Kak Tihah Cute Girl

Assalamualaikum dan hai. Aku si peminat tegar Choki-Choki. Aku nak share ending kisah si Kak Tihah cute girl. Yang baru baca boleh baca cerita “ Kehadiran Tidak Diundang” part Kak Tihah cute girl.
Selepas mengenal pasti patung itu patung Vodoo, Kak Tihah pengsan serta merta. Ustaz Zali memeriksa keadaan rohani dan gangguan lain yang mungkin ada pada diri Kak Tihah.

“Emm..hurmm” Ustaz Zali menarik nafas panjang. Mukanya agak berkerut seperti ada sesuatu yang tidak selesai. Ustaz Zali membuka semula almari Kak Tihah. Kami berempat mengekori ustaz dan isterinya ke almari Kak Tihah. Ada satu kertas yang dilekatkan pada pintu almarinya disamping terdapat cermin bersebelahannya. Ustaz Zali menanggalkan kertas tersebut. Kemudian diserahkan pada isterinya. Terdapat botol yang diselitkan pada baju-baju yang berlipat pada mulanya aku tidak pasti apakah yang diisikan pada botol kaca itu. Ustaz menutup pintu almari kemudian duduk di kerusi meja belajar Kak Tihah. Kak Tihah masih tidak sedar.

“ Biarkan dia tertidur sebentar. Kesian, terlibat dalam sihir dan khurafat. Mangsa tubuh tidak berdosa” Ustaz Zali mematikan ayatnya. Setelah itu, Ustaz Zali memohon aku mengambil sebotol air lalu ustaz Zali membacakan ayat-ayat suci pada air tersebut. Dipesannya aku untuk diberikan pada Kak Tihah setelah dia sedar nanti. Kak Bella dari tadi hanya memerhatikan Kak Tihah yang terbaring dikatil dengan kerlingan tajam.

“Ishh,kenapa plak Si Bella ni?” hati ku berbisik.

Aku memandang wajah Kak Bella dihujung-hujung mata. Kemungkinan tersedar pandanganku, Kak Bella mengalihkan pandangan dan senyum pada ku. Ustaz Zali dan isteri beransur pergi dengan barang-barang yang dijumpai tadi. Jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Pantas masa berlalu. Kak Bella mengarahkan rakannya Kak Tiara menemani ku dibilik sementara hari siang.

“Kalau ada apa-apa kelui kami ya” kata Kak Bella.

Kejadian malam hingga pagi buta itu masih menghantuiku. Risau lah, tiba-tiba dia bangun dan buat hal lagi. Mati kami ditikamnya. Erkkkkk. Azan Subuh berkumandang, aku dan Kak Tiara bergilir mengambil wudhuk untuk bersolat. “Uuuuuuuuu,,,errrrrrrrrrr”. Kak Tihah bangun dari lenanya lalu menangis mendayu-dayu. Aku yang sudah selesai bersolat Subuh mendekatinya. Ku lihat keadaannya seperti tiada gangguan lagi. Aku memeluk Kak Tihah. Dia menangis semahunya. Ku pujuknya agar bertenang dan sabar. Dia memeluk erat tubuhku. Setelah agak tenang, aku berikan air yang telah dibacakan ayat suci itu.

“Nanti akak minum, akak nak mandi kejap” kata Kak Tihah. Dia mengarahkan aku untuk meletakkan air itu di meja belajarnya sahaja. Kak Tihah mengambil tuala dan membawa toiletries menuju ke bilik air. Aku membaca dan taddabur Al-Quran. Tengahari itu kami pulang awal ke bilik masing-masing kerana kelas kuliyyah dibatalkan sehingga petang. Jadi berhorey lah pelatih-pelatih course aku. Aku agak keletihan seminggu itu, badanku lemah dan seperti ada miang-miang dikulitku. Tergaru-garu macam monkey dah rasanya. Gatalnya tu sampai aku dah tak peduli orang sekeliling apabila bergaru, makin digaru makin sedap. Hishhh…

“Wei, apa teruk sangat kau ni?” tegur Kak Ayu padaku sambil ada senyum sinis padaku. Aku tak tau senyuman tu mengejek ke atau apa.

