Menyingkap kembali lembaran tahun 90an dahulu di daerah pencil di Sarawak pastinya mengamit memori indah.Aku berjauhan dengan mak dan ayah serta adik beradikku yang lain.Sedari umur 10 tahun mak menitip ku di kampung buat menemani nenek,bidan kampung yang pasti sunyi hidupnya.Mana kan tidak kucing-kucing lah buat nenek teman bicaranya jika tidak ada urusan bidan membidan.Jauh disudut hati bila terkenangkan nenek pasti juraian air mata bergenang di pipi..rindunya dengan arwah nenek..
Berbalik pada kisahku kali ini.Kak Sulasteri Kadri.Wanita asal Sambas kalimantan yang sudah lama menetap di daerahku.Mesra disapa nama Kak Su.Kak Su adalah mak andam dan tukang jahit.Pesona baju pengantin buatan Kak Su banyak berpengaruh dari tanah seberang.
Hamparan kain samarinda dan songket tenun adalah material utama bagi baju pengantin yang dihasilkannya.Kak Su jika musim cuti sekolah pasti tidak menang tangan.Sentuhan magis andaman kak Su bagaikan panahan asmara bagi sesiapa hadirin yang memandang sang dara pengantin.Apatah lagi sang Teruna pengantin lelaki pasti gelora asmara memandang isterinya hasil andaman kak Su pasti tidak sabar buat telahan malam pertama.
Ada pesta di pekan.Anjuran utamanya pasti acara kemuncak ratu kebaya..
Teman baikku,Masnelia menghantar hasrat buat berlawan merebut takhta ratu kebaya.Hasrat dihantar buat impiannya diandam Kak Su pada malam Ratu Kebaya berlangsung.Syaratnya cukup mudah…menemui Kak Su di malam purnama penuh kalendar bulan suro jawa…
Masnelia bukanlah gadis cantik.Biasa-biasa sahaja.Tetapi impiannya setinggi puncak kinabalu…Ingin menang.Apa salahnya meminta bantuan Kak Su..
Isyak itu,cuti sekolah..Aku meminta izin nenek untuk bermalam di rumah Masnelia…nenek cuma mengangguk dan mengerling tajam.Apa nenek tahu rancanganku dan Mas untuk ke rumah kak su malam itu?ah persetankan.Janji aku cuma meneman Mas buat menemui Kak Su.Ouh ya.. Kak Su adalah janda yang kematian suami dan tidak memiliki sebarang cahayamata..
Seminggu lagi pesta akan berlangsung di pekan…32 gadis di canang untuk merebut gelaran ratu kebaya mengundang gelisah Masnelia.Dia tekad.Kak Su lah penyelesaian kekusutan cita-cita ambisiusnya…
Berteman lampu suluh bateri 3 butir Everyday warna silver jenama tiger head itu ku paut kemas di tangan.Siapa yang lahir tahun 80an pasti tahu rupa lampu suluh yang cukup klasik ini.Suluhan ke jalan simen kecil ke rumah Kak Su agak membangkit bulu roma…
Kami mengetuk pintu rumah….Kak Su…membuka.anehh…ketika pintu dibuka masih ada bunyi mesin jahit lama seakan ada orang yang mengayuh naik turun sendal bawahnya..Padahal kak Su muncul di depan pintu…
Untuk pengetahuan anda semua,dahulu kebaya nyonya sulaman dia boleh di sulam menggunakan mesin jahit lama yang perlu dikayuh sendalnya dibawah.Kak Su juga juara menyulam sulaman corak kebaya nyonya…sebelum masuk ke rumah Kak Su berpesan.Jika ada sebarang keanehan di rumahnya malam itu jangan di tegur dan apatah lagi di tanya..
Lampu gasoline yang perlu dipicu laju punatnya ke dalam keluar untuk menyalakannya tergantung terang di tengah rumah.Di sudut rumah Kak Su ku lihat baju kebaya Nyonya berkain rabiah jarang merah terang itu bergerak sendiri dan sendal kayuhannya juga bergerak sendiri bagai ada orang yang menggunakannya.Aneh….Kak Su cuma tersenyum dan memberi tanda jari telunjuk ke bibirnya menyuruh diam dan jangan bersuara.
