#kamenrider: Kolej UKM, Bangi – Kisah 4

Salam semua, aku Nadey peminat #kamenrider (henshin!). Terima kasih admin siar cerita aku yang tak seberapa ni. Terima kasih juga kepada anda, anda dan anda kerana sudi baca kisah aku, kalau nak baca kisah sebelum ini boleh cari tajuk ini

1. BANGI BANDAR BERHANTU
2. #kamenrider BANGI BANDAR BERHANTU #PART 2
3. #kamenrider: Kolej UKM, Bangi – Kisah 1
4. #kamenrider: Kolej UKM, Bangi – Kisah 2
5. #kamenrider: Kolej UKM, Bangi – Kisah 3

Sedikit gosip mengenai misteri di UKM…

Tahun 2009 adalah tahun kemuncak kekecohan, gangguan demi gangguan misteri berlaku di sekitar kolej aku. Desas-desus mengatakan kolej kami mempunyai ikatan perjanjian setiap 11 tahun dengan pemilik asal kawasan iaitu merupakan sebuah penempatan perkampungan orang bunian dan tahun itu juga adalah ulangtahun perjanjian tamat! Kiranya habis perjanjian, ‘pagar’ sudah tiada. Maka dengan itu, meriahlah jin-jin ini menganggu penghuni-penghuni kolej. Amboi!

Menurut kenalan super duper senior, yang merupakan saksi (entah betul atau satu penipuan) kepada kejadian yang penuh kontroversi di UKM iaitu PINDAH JIN DENGAN BAS yang dilakukan oleh Allahyarham Dr Harun Din yang melibatkan beberapa buah bas yang membawa ribuan ekor jin itu kelihatan seolah-olah bas itu kosong tapi berat sangat muatannya sehingga tak boleh bergerak. Menurut beliau lagi, pemandu bas tersebut diarahkan menutup segala cermin pada bas itu bagi mengelakkan penampakan yang boleh membuatkan bas itu terbabas atau pemandu bas tersebut cabut lari keluar dengan tiba-tiba.

Serius menangis si pencerita mengiyakan bahawa kejadian itu betul-betul berlaku namun beberapa tahun selepas aku grad dari UKM, Allahyarham memberi penyataan media bahawa berita itu palsu. Bagi pendapat aku, cerita ini bukan disampaikan oleh satu dua orang malah berjuta penyampai , pendengar dan pelbagai versi pun ada. Logik tang pindah jin tapi kenapa guna bas? Bak kata salah seorang yang komen dari post Kisah 2, Putera Cool mengatakan teknologi jin 1000 tahun kedepan dari kita (jika jumpa hadis sohih kongsikan ya). Bak kata Allahyarham Dr Harun Din pula, kenapa guna bas sedangkan jin boleh bergerak dengan pantas kerana jin dijadikan dari api. Allayarham membuat pernyataan sebegini mungkin kerana tidak mahu golongan penyebar fitnah menyebarkan berita palsu yang menakut-nakutkan penghuni kolej.

Tahu kisah tentang gangguan dua pokok besar condong ke bangunan Canselori UKM? Kes rasuk melibatkan pelajar dan pekerja di UKM? Rasanya kolej mana berhampiran dengan bangunan Cancelori tu hehe? Ha, itu cerita betul! Ramai kontraktor cuba tebang pokok tu tapi tak berani walaupun dibayar mahal sekalipun. Jin pada pokok itu mengamuk kerana tempat tinggalnya diganggu akhirnya berjaya ditenteramkan oleh Allayarham dan beliau sendiri yang memotong, membakar pokok tersebut.

Kisah dari ayah aku pula, hebatnya ilmu Allahyarham ini beliau sering diminta untuk menolong menyelesaikan masalah gangguan dari dalam dan luar negara. Contohnya jin-jin di puncak menara KLCC dan rumah perdana menteri kita di Putrajaya. Ramai ustaz, bomoh dan orang-orang hebat ilmu mistik dari dalam dan luar negara cuba menyelesaikan masalah ini namun gagal sehinggalah Allahyarham datang membantu. Sebenarnya banyak sangat pengalaman hebat Allahyarham ini untuk diceritakan namun aku tak dapat berikan jaminan sejauh mana kesahihan cerita ayah aku itu. Al-Fatihah hadiah untuknya.

Kembali pada sambungan post sebelum ini

Bismillah..

