Kakak Belakang Rumah

Hai. Nama saya Nini , umur 19 tahun. Nini nak share cerita pasal ‘kawan’ Nini sewaktu Nini berumur 6 tahun.

Sementara Nini masih ingatlah kejadian tu, takut dah tua nanti, lupa pula.

Nini tak lahir dekat hospital tau, tapi dekat klinik kampung sebelah. Sampai umur 4 tahun, Nini tinggal dekat kampung atuk dengan nenek sebelum Nini pindah ke Pulai Indah dekat Johor. Lepas setahun duduk sana, mak ajak pindah semula ke kampung nenek. Adalah sebab kami kenapa pindah sini semula.

Tak lama pun kami tinggalkan rumah ni tapi jiran kata diorang dengar bunyi orang masak, dengar orang mandi.

BRRR

Disebabkan takut, mak panggil Pakndak untuk pulihkan rumah kami. Terkejut beruk masing-masing bila Pakndak kata dalam rumah tu dah ada 24 makhluk menumpang.

Semua Pakndak dah buangkan kecuali ada satu keluarga makhluk tu, iaitu Pak Haji, isterinya, dan anaknya. Diorang minta izin menumpang dalam rumah kami tapi diorang janji tak akan ganggu langsung.

Pakndak kata anak dia tu Tuan Puteri dekat kawasan kampung kami. Oh ya lupa nak beritahu, Nini ni anak orang asli dan tinggal dekat kampung orang asli. So, belakang rumah memang paya bakau lah ya haha.

Beberapa hari lepas tu, Nini main pondok-pondok belakang rumah sorang-sorang. Nini bawa payung, mangkuk2, and barang2 nak buat masaklah.

Waktu tu badan Nini kecil lagi so muatlah duduk bawah payung tu. Tengah syok berangan sorang2, tiba2 ada sorang kakak datang. Kita ni budak kecil lagi, manalah kenal jiran2 or sepupu2.. So masa tu Nini assume kakak tu sepupu Nini kot.

Kakak tu pun senyum lepas tu duduk sebelah Nini. Lawa kakak tu, wangi je. Badan dia kurus tinggi. Senyum dia ala-ala Mira Filzah, tapi memang cantiklahh.

Dia capai mangkuk yang Nini letak daun2, lepas tu dia kata, “Adik masak apa?”

Nini jawablah, “Nini masak sayur kangkunglah.”

Padahal entah daun apa yang Nini petik tu haha.

Lepastu kakak tu tolong kacau lauk Nini dengan sudu. Cehh lauk konon

“Nini pergilah masuk dalam rumah. Pakai bedak, pakai minyak wangi macam kakak. Lepastu kita main sama-sama.” kakak tu cakap dengan Nini.

Mula2 Nini blur bila dia cakap macam tu. Tapi entah kenapa kaki ni terus bangun dan buka pintu dapur.

Lepas tu, Nini masuklah dalam bilik untuk sikat rambut, ikat kemas2. Nini pakai bedak serbuk dekat muka n pakai minyak wangi mak.

Dah siap makeup tu, Nini keluar dari bilik. Tiba-tiba Abang Ude tegur Nini, “Adik. Wangi-wangi ni nak ke mana?”

“Kakak tu suruh adik pakai wangi-wangi. Kitorang nak main sama-sama.” jawab Nini.

“Kakak mana? Along?” Soal Abang Ude. Kakak sulung Nini tu kita orang panggil Along. Nini anak bongsu.

Nini geleng kepala, “Bukan. Kakak belakang rumah tu.”

Muka Abang Ude terus berubah. Lepas tu dia terus dukung Nini and bawa dekat mak yang tengah duduk dekat veranda rumah.

Abang Ude ngadu dekat mak apa yang Nini buat tadi. Abang Ude kata jangan bagi Nini main dekat belakang rumah lagi sebab kakak tu mungkin putri bunian yang menumpang dalam rumah ni.

Waktu tu, Nini ingat lagi, hati Nini sedih sangat bila Abang Ude tak bagi main belakang rumah lagi. Tak tahu kenapa tapi rasa macam nak melalak je dekat riba mak.

