[THE CLEANSING]
Lepas tue Mujib pun round2 dalam rumah tue and tengok2 ape bende yg die bole buat.. Die cakap apart. tue dah pagar, tapi bende alah nie ade lagi kat rumah nie.. So die nasihatkan kite buat sesuatu seperti, semayang berjemaah ke.. Yassin ke.. Die nak buat semayang berjemaah mase tue pun tak bole, air takde mcm mane nak amik air semayang sume.. (actually, bole je kalau nak pakai debu dinding, tapi ade la 2-3 orang antara kitorang kene amik lebih dari air semayang). MWAHAHAHAHAHA~~~ Anton still rase mcm bende2 tue tak perlu sebab die sangat convince dengan pendapat die yg rumah tue takde ape2 and pasal bilik air aku tue, die cakap aku tdo petang sebab tue mimpi bukan2.. Pengalaman Apis dengan Syeik plak, die cakap tue bayang2 je.. 1001 bende die putar belitkan or carik mcm2 alasan..
So, with no further ado, kitorang pun plan la nak buat bacaan Yassin and solat berjemaah maghrib esoknye.. Sebab air pun dah ade, siang budak pegi school and dsb, so maghrib la paling sesuai.. Keluarlah kami2 nak beli air ke, makanan sikit2 ke nak jamu orang datang.. Memang mcm buat kenduri pun.. cume untuk mengantikan ayam masak merah dan nasi tomato, kami pakai jajan twisties dan air pepsi.. Asal ikhlas kan..
[THE PRE-CEREMONY]
Di sebabkan rumah kami yang telah menunjukkan tanda2 ke”angker”an kecil, kami pun memutuskan untuk mengikut pendapat Mujib mengadakan acara2 kenduri-kedara. Syeik dan Apis ditugaskan dengan menjemput kawan2 dan mengemas rumah. Aku dan Anton mengambil tugas menyediakan juadah untuk para tetamu. Disebabkan Team Syeik dan Apis berjaya berkerja telebih efektif dan berjaya menjemput 20 puluh orang tak termasuk kami, satu permasalahan yg dianggap lebih besar dari jembalang yg menumpang rumah kami melanda ke atas kami.
JC: Kite buat majlis nak halau hantu, bukan nak buat sarkis, yang ko pi ajak ramai2 buat ape??!!!
Apis: Ko suruh aku jemput sape2 yg aku kenal. Aku buat la fesbuk event.
Anton: Bagus la En Apis oii, lenkali ko sewa lori dgn loud speaker skali pi jemput satu University. Lepas tue, ko dengan lori tue bole jahanam masuk dalam gaung..
Di sebabkan kemarahan berserta ketidak-setujuan aku dan Anton untuk mengadakan majlis besar2an. Tabung kilat yang berjaya dikumpul oleh kami berempat adelah dalam RM20. Mak Enon dan Cik Kiah oii, 20 orang nak jamu ape 20 hengget ? Satu kepale budget RM1.. Rokok batang bole la dapat sorang 2. Aku dan Anton yg berada dalam dept FAB (Food and Beverages) betul2 tersepit dalam permasalahan yg pada mase itu dah same tahap dengan kemurungan ekonomi Malaysia 1998. Jadik kami pun “terpakse”lah berjalan jauh sedikit untuk mencarik barang keperluan..
Kalaulah Syeik dan Apis bace cerite nie, perenggan dibawah nie adalah cerite yg sebenar-benarnye berlaku dan kami lansung tiada mereka-reka cerita.
Aku dan Anton keluar rumah dalam pukul 6 petang untuk mencari makanan dan air. Lepas menunggang dan membonceng sejauh 15KM. Kami berjaya membeli 25 bungkus nasik Ayam dan 25 bungkus teh tarik dengan hanya RM20.. Malangnye, kesemua makanan itu telah jatuh dari motor semase kami cube mengelak seekor kucing cute yg cube melintas jalan.. Seorang brader yg menaiki kereta Skyline GTR putih yang berada di tempat kejadian yg merasa simpati terhadap nasib kami telah memberi kami sepeket tembakau rokok berjenama Harvest, sepeket Twisties perisa ayam BBQ dan sebotol air Pepsi (besar). Disebabkan tempat membeli makanan sedikit jauh, kami terlewat sampai. Kami lansung tidak pergi ke mana-mana kedai permainan Snooker yang ade papan tanda liplap bertajuk “Pusat Snooker Dot Dot Dot” yang mengadakan tawaran istimewa Main Sejam Percuma Sejam.. Kami juga masuk ke dalam rumah tepat selepas selesai bacaan yassin dan solat fardu isyak adalah kebetulan semata2, dakwaan Bad dan beberapa rakan taulan mengenai mereka melihat kami isap rokok di tepi tangga sehingga tamat upacara adalah tidak berasas dan tidak relevan sama sekali.. Owh, last sekali, hanset kami in silence mode sebagai mengormati Hari Keputeraan salah seorang Sultan di tanah jawa yang ke-17, kami tak sedar pun 50 kali miskal dari korang.. Sekian..
[THE CEREMONY]
Setelah kenduri, solat berjemaah dan bacaan yassin selesai dan Mujib memulakan sesi “halau”+”bunuh”+”pagar”? Aku pun tak sure ape yg berlaku. Aktiviti Mujib mase tue adalah:
XTVT 1 : Berjalan keliling rumah sambil usha semua bilik.