Seperti yang dijanjikan, untuk kisah 4 ini adalah penutup kisah Midah dan pembukaan kisah Panglima Hitam. Untuk sekali imbas dari Kisah 3 yang merupakan kisah khas ‘Rasukan Midah’ kerana peristiwa itu masih jelas terpahat di kotak memori kami semua famili Teater Sanggar Mas. Dan aku tahu pasti diantara anda menantikan plot klimaks dalam kisah 4 ini namun awal aku katakan kisah Midah ini tidak panjang seperti yang dijangkakan (kecewa kan?). Sejak dari peristiwa itu, berturut-turut kes gangguan dilaporkan oleh penghuni kolej seolah-olah banyak pula makhluk yang mengamuk. Kenapa banyak sangat kes dalam masa yang sama? Kebetulan atau kes sebegini memang perkara biasa berlaku setiap tahun di kolej ini?

Malam itu, selepas kejadian kemalangan motor aku di depan Danau niat untuk pulang terpaksa ditangguhkan. Tiada pilihan Hasif menyuruh aku naik ke bilik juga memandangkan lagi beberapa jam sahaja untuk masuk waktu subuh. Sampai sahaja dibilik aku terus diserbu oleh bebelan dari Jihan. Namun sedikit pun tak masuk ke rongga telinga. Apa yang aku runsingkan adalah bau kapur barus yang masih menusuk kuat ke deria hidung aku sejak dari Danau lagi. “Jihan teman aku pergi tandas”. Sambil membebel itu Jihan mencuci luka dikaki aku. Mata aku meliar kiri kanan mencari punca bau yang kuat itu. Tidak mungkin khayalan aku kerana dari tadi Hasif juga terbau menda yang sama.

“Nasib baik luka tak teruk. Tunggu sini aku ambil tuala jap”, tanpa menunggu respon aku Jihan terus berlari ke bilik. Kini aku sendirian di dalam tandas. Sudah aku katakan sebelum ini aku tidak suka melihat cermin tetapi mata gatal untuk mengalih juga pandangan. Dari mana datangnya keberanian, kali ini lama pula aku memandang cermin. Tiada sebarang tanda kelibat hitam pada aku, belakang, kiri kanan badan aku.. TIADA. Betulkah kelibat hitam itu pendamping aku?

“Fuhhh!!!!” dengan sekelip mata, ada sesuatu angin kuat meniup tepat ke telinga kiri aku. Kali ini merebak bau kapur barus bercampur bau tanah yang menusuk. Aku menjerit terkejut yang amat sehingga terduduk!! ” Jihan!!!!!!!!!!!!!!!”, masa ni betul-betul aku menangis. “Kenapa nox?”, suara Jihan kelam-kabut berlari masuk tandas.

“Ada menda tiup kat telinga aku tadi!!!! Aku takut..”, mata aku meliar takut gula-gula munculkan diri. Bau kapur barus tadi hilang serta-merta. Jihan mengarahkan aku supaya mengambil wudhu sebelum pulang ke bilik.

Jarang melihat aku menangis, Jihan terkedu. Dia tutupkan semua tingkap, turunkan langsir dan bacakan surah-surah pendinding agar aku tenang. Sisa malam itu aku langsung tidak dapat lelapkan mata, kami berdua berborak sambil menunggu subuh. Aku masih takut jika bau kapur barus itu datang lagi. Otak aku juga ligat memikirkan kesinambungan kisah aku dan Midah. Dalam ramai-ramai kenapa Midah marah sangat dengan aku? Betul ke aku ada pendamping? Kenapa teruk sangat aku kena ganggu sejak dari awal aku masuk ke kolej ini? Kalau benar dia pendamping, kenapa sampai aku hampir hilang nyawa depan Danau tadi? Apa yang kuat sangat jatuh pada seat belakang motor sehingga aku hilang kawalan?

Esoknya aku demam panas, aku hanya tidur seharian tanpa mimpi. Selepas usai maghrib, aku mendapat mesej dari junior, Ijat. “Semua datang ke bilik Jaksa sekarang”. Ini mesti kes Midah meracau lagi. Kami sampai sahaja di bilik Jaksa sudah berkerumun ahli keluarga Sanggar Mas bersedia untuk bacaan Yaasin. Aku melihat Midah duduk kaku di kerusi sofa memeluk lutut sedang merenung tajam tepat ke arah Abang Samat. Renungan benci yang amat pada lelaki itu. Abang Samat pula seperti sengaja memberikan provokasi bertalu-talu.