Bulu romaku meremang.Ku tatap wajah Mas..cuma tenang dan berjiwa besar serta meminta pengharapan tinggi pada Kak Su.”kau cucu nek sah kan?.”Apa kau nampak di rumahku malam ini,jika kau ceritakan pada nenekmu.nyawa timbal gantinya.”Kau faham?.Kak Su memberi amaran padaku….Aku mengangguk lemah..
Pemujaan di mulai.Kebaya merah itu sudah siap..motifnya cukup cantik.Sepasang burung merak bersambung kelerainya menghiasi dada ke pinggul bawah kebaya.Aku sendiri terpana melihat ketelitian sulaman pada kebaya entah siapa yang menyiapkannya sebentar tadi..Yang kulihat cuma mesin jahit bergerak sendiri.Kapur barus setanggi dan kayu cendana di bakar menyelinap ke seluruh rumah…kebaya,sanggul palsu serta beberapa aksesori cucuk sanggul yang bakal dikenakan Mas di malam ratu kebaya di perasap sama…Tiba-tiba Kak Su bangun dan menyanyi lagu umpama lagu jawa klasik….
Kak Su menari-nari tarian jawa dihadapan kami..dari sudut tiang rumah Kak Su menyeru….Langsuyar@langsuir bantu aku….kelihatan lembaga itu merangkak menuruni tiang seri tengah rumah Kak Su..Langsuyar merangkak memandang kami berdua.”‘Jangan takut…Dia cuma roh gadis yang tidak tenang m**i d*****h buat temanmu nanti Mas”.Mas mengangguk..
Langsuyar menampakkan mukanya.Kelihatan mengurutu wajahnya dibalik rambutnya yang panjang mengurai…
Kak Su mengambil segenggam rambut.
“Wahai Langsuyar.Rambutmu kupintal kemas,ku sendi di dalam sanggul Masnelia Pawi.Kau bersatulah bersama jasad abadi milik Masnelia Pawi”..
Kak Su membaca mantera.Mahkluk itu kembali memanjat tiang seri rumah dan mendayu dayu suara esakkannya.Seakan tidak restu rohnya dipuja disyirikkan…
Selesai memuja.Kak Su memberi Mas kain batik basahan…mandi bunga..kelihatan tempayan lama berukir naga penuh dengan segala macam bunga di dalamnya..
Kak Su memandikan Mas.Dingin malam purnama menerangi pastinya mengamit sejuk ke tulang sum-sum Mas….Sebelum pulang..Kak Su berpesan agar tidak menceritakan hal ini kepada sesiapa kerana padahnya ialah satu…m**i beragan istilah orang sabah sarawak iaitu m**i dalam keadaan kita sendiri belum bersedia untuk m**i.Atau m**i d*****h..
Kak Su juga menusuk seperti kilauan berlian ke dalam kulit muka Mas.Aku tidak pasti apakah itu.Yang kulihat ia menghilang sendiri setelah digolek2 ke dahi Mas.Seperti menembus ke dalam kulitnya…Kak Su juga berpesan pada Mas.Imbalannya bukan kosong.Darahnya akan dititis buat santapan sang langsuyar setelah pertandingan itu berakhir kelak kerana jaminan sudah Kak Su beri.Gelaran itu pasti miliknya kerana rambut sang langsuyar sudah bersemat ke sanggul palsu yang bakal dipakainya kelak di malam pertandingan…
Malam pesta….ratu kebaya daerah rancak berlangsung.Ku lihat seperti ada aura pesona pada wajah Mas.Ku lihat dari jauh…Nenek di sebelahku..di samping Mas terlihat Kak Su duduk bersama dengan kipas lipat buka tutup umpama ekor merak di tangannya…ketika Kak Su gelak pasti kipas itu dibuka buat menutup bibir dan separuh mukanya.Nama Mas di panggil buat beraksi…Dewan senyap buat seketika umpama semuanya kagum melihat lenggok gemalai Mas mempamerkan kebaya Kak Su.
Ku pandang wajah nenek di sisi.Terlihat mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu.”Dek,jum ikut nenek balik..kita balik…”Aku akur walaupun pertandingan itu belum berakhir….menelah keluar dari pintu dewan langkah kami terhenti di halang Kak Su.Kak Su memberi amaran.”Nek Sah jangan kacau kerja saya seperti saya tidak pernah mengacau kerja Nek Sah.Dampingan saya perlukan semah(korban)”Kalau Nek Sah nak hidup lama.Baik jangan ikut campur apa lagi menghalang.!.gertak Kak Su…
Eh Su,kau tahu langsuyar tu dahaga d***h anak dara kalau sekali dibagi d***h anak dara.Belaaan kau tu akan meminta bukan sekali dua kalau dah dibagi sekali.M**i kering budak tu esok Su.Taubatlah Su”..balas nenek.Kak Su gelak jahat umpama menangkis amaran nenek….”Nek Sah,Mas nak gelaran Ratu tu.Itu lah harga bagi yang patut dia bayar buat gelaran yang ditaksubkannya Nek Sah.Su peduli apa.!!.
Kalau jadi apa2-apa kat budak tu aku cari kau Su.Aku tahu kelemahan langsuyar kau bela tu.kau puja rambutnya si langsuyar.bila dia minta balasan kau jadikan budak itu sebagai semahnya(korban).
Kak Su bengis..”Nek Sah.kalau nak hidup lama,jangan sampai saya hantar dampingan saya untuk mencabut nyawa Nek Sah dan cucu Nek Sah ni.”tegas Kak Su.
Nenak dan aku pun berjalan cepat meninggalkan acara itu…
Esoknya nama Mas gempar disebut2 orang kampung.Gadis yang baru dinobat sebagai ratu kebaya semalam.Temanku sendiri.Tetapi sejak peristiwa itu aku banyak termenung memikirkan nasib Mas…Gelaran sudah diraih.Apakah yang akan jadi pada Mas kelak…Mas mulai menjadi siulan pemuda2 kampung.Namanya meniti bibir ke bibir.Suatu hari yang ku dengar…Mas jatuh pengsan di rumahnya…
Ibunya sendiri hairan kerana lepas berberapa bulan pertandingan berakhir.Anaknya Mas semakin kurus …Akhirnya ajal menjemput Mas…pihak hospital di daerah ku cuma menyimpulkan kematiannya disebabkan kekurangan d***h merah..
Begitulah sebahagian kisahku. .ku bawa dari bumi yang penuh indah ini.Sarawak….kisah dizaman kecilku di era awal 90an pasti ada yang mengamit memori dan menyentuh jiwa…pesanku.perbuatan menyekutukan Dia pasti tiada ampunanNya…Kerana di akhir riwayat Kak Su sendiri ….Wanita itu umpama m**i di cekup dengan kain kebaya merah disumbat kemulutnya…ya kebaya yang dipakai Mas ketika pertandingan dulu…Jangan mendampingi Langsuyar.biarkan dia bebas menyanyi mendayu dayu dipohon beringin.
.pastinya dua langsuyar menyatu buat menghapuskan riwayat wanita kejam itu…Mas.ku tahu….riwayat kak Su berakhir pasti ada kamu di balik kisahnya…….jika sekali berdampingi dengan mahkluk ini.pastinya berakhir dengan makan tuan…..
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
air mata mana boleh bergenang kat pipi.
kalau dah ke pipi tu dah tak bergenang dah tu.
bagus penulisan awak. cerita lagi ya. seronok saya baca 🙂
Penuh khurafat cerita ni…seram sejuk teman dok baca…
bagus cara penulisan..bagaikan membaca permata yang hilang 😛
Cerita sangat menarik. Boleh meletup panggung kalu di buat filem nih. Syabas ye.
Menarik kisah ni..
Terbaik penulisan ni
Sangat bagus. .. terasa seram …
Hahaha… makcik!! Everyday tu susu… ‘Eveready’ baru bateri… hehe… papepun… nice story…
Hahaha …adoiiii aii… perasan jer kan penulis tue typo … sy siap cr balik perkataan tue.. hha
Sangat bagus penulisan ,senang masuk ke dlm cerita.macam tengok cerita seram pulak.
Cerita yang bagus , terasa keseraman nya .. Keep it up Elle