Jubah Putih/ Saka

Assalamulaikum semua pembaca Fiksyen Shasha, saya aliz berasal di johor. Sepanjang saya baca kisah-kisah seram terdetik saya hendak ceritakan pengalaman saya berada di kampung dan kojek di johor.

Kisah 1,
Cerita dia begini, 10 tahun dulu masih terpahat lagi memori yang tidak dapat saya lupakan, ketika itu saya berumur 17 tahun. Cerita ini terjadi ketika saya masih bersekolah dan menetap di rumah kedua mak abah saya. Saya seorang yang ala-ala berani plus ingin tahu sesuatu. Setiap malam saya akan tidur lewat layankan tv sampai pukul 1 macam tu, kadang- kadang saya belajar sampai lewat malam. Satu hari tu sedang saya tengok tv saya terperasan bayangan dari tingkap tepi tv tu seolah-olah bayangan seorang lelaki berjubah putih berpakaian serban, hati ku berkata-kata siapakah lelaki itu jam menunjuk pukul 1 lebih dengan perasan ingin tahu saya buka cermin tingkap tu bila saya lihat tiada orang di luar sana hati mula berasa pelik. Saya tutup semula tingkap tersebut layan tv kembali. Selepas saya layan TV cerita habis kemudian saya tutup tv dan mula masuk bilik untuk tidur, tiba- tiba saya terdengar seolah-olah mendengar orang sedang masak di dapur dengan perasan ingin tahu saya pergi ke pintu tengah yang berhubung dgn dapur. Kemudian tu saya lekapkan telinga pada pintu tersebut. ” hati berkata mcm org masak, basuh pinggan, menyapu sangat meriah seolah-olah ada parti” tanga saya po gatal ketuknya pintu tersebut tiba-tiba senyap menyepi dan saya buka pintu tidak ada langsung bunyi semua tu. Saya pun masuk bilik tidur dan tertanya-tanya apakah benar benda semua ni. Baru saya tahu selama ini tempat rumah mak abah duduk tu berkongsi dengan alam lain juga.

Kisah 2,
Cerita kedua saya semasa saya berada di kolej di johor ketika itu saya berumur 19 tahun tapi kisah ini terjadi ketika saya sem 3, duduk di asrama setiap rumah ada 10 orang dalam rumah tu. Bilik rumah tu ada 3 bilik 2 bilik kena duduk 4 orang. Bilik yang saya duduk tu ada 3 kawan saya kiranya 1 malaysia ada cina, india dan melayu. Kawan saya yang cina nama yeo, yang india shani dan melayu yien. Malam minggu biasa la semua balik kampung kawan saya yang shani sorang saje blik yang lain stay situ, budak-budak yang 1 rumah po semua balik kiranya tinggal bilik kami saja tidak balik. Malam sabtu tu kami bertiga keluar biasa sabtu petang tu ada pasar malam dekat bandar, kita orang sudah biasa jalan kaki dari asrama ke kolej jauh juga dalam 500km macam tu. Selepas balik dari pasar malam kita orang bertiga makan di ruang tamu lepas makan kita orang masuk bilik, si yien tu mandi saya dengan yeo tengok tv kecil si yeo tu tiba2 terasa angin kuat sangat dekat korido luar tingkap depan ruang tamu tu, terdengar kerusi dan meja di hempas-hempas dengan kuat sekali seolah-olah sedang marah pada kami bertiga. Si yeo ckp dengan saya “kau dengar apa yang aku dengar” saya berkata “buat tak tahu je dia marah kita cakap pasal dia tu” kami berdua terus layankan cerita di tv. Sebelum kami masuk kit Orang lepak kt ruang tamu makan sambil bercerita mengenai kawan serumah kami yang ada orang mengatakan dia ada bela, memang ada po sebab kita orang dalam rumah tu macam- macam terjadi terdengar orang ketuk pintu la time tu pagi kul 2 pagi.

Lepas kejadian tu, saya diganggu lagi bayangkan saya duduk di tingkat 4 mana mungkin ada orang boleh sampai ke tingkat atas tanpa alat apa-apa tambah lagi pukul 2 pagi. Satu malam tu saya sedang tidur dan terjaga dalam pukul 2 pagi terdengar atas kepala saya dekat dengan tingkap, saya dengar ada benda cakar- cakar tingkap saya bangun dan jengah ke luar tak ada apa-apa pun saya tidur semula, esok pagi saya tanya yien sebab die tidur katil bawah saya dia cakap tak ada dengar pun pelik masih jadi tanda tanya disitu. Banyak pengalaman saya lalui semasa di kolej tersebut. Saya akan sambung lagi kali ini cerita saya selepas berkahwin banyak benda yang terjadi tambah lagi bila orang hiri hati dengan kita. Sekian saja cerita saya minta maaf andai salah eja atau tidak menyeramkan. Ikutkan banyak lgi terjadi ketika saya belajar di kojek tersebut sampai saya sakit pun ada. Kalau Umur yang panjang akan saya ceritakan lgi. Terima kasih yang membaca kisah saya.

Kongsi kisah anda: fiksyeshasha.com/submit

Aliz natira
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

34 comments

  1. _kita orang sudah biasa jalan kaki dari asrama ke kolej jauh juga dalam 500km macam tu._

    fuyooo 500 km hehehe

    takpe faham typo je tu

  2. tulislah dengan tenang kak oii..berterabur abis. pening aa aku baca. 500km tu takdehal sbb aku faham typo tapi cara kau cerita cam kelam-kabut nak cepat

    lain kali bawak-bawak bertenang bila tulis ya

  3. mak aihhh 500km jauh nau pasar malam kau dikk.. dh mcm dari perlis nak ke johor.. gagah jalan kaki pulak tu.. korang gerak seminggu awal ke mcm mana? hahahaha

    p/s: ye aku faham mungkin maksud kau 500m.. saja gurau.. jgn sentap ye..

  4. Kisah 1 x habis,caner taw rumah bkongsi dgn alam lain?ada pggil ustaz ke,etc?ayat2 berteraburan,berbelit2..susah jgk nk faham,n keseraman tu x sampai..blaja menulis lg,n double triple check b4 send..good luck!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.