Jihan yang lebih awal sampai di bilik Jaksa memberitahu, petang tadi Midah mencekik leher Abang Samat dan menjerit kerasukan seperti semalam. Kali ini lebih agresif, dia mencekik kuat sehingga Abang Samat terkejut dan berdiri untuk lepaskan diri. Namun cengkaman Midah terlalu kuat untuk dilepaskan sehingga dia tergantung pada Abang Samat yang tinggi itu beberapa saat sebelum Midah dihempas duduk semula. Mulalah adegan penambahan cerita dari Jihan, Midah bergayut pada leher Abang Samat sama seperti kipas helikopter yang berpusing. Sekilas aku melihat kuku panjang di jari Midah dan leher Abang Samat. Masih jelas berbekas kuku-kuku yang terbenam pada isi kulit leher yang nipis itu. Pasti pedih. Mungkin ia adalah hadiah dari tindakan provokasi yang dilakukan sejak malam semalam.

Semasa kami bacakan Yaasin, Midah hanya diam membisu. Ada juga diantara kami yang mengaji sayu seperti sedih melihat Midah sebegini, terutamanya Mun roommate si Midah. Sambil mengaji, sambil itu juga aku menjeling Midah. Dalam hati aku nak test pegang Midah lagi tengok reaksi dia takut atau tidak pada aku macam malam semalam. Aku berniat untuk cuba memegang Midah selepas habis kami mengaji. Sebelum sempat aku langkah datang mendekat, Midah yang dari tadi bagaikan tak berkelip merenung tajam Abang Samat kini sekali lagi mengamuk.

Dengan regusan kuat dia sekali lagi mencekik padu ke leher Abang Samat. Namun untuk kali kedua, tangan Abang Samat yang panjang itu lebih pantas menekan lutut Midah untuk tidak berdiri dan terus mencekik. Midah terduduk dan menggelupur berusaha berterusan untuk menyerang Abang Samat. Kini reaksi Midah tak ubah seperti hantu cina dengan tangan lurusnya ke depan yang menyasarkan leher mangsa. Kami semua tergamam, Mun bertindak untuk menarik tangan Midah. Melihat reaksi Mun, aku turut membantu memegang tangan Midah.

Pelik. Kali ini aku pegang tangannya, Midah tak mengamuk pada aku. Matanya hanya dijegilkan pada Abang Samat sahaja. Teori pendamping yang dikatakan oleh Ustaz itu mungkin tidak benar atau mungkin pendamping itu tidak ada pada aku waktu ini. Setelah penat bergelut, akhirnya Midah terduduk keletihan.

Atas nasihat ramai, Midah diarahkan untuk kembali ke bilik. Kami semua memandang Mun dengan simpati tapi apa yang kami lihat sebaliknya. Mun langsung tidak menunjukkan reaksi takut malah dialah orang yang paling risaukan Midah. Dia memimpin Midah bangun dan kami yang perempuan ini beramai-ramai mengiringi mereka sehingga sampai ke bilik. Malam itu, Intan dan Kak Mah menemani mereka. Menurut Kak Mah, Midah sudah sedar seperti biasa namun masih membisu. Dia hanya berdiam diri dan tidur. Mungkin kepenatan sejak semalam bertarung. Selepas dari peristiwa itu, Midah kembali normal seperti biasa. Dia makin ceria dan mudah tersenyum lagi-lagi melihat Edin. Apa cerita Edin? Dengar kata malam kejadian itu dia tidur sebelah Abang Zam, takut lemah semangat katanya. Susah jadi rebutan ramai ni. Kesimpulannya, aura kehenseman Edin ini bukan menjadi rebutan Midah sahaja malah makhluk halus juga. Untunglah kau!

Kisah aku pula, seperti biasa selepas tamat latihan teater aku kepingin untuk pulang ke rumah. Seminggu tertangguh disebabkan motor rosak. Sehari selepas kejadian itu aku hanya sempat menghubungi ibu.

“Ibu, sorry minggu ni akak tak dapat balik. Akak jatuh motor lagi tapi tak cedera pun. Motor pon dah hantar ke bengkel”, susah nak menipu seorang ibu lagi-lagi dia mempunyai naluri yang kuat.

“Ibu dah agak.. sebab pelik kamu kata nak balik semalam. Akak, ibu nak beritahu kamu satu hal ni. Sejak dua menjak ini ibu selalu mimpi ada ular nak serang kita. Kamu ok ke kat sana, ada gangguan lagi?”, aku pejamkan mata sejenak. Ya Allah apa petanda ini? Lindungilah keluarga kami.

“Ibu, semalam ada kawan teater kena rasuk. Ustaz DarulSyifa’ datang berubat pastu dia tegur yang akak ada pendamping. Ibu famili kita ada membela ke?”, lama ibu diam.

“Tok kamu dulu bidan, tapi rasanya saka tu pada orang lain. Selama ini ustaz ‘scan’ ibu bersih je, tapi belah ayah kamu ibu pernah dengar tentang Panglima Hitam”. Ibu terdiam seketika dan aku masih menunggu. Terasa macam berat untuk ‘claim’ pendamping itu adalah Panglima Hitam. Ibu menyuruh aku balik dan bertanya sendiri pada ayah nanti.

Jujur sebenarnya ini bukan kali pertama aku mendengar tentang Panglima Hitam. Saudara belah ayah juga banyak bercerita tetapi tidak detail. Jika anda baca post pertama aku Bangi Bandar Berhantu, aku pernah beritahu bahawa pertama kali hijab aku terbuka sewaktu sekolah rendah. Setiap kali aku mengadu, pasti aku dimarahi. “Takde mendalah, kamu ni penakut sangat. Cuba jangan sebut atau seru-seru menda tu!! Ayah tak suka!!”. Lagi-lagi bila aku bertanyakan tentang Panglima Hitam. Berang ayah tu boleh menempah getah paip di badan.

Kini, aku pulang dengan debaran. Takut sangat menyebut tentang Panglima Hitam ini pada ayah. Selepas makan malam, ayah berbaring rehat sambil melayan WWF. Aku memberi signal pada ibu.

“Abang Din, akak tu teruk kena gangguan kat kolej dia. Minggu lepas ada ustaz DarulSyifa’ beritahu dia ada pendamping. Kami rasa Panglima Hitam awak tu. Awak ingat tak kisah sebelum kita kahwin dulu?”, tetiba TV yang bingit itu dimatikan. Ah sudah!

“Ustaz mana cakap? Harun Din?”, ayah duduk menoleh memandang aku. Aku dah besar untuk dimaki, janganlah ayah mengamuk. Aku beritahu setiap gangguan yang aku lalui sepanjang dua tahun di UKM.

(haki = atuk lelaki)

“Macam ni, dulu ayah mertua haki kamu adalah pawang diraja dan dia memang ada jin-jin belaan ni, salah satunya adalah Hulubalang Hitam. Hulubalang Hitam ini antara jin yang terkuat dan ia juga dikenali sebagai Panglima Hitam. Haki kamu ini meminta izin dari ayah mertuanya untuk memiliki Panglima Hitam. Haki kamu dulu adalah Pawang Tanah. Dulu zaman perang, Haki jaga kawasan-kawasan dia supaya tak dikesan oleh askar-askar jepun dan komunis. Pawang ini lain dari bomoh. Pawang tak boleh berubat, contohnya cari orang hilang, buka kawasan baru, kalau kawasan ada gangguan dia boleh halau dan lain-lain”. Kenapa ayah tak marah? Mungkin dia risaukan aku. Mungkin juga dia tahu sesuatu. Pertama kali ayah seperti tenang saja menceritakan tentang Panglima Hitam.

“Panglima ini ada banyak, Panglima Hitam, Merah dan Kuning. Panglima Merah ni handal bersilat, Panglima Kuning ini handal berubat dan Panglima Hitam ini tak pasti handal apa tapi dia antara yang paling kuat, kira macam ketua lah”, aku terkejut, sama pula dengan kenyataan salah seorang kawan baru aku, Nursyahidin.