XTVT 2 : Berhenti di certain2 tempat sambil “murmur” sesuatu yg kami tak paham
XTVT 3 : Menabur bende yg kelihatan seperti garam di penjuru2 rumah.
XTVT 4 : Bergambar dengan kawan2 yg hadir pada majlis itu beramai2.. In which, aku rase takde kene mengene pun dengan sesi halau+bunuh+pagar, tapi worth a mention kan..
Semua XTVT diikuti oleh 20++ org dengan taat dan setia, ada yg membulatkan mata, ade yang mengangguk tanda setuju, ada yang membawa baldi, berhimpit2 di koridor, ada yg mengangguk2 tanda ngantuk dan 2 orang sedang menghisap rokok bedekatan pintu rumah.. Wahai kawan2 yg dihormati, hindarilah kebanjingan perangai seperti kami ini. Jembalang2 tanah mcm kami nie memang tak patut dibantu oleh sape2 yg ikhlas terutama seorang yg mcm Mujib.. Aku memang dengan seikhlas hati amatlah berterime kasih kepada Mujib kerana sanggup mengorbankan masa beliau dengan karenah kami yg rata2 mcm siamang tak cukup kabohidrat.
Cuaca di luar apart bermula dengan dentuman guruh dan hujan yang lebat. Bukanlah sebab upacara yg sedang berlansung, hanyalah cuaca biasa. Al-maklumlah, musim hujan mase tue.. Mujib memberitahu kepada Apis yang “sarang” bende nie adalah disekitar biliknya hingga ke jamban.. Maka terkotor sedikitlah spender Apis dengan perkhabaran itu.. In which, spender Syeik juga mengalami kotoran yg lebih sikit dari Apis.. Lepas Mujib mengajar beberapa potong ayat kepada Apis dan Syeik, die pun meminta untuk mengundurkan diri dari kejahilan2 yg telah dilihat di rumah itu. Disebabkan hujan yg turun mcm tak ingat nak berhenti. Ramailah yg tak dapat balik rumah dan membuat keputusan untuk bersemayam di rumah kami.. Bak kate pepatah, seorang = scary, 2 orang = less scary, 20 orang = pesta buih la jadik nye..
Aku dan Anton pun mengeluarkan bungkusan Harvest yg “didermakan” oleh brader Skyline GTR putih dan menghidangkan kepada para tetamu yg datang sebagai tanda menghormati tetamu. Wahai rakan2 yg budiman, perbuatan kami yg mengabiskan sepeket Harvest dalam masa satu malam adalah umpama “halau sekor jin, jemput beribu2 jin masuk ke dalam rumah tersebut”. Amaran!! Perbuatan ini dilakukan dan dipantau oleh insan2 yg profesional. Do not at any circumstances, try this at HOME. Ini kerana, ceiling rumah bole berubah menjadik hijau dek kerana asap Harvest yg terlalu banyak. Pukul 2-3 pagi, hujan dah semakin reda dan ade yang sudah mula menyatakan niat nak balik kerumah masing2 (yg same blok la).. Yang tinggal kat blok/apart lain, amik keputusan nak stay je kat rumah kami. Jauh nak balik gamaknye.. So dalam 20++ orang tue, tinggallah dalam 8-9 orang tidor rumah kami. Untuk mengurangkan impak ke-scary-an yg melanda, kami ambik keputusan nak tido kat ruang tamu beramai2.. Amik sume tilam dari bilik masing2 dan hampar kat ruang tamu.. 4 tilam single bed, bile kite jigsaw puzzle kan die bersamaan dengan keadaan yg selesa untuk tidor untuk 8-9 orang..
[THE POST-CEREMONY]
Kami ambik keputusan untuk tidur sambil bukak lampu, dalam 9 orang tue, Syeik sorang je yg ade ability tdo sambil lampu terpasang, yg lain sume, selagi lampu tak tutup, selagi tue mulut tak reti2 nak tutup.. So, kami amik keputusan, tutup je sume lampu. Memule Syeik hanyut ke alam mimpi, lepas tue, Apis dan diikuti oleh semua-semua insan hinggalah aku dan Anton terkebil2 dalam kesamaran lampu koridor.. Kami tido di bahagian paling dekat dengan pintu rumah. Ekceli, aku pilih spot paling dekat dengan pintu and Anton nak tdo sebelah aku, so that’s the way we roll lah.. Tengah aku dengan Anton berborak2 dengan pitch rendah, tetibe kami nampak Apis bangun and terus pegi ke sinki. Selepas lame kami usha-usha, ler bancuh air ke budak sekor nie.. Dah oberdos isap rokok, bukan setakat paru2 je kering, tekak pun boleh kering gak.. Aku dengan Anton tengok je la..
Anton: Pis, buat lebih sikit, aku pun haus gak..
(Apis diam je, sambil tangan laju mengacau gelas)
JC: Hensem, buat aku sekali tau.. ko dengar tak ?
(Apis diam lagi, mcm merajuk dengan perangai tak semenggah kitorang haritue)
Anton: (Manje) Alalalalala, abang Apis hensem, buat la air untuk kitorang sekali..
(Setelah lame mendiam, tetiba Apis bercakap)
Apis: Datang la sini, banyak sangat kene buat nie.. Sini la..
