KAMPUNG ORANG ASLI

Hai semua pembaca FS. Aku ada cerita yang berlaku semasa lawatan Universiti di salah sebuah perkampungan orang asli di Pantai Timur Tanah air iaitu Kelantan. Sorry kalau korang rasa cerita ni tak begitu menyeramkan yer.
Kejadian ni berlaku ketika tahun ketiga di universiti lebih kurang tahun 2010 la. Kos pengajian kami melibatkan sejarah, arkeologi jadi kami dikehendaki pergi ke Gua Cha di Kelantan. Kalau siapa – siapa belum tahu, Gua Cha ni lah kita jumpa tengkorak manusia zaman neolitik. Kiranya tempat tu memang tempat tinggalan manusia terawal di Malaysia la. Ok back to story, Sampai di Gua Musang kami dikehendaki naik kereta 4WD sebab struktur tanah dalam hutan sana tidak sesuai menggunakan kereta biasa.

Lebih kurang 1 jam 30 minit perjalanan kami sampai la di salah satu perkampungan orang asli di sana. Kalau korang masih ingat kampung ni dulu pernah masuk berita kerana kehilangan beberapa kanak-kanak di dalam hutan selama seminggu kot. Kecoh jugak dulu berita ni. Perkampungan sini sangat la cantik, bersih, kehijauan, tersusun je walaupun rumah mereka tak sempurna macam rumah kita di bandar ni. Dalam komuniti perkampungan mereka terdapat 1 sekolah rendah. Tak la besar sangat sekolah mereka tapi not bad la, ada beberapa rumah guru kat situ.

Ada deretan rumah simen ada 1 lagi rumah kayu. Sebab jurusan kami ni ramai pelajar perempuan dari lelaki, jadi kami dibahagikan dengan 3 kumpulan. Pelajar laki kena tido kat surau yang usang sebelah sungai. Banyak jugak usikan kat surau tu..kesian diorang, dah la penakut..hahaha. Aku pilih rumah kayu, sebab rumah kayu tu bersih sikit dari rumah batu tu. Dalam rumah kayu tu ada lebih kurang 10 orang penghuni la.
Ketika kami meninjau persekitaran rumah kayu tersebut, kami dapati banyak sangat yassin kat dalam salah satu bilik. Pelik dah masa tu, kenapa laa banyak sangat yassin ni.

Tapi positif je time tu, tak pikir apa apa pun. Kejadian seram belaku waktu malam. Jeng jeng jeng…hehe.. malam tu orang- orang kampung (org asli suka kita panggil diorg org kampung) buat laa parti untuk kami. Bukan la parti mabuk and havoc2 yer.. tapi lebih kepada keraian sebab kita datang kampung mereka. Malam tu sakan tak ingat dunia, kite menari rewang la sampai tengah malam.

Oh sebelum terlupa, kawasan tu tak ada lampu langsung tau..gelap gelita. Hanya ada lampu rumah guru yang menggunakan tenaga solar. Jadi kawasan dia gelap sangat. Malam tu kami balik rumah kayu tu dan start nak tido la. Mula2 kami nak divide setengah tido dalam bilik,setengah kat ruang tamu. Tapi entah kenapa malam tu rasa takut semacam je, kami decide la tido ramai2 kat ruang tamu tu dalam bentuk bulatan. Maknanya kepala bertemu kepala laa..dalam bulatan sebab ruang tamu tu sempit je. Masa tu aku tak bleh tido, mata pejam tapi tak tido. Jadi aku dengar semua apa yang bunyi malam tu.

First time dalam hidup aku, aku dgr bunyi anjing yang bersahut sahutan macam serigala. Lama sangat bunyi tu..mendayu2 je.. tetiba bunyi laa 1 hilaian yang aku tak dapat kenal pasti. Betul2 sebelah dinding tempat kitorang tido tu je.

Selama ni aku tgk movie hantu melayu, bunyi mengilai dia lain, malam tu bunyi tu lain. Tapi aku tahu tu hantu. Aku ingatkan aku sorang je dengar rupenye orang sebelah aku dengar jugak.. tetiba dia himpit2 lagi dengan aku. Pastu ada la sorang ahli kumpulan aku tegur “ weiii bunyi apa tu… takut weii..”… sorang lagi marah “ hisy, jangan tegur! tido”.. lega aku sebab ada geng tak tido lagi. Makin lama makin kuat bunyi tu sampai aku rasa macam kat sebelah je ni bunyi ni.Bunyi mengilai tu beselang seli dengan bunyi anjing tau. Tapi tetap aku tak bukak mata. Hahaha..takut weh.. pastu kitorg dengar bunyi orang baca Al fatihah, Yassin kat luar rumah tapi jauh je bunyi… Kawan aku orang yang sama tegur lagi.. “sape baca yassin tu weh”.. huhuhu.. lama2 bunyi tu makin slow2.. aku paksa2 untuk tido sampai la aku tertido bangun pukul 6 pagi.

Biasa kat KL 6.00 pagi dah nak cerah kan, salah seorang ahli kumpulan aku ni gatal pulak bukak tingkap. Tingkat style rumah kampung kayu tu. Sekali bukak, terbukak luas seluas2nya tengok perghh gelap macam tengah malam. Dah 1 hal pulak nak tutup balik, memang tak laa…Kami semua takut nak tutup balik jadi biarkan je la tingkat tu terbukak..kami bukak la cerita perihal bunyi semalam, dalam group semalam yang tak dengar bunyi mengilai tu 2 orang je. Jenis tido m**i, yang lain semua dengar. So yang tak dengar ni tanya la kami macam mana bunyi tu. Lepas je dia tanya, hambikkk dia bunyi mengilai sekali lagi.

Menjerit kami2 ramai2 sampai nangis takut sangat. Yang kat dapur terus datang melompat sekali kat kami. Lama oo kami berpelukan sambil menangis.. Waduh laa… mencari masalah betul.

Esoknya kami bercakap la dengan lecturer dan tok ketua situ.. dia kata tu bunyi langsuir..tak ada apa2 pun.. rilex je dia cakap..kite ni takut yg amat dah. Nasib 1 malam je tido situ.. tak sanggup dh aku..huhuhu.. budak laki lagi teruk kena usik.. sampai berlari diorg keluar dari surau tu. Tinggal beberapa orang tido m**i je dalam tu..hahahaa.. kesian kena tinggal..
Ok tu je la ceritanya, tak seram sangat pun tapi yang melalui nya time tu rasa nk pengsan jap..huhuhu

Nanti aku story kisah suami aku kena ganggu dalam rumah kami dan benda tu menjelma menjadi aku..

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
RIKO

23 thoughts on “KAMPUNG ORANG ASLI”

  1. kisah menarik tapi pendek sangat. Utk pengetahuan zaman paleolitik, neolitik semua tu tak wujud. Hanya rekaan barat menipu sejarah melayu. tq

    Reply
    • yo yo o je.
      bukti dah terang terangan.
      ustaz auni yang berilmu sendiri pun tak tolak kewujudan orang – orang purba ni.

      Reply
      • Yas org zaman purba memang wujud… mmg tidak dinafikan ustaz auni pun tak tolak. Tapi baca ttg peradaban dunia setiap masa terdahulu runtuh apabila mereka terlampau maju ke depan sebab bongkak. fikirkan balik…

        Reply
      • mmg tak dinafikan ada tengkorak sebagainya. Tapi pasti dan betulkah ada manusia hidup dulu sebelum Nabi Adam a.s ? ha gitu… cer fikir balik…

        Reply
    • zaman neolitik paleolitik mesolitik , homo erectus , homo sapiens tu sume orang barat reka cipta . sejarah yg diajar di sekolah pun pasal zaman ni pembohong , jgn pcaya bulat2 sbb sejarah ni orang barat yg tulis , sedangkan kitab taurat n injil pun mereka berani ubah ni kan pula sejarah dunia ,, mohong la orang dulu2 hidup dalam gua pakai cawad , xde bahasa sume pembohong .. misi pndaratan ke bulan pun boleh dibohong kan . jgn la mudah pcaya sgt sume yg orng barat punya agenda ni

      Reply
  2. aku rasa tu bukan langsuir tapi langsayoq.
    tu budak – budak orang asli nak nyakat korang je.
    dia tengok ramai anak – anak dara bandar datang kampung dia.
    apa lagi. hihi.
    kalau dah subuh biasanya langsuir dah balik rumah tido.

    Reply
  3. mananya cite puak laki pula. rajin2 kan lah menulis tu sb ktrg ni dah rajin sgt dah ni membaca..hahaha more stories pleassseeeee…x sabaq! haha

    Reply
  4. Aku dulu mula2 posting guru kat skola asli di pedalaman… hari pertama smpai, cikgu senior dh kasi warning, mgkin ada salam perkenalan nti 😬… tp 4 thn aku kat situ, x pernah kena ganggu… tp member2 lain yg selalu kena 😬.. dia x minat kat aku kot 🤔

    Reply
  5. Yg lain belum kena gangguan ni hahaha…setiap org ada kna bagi ke estimewaan masing2..adik saya jenis hijab terbuka..pernah sekali dia(adik saya) tegur saya yg baru balik dari kerja over night…dia(adik saya tanya) “ehh akak kenapa x bawa kawan masuk sekali..? Kat luar tu nyamuk bnyak la..”
    Apa korang rasa bila kena tanya mcm tu..sedangkan korang balik sorang2😂

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.