Abang Ude kata, “Nasib baik orang nampak adik. Orang rasa kalau adik pergi dekat belakang rumah tadi, memang adik terus hilang sebab adik kata ada kakak suruh dia pakai wangi-wangi.”

Esoknya, Nini cakap dengan mak yang Nini nak main dekat rumah Pakndak. Sebelah rumah je..

Kalau dekat rumah Pakndak, Nini suka main congkak dengan Ashraf. Ha kali ni Nini kenallah si Ashraf tu memang sepupu Nini. hihi

Tapi Ashraf tu suka kacau Nini sampai menangis. Disebabkan dah rasa annoying, Nini pun pergi belakang rumah Pakndak. Merajuklah konon.

Dekat pintu dapur tu ada Makndak tengah belah kelapa tua. Nini pun tengoklah sampai siap.

Lepas Makndak masuk ke dapur dengan kelapa2 tu, Nini pun duduk bertenggek dekat tangga. Angin pun sepoi2 je..

Eh eh ada lagi kakak tu dekat belakang rumah Pakndak. Dia tengah jalan2 dekat tepi paya.

Nini pun panggillah kakak tu, “Kakak !”

Sambil lambai2 tangan. Kakak tu pandang Nini lepastu datang dekat Nini.

Tak ingatlah berbual pasal apa tapi Makndak terus panggil Nini.

“Nini? Cakap dengan siapa?” tanya Makndak.

“Dengan kawan Nini.” kata Nini.

“Eh masuk sekarang !!” Makndak tiba2 marah.

Nini tersentak jugalah bila dengar suara Makndak. Tapi Nini diam je.

Itu sajalah yang Nini ingat. Lepas tu Nini dah tak jumpa kakak tu sampailah umur Nini 19 tahun sekarang ni. Mungkin hijab dah tertutup kan?

Rupa-rupanya, Abang Ude tahu yang ‘kakak’ tu memang  wujud. Masa Abang Ude accident moto, kakak tu siap duduk dekat bilik Abang Ude lagi.

Abang ude kata kakak tu pakai baju hitam and ada tulisan jawi yang bercahaya dekat baju dia. Apa lagi, dia takut iman dia tergugat, dia pun tidur dekat ruang tamu je .

Hm boleh ke Nini nak share wattpad Nini? Nini buat byk cerita dekat situ. Nanti singgah ya.. Wattpad.com/user/isterijungkook

Ok bye bye assalamualaikum

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]
Ninie

40 thoughts on “Kakak Belakang Rumah”

  1. Hai pembaca.. Sorry kalau cerita ni tak seram tapi Nini cuma kongsi cerita mistik je. Haa seumur hidup Nini, Nini tak pernah jumpa hantu lagi. Kalau boleh taknak 🙁

    Ok terima kasih sbb baca hehe bye bye

    Reply
  2. Hai Nini!

    Suka baca pengalaman Nini. Sebenarnya dah lama saya tak baca cerita dekat sini. Masa baca cerita Nini, saya amat tertarik! Saya pun ada pengalaman lebih kurang sama dengan Nini.

    Selagi benda tu tak kacau kita, ok je sebenarnya. Jangan tunjuk kita terlalu takut dengan dia dah la. Apa pun, nanti share la lagi cerita Nini

    Reply
    • Eh ini kakak yg tulis pasal entiti tu ea.. Haii CikPia hehe

      Crita nini x seram sbb nini x pernah bertembung dgn hantu 😅 tpi trima kasih utk pujian tu hehe

      InshaaAllah nini share lagi kalau ada..

      Reply
      • Ha ah. dah lama aakak tak tulis kat sini. biasa tulis kat page FB.

        tak payah la doa nak tengok hantu. akak ni dah hampir 30 tahun boleh tgk benda tu. kalau comel n hensem takpe la jugak. kalo yang hodoh tu, sabar je la.

        nanti boleh la kita share cerita. hehehe

        Reply
    • Abang Nini tu mmg hensem pun. Ramai peminat sekarang ni sbb dia jenis kurus tinggi + kitorang kacuk anak org cina. So ada package la utk dia nampak hensem LOL

      Nini bole je recommend sesiapa yg berkenan dkt abang tapi abang dah bertunang dh sekarang hihi

      Nini je solo. ~Bichi naneun solo~

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.