Dan-dan Anton nak bangun pegi ke Apis, tetibe die kene sentap dengan budak yg tdo sebelah die. Budak yg keadaan die mcm orang kene parkinson tue pegang tangan Anton sambil menunjuk ke arah Apis .
KABAAAAAAAMMMMMM!!!!
Berderau darah kami bertiga apabila nampak Apis tengah tdo sebelah Syeik. Segala2 titisan darah dalam badan mcm hilang.. Mane tak berderau, orang yg buat air tue ketinggian, bentuk badan dan kepalenye yg pesyen gunting 1 mata tue memang sebijik mcm Apis.. Tak kurang dari itu, suare die pun sebijik mcm Apis.. Belum pun sempat Aku, Anton dan watak sampingan punye darah nak meresap balik ke badan kami, tibe2 Apis bersuara lagi..
“Apis”: Datang la sini.. Heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~~~(mengilai)
Apis Double, Anton, Aku dan watak sampingan sama2 ghaib dari rumah tersebut.. Apis Double mungkin telah kembali ke alam fana nya or masih berada di sinki itu sambil merasa kesepian dan neglected, aku tak sure.. Aku, Anton dan watak sampingan berdesup ke tingkat ground floor. Aku tak tau mcm mane aku bole sampai ke situ dah, tapi sedar2 dah ade kat ground floor.. Mase nie aku rase Anton dah sedar yg “rumahku yg dulu bukanlah yg sekarang” (hey~)..
[BROTHERS THAT IS NEGLECTED]
Aku dengan Anton pun mcm pikir 10 belas juta kali nak balik rumah lepas melalu pengalaman anti-waras tersebut. Tapi disebabkan kitorang masih lagi dalam pemikiran orang dewasa, dicekalkan jua hati untuk balik. Yerla, tak pakai baju sambil melilau2 kat perkarangan apart bukanlah satu activity yg sihat bagi 2 teruna. Activity yg banyak buruk dari baiknya itu terpakse aku dan Anton tinggalkan dan melangkah kaki yg berat mcm dipeluk seekor gajah tertelan ikan paus ini balik ke apart. Mane watak sampingan yg tak penting tue korang tanye ? Aku 80% yakin beliau lari sampai ke apart beliau dengan berkaki ayam, 15% aku yakin die lari balik ke kampung beliau yg terletak di suatu kawasan di utara tanah air dengan berkaki ayam, 5% aku yakin die sekarang nie dah sampai di London dengan berkaki ayam..
Sampai je didepan aprt, aku tengok budak2 yg tdo rumah aku dah kat luar pintu.. Antara tapir2 yg sedar berkawat adalah Syeik dan Apis dalam keadaan mcm tiga suku peratus nak kene penyurupan dah. Derang tengok aku dengan Anton yg berfesyen mengalahkan Miley Cirus dlm VC Wrecking Ball tue pun dah sedar dah yg bende dalam rumah kitorang tue bukan bole dibuang dengan semudah itu.. Nasib baik baju dan seluar aku dengan Anton di gantung dekat ruang tamu, so kami pun gegas masuk dan pakai baju dekat corridor. Kitorang pun dengan keadaan kawat ketaq berkawat sekali lagi ke rumah Bad a.k.a kem pelarian dari ganguan mahluk yg tak bersopan.
Sampai kat rumah Bad, Syeik punye kompang-an ke pintu rumahnye tue aku sure bole didengari dalam radius 10KM sebab kekuatan die mmg dah macam gorilla betine carik anak dah time tue. Aku tak sure la mase tue aku nak rase ape dah, takut ke geram ke heppy ke.. At this rate, bukan je bende nie effect aku punye tempat tdo. Tapi effect aku punye hidup. Ko gile, kalau dah monteng kelas je memanjang, itu mengundang fail semester namenye. Yg paling banyak tertekan dalam perkara nie adalah Syeik, aku tengok hidup die memang dah betul2 tak keruan.. Walaupun antara kami2, die tak pernah lansung mengalami penampakan dalam rumah puaka tue, tapi die lah yg paling terjejas sekali.. Perasaan tue bukan je dirase oleh aku sorang.. Anton pun dah tak puas hati semacam dengan keadaan nie.
[MOTHER OF ALL SOLUTION]
Disebabkan keadaan marah yg mencanak2, kami mengambil keputusan untuk keluar for good dari rumah puaka sari tersebut. Untuk berbuat demikian ade beberape perkara perlu kami buat:
PERKARA 1: Surat tunjuk sebab keluar rumah
PERKARA 2: Sebab kami dah bayar duit sewa satu sem, kami perlu mendapatkan semula duit tersebut yg berbaki lagi 2 bulan
PERKARA 3: Kalau tak dapat duit, kami perlu berbincang dengan pihak U untuk mendapatkan penukaran bilik yg same harga.
PERKARA 4: Sebab dah setengah Sem, susah nak dapat apart kosong di U yg same, melainkan rumah kosong tersebut juga adalah rumah yg dihuni jembalang/jin ataupun paip bilik air bocor dalam keadaan kritikal. so, refund, enuff said..
PERKARA 5: Surat itu hendaklah di hantar ke managment yg zalim mengalahkan zionis dengan cogan kate terkenal beliau, “kami bagi anda notis 24 jam untuk kosongkan premis rumah”.