“Entahlah Kak, sedap gila bergaru ni” jawabku sambil ku garu-garu jari jemari dan lenganku. Kak Ayu memakai glove lalu menarik kasar tanganku. Diperhatikannya.

“Lailahaillallah, terkupas kulit-kulit kau ni. Ada darah pulak tu, macam ada cecair-cecair lagi. Jom ke klinik!” katanya.

Aku macam lembu dicucuk hidung, ikut sahaja Kak Ayu. Dia start motornya lalu kami terus menuju ke klinik kesihatan berhampiran kolej kami. Aku seperti terawang-awang bila angin menerpa kami si atas motor. Mataku kuyu. Badan seram sejuk seperti nak demam. Sampai di klinik kami mendaftar dan menunggu giliran. Sepanjang-panjang menunggu giliran tu, aku berasa rimas dan berulang ke bilik air. Rasa nak buang air kecil, tapi tiap kali dah sampai bilik air, tiada setitikpun yang keluar. Hanya seperti aku lebih suka duduk di bilik air tu, dari menunggu di luar yang ramai manusia. “Aman” getusku.
Tanpa ku sedari aku baring dalam bilik air itu gatal miang badanku pun kurang dan aku terlelap.

Dalam tidur ku aku termimpi pelbagai jenis hantu. Hantu pocong, hantu galah, hantu penanggal, nenek kebayan mengejar aku di satu hutan yang tebal dan menakutkan. Aku berlari sekuat kudratku, tak sanggup dibaham oleh makhluk-makhluk itu. Ketika di satu simpang 3, aku terkial-kial mahu ke arah mana. Hantu-hantu itu makin mendekatiku. Tiba-tiba aku ternampak, Kak Tihah yang berbaju kuning lengkap berada di persimpangan kiri. Dia hanya memegang lenganku lalu mengajak aku berlari ke arah kiri itu. Makhluk-mahkluk tersebut masih mengejar namun tidak lama kemudian bayangan mereka hilang. Kak Tihah senyum kepadaku.

“Zie, Zie!” tubuhku di goncang. Perlahan-lahan kubuka mata.

“Ya Allah, apa kau buat tidur terlentang kat dalam bilik air ni?” keluh Kak Ayu.

Kak Ayu dan beberapa orang makcik cleaner membantuku bangkit. Badanku betul lemah. Mereka memapah aku sehingga ke bilik doktor. Mulutku membisu, Kak Ayu menceritakan keadaanku kepada Doktor Suzie yang memeriksa kesihatan ku hari itu.

“Nampak tekanan darah tak berapa stabil, agak rendah dan ada demam. Kulit ni mungkin disebabkan hama atau ada share barang peribadi tak dengan sesiapa yang ada penyakit kulit?” tanya Doktor Suzie.

Aku menggeleng. Aku memang pasti sebab aku pun memang jenis kedekut nak share-share barang peribadiku dengan orang lain. Doktor memberi preskripsi ubat, antaranya ubat yang disapu pada kulit yang gatal-gatal, ubat demam dan lain-lain. Kak Ayu menelefon Jeff kawan sekuliyyah kami yang memiliki kereta untuk mengambil kami di klinik, memandangkan tubuhku lemah. Dia takut aku terjun dari motor. Huk, huk.

Sampai di bilikku, Kak Tihah sedang mengemaskan almarinya. Kak Ayu menceritakan keadaanku pada Kak Tihah. Aku berbaring di atas katil, dalam keadaan uniform ku yang lembab. Letih sekali.
“ Kesian, Zie” Kak Tihah mengusap rambutku. Aku hanya terbaring di katil. Sudah dua minggu aku begitu. Walaupun dah makan ubat. Kulitku makin teruk. Mengelembung dan bila pecah ada bauan yang kurang enak. Aku juga tidak makan dan minum. Aku seperti orang mamai, seperti diberi morfin.

“Zie, akak mangsa keadaan. Bekas tunang akak santau sampai akak pernah jadi macam Zie ni. Bila akak sihat, dia guna sihir patung vodoo pulak. Jangan risau, akak akan temankan Zie dan sentiasa memahami zie ya” cerita Kak Tihah.

Ada air mata di pipinya. Aku mengangkat tangan kiriku. Terasa sakit seperti ada jarum. Bila ku lihat ya, ada IV drip disana. Menurut kak Tihah, aku dah 3 hari ditahan di hospital kerana demam panas yang berpanjangan dan kekurangan air dalam badan disertai gelembung air misteri di kulit-kulitku. Doktor masih mencari punca. Sepanjang tempoh itu jugalah, Kak Tihah, Kak Ayu serta rakan-rakan lain silih berganti menemani siang-siangku. Kak Tihah yang paling setia menemani.

Satu malam…
“Erghhhh, yeahhhhhh, nyainggg nyaiiiinggggg,kiiihhkerghhhh!” satu lembaga hitam datang pada katilku. Aku dapat melihatnya dalam kesamaran lampu kaunter jururawat.
“Herghhhhhhh, nyehhhhhh” makhluk itu seperti ingin mencekikku. Kukunya panjang-panjang. Tubuhku tidak dapat bergerak. Aku cuba menjerit, namun suara tak keluar. Aku bukan sleep paralysis kerana aku tau aku dalam keadaan jaga.

“Ergghhh,erghhhh” suaraku dihujung tekak. Aku meronta-ronta. Sebelum tangannya sampai keleherku, makhluk itu meludah-ludah lendiran ke tubuh ku. Aku merasakan gelembung-gelembung itu semakin membesar dan perit. Bila jari jemarinya mencekikku, aku dapat melihat jelas wajah makhluk itu, hitam seperti terbakar, mata merah menyala.Nafasku tersekat-sekat. Kaki ku gagah menyepak-nyepak besi-besi katil dan meja mudah alih itu.

“Gedebuk, prangg!” jatuh benda-benda tu. Pesakit disebelah katilku terjaga dari tidur lalu memanggil jururawat. Semua keadaan sekitar aku hanya dapat lihat dihujung-hujung pandangan mata. Air mataku mula mengalir menahan cekikan makhluk itu. Setibanya jururawat di katilku, makhluk itu hilang. Aku pula seperti orang histeria. Kerana keadaan ku itu, doktor bagi ku ubat penenang dan terlelaplah aku tanpa sebarang mimpi yang dapat ku ingati.

“Zie, saya dah telefon ibu bapa awak untuk datang melawat awak di sini”, Kata Encik Siva kepadaku. Dia antara pensyarahku. Aku kasihan parent ku, susah payah pula mereka datang dari jauh. Tubuhku makin mengecut dan aku hilang 20 Kg dalam hanya beberapa minggu. Aku pandang Kak Tihah, jelas diwajahnya mengasihaniku.

“Kak Tihah, sepanjang Zie takde, siapa yang meneman akak dibilik?” aku bertanya padanya. Aku kasihan pada kak Tihah kerana dia pun bukannya sihat sangat.

“Akak takpe Zie, lagipun dah biasa sendiri” jawabnya.

Orangnya sederhana tinggi, tubuh molek berkulit cerah. Wajah kacukan siam melayu, cute sekali. Pasti dia pernah derita seperti aku sekarang, hatiku berbisik. Aku menggaru kulit-kulitku yang kian menggerutu. Sekali sekala, aku melihat jururawat yang membersihkan kulitku seperti kegelian. Mana tidaknya ianya sudah mula berulat. Tapi aku berterima kasih pada rakan-rakan yang tidak putus berkunjung.

Ustaz Zali datang pada suatu petang bersama Kak Bella. Isterinya, menangis tengok keadaanku.
“Tak boleh jadi ni, abang haji” isterinya bersuara. Kak Bella juga kesedihan. Aku merasakan seperti mereka memandang keadaan ku yang sedang menunggu ajal.

“ Kak Bell, janganlah nangis ya. Zie belum nak mati lagi” aku bersuara dan tersenyum lemah.

Ustaz Zali, memberi sebotol air kepada isterinya. Isterinya memakai glove lalu air dibotol itu dituangkan kepada tuala kecil. Tuala itu dilapkan ditubuhku. Aku berasa nyaman sekali. Sekali sekala Ustaz Zali terkumat-kamit dan menghembus kepadaku. Aku hanya membiarkan sahaja sambil menghayati kenyamanan air yang di lap pada tubuhku. Tidak lama kemudian, aku mula beransur pulih, parent ku datang menjengukku.

“Zie, akak nak bawa zie dan mama abah zie berubat kat rumah makcik akak ni. Dulu dialah yang mengubati penyakit santau sihir akak tu” kata Kak Tihah. Doktor pun memberitahu, penyakitku misteri. Tak tau apa punca sebenar. Mama dan abah seperti setuju sahaja.

“Baik benar, Si Tihah tu ya. Dialah yang melayan dengan baik sejak kami di sini” kata Mama. Aku hanya tersenyum.

“Mama ada jumpa kak Ayu?” aku bertanya pada mama.

“Ayu?” mama kerunsingan. Menurut mama haritu dia terserempak dengan Kak Ayu di lobi hospital. Sambil macam memerli mama tentang sakitku. Pandangannya pun seperti orang tidak puas hati pada mama dan abah. Kebetulan hari tersebut hari Ustaz Zali, isterinya dan Kak Bella datang melawatku. Sejak itu Kak Ayu tidak lagi melawatku. Oh ya, mama kenal Kak Ayu semasa hari pertama aku mendaftar di KSKB. Aku mula berfikir, kenapa Kak Ayu bersikap demikian.

“Makcik, saya dah tanya makcik Mun(makcik kak Tihah) tentang penyakit Zie ni. Katanya kena buatan orang, sihir. Orang dengki pada Zie” Kak Tihah membuka cerita. Fikiranku mula berputar-putar.
“Siapa yang dengki padaku?” aku tertanya sendiri sambil gelak kecil. Bukan aku tidak percaya namun selama ini, aku tidak pernah bermusuh pada sesiapa.

“Dia cakap tak siapa yang dengki pada anak makcik ni?” tanya mamaku pada Kak Tihah.

“Hurmm..katanya kawan baik dan akrab Zie sendiri yang sama belajar di sini” jawab Kak Tihah.

Ya Allah, siapa pula. Kawan baik aku Kak Ayu dan Kak Tihah. Tapi kalau akrab, memang Kak Ayu. Aku seperti tidak percaya. Tak mungkin Ayu sanggup melakukakan perkara kejam ini. Mama menangis. Seolah dia juga dapat merasakan perkara yang sama seperti ku. “mama rasa, mama tau siapa orangnya!” mama bersuara.

“Ayu kan makcik?”

“Ayu sama seperti bekas tunang saya. Dia tidak puas hati bila saya memutuskan tali pertunangan kami akibat sikap negatifnya. Dulu saya disihir seperti Zie, dia menghantar jin-jin untuk mengganggu kehidupan saya. Tubuh saya habis berulat sama seperti ni lah. Kemudian bila saya sembuh diubati makcik Mun, lelaki itu menyihir pula saya menggunakan patung Voodoo. Menyimpan rambut dan kuku saya dalam botol kaca. Yang hari masa Ustaz Zali datang berubat saya tu, barang-barang yang dijumpai dalam almari saya semuanya milik bekas tunang saya yang dijumpai oleh adiknya ketika dia tiada di rumah. Kerana kasihan pada saya, adiknya mengepos kesemua barang itu pada saya untuk dibawa kepada makcik Mun agar sihir jahatnya itu lemah dan terbatal. Tapi Ustaz Zali dah menjumpainya dulu” Kak Tihah bercerita lalu ada air matanya berjurai.

“Kejamnya kan kesian awak Tihah, In shaa Allah, Ustaz Zali pasti akan bantu Tihah melemahkan sihir itu” Mama memujuk kesedihan Kak Tihah.

Pagi itu aku terjelepok ketika aku berusaha mencapai Al-Quran di rak katil. Aku seperti ingin pitam.
“suuuuuuuuu, nyiaaaiii nyiaaaaiiii pesss pesss sessssss sesssss” terdengar hembusan seperti mentera di telingaku. Kepala ku sakit seperti ditusuk-tusuk jarum. Darah dari hidung mula mengalir. Aku memanggil mama dan abah. Ku lihat mama dan abah berlari-lari kearahku. Makin dekat, mama dan abah mula menyerupai makhluk jembalang dan hantu jenis berbulu ingin menerkamku. Aku menjerit sepuas hatiku. Aku mendengar orang bergelak tawa dan mengilai. “Hahahahaha, hihihihihi!”

