aku tak cam? Takda pula kereta atau kelibat saudara-saudara sepupu aku yang lain balik.

Yelah kalau dah namanya duduk kampung pasti akan faham, memang dengan jiran dan keluarga akan jadi rapat. Semua benda nak amik tahu @kena amik tahu hahaha macam penyibuk pulak. Bukan macam kat bandar, dengan jiran tetangga tak bertegur sapa kan? Jadi aku pun berhenti kutip kain dan renung budak tu nak camkan anak siapa. Renung punya renung, oh ya sebelum tu nak beritahu yang aku ni rabun ayam, dan remang senja waktu tu tak membantu. Jadi aku tercengat sekejap membongkok dan cuba menghulur kepala ke depan cuba sangat2 nak tengok budak tu. Tiba2 budak tu pun berhenti dan buat benda yang sama. Seolah-olah cuba tenung aku balik.

Waktu retina aku dah dapat sesuaikan dengan suasana senja tu lah aku nampak benda tu. Budak tu mukanya tua, berkepala botak dan bertelanjang bulat. Telinganya capang macam kelawar. Matanya merah menyala woo. Tetiba dia menyeringai. Adoiii, kenapa pulak jelas waktu ni aku nampak gigi taring kecik-kecik dia tu , seolah-olah aku ni dah ada depan mata dia. Sumpah tak comel,tak comel. Jarak dapur kami taklah jauh dalam 40-50 meter ja tapi penuh dengan pokok buah dan ubi, lepas tu dipisahkan dengan pagar kawat. Sempat aku menyumpah, waktu tengok nota kuliah lecturer tak nak pulak jelas macam ni hahaha.

Aku boleh gosok-gosok mata dan cuba renung lagi. Mana tahu aku salah tengok. Sekali aku toleh budak tu dah takda dah kat tempat dia tadi, dah ghaib. Dah masuk rumah kut, aku fikir. Tiba-tiba pokok manggis betul-betul depan tempat jemuran bergegar macam ada monyet ranggah. Habis daun-daun muda gugur. Sumpah aku dengar bunyi mengekek-ngekek ketawa. Kalau bukan kerana situasi yang aku baru nampak tadi aku dah lama amik kayu nak halau ‘monyet’ yang ranggah pokok buah aku. Tapi….spontan aku jadi tak sedap hati, apa lagi, angkat bakul kain dan berlari masuk rumah. Arwah mak sampai terkejut. “Kau ni dah kenapa ni?” bila aku terlanggar dia kat depan pintu dapur. Aku sengih aja.

Malam tu waktu makan malam aku cuit lengan arwah mak. “Mak, makcik gayah dah ada anak ke?” Yelaaa aku saja tanya kan manalah tau dia ngandung aku yang tak perasan. “Eh kamu ni, kenapa pelik benar menanya? (matanya terjegil) Mana ada cik Gayah kamu beranak lagi.” Mak terus berhenti menyuap, dia toleh ke arah aku sambil menyambung. “Kenapa tadi?, pucat ja Mak tengok kau? Ada masalah apa? Cuba cerita”. Arwah ayah aku berdehem, serentak kami menoleh, arwah ayah dah basuh tangan dan letak pinggan dalam sinki. Orang lelaki tak suka bila perempuan dah mula bergosip hahahaha. Aku pun ceritalah A sampai Z apa aku nampak. Mak tekun aja mendengar tapi dia tak mencelah sikit pun. Dan malam tu jugak aku kena ganggu. Aku mimpi aku di kejar benda tu. Puas aku berlari naik bukit turun bukit sampai berpeluh-peluh. Perit tekak aku menjerit tapi dia tetap ikut aku. Akhir sekali aku terjatuh dan benda tu tiba-tiba lompat atas aku sambil menyeringai. Aku terjerit lagi dan terjaga. Badan aku dah berpeluh sejuk. Dan waktu tu jugak aku dengar nama aku kena panggil.Adalaa dua tiga kali. Sayup-sayup ja bunyinya kat tepi tingkap. Kemudian aku terdengar bunyi kucing mengeow dan mencakar-cakar dinding. Arwah mak pesan, apa saja panggil nama kita memalam buta abaikanlah. Tu bukan manusia. Aku bangun buka lampu , baca al-fatihah dan ayat tiga kul kemudian sambung tidur.