Tapi disebabkan kehidupan kami bukan mcm cite drama melayu yg dilakonkan oleh anak2 boss2 syarikat koperat yg berpangkat tidak kurang dari tan sri atau remaja2 yg miskin tapi bawak Ferarri or Poshe, kami memerlukan baki sewa rumah itu dan kami bercadang untuk menulis surat rasmi kepada en. managment sebelum keluar dari rumah tersebut.
Cadangan yg baik itu mendapat sorakan bergelombang dari semua osmet aku.. Dan merupakan cadangan yg paling baik pernah diusulkan oleh kami. Memang cadangan yg paling munasabah dan kalau Alfred Noble hidup lagi mase zaman tue, kami bolot kesemua kategori hadiah tahun tue. Cadangan terbaik tue ntah mcm mane bole bertukar menjadi living disaster disebabkan oleh satu name.. “Anton”. “Kebijaksanaan” 4 orang pelajar University melantik Anton sebagai wakil menulis surat rasmi kepada pihak managment menunjukkan yg sememangnye kami “sangat”lah layak masuk U. Kenape ye kawan2? Mari kite lihat surat rasmi Anton seperti di bawah.. In which, aku x ingat sepenuhnye isi kandungan tapi, lebey kurang mcm kat bawah nie lah.
ALAMAT KAMPUNG ANTON (note: mane alamat apartment yg kitorang duduk sekarang nie?)
ALAMAT U SECARA GENERAL (note: bukan alamat managment apart kitorang)
TO: WHOMEVER IT MAY (note: Anton tertinggal perkataan Concern dan ini adalah satu2nye ayat mat saleh dalam surat nie)
Kepada En. Zalim Bin Menzalimi (note: tetibe Anton tau siape plak yg die nak sent surat nie siap name bapak lagi)
Rumah kami ade hantu. Kalau tak refund duit kami, kami akan pecahkan semua tingkap dan perabot. Lepas pecahkan rumah nie, kami pecahkan kereta En. Zalim.
Kami nak refund duit!! ulang dalam setiap perenggan.
(Ekceli ayat die berbunga2, tapi ape yg aku nampak memang maksud die mcm kat atas nie)
Yg Benar,
Anton (Nama singkatan Anton dan nasib baik name aku dengan yg lain2 tak terpalit dalam surat bodo nie)
[FATHER OF ALL THAT CAN GOES WRONG]
Setelah Anton yang bijaknye mengalahkan lembu yg bijak memilih pemerah susu yg baik dan jahat. Beliau terus send email tue tanpa mengkonsult kitorang dulu. Aftermath dari kejadian ini, pihak management declare national manhunt ke atas penghantar email tersebut. Surat dari managment berbunyik lebih kurang seperti di bawah
Kepada En. Anton (note: nickname Anton)
Kami mahu En. Anton dan osmet datang berjumpa kami dalam masa terdekat.
Jika ade barang yg rosak, tindakan tatatertib akan dikenakan.
Kami akan siasat siapa En. Anton dan perkara ini akan dibawa ke mahkamah U.
Yg Benar,
En. Zalim Bin Menzalimi
Pangkat : Ketua Managment
disclosure email yg lagi panjang berjela dari reply die.
Disebabkan kitorang dah tersalah approach dengan situasi nie. Jadik masing2 tak nak amik risiko untuk berhadapan dengan En. Zalim. Walaupun die tembak kami berempat di kepala dan dihadapan ketua polis negara pun. Dengan magiknya, beliau akan menjadi mangsa dan segala kesalahan beliau akan diampun sepenuhnya. Tambahan lagi, dengan magiknya, besar possibility beliau akan dinaikkan pangkat menjadi ketua warden penjara nasional dan dianugerahkan gelaran Tan Sri kerana perbuatan tak bertamadun beliau.
Nasib kami agak baik sebab alamat email yg digunakan oleh Anton bukan name penuh beliau, tetapi name penuh skateboarder yg berasal dari Canada ditambah dengan smiley face dan nombor yg aku tak sure melambangkan ape. Dafaq Anton!!!!
[SISTER THAT CAN’T NEVER LEAVE US]
So terpakselah kami meneruskan kehidupan kami secara abnormal. Syeik dengan Apis dah awal2 cabut dari rumah tersebut dan cuba menghabiskan sisa2 hidup mereka di rumah kawan beliau. Aku dengan Anton yg mempunyai kekasih bernama PC di rumah tersebut, terpaksa tinggal die rumah puaka niyang rapik tue sebab takde rumah yg nak kitorang..
Ape yg kitorang buat adalah dengan memenuhi rumah tersebut dengan segala macam bacaan, termasuk azan pada setiap waktu. Iqamah pada ble terasa nak Iqamah. Baca alquran + bukak mp3 al-quran. Kalau keluar je rumah, mesti on PC sambil bukan mp3 al-quran and put it on repeat. Rumah yg dulu nye dipenghuni oleh mambang2 tak ingat tuhan kembali di segari bacaan2 rohani yg bergema kadang2 sampai orang ingat rumah kitorang dah tukar jadik surau dah..