“Dulu ayah ada belajar silat dengan Tok Guru ayah di Janda Baik. Kebetulan ada orang di Bentong sakit minta tolong Tok Guru ayah berubat ke dia. Tok Guru ayah ni demam teruk sebab tak minta kebenaran dari Haki nak berubat orang kawasan dia. Punya hebat ilmu Haki kamu dulu, walaupun Tok Guru ayah tu antara orang silat yang hebat bukan calang-calang orang. Ada juga satu bomoh di Janda Baik tu ajak ayah dan Haki jumpa hantu tinggi. Besar sangat, tinggi habis hantu tu, macam ada gergasi goncang pokok-pokok kat situ. Tapi dia tak keluar tunjuk muka, sebab segan dengan Panglima Hitam. Begitu kuat jin Panglima Hitam ni sampaikan jin-jin yang lain segan dan takut nak buat hal dalam kawasan Haki kamu ni”. aku gigih merakam perbualan ayah ini di telefon.

“Sebelum ayah nak menikah dengan ibu dulu, ada seorang kawan ayah di Kemensah tu kononnya nak berubat ke ayah la takut orang khianat masa majlis nanti ke ada yang dengki hantar sihir ke, biasalah d***h manis sebelum kahwin. Ayah pun pergilah berubat dengan dia, silang keris la semua tetiba gelap mata dia tak nampak apa-apa. Esoknya orang yang berubat tu demam. Malam tu dia bermimpi tok guru dia beri amaran, kenapa kau berani-berani berubat Khairudin tu? Kau tahu ayah dia siapa? Ayah dia lagi hebat, jangan buat pasal! Menunjukkan Panglima Hitam ini digeruni oleh jin-jinyang lain dan dia ini sentiasa menjaga anak-anak dan cucu Haki kamu”.

“Selepas Haki meninggal saka tu siapa yang dapat?”, soal aku.

“Masa arwah Haki sakit dulu dia ada kata nanti dia turunkanlah kat salah seorang dari anak-anak dia tapi sampai sekarang semua tak tahu siapa yang dapat. Ada la adik beradik ayah pernah nampak kelibat Panglima Hitam ini menyerupai anjing hitam besar. Tapi serius ayah tak tahu, sebab ayah tak terima apa-apa pun. Mungkin Panglima Hitam tu hanya jaga anak cucu Haki ni, bukannya saka. Sebab tu mungkin Ustaz DarulSyifa’ tu boleh perasan dia kat kamu”.

Ayah memberi nasihat supaya tak tinggal solat. Sekuat mana pun pendamping, Allah tu melebihi segalanya. Percaya boleh tapi jangan taksub sehingga menyeru. Ayah berdoa agar keluarga kami bebas dari saka ini, sebab ayah tak mahu ada sebarang perjanjian dengan jin ni.

Walaupun sampai sekarang aku tidak pasti sepenuhnya tentang Panglima Hitam itu, namun aku tahu dia ada. Beberapa tahun yang lepas, seperti kisah yang aku post sebelum ini dalam kisah Bangi Bandar Berhantu part 1 dan 2 ada aku nyatakan beberapa pengamal perubatan memberitahu mengenai Panglima Hitam pada aku dan ayah. Ada pula mengatakan Tok belah ibu aku juga terlibat. Adui penatlah aku fikir. Haha… Tapi tok belah ibu pernah beritahu kalau dia meninggal nanti jemur tali pinggang dia kat atas tanah, lepas jenazahnya dikebumikan semua baru ambil semula. Sebenarnya aku ada terniat nak balik kampung dan interview tok aku, tapi takut dia menurun pula kat aku nanti.

Semalam aku berborak dengan adik bongsu, Amin. Kami bercerita kembali tentang pengalaman dia sewaktu berurut tangan terseliuh dengan Wak salah seorang kenalan dia semasa belajar di Kuala Selangor dulu. Wak ni guna Mbah untuk berurut, berubat. Mbah tu macam saka nenek moyang dia lah untuk berubat orang. Biasanya untuk berubat, Wak akan bertanya nama pesakit dan ber bin kan nama ibu. Tapi dia macam tak sedap hati, Wak ni bertanya pula nama ayah.

Terus Wak bertanya saka tu jatuh kat siapa? Dia kata kalau nak berurut Amin ni, kena minta izin dahulu dari bapa. Masa dia mengurut tu dia beritahu Amin yang dia yakin ayah sebenarnya penerima saka tu dan salah seorang dari adik-beradik memang ada. Siapa yang selalu sakit kat rumah kamu? Kakak kamu? Dia juga ada, dapat dari Tok belah mak.