Esoknya pepagi lepas subuh arwah mak ajak aku kerumah nenek. Mimpi semalam aku abaikan, aku tak cerita kat arwah mak. Aku hanya anggap otak aku keliru sebab dah ternampak ‘si dia’ senja tu. Rumah nenek aku sebelah rumah aku ja hahaha sebab kami memang duduk dekat-dekat. Nenek dengar sambil menganguk-angguk. Hairan aku, diaorang macam tak terkejut. Alkisahnya dah sebulan kampung kitaorang ni ada kes kecurian. Duit hilang, biasalah orang kampung simpan duit jualan getah dengan sawit kat bawah tilam, dalam almari, bawah bantal, selit kat susunan baju, mana ada masa nak ke bank, leceh sebab bank jauh ke bandar. Hampir tiap-tiap malam ada saja terjadi kecurian. Simpanlaa macamanapun. Memanglah tak banyak, rm 10, rm 50, rm 100 ikut jumlah wang kita simpan. Dia tak curi semua (sivik jugak hantu ni). Diorang syak tak lain kerja cik Toyol. Jadi laa benda ni cerita bualan seram kat kedai kopi. Ada yang suruh tabur kacang hijaulah, bela ikan puyulah. Macam-macam versi keluar. Tapi tiap-tiap malam pasti ada kecurian. Yang peliknya (mungkin kebetulan) semua ni bermula selepas pakcik aku (suami makcik sepupu aku) ni mula menetap kat kampung lepas berkahwin dengan makcik aku. Dia ni kabarnya merantau dari Kedah, dan berjumpa jodoh dengan makcik aku. Kabarnya lagi, dia duda takda anak.

Jadi bercakap lah mereka berdua beranak. Nenek aku ni bidan kampung. Jadi dia tahulah sikit-sikit tentang pantang larang orang membela ni. Sumpahan toyol ni kata dia, ialah akan mencuri duit untuk tuan dia ni sampai bila-bila tapi akan berhenti bila tuannya ada rumah beratapkan emas. Toyol ni pulak sebenarnya pujaan tuannya ke atas d***h dagingnya sendiri. Di asap dan salaikan jasad anaknya yang sudah tiada sampai mengecut dan kecil. Lepas tu dia puja sampai jasad tu kembali hidup dan mampu berubah menjadi kucing. Dah tentu ritual tu penuh dengan pemujaan syaitan. Wallahualam, itu cerita nenek aku. Lepas dengar cerita nenek aku tu, aku dah tak masuk campur dah.

Selang seminggu lepas kes aku ternampak toyol tu, gempar kisah makcik aku ni, hilang laki bini tetengah malam (cuti semester aku dua minggu jadi sempatlaa terlibat) . Rumah diorang hampir kosong. Dengar cerita pindah di malam hari. Nak balik Kedah jaga ayah si lelaki, katanya. Itupun mak pak makcik aku yang cakap, tapi aku rasa diaorang pun saja reka cerita nak selindung anak dia. Pelik napa pulak pindah tergesa-gesa kan?! Tengah malam pulak tu. Pindah terus tau, sampai lima tahun diaorang tak pernah balik hatta Raya pun dan rumah tu berkunci. Petang tu nenek datang. Dia bercakap-cakap dengan arwah Mak. Malamnya aku himpit Mak tanya apa cerita? Mak cakap, nenek baling jarum emas atas bumbung rumah Makcik Gayah. Sebelum itu adalah amalannya, Solat sunat, Solat hajat dan berpuasa, semua nenek buat tiga hari berturut-turut sebelumnya. Nenek kata dia cuma berusaha dan berdoa dan Allah makbulkan. Persediaan kena cukup dan nenek tak bercakap dengan sesiapa pun sepanjang waktu tu. Kata nenek dan arwah mak, mereka yang membela ni ada perisik a.k.a spy diaorang merata-rata. Dia dengar aja perbualan kita lepas tu mengadu kat tuan dia. Mereka ni buat laporan siapa baru jual getah, siapa baru dapat jualan sawit, siapa baru jual lembu siapa yang bercakap-cakal pasal kes kecurian siapa pergi berubat etc. Sebab tu kalau kita cadang nak tangkap dia, dia akan tahu dan kerja nak menangkap tak jadi.

