KAMPUNG ANGKER 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin FS publish cerita aku haritu. Pengalaman aku tak adalah seram mana. Kadang-kadang tu ada juga terfikir nak lalui pengalaman kena usik jenis hardcore seperti penulis lain tapi tu semua kuasa Tuhan. Aku taknak duga haha. Pengalaman yang aku akan tulis ni masih kat kampung aku. Takdalah seram mana. Harap korang boleh layan.

ANGKER 1

Cerita pertama ni agak panjang & memerlukan kesabaran 1000 orang Pahlawan Papan Kekunci Mosleem yang sejati untuk membacanya. Ketik amin jika kamu ketawa. Huhu (aku pun taktau macam mana orang ketawa huhu ni in real life). Kejadian sekitar tahun 2005-2006. Malam tu seperti biasa, darah muda macam aku memang tak reti nak duduk diam di rumah. Pantang kawan mesej ajak lepak, memang aku keluar punya.

Malam tu Maslan mesej aku ajak keluar pergi lepak kat Warung Pak Anuar. Warung dia memang terkenal dengan nasi lemak ayam. Lokasi pun tak jauh dari rumah aku. Jalan kaki je dah sampai. Jadi, malam tu aku keluar rumah siap-siap bagitau mak yang aku nak keluar jumpa Maslan kat Warung Pak Anuar. Macam biasa kalau keluar rumah kena lalu lorong rumah aku yang gelap. Pernah juga jadi kes kat lorong tu bila adik aku balik dari masjid selepas solat terawikh, berlari lintang-pukang terjerit-jerit masuk rumah. Dia cakap ada benda tegur “woiii!” dalam gelap. Selidik punya selidik rupanya brader mat pet yang duduk dekat-dekat rumah. Tengah layan stim lettew dalam gelap.

Sampai-sampai je kat warung, aku tengok Maslan & adik dia, Zahid Komedi dah ada tercongok kat table biasa. Mereka 2 beradik datang naik motor. Aku jalan kaki.Aku ambil tempat duduk menghadap 2 beradik ni dan menghadap rumah Pak Anuar. Warung dia depan rumah je. 2 beradik ni pula menghadap jalan raya. Usai memesan minuman & nasi lemak kepada anak Pak Anuar, Nurul Izzah, kami pun borak-borak kosong. Untuk remaja seperti kami masa tu topik perbincangan kami lebih ke arah gajet, isu semasa, muzik & awekss hikssss! Nampak tak betapa berwawasannya kami? Haaa gittew.

OK, part tak berapa nak seram dah nak mula. Siap siaga! Masa tengah menunggu pesanan sampai entah macam mana mata aku tertumpu kat belakang rumah Pak Anuar. Belakang rumah dia hutan. Banyak pokok durian yang besar-besar. Aku nampak tuju-tuju tengah nak naik ke atas. Tuju-tuju tu ada dua & berwarna putih macam kamehameha Goku. Satu terbang tinggi & lagi satu terbang rendah sikit dari yang tinggi tadi. Masa tu kepala otak aku tak dapat nak hadam apa benda tu. Aku fikir mercun merdeka ke mercun das ke. Aku pun tegur lah..

“Apa tu?”. Sambil tangan aku tunjuk kat tuju-tuju tu dengan harapan Maslan & Zahid toleh tengok sekali apa yang aku nampak. Tapi hampeh. Dua beradik ni sibuk main phone. Lepas je aku tegur, tuju-tuju tu jatuh. Masa jatuh tu lagi cantik cahaya dia. Macam berekor. Lepas je aku nampak tuju-tuju tu jatuh, sel-sel otak aku terus berhubung. Sah benda ni tuju-tuju. Bukan mercun das bukan mercun merdeka. Tak lama lepas tu tuju-tuju tu hilang dari pandangan barulah si Maslan ni toleh.

“Apa yang kau nampak tadi?”

Aku ceritalah apa yang aku nampak. Si Maslan ni tak percaya. Dia cakap tu bukan tuju-tuju & seboleh-bolehnya cakap tu bukan tuju-tuju. Kalau bukan tuju-tuju habis tu apa? Aku pun yang malas nak ambil pusing terus tutup cerita. Cerita belum habis kat situ. Aku skip babak bila aku dah balik. Aku baru nak buka pintu rumah, tiba-tiba aku nampak cahaya putih terbias kat pintu rumah aku. Cahaya putih tu seakan meletup kat semak-semak depan rumah aku jadi cahaya letupan tu aku nampak kat pintu rumah aku bila nak buka pintu.