“Sebab tu kalau kau mengamuk mata kau bertukar jadi merah!”, sergah Amin.

“Ah sudah lah kau! Banyak pula saka aku! Kau la dapat saka b**i jadian!”, penat aku fokus interview suka-suka dia kata aku ada saka.

“Kau tanya ibu dan angah, dorang pun nampak mata ko bertukar jadi merah masa kau mengamuk. Sebab tu setiap kali kau mengamuk kami keluar dari rumah, takut!”, aku lempang juga si Amin ni. Betul ke mata aku merah? Ya kalau dulu-dulu, aku ni jenis panas baran pelik. Macam kalau marah tu marah sangat-sangat tak terkawal. Tapi aku tak pernah sedar masa aku mengamuk tu. Sedar-sedar aku penat dan luka-luka badan. Paling aku ingat sekali sewaktu darjah 4. Sebak nak buka aib sendiri tapi aku kongsikan untuk jadi teladan dan pengajaran.

Dulu masa sekolah rendah, aku merupakan mangsa buli. Ya, pelik kan? Mungkin sebab aku jenis yang pelik, aku suka main sorang-sorang. Masa sekolah dulu aku selalu disisih dan jadi mangsa ejekan. Budak sekolah aku dulu ejek aku gemuk, gajah, gergasi. Padahal masa sekolah dulu aku bukannya gemuk, aku kurus tinggi rangka besar (atlet bola tampar) kalau nak banding dengan average budak-budak sebaya dengan aku la. Aku bukan sahaja diejek malah dibaling batu, dicurah air, ditendang tanpa sebab dan macam-macam lagi.

Salah seorang pembuli tegar iaitu Farhan. Kami satu bas, dalam ramai-ramai tu dia paling teruk membuli aku. Kalau kena baling batu dengan dia tu adalah perkara biasa. Satu hari, aku ponteng sekolah awal dan terus naik bas sekolah yang sudah menunggu diluar perkarangan sekolah. Farhan juga ponteng dia naik ke dalam bas dan terus tersenyum penuh makna. “Gemuk… gemuk kau buat apa”. Aku yang duduk di tengah-tengah bas mengeluh dan berbaring malas melayan ejekan tapi disebabkan provakasi Farhan tidak dilayan, dia bertambah berang. Dia mencurah air ke tudung dan mencampakkan botol kosong ke kepala aku.

Aku terus bangun menuju ke tempat memandu bas dan menekan punat automatik menutup pintu bas. Aku menoleh ke arah Farhan, aku berlari laju dan menendang padu ke perut Farhan. Budak itu tersungkur ke belakang, terkejut kerana tak sangka aku boleh menendang dia. Laju dia bangun dan terus kencang menyerang aku. Masa ni aku dah tak ingat apa yang berlaku. Sedar-sedar pemandu bas mengelap muka aku dengan air sepertinya sedang menenangkan aku. Masa ini kuat sangat Farhan menangis dengan mulutnya penuh berdarah. Aku tengok tangan aku juga penuh dengan d***h, pedih. Baju kami masing-masing comot. Tudung aku dah terbang kemana entah.

“Kau sedar tak kau buat apa ni dik? Kau tumbuk muka dia berkali-kali sampai patah gigi dia. Dah rongak dah tu!”, dengar sahaja pemandu bas itu gelak, Farhan terus melalak lagi kuat. Masa ini ramai budak sudah masuk ke dalam bas. Budak lain yang membuli aku masing-masing terdiam. Terkejut melihat kali pertama aku bertindak sebegini.

Sampai ke rumah Farhan, maknya terkejut melihat anaknya penuh d***h dan menangis. Serius aku takut, aku diamkan sahaja dalam bas. Pemandu bas menolong aku, katanya Farhan bergaduh di sekolah dan cepat-cepat gerakkan bas dari rumah Farhan takut maknya naik bas menyerang aku. Sampai sekarang aku tak tahu cerita tentang Farhan, yang aku tahu tak lama setelah kejadian itu dia bertukar sekolah. Geng-geng buli aku dahulu sekarang jadi kawan sudah. Masuk sekolah menengah barulah aku jadi taiko. Eh, aku mulai aktif bersosial, mempunyai ramai kawan dan sangat-sangat aktif dalam bersukan.

