Tak terpikir pulak bila aku masukkan alamat Facebook, akan diselitkan sekali bersama post di FS ni. Tapi tak apalah, alang-alang dah terlanjur, teruskan sajalah.
Pada yang mengharapkan sambungan kisah Gadis dalam LRT, minta maaf. Itulah kali pertama dan terakhir aku bertemu dengan dia. Tiada sesi berdialog, tiada juga berjanji akan bersua lagi. Sesungguhnya aku sendiri tidak mahu.
Semenjak kecil aku pernah dipertemukan dengan kejadian-kejadian aneh. Tapi tak sekerap dalam tempoh aku ‘sakit’. Puncanya, dalam tahun 2005 aku bekerja di sektor kerajaan dengan jawatan kontrak. Agak di pedalaman dalam negeri kelahiran aku. Dipendekkan cerita, satu hari aku mengalami apa yang digelarkan dalam ertikata medical sebagai panic attack; setiap episod panic attack ni selalunya bermula dengan rasa berdebar-debar. Kemudian disusuli dengan rasa seram sejuk sampai kau seolah-olah bernafas dalam peti ais. Kalau korang pernah tengok cerita-cerita hantu, babak bernafas keluar asap macam kau berada di Cameron. Hati rasa resah, kau rasa nak lari tapi tak tahu ke mana. Penyudahnya, kau menapak ke hulu ke hilir dalam rumah dari depan ke belakang dan kemudian kau ulang semula.
Lama-kelamaan panic attack ni disertai dengan penampakan. Apa yang kau nampak kau tahu tak nyata, sebab dia telus tak berjasad walaupun dia kadang-kadang boleh menyerupai manusia. Tapi kau tau tak sama.
Takut? Memang. Tak kira berapa lama, berapa kerap kau lalui benda ni, perasaan takut tak akan pernah pudar. Aku pun cuma manusia biasa.
Tapi akan sampai satu tahap kau boleh hidup dalam keadaan yang kau tahu kau terpaksa co-exist dengan dia. Apa lagi pilihan yang kau ada?
Aku ceritakan lagi salah satu pengalaman aku; al-kisahnya bila dah sakit, maka dicarilah ubat. Dalam keadaan terpaksa, dimana saja kau dengar orang berubat kau akan cuba. Masa ni kau naif, kau tak tahu cara tak menghalalkan maksud dan acapkali yang bersekutu dengan meraka, bukan akan membantu, malah lagi memburukkan.
Melalui pak cik aku, aku diperkenalkan dengan ‘Bapak’. Bapak ni bekas anggota beruniform, dah bersara. Kerjanya banyak, antaranya jadi guard di sebuah rumah anak yatim. Modus operandinya di situ sebab nak riki harta karun yang disembunyikan ‘orang tidak nyata’ di situ.
Banyak seluar baju aku dikorbankan semasa berubat dengan dia. Kononnya nak membuang saka; baju-baju Hush Puppies aku dipakaikan pada batang pisang, dibungkus, ditalkinkan dan kemudian dihanyutkan melalui air mengalir.
Malam itu malam minggu, seperti sebelum ini aku ke tempat kerja Bapak untuk melalukan ritual membuang pusaka.
Disuruhnya aku mengambil wudhu, “Di mana?” tanya aku. Pili dekat pagar jawapnya. Maka keluar lah aku dari pondok pengawal menyusuri taman permainan ke arah pili yang jauhnya mungkin dalam 50 meter dari pondok tersebut. Bertemankan hanya cahaya lampu dari jalanraya dihadapan diluar pagar.
Tiba-tiba nafas kuhela terasa dingin. Setiap sedut nafas tidak terasa masuk kedalam dada. Kosong. Jantung aku sepatut nya berdebar tapi tak terasa. Aku ambil nadi, terlalu laju.
Namun aku teruskan perjalanan. Sambil aku berjalan aku memandang ke bawah. Aku terlihatkan bayang-bayang daripada atas kepala terus ke hadapan.