“Ahh sudah. Ikut balik ke?”, aku tanya sendiri. Masa tu aku tak rasa takut. Aku rasa bertanggungjawab untuk tidak bawa apa-apa ikut balik sebab masa tu aku ada adik kecik & mungkin juga sebab takde benda yang muncul depan aku haha. Aku buat keputusan untuk tidak masuk ke rumah dulu. Aku baca-baca apa yg patut lepas tu baru masuk rumah. Malam tu aku mimpi. Dalam mimpi tu aku berada kat beranda belakang sebelah dapur rumah aku. Sebelah rumah aku ada jiran & kedudukan rumah dia ni boleh dikira rapat dengan rumah aku. Latar masa dalam mimpi tu siang. Dalam mimpi tu aku tengah tengok atap jiran sebelah rumah aku. Nak tau apa yang aku nampak?

Aku nampak Kak Mah tengah berdiri atas atap tu sambil menghadap rumah aku. Aku tak nampak muka dia sebab terlindung dengan atap rumah aku. Kiranya aku nampak badan dia setengah – dari kaki sampai pinggang. Yg selebihnya terlindung dengan atap rumah aku. Aku taktau kenapa aku fikir tu Kak Mah. Aku cuma tahu. Mungkin sebab kain dia yang lusuh dan ada kesan-kesan tanah. Lepas tu aku terus berlari masuk dalam rumah. Tersedar aku dari tidur. Mimpi rupanya. Aku cuba ingat balik apa yang aku mimpi. Tak pernah-pernah aku mimpi pasal Kak Mah. Nasib baik bila aku bangun tadi tak basah hmmm.

Aku ambil keputusan untuk lupakan mimpi tu. Aku anggap mainan tidur. Tak lebih dari tu. Jadi, hari tu macam biasa, merayap sana sini demi kelangsungan hidup sebagai budak kampung. Petang tu aku dah balik rumah. Tiba-tiba aku teringat pasal mimpi malam tadi. Hati aku tergerak nak pergi tengok sebab aku musykil. Musykil sebab jarak atap rumah aku & jiran sebelah. Juga betul ke kalau ada orang berdiri kat atas atap rumah jiran aku tu, aku akan nampak setengah badan dia sahaja macam dalam mimpi aku tu. Aku jarang lepak kat beranda tu sebab panas takde kipas. Aku pun pergilah beranda dan tengok. Sekali tengok sebijik macam dalam mimpi! Macam dejavu! Cuma Kak Mah je yang takda. Nasib baik aku tak nampak. Aku dah semacam rasa seram terus masuk rumah hahahaha. Bila aku fikir balik, mungkin Kak Mah tu ada tapi hijab aku tertutup.

Apa jadi lepas tu aku dah tak ingat. Kisah ni dah lama. Mungkin orang tu marah sebab aku tegur apa yang dia hantar tu. Tulah hantar lagi masa aku tengah lepak hahahaha. Aku pun tak pasti benda tu tuju-tuju ataupun bukan. Sebab aku dah google apa yang aku nampak. Takda pulak keluar. Mungkin pembaca-pembaca FS boleh kongsi pendapat? Kalau rajin tafsir sekali mimpi aku tu. Mana tau ada yang tertafsir aku nak dapat 2.6b hikhikhik.

ANGKER 2

Pernah dulu aku balik dari rumah kawan aku, Najib, dia nampak ada orang berjubah putih dan berserban ikut aku berjalan kat sebelah kanan aku. Mula-mula dia nak kunci van bapak dia. Sambil tu dia jenguklah aku yang dah berjalan lebih kurang 50 meter dari rumah dia. Dia terus call aku,

“Weh kau jalan dengan siapa tu?”.

“Aku jalan sorang lah. Mana ada siapa-siapa. Apesal?”

“Aku tanya betul-betul ni. Kau jalan dengan siapa?”

“Kau dah kenapa? Aku sorang je lah”.

