Kampung

Aku sebenarnya baru juga mula baca siri FS ini bila ada kawan yang syorkan kepada aku untuk baca bila ada masa lapang. Cerita aku ni takdelah seram macam cerita – cerita orang lain sebelum ni. Tapi aku nak cerita jugalah walaupun sedikit.

Kisah aku ni berkait dengan kampung aku yang terletak dekat Negeri Sembilan. Kampung ni lazimnya kami sekeluarga termasuklah Mak Ngah, Pak Lang semua akan balik sekali je setahun. Tapi sejak beberapa tahun lepas kami dah tak balik dah sebab dah banyak rosak, tambahan pulah Uwan (nenek) aku sudah meninggal dunia. Rumah kampung ni ada banyak je cerita tapi aku nak cerita kali ni hanya tiga.

Kisah Pertama:

Waktu kecil-kecil dulu bila balik kampung je mesti waktu malam ataupun pagi sebab rumah kami taklah jauh sangat dari kampung jadi gerak lepas Isyak. Biasalah, jalan penuh tak bergerak bila raya, jadi, kami memang sampai lambat. Ada satu kali tu, ayah bawa kereta sesat masuk hutan mana. Semua orang dalam kereta dah tidur kecuali aku dan ayah. Jadi kami sampai rumah kampung dekat pukul 3 pagi pada tahun itu.

Beberapa jam setelah sampai di sana, sepupu aku yang baru beberapa bulan menangis sambal pandang atas bumbung. Rumah kampung tu yang bentuk segi tiga tambah pula struktur dia bumbung versi Minangkabau, memang tajamlah kalau siapa yang pandai berimaginasi tu. Nak dijadikan cerita, sebab baru sampai, aku memang belum tidur lagi, tambah dengan budak menangis kan, lagilah tak boleh nak tidur. Hairan aku dengan sepupu lain yang nyenyak tidur.
Aku nak tolong buaikan lagi adik sepupu dekat buaian biar dia tidur balik. Buaian dia ada gantung pada kayu besar dekat dengan bumbung (tak tahulah nak explain macam mana bagi orang faham), jadi, aku naik tangga ke tingkat atas memandangkan kampung aku ni rumah dua tingkat.

Sampai je kat atas, aku dengar bunyi kucing kat luar rumah, tapi sekejap sahaja langsung hilang. Lepas tu dengar bali bunyi kucing dekat perigi yang ada dalam rumah. Hairan sangat sebab perigi tu dah bersambung dengan bahagian dalam rumah jadi tak mungkin kucing boleh masuk.

Waktu itu aku dah cuak. Mungkin disebabkan suara kucing tu kuat, ramai jugalah ahli keluarga aku yang tersedar melainkan yang jenis tidur mati tu. Lepas sahaja bunyi kucing itu hilang, kami terdengar bunyi orang berjalan atas bumbung kami yang sangatlah tirus tu.

Tap! Tap! Tap! Waktu itu semua takut bila bunyi tapak kaki tu berhenti. Sebab dia berhenti betul- betul atas spot tampat adik sepupu aku tengah menangis tu. Tambah menangis lah budak tu. Untuk pengetahuan pembaca, rumah takde siling tau. Atas tu memang atas terus bumbung. Nasib baik ada mak saudara dan bapa saudara yang kuat agama. Jadi, merekalah yang cepat- cepat ambil adik sepupu aku tu dan aku juga yang masih kecil ketika itu. Sejak dari waktu itu, memanglah Mak Usu aku, merangkap ibu kepada budak tadi tak pernah letak buaian anak dia kat tempat tu lagi dah.

Kisah Kedua:

Cerita ni berlaku waktu aku tiada kat kampung sebab dah balik kampung belah sebelah ayah. Cerita ini terjadi pada sepupu aku yang bertuah dua orang. Pada masa tu telefon yang ada kamera baru lagi hangat di pasaran. Tak silap aku jenama Nokia. Pastinya gah dengan telefon baru, mereka pun sibuk bergambar sampai tak ingat pun dah masuk waktu Maghrib. Biasalah, budak- budak, kan. Lepas tangkap gambar dengan sepupu- sepupu kat luar rumah, mereka dipanggil masuk oleh Mak Ngah kerana sudah Maghrib dan masing – masing semua sudah busuk belum mandi. Jadi, lepas solat Isyak bersama berjemaah, mereka pun kembali lihat telefon mereka untuk lihat kembali gambar- gambar yang diambil sampai waktu Maghrib tadi.