Lepas buat mcm tue, gangguan2 besar terus takde, tapi gangguan kecik still ade la, cume dah makin berkurangan.. And lame-kelamaan, kitorang semakin dapat survive dari gangguan2 nie.. Syeik dan Apis pun dah bole balik rumah dan idup mcm biase, bergelak ketawa mcm dulu.. mcm takde ape2 yg berlaku.. lame2 kitorang pun dah mcm terlupe yg rumah tue pernah ade gangguan penampakan sebab dah terlalu normal sangat.. Bende2 mcm azan, al-quran dsb dah makin berkurangan.. Biaselah manusia, “time susoh baru lah nak carik tuhan, time senang jangan harap”
[ENDING WEEKS]
Setiap jalan ada penghujungnya, setiap cerita ade kesudahannya dan setiap yg baik pasti ade pengakhirannya.. Same mcm sebuah motosikal yg terlupe diisi minyak, kesudahannya pasti akan ada insan yg berpeluh menolaknya.. Same gak mcm semester kami yg dah makin sampai ke noktahnye.
Jam menunjukkan jam 1 pagi, keadaan malam yg dingin dan tenang seperti menunjukkan tiada apa2 yg berlaku pada malam itu.. Walaupun dingin, tetapi kehangatan di hati kami dapat dirasai.. Kami memandang ke arah pintu apart dengan penuh rase geram.. Aku kire2 dalam kepale hotak kami, tgh berzikir ayat yg same.. “Rumah Puaka Kamjad!!” (read: 12 puluh juta kali).. Keadaan Syeik yg dah mcm nak pengsan sambil memegang mukanya yg kebas. Aku tengok mcm ade sikit darah kat bibir die, pecah agaknye bibir die.. Apis memegang2 belakang kepale die yg mcm ade sedikit kebenjolan.. Anton plak still ketaq sambil dipapah aku dengan tangan yg rase mcm nak tercabut keluar dari soket bahu aku..
[ONE HOUR EARLIER]
Malam tue memang kitorang masing2 memerap dalam bilik, yer la kan, study week.. Kene gunekan masa ini sebaik mungkin.. Kami pun melakukanlah aktiviti2 kami yg berpekdah. Final exam is around the corner y’all.. Kene la double the effort.. Aku tengah cube dengan tenage supersonic aku untuk try abiskan mane2 movie or series sebelum malam exam.. Syeik mase tue tengah main PC game, Apis dengar radio sambil bace buku ala2 penulisan Dr Azizan Osman. Anton plak tengah membute sebab penat keluar berendut.. Masing2 ade care tersendiri dealing with study week..
[BOOK OF SYEIK]
Syeik yg tgh kusyuk main game tetibe rase mcm bunyik berdesing2. Die pun buat la mcm biase.. Biaselah kan, telinge berdesing, orang tengah kutuk la tue.. Lame2 mcm makin kuat, makin dekat.. Bunyik berdesing nie kawan2, mane ade jauh ke dekat, tapi mengikut penceritaan Syeik, bende tue makin dekat.. Die pun kibas2 telinga die yg sampai terjatuh spek.. Mase die angkat spek tue nak pakai balik kat mate die, die mcm terperasan mcm ade pantulan bayang2 dari spek tue mcm ade bende yg tgh memerhatikan die dari belakang.. Lepas je die pakai spek tue automatically kepale die terteleng ke belakang nak tgk..
ZASSSSSSSSSUPPPPPPP!!! (Syeik nampak bayang2 hitam melintas sepantas kilat keluar tembus dari bilik die)
Lepas je bende hitam tue melintas, Syeik terus dengar mcm suare orang menjerit.. Panjang dan mcm kesakitan~
[BOOK OF ME]
Aku mase tue tengah sibuk melayan movie sebagai preparation menghadapi exam yg menentukan nasib masa depan aku.. Sayup2 aku dengar mcm suara orang menjerit secara high pitch(timeline yg same dengan Syeik dengar bunyik orang menjerit).. Okay, orang dalam kesusahan tue agaknye, tengok movie dulu.. Then, sayup2 lagi aku dengar bende yg same.. Panjang sangat jeritan tue, mcm sakit…. Aku dengar lagi betul2, sore tue mcm sore pompuan.. Aku yg tanpa berpikir panjang pun terus panjat katil sebab nak jengah ke luar tingkap, nak pastikan dari arah mane jeritan tue.. Damsel in distress la katenye, mane tau kut2 aku bole tolong.. Mase aku jengah tue, aku tak nampak ape2 yg luar biase.. Then, tetibe, aku dengar bunyik mcm orang kelam kabut keluar bilik (bukak pintu and stuff).. Aku pun berjalan la ke pintu nak tengok ape dah jadik.. Aku bukak je pintu nampak muke Syeik mcm dah pucat lesi.. Anak mate hitam die dah mule nak naik ke atas.. Hishh, Syeik nie dah lain mcm dah nie, dah macam nak kene sampuk je nie..
Aku pun tanpe berpikir panjang, aku terus hayun tangan aku dengan sekuat2 tenaga kene kat bahagian pipi Syeik.. Hambik mak kau, berpusing badan die dek kene tempeleng aku.. Tujuan aku memberikan hadiah tangan ke muke Syeik adalah kerana:
Sebab 1 : Nak suruh die sedar diri
Sebab 2 : Bagi mengelakkan die kene rasuk. Sebelum bende lain masuk, baik kesakitan yg masuk dulu
Teknik aku berjaye, Syeik tak jadik kene sampuk. Sebelum sempat Syeik jatuh ke lantai, aku sambut badan die dah bawak masuk ke bilik aku. Tapi ada satu permasalahannya disini, Syeik agak bengong selepas dilempang tanpa belas kasihan oleh yours truly. Aku pun jerit name Apis dan Anton bertubi2 supaye datang ke bilik aku..