Banyak lagi kes aku mengamuk tanpa aku sedar sebelum ini namun semakin meningkat umur ni, semakin kurang aku mengamuk. Ibu ayah juga selalu membawa aku berubat dan amalkan aku dengan air-air penyejuk hati supaya panas baran itu reda. Alhamdulillah, sampai sekarang aku jarang mengamuk. Cool je sambil merempit motor kriss. Susahlah aku nak marah orang sekarang, kalau marah tu maknanya teruk sangatlah kes tu. Sekarang ni aku jenis yang suka gelak, kadang-kadang aku gelak pun tanpa sedar. Haha

Mengenai saka tok dan Panglima Hitam itu, serius aku masih tiada jawapan. Minta jauhlah dari saka-saka ini, walaupun aku obses dengan cerita mistik ini. Biarlah aku mendengar cerita orang dari aku mengalaminya sendiri. Aku pernah berhubung dengan #carlitorocker berkongsi cerita tentang Panglima Hitam ini. Dia ada beri aku tips nak berhubung dengan Panglima Hitam tu, tapi tips dia tu mengundang bencana pada aku dan mungkin akan menyusahkan keluarga aku. Namun menurutnya, dengan tips itu sahaja aku akan dapat jawapan yang sahih bukan dari mulut ke mulut orang lain. Adakah Panglima Hitam saka ayah atau tidak? Atau sekadar pendamping anak cucu Haki?

Aku tak berharap pun dapat jawapan cumanya naluri ingin tahu tu sangat berkobar-kobar . Ya lah bukan seorang saja yang membuat kenyataan misteri itu pada ayah dan aku, sudah beberapa orang menegur. Kalau aku dapat jawapan pasti aku akan kongsikan di FS nanti, in sha Allah.

Tamat untuk segmen pengenalan Panglima Hitam ini. Untuk kisah selepas ini, aku akan menyambung cerita gangguan-gangguan yang berlaku di kolej sekitar tahun 2009. Ada yang menganjing aku, nak kumpul siri bersambung sehingga cukup 1 season ke? Sebenarnya, ada lagi dua peristiwa besar yang aku nak kongsikan mengenai gangguan di kolej UKM ini dan aku akan tamatkan cerita UKM pada Kisah 5 nanti, in sha Allah. Kepada rakan-rakan yang terbabit dalam penceritaan aku, maafkan aku. Semuga kisah aku dan rakan-rakan di UKM ini dapat memberi pengajaran kepada anda semua. Fikir yang baik-baik, doa yang baik-baik (tiru quote lopatah)

Salam Henshin!

.

Nadey
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

28 comments

  1. Ko punye marah setaraf gaya kemarahan dan kebaranan akk…
    Boleh tetbe terbabom meletopppp tp pd mase tgh marah tu blh terpikir gak apsal baran aku ni lain mcm bebenor…
    Ghase berdosa bile tgh baran dtg tu tp mcm xleh nk stop…
    Tp tang mata merah tu mmg xdelah sbb mata akk klu dh terjegil, serigala pon larik lelaju masok zoo kot…hahahahha…

    1. hahahhahahahahhahahahahhahahahahaha
      klako gile ni

      skrg baran akak cmne? sbb dulu sy smpai kena kaunseling ngan cikgu sek rendah, alhamdulillah la skrg ok skit sbb faktor usia kot…

    2. Aku punya tahap panas baran pun bahaya gak. Family tkut kalau aku dh mula marah. Mak mmg diam tak jawab apa2 dah. Kdg2 dorg x tegur aku sehari dua sampailah aku bersuara. Tu tahap panas baran aku ni. Mcm2 dh buat utk krgkn perasaan marah tu. Baca doa ni, doa tu. Kdg2 rasa berapi je… Paling best masa marah tu, terus pg mandi. Rasa ada wap2 air tu kluar dri badan. ?