Makhluk-makhluk itu memegang erat tangan dan kaki ku. Aku tutup mata kerana ketakutan kemudian, seperti sesuatu dicucuk di lenganku dan aku tidak sedarkan diri. Aku rasa tidurku panjang, bila ku sedar mama dan abah serta Kak Tihah ada disebelahku. Perasaan ku sayu, rindu pada seseorang.

“Kak Ayu mana?” aku bertanya pada mereka. Wajah mama agak menggambarkan kemarahan bila aku bertanya tentang Kak Ayu. Abah tenang walaupun ada kesedihan.

“ Kenapa mesti kau tanya pasal Ayu, Zie? Akak kan ada. Kita pergi berubat ya malam ni, di rumah makcik Mun. Ayu yang buat kau jadi begini” kata Kak Tihah.

“Bukan Ayu yang buat semua ni Zie!” tiba-tiba aku terdengar suara kak Bella. Dia datang bersama Ustaz Zali, isteri ustaz, Encik Tajuddin, dan Kak Ayu serta seorang makcik yang tidak kukenal.
Kak Tihah terkejut kehadiran mereka. “Mak” kak Tihah bersuara. Namun wajahnya masam serta merta.

“Nak, sampai hati kau buat kawan-kawan kau macam ni. Lepas kau sihirkan Syafiq, kau sihirkan orang lain. Mak ingat kau dah bertaubat, Tihah” makcik itu bersuara lalu menangis.

Aku mengerling pada Kak Ayu. Tubuhnya juga habis mengelupas sepertiku pada awal penyakit ini menghinggap tubuhku. “Kamu percaya kata-kata orang tua itu?!!hahahahaha!” gelak tawa Kak Tihah mengisi ruang bilik wad kelas pertama di mana ku ditempatkan ketika itu.
“Saya dah periksa dan menyiasat kegiatan khurafat awak, Tihah. Dari awal lagi kami mula syak, barang-barang yang dijumpai dalam almari awak tu, adalah barang-barang kegunaan kerja-kerja syirik. Mentera yang dilekatkan pada pintu dan serpih buluh yang awak letakkan di katil Zie dan Ayu.Itu semua kerja awak, ada saksi Tihah. Makcik Mun tu bomoh tempat awak belajar ilmu-ilmu hitam. Berdosa Tihah, menyekutukan Allah!” terang Ustaz Zali.

“Untuk mengukuhkan lagi semua ni, kami menghubungi emak kau, Tihah” sambung kak Bella.

“Puaskan? Semua dah tahu cerita? Terbalikkan segala cerita yang aku pernah cerita pada kau, Zie. Aku tak tahan melihat kau begitu bahagia dengan semua orang, sedangkan aku hanya ada mak yang miskin ni, dan kehidupan yang kosong” Kak Tihah senyum sinis padaku. Aku terkial-kial.

“Hahahahahahaha, game over!” Kak Tihah terduduk lalu menggeletar tubuhnya menahan marah.
Sejak dari haritu, aku tidak bertemu Kak Tihah lagi. Yang aku tahu, dia tidak lagi belajar dan mendapat sakit kifarah perbuatannya. Kak Ayu dan aku berubat sehingga sembuh. Alhamdulillah, masih ada masa aku berchoki-choki. Nasib baik tak mataiiiiiiiiiiiiii.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

17 comments

      1. Eh suka aku la..mcm dia gak ..suka dia tulis cmtu..kalau kau baca komen2 aku cerita best aku puji..mungkin standard bahasa&karangan korang ni rendah kot…tu la sekolah dulu malas…dah tua hadap je apa orang tulis/cakap pastu cakap best

  1. Astaghfirullahalazim…
    Nauzubillahuminzalik…
    Seremnyeeeee klu tetbe ade kwn cmni…
    Ptt bersungguh jge zie rupenye die makin memburukkan keadaan…
    Alhamdulillah semua selamat…

      1. hahaha… bleh jadi kott… dah related pulak, pe lagi… compile.. buat drama… best kot, lama tak layan drama seram kat tv…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.