[BOOK OF APIS]
Apis yg tengah sibuk mengadakan sesi pembacaan buku yg kritikal pun baring2 lah kat atas katil sambil mengoyang2kan kakinya dan berpikir alangkah bagusnye kalau Donald Trump tersalah bank in duit dalam account die. Mase tengah dok mengelamun tue, Apis dengar bunyik macam ade orang menjerit dari jauh (same timeline dengan aku dan Syeik).. Die pun dgn fokusnya cube dengar betul2 ape bende yg menjerit2 sakan tue.. Fokus punye fokus, kaki Apis mcm ditarik dan die pun jatuh ke atas lantai dari katil nye. Terlentanglah anak teruna sekor nie sambil mata mengadap ke atas syiling dan ternampak la satu pemandangan yg tak menyelerakan..
Pemandangan ape yg Apis nampak tue ye kawan2 ? Bukanlah lampu kalimantang atau habuk di atas kipasnye yg setebal 5cm tue.. Pemandangan tue ekceli bagi para lelaki adalah normal, takde ape yg perlu dibersihkan sebenarnye.. Pemandangan itu adalah disudut dinding bilik Apis yg mcm ade mahluk yg tengah terlentang gak, just mahluk nie yg specialnya, rambut die agak mengerbang dan muke die mcm orang yg nak idupkan api rokok, tapi lighter tersalah setting ke ultimate high, trus membakar mukenya sendiri.. Kali nie bukan dalam keadaan gelap yer Apis nampak, dalam keadaan lampu bilik yg menyala. So muke Zaiton (kite namekan mahluk nie Zaiton la yer kawan2) mmg nampak tersangatlah clear.. Maybe sebab trauma melampau, Apis kate die cume dapat ingat sipi2 je muke Zaiton. Lepas je mate derang bertentangan, Apis trus keras, mcm santan kelape dalam peti ais yg ditinggalkan lebih semalam. Keras, kalau Apis atau Santan tue di baling ke muke orang, sure bole mengakibatkan benjol.. Dalam 2-3 minit Apis keras tue, die terdengar aku jerit name die.. Zaiton pun terus hilang dari pandangan dan die pun bebas umpama rama2 yg terbang bebas di udara.. Dalam keadaan takut dan menggigil, Apis cube dengan sedaye upaye untuk melangkah keluar dari bilik tersebut.. Di tujunye ke bilik aku untuk mendapati yg aku tengah duduk kat sebelah Syeik yg dah separa pengsan.
Actually, aku tak sure keadaan Syeik nie pengsan ke idak, mate die tertutup maybe sebab menahan kesakitan melampau akibat ditempeleng oleh aku or die mmg dah out mase tue.. Lepas aku dah Apis lempang2 muke Syeik sebanyak 15 kali, die still mcm tue jugak, kami mengambil keputusan sebulat suare, bantuan pernapasan adalah tidak diperlukan sama sekali dalam situasi ini. So, Apis pun amik segelas air dan membace2 sesuatu kedalam air tue (aku rase ayat yg Mujib ajar). Kalau Mujib tengok mase part nie, mesti die rase bangga sebab anak murid die praktikkan ilmu die.. Tapiiiiiiii… End game Apis aku rase ade sikit silap. Sampai hari nie aku rase, patutnye kene renjis2 air tue kat muke Syeik and baki air suruh die minum.. Apis dengan jayenye menuang semua air dalam gelas tue di atas kepale Syeik.. Well, die tersedar so end result yg paling penting dalam keadaan ini..
Tengah2 aku dan Apis cube DIY keadaan Syeik nie, kami terpikir.. Mane la hamjadah Anton nie, tak keluar2 dari bilik die mase rumah dilanda musibah nie.. Aku dengan Apis pun meninggalkan bilik aku untuk berjalan menuju ke bilik Anton..
[BOOK OF ANTON]
Anton menghabiskan mase sehariannye dengan keluar menge”date” dengan kekasihnya.. Dari pukul 8 pagi die keluar, sampailah pukul 11 malam baru nak balik. Al maklumlah, sem dah nak abis.. Kang tak jumpe kekasih hati lame2 sebelum cuti kang, kene la abiskan topup nak call.. So untuk menjimatkan keadaan poket dalam mase cuti, haruslah die berjumpe dengan aweknye selame yg mungkin bagi mengelakkan poketnye dari mengalami musim kemarau.. Sampai2 je kat rumah, badan Anton terase penat.. Terus die masuk ke bilik dan baring ke atas katil untuk melelapkan matenye.. Mandi? Semalam, esok, lusa, minggu depan boleh mandi.. Buat ape nak mandi malam tue, baik tdo.. Anton pun baringlah mengikut posisi faberetnye.. iaitu mendekatkan kepala ke dinding dan terlentang mengadap ke ceiling.. Posisi terbaik untuk tido meninggal bak kate Anton..