Talian tiba-tiba terputus. Dan aku menerima satu panggilan dari rumah Najib. Laaa ni mesti kredit habis tadi ni.

“Nak takutkan aku memang beriya mamat ni sampai call pakai telefon rumah”, ngomel aku sorang-sorang. Panggilan terus aku jawab. Masa tu Najib cakap camni;

“Sumpah aku nampak ada orang kat sebelah kanan kau. Dia pakai jubah putih berserban. Aku ingat kawan kau. Tu yang saje nak call. Kalau bukan, kau baca lah apa-apa yang patut”.

Aku pun masa tu serba salah nak rasa takut ke tak hahahaha. Jadi aku buat tak tau je. Dahla rumah jauh lagi. Jalan kaki pulak tu!

Pernah juga dulu aku hantar ex aku balik rumah malam-malam. Lepas dia turun dari kereta dan berjalan menuju rumah dia, dia sempat toleh aku 2-3 kali. Lepas aku balik & sampai rumah tu dia whatsapp bagitau tadi dia nampak ada lembaga hitam duduk kat belakang seat pemandu. Lembaga tu seperti memegang head-rest seat pemandu. Hmmm patut pun masa tu tiba-tiba aku rasa seram. Nak pandang cermin tengah tu pun jeling-jeling hahahahaha.

ANGKER 3

Kisah ni tahun lepas. Aku berada ni tanah KL melanjutkan pelajaran dalam bidang kesenian. Masa ni aku menumpang tidur rumah kawan aku, Mahathir. Terima kasih weh jasa hang tetap aku kenang sampai bila-bila. Mak dia tidur rumah makcik dia atas sebab-sebab tertentu & rumah tu kami yang bujang-bujang je lah yang duduk. Rumah flat 4 tingkat & kami berkampung di tingkat 3. Bilik ada 2. Rumah dia ni boleh dikatakan banyak juga alat muzik.

Suatu malam, aku duduk kat rumah tu sorang-sorang. Yang lain sibuk pergi show. Aku baring-baring sambil chatting kat bilik Mahathir. Tengah layan chatting tu tiba-tiba aku terdengar bunyi gitar dipetik free strings sayup-sayup kat bilik abang Mahathir ni, Mukhriz. Masa tu tengah lalai chatting jadi bunyi tu langsung tak ganggu aku.

Bila dah lama sikit, aku terfikir. Semua keluar pergi show. Siapa pulak petik gitar? Aku bangun pergi lah cek mana tau si Mukhriz ni tak jadi pergi show. Bila cek takda orang. Aku anggap khayalan aku je kot. Malam tu aku cerita kat Mahathir pasal apa yang aku dengar. Dia cakap;

“Biasalah tu. Dulu lagilah masa keyboard ni kat luar (ruang tamu), pernah satu malam aku nak tidur dia berbunyi”.

Aku pun mampu berhuhuhu je lah. Mau jadi ahli mujik juga ya hantu ni? 😛

Ok sampai sini saja. Aku dah malas nak menaip haha. Sesiapa yang terasa hati atau tersinggung dengan tulisan aku ni, aku nak minta maaf banyak-banyak. Dunia dah akhir zaman. Jangan jadi hantu lebih dari hantu sampai tulisan & lukisan pun takut. Terima kasih admin sebab publish. Assalamualaikum.

Loading...

15 comments

    1. betul..lagi pulak tiru penulis sebelum ni yang pakai nama najib dan bla bla bla..termenung kejap aku dibuatnya lepas baca cerita ni..

  1. Nak tnya tuju.tuju tu apa ke benda…alahai dia ni….

    Hahhahaha…selain nama najib,kak mah,mahathir,mukhriz,maslan pa semua tu…dah tadak nama lain ka nak guna…hahhahahah…politik betoi dia ni….

  2. tuju-tuju adalah sihir yang dihantar oleh manusia busuk ati kepada mangsa sihirnya. akan tetapi, jika tuju2 tersebut dilihat oleh manusia lain, maka sihirnya telah gagal. tuju2 memg bentuk dan rupa dia memg mcm tu.. mcm bola api. bila kita nmpk benda ni terus jatuh ke bawah. x sampai la sihirnya.. paham ke idok mengkeme?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *