KALINI CIK PON PULA

Hai assalamualaikum semua dan salam sejahtera semua. Nurul kembali lagi untuk mencoret kisah yang bagi Nurul seram sebab apa, sebab kali ini Nurul face to face nampak Pontianak depan mata. Selalunya tengok kat You Tube je. Haa kalini real life punya! Haa ambik kau!. Okay tanpa membuang masa kita mulakan cerita ya. Nurul mulakadan cerita dengan aku ya.

“Family Day kita kalini, kita buat kat Port Dickson dan Mak Yah (bukan nama sebenar) dan kita semua tidur di homestay ya!” ujar Mak Cik Rokayah yang sememangnya dikenali dengan ketua dalam menjankan apa-apa aktiviti dalam keluarga. Walaupun beliau tidak berkhawin tetapi bila time masak memang best lah! Tetapi mesti la mak sendiri lagi sedap kan!. Baik, balik dari cerita, bulan Disember pun tiba dan aku dan suami sekali mak mertua gerak ke Port Dickson dengan kereta. Kami gerak lambat memandangkan aku balik kerja lambat walaupun hari tu hari Sabtu.

Sepanjang perjalanan kami ditemani lagu dari radio dan tiada apa-apa masalah sampailah kami tiba di homestay tersebut. Cantik homestaynya dengan kolam renang di bahagian hadapan rumah. Kami tiba agak lewat sedikit dan ramai dalam kalangan adik beradik mertua sudah pun lena diulit mimpi. Aku dan mak mertua disuruh tidur dia atas toto kerana katil-katil semua sudah pun penuh. Nak buat macam mana kan. First Come First Serve!.

Takpa la. Lepas sahaja berbaring, pandangan ku betul-betul menghadap ke arah katil manakala mak mertua berbaring di belakang ku. Aku rasa mak mertua sudah lena tidur di belakangku namun aku masih susah nak melelapkan mata di tempat baru. Sesekali ada juga fikir lagu A sampai Z sampai aku tertidur namun gagal. Sampaila, haaaa tu dia,
Sekujur tubuh berbadan gempal dengan berbaju putih dengan berambut keriting kasar berdiri tegak dan kepalanya menunduk bediri betul-betul tepat di atas hujung katil tepat kearah pandangan aku.

Sesekali mendengar Kak Cik Pon sesekali sayup-sayup apa orang Inggeris kata? Murmur? Macam mumble pun ada. Lagu yang sememangnya aku tak berapa faham pun. Sorry Cik Pon, tak boleh jadi geng. So, waktu tu memang aku tergamam, senyap tanpa tutur bicara. Perlahan-lahan aku bergerak pusing menghadap mak mertuaku yang yang sedang ralit dibuai mimpi. Aku kuis-kuis perlahan badan mak mertuaku namun hampa. Tidur m**i agaknya.

Baik. Perassan aku waktu tu tak boleh digambarkan lagi.Pucat tak berdarah dan jantungku laju. Walaupun aku rasa macam tu, tetapi aku tetap nak pusing kView Poste belakang kerana curiosity punya pasal dan badan ni terasa lenguh sangat-angat sebab mengiring kearah kiri terlalu lama. So aku pusing kearah katil. Pada fikiranku mungkin ‘benda’ tu dah tak ada. Yelah, selalu baca cerita seram kejap je dia datang. Well, it was a big big mistake!.

Kalini kawan dia bukan berdiri okay dia duduk pulak. “Aduss! Alaa, dia ada lagi! Huhuhu” getus aku di dalam hati kecil.Tetapi nak tak nak aku tetap pusing jugak sebab letih betul mengiring ke kiri. Jadi aku pejamkan mata buat macam pura-pura tidur kejung macam patung. Kali ini dia bukan murmur tapi alunan bertukar nyanyian lagu lama. Sayup-sayup tetapi jelas kedengaran. Ada juga sekali pintu bilik di buka, saudara ibu mertua masuk mengambil barang tetapi mereka tidak nampak apa yang sedang aku fokuskan sekarang. Waktu tu lupa sudah nak baca ayat Al-Quran. Kalut punya pasal. Yang aku fikirkan waktu tu cepatla waktu siang menjelma. Namun, aku terlelap jua dalam pukul 4.30. Tidur-tidur ayam.

Pada esok nya aku menceritakan apa yang terjadi malam tadi kepada ibu bapaku. Lantas bapaku menelefon keluarga ibuku di Indonesia menghubungi Om Cheung (bukan nama sebenar) kerana dia seorang yang faham ilmu agama dan kami pernah tinggal di Indonesia. Menurut Om Cheung, aku waktu kecil ada deria keenam dan sering bercakap sendiri dan katanya lagi aku akan dijadikan sebagai orang yang sering ditanya orang untuk bab agama.

Okay. Itu sahaja secoret kisah seram yang Nurul alami sewaktu ke PD tahun lepas. Apa-apaun kita kena sentiasa berserah dan Allah lah yang paling kita kena berserah. Sekian , terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nurul

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 17 Average: 2.2]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.