Sedang dialam separa sedar dan tidak sedar, Anton merasakan mcm dengan bunyik orang menjerit2 (timeline same dengan aku, Apis dan Syeik).. Pemikiran Anton, sore orang menjerit, mestilah sore movie dari bilik JC.. So, tdo adalah lebih enak berbanding dari amik port.. Dalam keadaan hampir2 lena, Anton terasa mcm bahu kiri dan kanan die ditekan dari atas oleh sepasang tangan.. So, Anton pun berpikirlah yg ini halusinasi je.. Yerla, badan dah penat kan, mestilah pk bukan2.. Jantung pun tak berfungsi dengan baik, so maybe akan terasa yg mcm kene hempap.. So, no big deal lah, lepas tdo nanti sume okay la tue.. Anton pun teruslah tdo tanpa memikir2kan ape2, akibat dari perbuatan die yg tak bersopan itu.. Perlahan2 tangan yg menekan Anton tue mengerak2kan bahu kiri dan kanan Anton, mcm nak kejut budak nie sebab maybe die rase terhine dengan perangai Anton yg tak nak amik port langsung die menjalankan activity tak bertamadun beliau..
Bukan Anton tak rase yg badan die digerak2, tapi die buat tak peduli je dengan bende tue.. Alasan die satu je, sebab die ngantuk.. Lepas seminit or 2 minit Zaiton mengoyang2kan badan Anton tanpa ape2 respons. Zaiton pun berhenti.. So Anton pun bole menarik napas lega lah, sebab dah abis dah sesi kedengkian Zaiton keatasnye.. Die pun bukak lah mate untuk melihat keadaan sekeliling.. Tapi, malang sekali bagi Anton, bukan keadaan sekeliling yg dilihatnye lepas die bukak mata.. Dalam jarak 3 cm dari mukanya, Zaiton sedang melihat Anton secara close up dari atas. Ape lagi, kejang urat leher la budak tue tak dapat memaling muke atau menutup matenye.. So, berpandang-pandangan la dua ekor mahluk nie, Anton claim bende nie berlaku dalam mase 2-3 jam.. Aku rase, Anton masuk bilik tdo dan mase kitorang mengalami pengalaman mistik masing2 nie takde la sampai 1 jam.. 30 minit pun tak sampai ekceli..
[BOOK OF HOSTEL]
Aku dan Apis betul2 berada depan bilik Anton.. Memang suasana apart kami mase tue tersangat lah angker.. Mcm dah berada kat tempat lain dah, mcm ade kat tanah kubur minus Nasir Bilal Khan je.. Tapi aku dengan Apis yang berhati mulia nie tekad, ape2 jadik pun kali nie, kitorang keluar dari rumah tue beramai2, dah takde dah tinggal2kan osmet lagi dah. Memang berat keadaan kami malam tue, rumah tue pun die punye udara, mcm berat sangat, aku mcm susah sangat nak bernapas, kat depan bilik Anton tue, mmg rase mcm dah tak bole bernapas dah.. Apis pun ketuk pintu bilik Anton bertubi2.. Mcm biaselah, takde respon, budak tidor meninggal memang normallah keadaan mcm nie.. Tapi sebab keadaan yg abnormal, Apis pun mula menghempas2kan badan die kat pintu bilik Anton. Ingat yer kawan2, cara membukak pintu bukanlah dengan cara melanggarnye dengan bahu anda, mudarat bukan saje boleh muncul keatas pintu, mungkin juga die memudaratkan anda.. Lepas Apis langgar pintu bilik tue bertalu2, die punye memalingkan mukenye ke arah aku dengan isyarat yg lebih kurang mcm “Ko nak berlakon jadik tiang gol ke ? Tolonglah aku woii!!”.. Aku pun, dengan sepantas kilatnye, terus menggunakan tapak kaki aku menendang tepat ke arah kayu yg berada disebelah tombol pintu.. Sekali tendangan saje je tuan puan, pintu bilik Anton terbukak dengan keadaan bersepai-sepai (cite aku, mestilah aku paling terrer, kalau cite Apis yg tulis, sah2 la die tiup je pintu tue dah terbukak, kalau Syeik yg tulis plak, sah-sah la die yg paling berani antara kitorang sume dan die tempeleng Zaiton sampai melambung ke Planet Zuhal).. Anyway, back to the story, lepas aku terajang tombol pintu dan pintu tue terbukak.. Aku dan Apis tengok, Anton tengah terbaring sambil mate die terbeliak memandang satu bende yg telah dinamakan oleh aku Zaiton.. Maka, terduduk kebelakanglah aku akibat permandangan tersebut..
Aku pun tak tau, mcm mane Apis bole dapat keberanian yg tak munasabah, die terus meluru masuk dalam bilik Anton sambil mencapai barang paling dekat dengan pintu bilik Anton dan baling ke arah Zaiton.. Tuan2 dan Puan2, barang yg dicapai oleh Apis adalah helmet kesayangan Anton.. Maka, helmet yg melayang2 di udara tue terus tembus ke arah badan Zaiton, terpelanting di dinding sebelah Anton dan landing tepat ke arah kepala Anton.. Lepas je helmet tue kene kepala Anton, Zaiton terus hilang dari pemandangan kami.. Aku dan Apis ape lagi, terus meluru ke arah Anton dan menarik Anton untuk dikeluarkan dari bilik tersebut.. Kehebatan synchronization kami ditunjukkan apabila Apis menyentap Anton pada bahagian kaki, aku plak pada bahagian tangan dalam masa serentak.. Hambik ko, tehentak badan budak tue atas lantai.. Emergency timelah katekan, sume pun boleh.. Aku dan Apis tanpa memperdulikan keadaan Anton yg mcm tgh trauma akibat diculik oleh osmetnya, terus mengheret beliau keluar dari bilik.. Sambil aku heret Anton sampai ke pintu depan, Apis cepat2 masuk ke bilik aku untuk memapah Syeik untuk keluar rumah.. Sebelum kami keluar rumah.. Apis amik segelas air dan diulangi ape die buat kat Syeik tadi, siap jirus atas kepale sekali.