Terkejut mereka bila gambar terakhir yang diambil ada gambar makhluk yang tidak diingini muncul bersama gambar mereka. Dalam gambar tersebut,di belakang dua orang supupu aku, terlihat ada seorang wanita sedang berdiri tegak di atas pokok kelapa yang paling tinggi, berambut panjang sampai tidak nampak pun baju apa ynag dipakai. Seram sungguh sebab kami masih kanak- kanak dan tidak ada sesiapa pun yang bela rambut panjang dan reti panjat pokok. Sampai sekarang menjadi pengajaran buat kakak sepupu untuk tidak lagi bergambar di luar ketika Maghrib.

Kisah Ketiga:

Kisah ini untuk pertama kalinya aku bingung sama ada ‘wanita’ yang aku jumpa itu di alam realiti ke hanya di alam mimpi. Aku bukanlah orang yang nampak makhluk – makhluk halus ini. Tapi aku selalu sahaja dengar benda- benda lain cuma buat tidak hirau sebab takut diganggu. Disebabkan keluarga sebelah mak agak besar jadi, bila tak semua balik pun, terpaksa tidur berhimpit walaupun rumah kampung tu besar dan dua tingkat.

Penyelesaian yang paling afdal, ayah selalu bentang toto atas satu tempat antara tempat buaian kisah pertama dengan bahagian anjung rumah. Di hadapan tempat kami tidur ada sebuah bilik tidur yang dahulunya tempat keluarga kami tidur tapi disebabkan bilik tidur ini merupakan tempat pasangan yang paling latest berkahwin, kami tepaksalah mengalah dan berikan bilik tidur itu kepada mak Usu dan keluarga dia pula.

Hendak dijadikan cerita, masalah akan terjadi setiap kali aku tidur di tempat itu. Tiap – tiap tahun aku akan berjumpa dengan seorang ‘wanita’ cantik yang akan bertukar menjadi jelmaan hantu yang sangat hodoh dan akan mengejar aku. Aku pasti aku mimpi tapi setiap kali bangun aku akan bangun dalam keadaan berpeluh dan penat seolah- olah aku betul- betul berlari. Tetapi, aku ini jenis yang jarang berbual jadi tak banyak buka mulut kepada sesiapa kecuali kepada Mak Usu aku yang juga boleh merasai kehadiran makhluk – makhluk yang seperti itu juga.

Rupa-rupanya, setelah bertahun tidak lagi balik ke kampung, Mak Usu aku menceritakan bahawa yang tempat aku tidur itu merupakan tempat orang meletakkan mayat sebelum dibawa ke tanah perkuburan. Tetapi, menurut Mak Usu aku juga, ada kemungkinan ‘wanita’ yang aku jumpa berkali- kali itu merupakan ‘penjaga’ rumah itu dan rumah tinggal yang ada di sebelahnya.

Kisah Ekstra:

Ada satu tahun masa balik kampung, mak cik aku yang berkahwin dengan abang kepada mama mengatakan sesuatu kepada kami semua sepupu- sepupu yang asyik komplen kerana tiada televisyen. “Pergilah rumah sebelah, ada astro”. Esoknya, ada juga sepupu yang masih kecil yang ingin pergi mandi di rumah sebelah. Setahu aku, rumah sebelah tu merupakan rumah tinggal yang tidak terurus, berkunci, penuh dengan semak yang tak nampak pun jalan untuk masuk kerana ada satu je pagar masuk dan yang pasti, tiada bekalan elektrik dan air. Hee! Hee! Hee!

Itu sahaja yang dapat aku ceritakan kali ini. Maaflah kalau tak seram. Sebab bagi aku itu pun aku dah seriau walaupun ada lagi kisah lain tapi sebab takde kaitan dengan kampung jadi aku alas nak cerita

8 thoughts on “Kampung”

  1. By the way, ini cerita aku yang pertama dan takde pengalaman sangat pun menulis, so, kalau tak menarik tu sorry ya. Plus cerita ni masa aku budak- budak lagi so tak ingat sangat apa mak saudara bapa saudara buat apa dengan apa yang kito orang nampak/dengar tu.

    Reply

Leave a Comment