Kak Nurul

Hai. Kali nie aku nak share cerita tentang seorang kakak yang tinggal di sebelah bilik aku masa aku belajar dekat sebuah politeknik di utara tanah air. Bilik asrama kami bersebelahan dan 1 bilik boleh duduk 4 orang dan nak dijadikan cerita, classmate aku, Iera dapat 1 bilik jugak dengan kakak nie, yang kami panggil Kak Nurul. Nama dia pun kami tahu sebab nampak dekat batch dia.

Kak Nurul nie jenis pendiam, tak suka bercampur dengan orang. Aku dan Iera selalu nampak dia pergi kelas sorang-sorang, makan kat kafe sorang-sorang, buat hal sendiri ja. Iera yang 1 bilik dengan dia pun tak pernah bersembang. Ohh yaa, bilik Iera hanya ada Iera, Kak Nurul dan Fiqah dan Fiqah nie jarang ada dekat bilik sebab course dia selalu kena buat tugasan luar.

Benda pertama yang kami pelik dengan Kak Nurul selain perangai dia yang tak pandai bergaul dengan orang tu adalah dia suka pakai baju kurung kuning! Even dia pakai seluar pun, dia tetap akan pakai baju kurung (tanpa kain). Tak pernah pun kami tengok dia pakai t-shirt,blouse atau baju-baju lain selain baju kurung. Masa tidur pun tau.Kak Nurul juga suka bersanggul tinggi dan tak pernah sekalipun kami nampak dia lepaskan rambut dia.

Aku dan Iera juga perasan setiap hari Kak Nurul akan mandi dan basuh baju lepas tengah malam, maksudnya lepas pukul 12 malam. Selain toiletries, Kak Nurul akan bawa sekali baldi merah dan bungkusan plastik yang kami memang tak tahu isi dalamnya. Setiap kali kami nak selidik barang-barang dia, setiap kali tu la dia tiba-tiba muncul seolah-olah tahu niat kami. Reaksi muka dia? Kosong.. Tak nampak marah, tak nampak senyum..Entahla wajah tanpa perasaan, macam tu la.

Iera juga pernah cerita, kadang-kadang Kak Nurul akan berjaga sambil bersila atas katil dia sambil mulut terkumat-kamit membaca sesuatu. Iera dan Fiqah tak berani nak tegur atau tanya Kak Nurul. Dan untuk pengetahuan semua, sepanjang 1 semester Iera sebilik dengan Kak Nurul, Kak Nurul tak pernah balik rumah ataupun keluar outing. Aktiviti Kak Nurul hanyalah tidur siang hari, berjaga di malam hari. Tak pernah nampak Kak Nurul study, buat assigment, main telefon seperti kebanyakkan orang biasa.

Di meja belajar Kak Nurul, takda satu pun nota, gambar atau apa-apa saja la yang berkaitan pelajaran atau peribadi dia. Tapi yang pelik di dinding Kak Nurul penuh tampalan kertas A4 kuning yang ada tulisan jawi dan ayat-ayat seperti mantera dan kami pernah cuba baca dan meremang bulu roma beb!! Kami tak lena tidur sebab ayat-ayat tu seperti berlegar-legar dan terngiang-ngiang di tepi telinga kami. 2,3 hari juga la rasa macam tu.

Kepelikkan Kak Nurul bukan hanya kami saja yang perasan, boleh dikatakan semua orang tahu tentang Kak Nurul. Yang musykilnya, ada kakak senior kami pun tak tahu sebenarnya Kak Nurul nie dah berapa tahun belajar kat sini sebab dari cerita yang diperoleh, masa kakak senior kami baru masuk, Kak Nurul dah ada dekat sini. Kalau kakak senior kami dah semester 6 sekarang, Kak Nurul dah semester berapa pula? Takkan la repeat paper bertahun-tahun? Bayangkan…

Terlalu banyak versi cerita mengenai Kak Nurul, cuma tak pasti yang mana betul yang mana tak betul.Wallahu’alam. Kak Nurul seolah-olah misteri dan rahsia pada kami semua.Kadang-kadang kami nak tahu sangat siapa Kak Nurul sebenarnya…

Kali terakhir kami nampak Kak Nurul masa nak pulangkan kunci asrama masa cuti semester. Kak Nurul bersama seorang warden di dalam bilik pejabat sambil tersenyum sinis pada kami.

dan……..

bila masuk semula semester 2, kami dah tak nampak Kak Nurul.

Sehinggan kini, memang buatkan aku tertanya-tanya.Itu sahaja kisah mengenai Kak Nurul yang betul-betul misteri.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]
missIB

8 thoughts on “Kak Nurul”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.