Kami pun selamat keluar dari rumah tersebut..
[LAST CHAPTER]
Jam menunjukkan jam 1 pagi, keadaan malam yg dingin dan tenang seperti menunjukkan tiada apa2 yg berlaku pada malam itu.. Walaupun dingin, tetapi kehangatan di hati kami dapat dirasai.. Kami memandang ke arah pintu apart dengan penuh rase geram.. Aku kire2 dalam kepale hotak kami, tgh berzikir ayat yg same.. “Rumah Puaka Kamjad!!”. Keadaan Syeik yg dah mcm nak pengsan sambil memegang mukanya yg kebas. Aku tengok mcm ade sikit darah kat bibir die, pecah agaknye bibir die.. Apis memegang2 belakang kepale die yg mcm ade sedikit kebenjolan.. Anton plak still ketaq sambil dipapah aku dengan tangan aku yg rase mcm nak tercabut keluar dari soket bahu aku.
Kitorang pun terus berjalan ke rumah Bad sambil meminta bantuan refugee sekali lagi malam tue.. Esok pagi2, kitorang balik ke rumah tersebut dan packing semua bende dengan niat nak scouting kat rumah kawan2 yg lain. Memandangkan kitorang ade lagi 2-3 minggu je nak abis sem, baik kitorang cabut je lah dari rumah tue, buat ape nak duduk situ lagi, lantaklah, baik concentrate exam dari concentrate bende bukan2.. Selain baju dan peralatan2 kami diangkut ke rumah Bad, tilam2 bilik kami juga di angkut sekali bagi keselesaan ber-scouting di rumah orang.
TAMAT………
π Panjang gila tapi puas baca walaupun broken English dan ayat berterabur.
Hahaha nak kluar air mata tergelak baca cerita seram komedi hg ny π€£
seram 1 bintang, klakar 10 bintang. anton anton… ade jenis manusia cmtu. hahhaha
Haha..sumpah klako..senak perut
Hehehehe. Sempat lagi melawak jenaka dalam seram. Best
seriously? rasa mcm sejam kot aku baca kisah ni π€£ btw, tahniah bro, crita ni langsung tk mmbosankn sbb khusyuk gk baca π€£ tambah lawak jenaka sampai takde darah smua perfect π€£ 9 out of 10 stars bro π€
betul doo masa sekolah aku sentiasa kene himpap. sampai ckp lantak ko lah…. agak2 dia bosan aku bgn dari tidur ternampak kain pink bertebanggan dekat shiling bilik. terus x tidur dlm bilik sampai pindah rumah
kelakar giler…best2..
Teruk betul pengurusan pembahagian umah2 utk korang ye…elok korang submit cite ni kat fb dan tag u korang…..biaq dorg sedar sikit dlu dorg menyusahkan kome2…
perh bro mmng kusyuk baca 3jam bro srs best lama cari crita yg pnjg berjeler tp akhirnya jumpa dan tak membosankan mcm ni crita ad seram ada lawaknya hahaha congrat broooo
cerita cam ni lah santai nak baca..
nangis gelak..haha
Cita dy besa jaa taapiii yg beess pase penggunaan slang/teknik ayat tuu yg menjadikan cita jd layan n da sense of humour..gud luck bro..keep going with your story like this again…
Tak taw la nak rasa seram ke.. nak gelak bila baca cerita kau ni .. π
yang ni lagi lawak dri yg first. dok, kau ni nk cerita seram ke komedi? aku siyes x dpt nk feel seram tu sbb menahan gelak hahaha anyway story ni best n sempoi.
Best cite ko.. ada lagi?
Anyway, nama aku Zaiton πππ
U mana ni? Bagitau please hahahaha
Cerita camni lah best!
Best gila weh. Panjang tapi setiap ayat kelakar. Langsung x bosan even panjang. Klw best mcm ni panjang pun xpe
Adooiiii…
Serius ni ar citer yg paling seram-kelakar akak penah bace…
Berdekah2 akak gelak weeiii…
Dhlar panjang gileeeerrr kot citernye…
Papepon, plg xleh move on Anton suke maki hamun benda x bernyawa…
Boleh imagine korg dok ngajuk2 die marah pntu jamban…
Kah kah kaaahhh…!!!
antara cerita paling kelako seram abad ini
JokesCop please sambung tajuk [Schnieder]
Ko ni terlebiy main game ke? Smpi surat pun ko nk bgtaw..loyar buruk pun boley thnπ¬ yg paling aq x phm knpe aq snggup baca smpi abis cite ko yg byk sembang gajah pun boley terbang, why?…why??? Hampeh la ko ni..
sakit pipi aku nak tahan gelak.. mahu x nya.. kang bos aku nmpak, boleh kene buang keje ni.. sakai la ko jis.