Kak Yong Dedek

Assalamualaikum for all readers FS. Ada yang ingat kak yong lagi tak? Dedek? Sorry sebab almost 1 years aku menyepi dari dunia FS dan tak share dengan korang perkembangan dedek.

Lihat sini senarai cerita terdahulu.

I’m soooo busy right now. Nak-nak pulak dah nak dekat tarikh nak kahwin ni. Tahniah untuk diri sendiri. Kak yong dah close market! Hahaha. Oh ya, aku kat sini nak cerita pasal perkembangan dedek yang ada positif. Dia sekarang dah makin okey dari sebelum ni.

Okey, aku akan mulakan cerita pasal dedek kesayangan kak yong dunia akhirat. Siapa yang follow cerita aku sebelum ni korang mesti dah tau serba banyak pasal dedek. So aku pun tak nak preview banyak-banyak sebab aku nak continue cerita pasal hijab dedek dah ditutup sikit demi sedikit.

Dulu aku pernah bawa dedek pergi berubat merata tempat. Macam-macam jenis ustaz aku heret dedek ni berubat. Tapi kebanyakannya tak berapa mujarab sangat. Sebabnya selalu seminggu dua je bertahan then hijab dedek akan terbuka seluas alam semesta balik. Aku pun buntu nak berubat kat mana lagi.

Disebabkan aku dah give up. Dan dedek pula makin creepy aku mula slow talk dengan parents aku pasal ni. Memang susah weh. Lama-lama aku minta parents aku pantau aktiviti dedek. So dorang ada pasang cctv. Yelaa, aku kan dah tak stay sekali dengan family aku. Start pasang cctv baru la parents aku mula percaya yang dedek ni boleh nampak something even masih rasa was-was. Susah bebeno nak buat parents aku faham dan percaya yang dedek ni boleh nampak benda ghaib ni.

After that, parents aku mula la bawa dedek berubat sampai la ada berubat dengan seorang ustaz kat sebelah utara tanah air semenanjung. That time aku ikut family aku pi berubat dedek. Sebab dedek tak nak berubat kalau aku tak ada. Haishh. Mengadanya engko kan. Terpaksa la aku ambil cuti untuk ke utara.

Masa kitorang sampai tu, ustaz tu sambut dengan baik. Lagipun dia memang tau kedatangan kitorang nak berubat. Dia nampak dedek je terus dia kata “hebat budak ni. Besar nanti boleh jadik orang yang sangat berguna pada orang lain.” Then dia senyum. Aku pun tak tau apa maksud ustaz tu. Masa berubat tu ustaz cuma baca ayat-ayat al quran dan usap mata dedek. Ustaz tu ada cakap hijab dedek dapat ditutup tapi berkemungkinan besar bukanlah 100% sebab pandangan hijab dedek pernah ditembus. Ustaz tu cuma dapat kurangkan sikit penglihatan tu dan cuba elakkan dedek dari didekati makhluk lain.

Alhamdulillah dedek semakin pulih. Even tak sekerap dahulu dia nampak benda tu tapi sometimes dedek akan ternampak jugak. Masa berubat dedek dulu, ustaz tu ada pagar dedek supaya tak didekati oleh jin-jin yang memang nak berdamping dengan dedek. Aku syukur sebab dedek semakin pulih. Dan jin yang pernah berkawan dengan dia pun dah jarang tunjukkan muka.

Cuma kadang-kadang tu dedek ada jugak tegur yang dia nampak kakak hodoh la. Kakak rambut kak limah la. Si gula-gula and so on. Kalau aku keluar berdua dengan dia time malam, aku akan warning dedek awal-awal supaya dia tak tegur bukan-bukan demi keselamatan jiwa kak yong. Of course la dedek tau kak yong dia bukan hati sado sangat oiii. Kadang-kadang pandai pulak dia kenakan aku then dia gelak. Nasib aku tak tinggal je dia kat tepi jalan tu sebab geram kat dedek. Ko jangan memain dedek. Kak yong ko ni gangster tau!

Salam rindu dari Kak yong. Bye semua

9 thoughts on “Kak Yong Dedek”

  1. aku pun ade anak sedare mcm dedek ni.. tapi die baru 3 tahun. die pun ade kawan, nama syaima. die describe syaima tu seram gile.. “muke die kecik, badan dia panjang sampai bumbung,tak ada rambut.. die suka buat bunyi ngikkkk ngikkk.. selalu ajak Kakak pergi sekolah dia” kau rase. budak 3 tahun mane lah pergi sekolah . bile tanya ami dia. Ami dia cakap die selalu sebut nama syaima tu lepas bangun tidur.. time tu lah kot die g sekolah syaima tu.

    Reply
  2. Tahniah Kak Yong atas perkahwinan. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga. InsyaAllah

    To Dedek, Alhamdulillah, Tahniah kerana semakin pulih.

    Reply
  3. Selamat Bakal Pengantin Baru Kak Yong…
    Semoga semuanya dipermudahkan…
    Aamiin…

    Tingat dlu mse anak akak umur 2tahun die sllu mention kawan die name PUTERI…
    Siap ade lagunye…
    Huwaaa…

    Reply

Leave a Comment