    3. Akk punye baran masih menteeennnn…
      Kekadang tu konon nk buat dunno buat derk…
      Cube x amik tau…
      Tp tetbe booommm kebabom gaakkk…
      Tp yg peliknye baran tu selalunye dgn family…
      Klu ngan org luar jaraaaannggg jd sbb akk lbh byk gune ayat sentap dlm senyuman…
      Mak akk mse nk.g haji dlu die call asben akk…
      Mintak maap sbb mak gagal lembutkan hati akk…
      Sedih plak bile asben bgtau tu…
      Huhuhuuuu…

      1. Wahhhhh akak dh g haji ke? Pn Hajjah Yulie… bestnya rejeki..
        kan ngan family baran len mcm tp sy totally dh kurg marah2 skrg even ngan family sbb sy suka buat hal sendiri skrg… tp gaduh2 ngan family ni xpe sbb kita tahu air dicincang xkan putus gtuwwww

      2. Uiikkk…
        Mak akk yg g haji, bukan akk…
        Klu akk g haji nnt dpt title Hajah Roooccckkkk Yeyeeaahh…!!!
        Hahahahah…

  2. Masa marah tu dlm keadaan sedar x? Tu la biasenye org yg jarang marah kalau marah mmg kebabom…. sbb tu semua takut tu… sbb syaitan kan saje je die tiup kita supaya marah lg… yess… pas marah mandi tu best, boleh feel macam movie kan bdn berasap hahahaha

    tp aku jenis kalo marah, kena kuar rumah g racing kat jalan lama pastu singgah mandi sungai jap ke hahahhaah (rasa loser mandi sg sorg2)

    1. Gigih aku baca cerita hang kau dulu sis, sebelum aku proceed ke cerita lain. Hehehe. Sweet tak aku sis? hahaha. 🙂

      1. sebak la mcm ni hahahah serius terhawuuu…. Pija xnk hanta cerita ke? Nak jd peminat hang gak… mcm simbiosis gtuw wakakaka (ape term aku gune ni?? ahahhahaha)

  3. huyoo..gelak tanpa sedar…xboleh ajak bergelak nih…kang xsedor2 plak…hahaha…

    next episodeee pleasee sayangku nadeyyy….!!

    1. hahaha sbb ayah sy annoyed gile ngan sy yang mudah terhibur…. kalau sy gelak dlm bilik sorg2 dia anta wasap…. “jgn gelak galak sangat jiran kita marah”

  4. haih ni yg buat rasa nak p melawat keris mas ni….huhuhu….cepat tau episod 5…akak tunggu

    1. akak sy bru je ahad pas g melawat UKM…. byk sgt dah berubah byk bangunan baru dan byk laluan yg seram2 dh xde…. kecuali laluan dari kolej saya ke rumah haiwan (tempat sy buat kajian dulu kuar masuk lab). Sana still seram…

      heheh untuk kisah 5 sbb ada yang sound sbb bersambung so sy kumpul semua cerita dlm 1 post so ambil masa skit supaya tak panjang dan merepek hehehhe terima kasih kak sbb sudi bc picisan hambar sy ni

  5. Dasat jgk panglima hitam tu d alam dia kan nadey?. Mohon ig midah nak usha (tibe2 je pun aduihainye)

  6. pada mula saya baca artikel awak ni , tajuk kolej ukm bangi – kisah 1, saya ingatkan awak ni lelaki…sbb peminat kamenrider..pastu bwk moto merempit plak tu…hahaha…kisah yg ke berapa tu bru saya tau awak ni perempuan sbb kes nk pegang midah tu hahahahha……tapi pape pun tahniah la..sebab penulisan best..menarik saya utk bca kisah seterusnye dan yg sebelum2 tu haha…lagipun saya mmg pengemar cerita2 seram ni…gemar je…tapi kalau depan mata larikkkk hahaha..oklaa bai..nk sambung baca

  7. Best cite ko did non..tp nasihat aku xperlu la di cari tahu tentang paglima hitam tu..nanti mengundang taksub.ingat allah yang satu..teruskan hidup bergantung pada allah sahaja.jgn sesekali ingat bende tu.

    1. Betul Raizzo seyes betul.. aku just nk tahu sbb kalau ada mmg nk buang. Sebab takut dia mempengaruhi anak cucu kita. Sbb kite betul2 perlukan pertolongan Allah je

  8. “Minta jauhlah dari saka-saka ini, walaupun aku obses dengan cerita mistik ini.” ak puuunnnn T_T suka baca tapi penakut XDD family mak ak pun banyak membela2 ni. encik panglima hitam termasuk sekali lol.
    kenapa ak x pernah dengar citer2 pasal KKM tahun 2009 ni? ak ramai kawan budak KKM pe. adakah kerana terlalu fokus study sebab dah tahun akhir? tak mungkin. atau kerana syok duduk blok senior KDO yg menghadap padang & ada wifi itu? lolololol XDD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.