Sangkaan aku mungkin burung, atau serangga yang dekat dengan lampu. Reaksi normal setiap orang akan memandang ke atas kerana sifat ingin tahu. Begitu juga aku.
Namun sebaik sahaja kepala kuangkat aku menyesal. Yang aku nampak ialah satu makhluk berbaju putih seolah-olah ponco; tak berjahit, cuma disarungkan ke badan. Kusam, kotor dek debu. Terbang dan hinggap atas dahan pokok di seberang jalan.
Nampak jelas tangan nya yang kurus panjang mencengkam batang pokok dan kaki nya bertenggek di atas dahan. Wajah nya terselindung dibalik redup dedaun. Rambut nya panjang terjuntai melewati dahan tempat dia bertenggek tadi.
Ketika itu aku sedar keadaan senyap sunyi. Tidak ada satu bunyi pun yang kedengaran. Mahupun deruan angin.
Seketika aku terpana. Inilah kali pertama aku melihat benda-benda sebegini. Peristiwa ini jugalah milestone kepada insiden-insiden lebih esktrem yang akan aku kongsikan jika ada kelapangan.
Tanah dibawah tapak kaki aku terasa lembik, seolah-olah kalau aku tetap berdiri disitu, aku akan tenggelam ditelan bumi. Nak menjerit, memang aku bukan dikalangan manusia extrovert. Sedangkan bercakap sekalipun suara susah kedengaran (rujuk Lily dalam Pitch Perfect). Nak pusing semula dan lari, ada kemungkinan aku rebah mencium tanah.
Aku cari kekuatan untuk melangkah. Aku pura-pura dia tidak kulihat dengan harapan aku tidak diganggu. Sesampai di pili lengan baju dan kaki seluar aku lipat. Dengan lafaz Bismillah beserta niat aku mengambil wudhu.
Usai mengambil wudhu sangkaan aku Kak Ponti sudah bosan dan berlalu pergi. Tapi tidak. Sedari tadi dia masih disitu, memerhati dengan senyap.
Aku berpaling dan perlahan-lahan berlalu pergi.
TAMAT
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
tak faham….cuba lagi yerrr!!
kurang jelas
tu jrr… ermmmmm….xhfddhffdxgfg😵
la…camtu je citenye..adeh
Baca tajuk mcm seram.. bila baca kisah sampai habis… ciss… hampeh.. jgnkn bulu roma, bulu hidung pun tk naik.. ingat nak ambik feel baca mlm2 buta mcm ni.. rupa2nya aku trtipu… kurang asam betol….
terasa juga seram nya..
ayat2 pun ringkqs dan tak meleret..
and good description of lembaga yg dilihat👍🏼
At least true story..dah xkan dia nk tegoq ponti tu pulak
hurmmmm….. ok gk dia tegor kak ponti tu… tnya nama sape? wt pe kt ctu memlm nie.. nk pe pndg2.. ok gk… mna tau bolh dpt feel citr seram.. xpun uplod kt fb secara live, bru gempaq.. perghhhh!!!😍😍😍
jgn ringkas sgt laa kakakk, baru nak syok baca…
pastu ape jd?
terasa sesak dada baca cerita ni. tp tergantung sepi..nnt free sambung k..
huu seram
entahhh la nak ,makcik tak brape nak paham ….
MUNGKIN DIA PENGSAN KOT TIME BUAT CERITA NI..TAKPE KITA TUNGGU LAH DIA BANGUN DARI PENGSAN
Sblm baca tgk komen org dlu..lau ada yg komen kata cter tah apa² mmg xlaa aku nak baca 😒
xbce tp nk mengomen jgk. mmg kau kakak bawang. nk jgk spotlight wlu pn xtaw ujung pangkal
**
bugima lu!
Huuuuuuuu👻👻
Wah srs seram ooooooohh
Pendek sgt
Boleh la 4/5 ☆☆☆☆
X bek komen carut2..tp mmg pendek n simple sgt citenye..
Hmm kau nak kami sambung sendiri ka cerita ne ?😒
cuba fahamkan