Lepas tu biasanya orang bela toyol ni kalau berjalan tangan akan silang ke belakang. Ala-ala YB atau guru besar sorok rotan balik badan. Katanya toyol belaan duduk bertenggek kat situ. Cuba-cubalah mengata dalam hati ka atau berbisik mengata, gerenti tuan dia akan pusing tengok kita. Toyol dialaa tu yang bagitau. Tuan dia akan merayau keliling kampung tinjau kawasan. Bila fikir-fikir balik patutlah suami makcik aku ni suka merayau. Dia bukan berkerja, kalau tak merayau pakcik muda aku ni akan duduk rumah aja. Pernah sekali aku terjaga pukul 4 pagi, aku ternampak orang lelaki kayuh basikal lalu depan rumah aku terus masuk ke ruang belakang rumah makcik aku. Time tu aku tak fikir laa apa-apa, mungkin dia balik menoreh ka, mungkin. Tapi arwah mak kata memang dia ni takda kerja. Makcik aku pulak kerja kilang batu bata ja. Tapi boleh pakai kereta dan agak mewah, takdalah susah. Arwah mak cakap, kita sekarang ikhtiar bukan menganiaya mereka.

Lepas kejadian makcik dan pakcik muda aku pindah takda dah kes kecurian kat kampung. Betul atau tidak kerja mereka yang membela atau hanya kebetulan, Allah saja yang tahu. Sekian dahulu kisah, lain Kali insyaAllah kalau warga FS ok , admin pun ok dengan penceritaan aku, aku akan sambung cerita lain. Terutama cerita tentang macamana makcik aku ni tetiba pulak balik ke kampung lepas lima tahun dia menghilang, macamana arwah Mak aku tiba-tiba sakit dan apa yang terjadi sebelum kematiannya. Wassalam semua.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

24 comments

  1. toyol tu akan berhenti kalau tuan dia dah beratapkan emas? woah.pergh kepoh gak si Toyol ni. okay sambung nak tahu pasal kenapa dia balik slps 5 tahun dan diaada kena mengena ke dak dengan arwah mak awak. apapun Al fatihah untuk kedua ibu bapa awak.

  2. rumah mak mertua aku selalu hilang duit…benda ni kadang2 boleh ko buat malu. Yela sedara datang tidor rumah, lepas tu pagi jer duit hilang sampai beratus2. mesti sikit banyak org yg duit hilang tu tuduh kita yg kat rumah amik. Letak duit bawah bantal pon boleh hilang. Geram pulak kita, balik rumah mertua tak berani bawak duit bnyak2. Puas dah panggil ustaz dan tabur kacang hijau. x menjadi jgk. Lepas tu jumpa org tua yg bg petua, letak rambut yg kusut dalam beg duit atau letak cermin dlm beg duit tu. Alhamdulillah buat petua tu menjadi. Kuasa Allah. Agaknya toyol tu stress tengok muka dlm cermin.he3.

    1. ade org ckp cucuk duit dgn jarum atau taburkan jarum atas duit pun toyol x curi … kwn saya family die duit selalu hilang … and then saya suruh die try buat camtu ..Alhamdulillah rasanya x hilang ..
      and ade kwn adk saya ni waktu raya die dpt bnyk sgt duit raya and die asyik kira je duit tu …lepas tu duit tu hilang … meraung die xD … kwn saya tu memang ade ckp kawasan rumah nenek die tu ade org bela toyol .. nenek die pun selalu hilang duit …

  3. Menarik.. Penyampaian bagus. Nampka gayanya semua oran suka cerita awak..
    Thanks share.. Pls cont cepat.. tak sabar nak tahu..

    psstt..sape kata org bandar tak busy body..heheh…

  4. “Lepas tu biasanya orang bela toyol ni kalau berjalan tangan akan silang ke belakang. Ala-ala YB atau guru besar sorok rotan balik badan. Katanya toyol belaan duduk bertenggek kat situ. ”

    Ini betul beb. Mak aku cerita mse abg aku kecik dlu dy nmpk pakcik tuan rumah yg ktorg sewa. Menangis tkut abg aku mse tu. skrg bile aku tnye dy nmpak ape dia ckp dy pon xingt sbb mse tu kecik sngt.mak aku la yg ceritakan balik. pakcik tu lak leh gelak2 leh tnye npe tkut nmpk pakcik. hampeh tol pakcik itu

  5. “Betul atau tidak kerja mereka,hanya Allah saja yang tahu..”tapi story line entirely judge,finger pointing kat kawan tu..mentality kampungan..puih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.